Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Bahasa dan daulat. Show all posts
Showing posts with label Bahasa dan daulat. Show all posts
Kritikan ini sangat relevan terhadap tahap penggunaan bahasa Melayu di negara Malaysia. Di mana negara Malaysia dan siapa 'memimpin'?

"Tanpa menafikan hakikat bahawa ia menjadi amanah semua insan bernama Melayu, tetapi tanggungjawab terbabit lebih terpikul di tangan pejuang bahasa dan sastera, apalagi mereka yang terbabit sama serta menyaksikan peristiwa Keranda 152 kerana mereka lebih berpengetahuan, berpengalaman selain disegani kelompok berwewenang negara ini!


"Tidak banyak pilihan yang tinggal kini bagi memartabat, memperkasa dan mengangkasa bahasa Melayu di negara ini kerana hakikatnya majoriti Melayu sudah lama tidak boleh bergantung kepada senator yang dilantik ke Parlimen bagi membawa usul berhubung bahasa Melayu.


"Peta sejarah negara ini merakam kelompok ini hanya mengulangi apa yang pernah diutarakan editor dan wartawan sastera, meskipun hakikatnya pelantikan mereka berdasarkan ‘wibawa’ masing-masing, lalu tampak semangat juang mereka tidak ke mana dan lebih kepada gah diri selain asal fulus masuk saku!"
BACA SETERUSNYA.

Satu lagi
yang menarik untuk saya sorot ialah entri dan info yang diterbitkan oleh laman Universiti Terbuka PTS (UNIKA). Ini juga saya kategorikan sebagai ‘asal fulus masuk saku’.

Sumbangan paling penting Dato' A Aziz Deraman dalam tempoh beliau memimpin DBP selama 10 tahun sebagai Ketua Pengarah DBP adalah: (a) Menutup bahagian buku pengajian tinggi, (b) Menutup bahagian buku remaja dan kanak-kanak dan (c) Menswastakan DBP kepada DAWAMA dengan deal yang merugikan DBP dan industri buku Melayu. Jasamu dikenang! (Puan Ainon Mohamad, Presiden UNIKA)
Untuk kesekian kalinya saya katakan, DBP hanya pandai menerbit buku, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memasarkannya. Pejuangan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu juga sangat dipertikaikan!
Karya Agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili ‘minda’ dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu.

Sejak penubuhannya, Yayasan Karyawan telah berjaya menerbitkan 14 judul Karya Agung dan satu judul Buku Pengenalan Karya Agung. Justeru itu penerbitan Karya Agung tidak dapat dinafikan memberi penekanan terhadap aspek kualiti dalam menghasilkan karya yang meninggalkan impak mendalam dalam pengkaryaan. Dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Senarai karya agung:


Sulalat al-Saltin
: Juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua pernah ditemui ini dikarang di Johor pada tahun 1612, atas titah raja oleh Bendahara Paduka raja (Tun Seri Lanang). Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

Hikayat Hang Tuah: Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 ini adalah satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.

Tuhfat Al-Nafis
: Menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu yang paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenanjung (Tanah) Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.
Keputusan mahkamah membenarkan penerbitan mingguan Katolik Herald The Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" telah menunjukkan satu kesan pertamanya yang jelas bertentangan dengan semangat yang telah kita rakyat Malaysia pertahankan selama ini, yakni amalan agama secara aman dan damai. Walau apapun alasan yang diberikan untuk mewajarkan penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik itu, ada dua perkara yang paling mudah dapat diperhatikan akan menjadi kesan kepada masyarakat berbilang agama negara kita. (Berkaitan: Novelis Kristian berdakwah melalui sastera)
Brand PTS semakin mengancam sejak dua tahun kebelakangan ini. Terus terang saya katakan bahawa untuk beberapa bulan terakhir ini, saya saban bulan pasti memiliki buku-buku PTS, sama ada fiksyen atau non-fiksyen. PTS sudah berjaya menambat hati saya dengan buku-buku yang bermutu.

Untuk anak-anak, antara minat mereka ialah komik terbitan PTS dan buku/fiksyen untuk remaja/pelajar sekolah. Justeru itu tiga orang anak saya sering bertanya “ada buku untuk Kak Long, Nabil atau Umairah” tatkala melihat saya membimbit karung plastik kedai buku pulang ke rumah.


Kadang-kadang terasa PTS menyusahkan saya pula. Apa tidaknya, bukan Oktober dan November tahun ini sahaja, saban minggu saya membeli buku terbitan PTS. Aduhai! Mujur rezeki anugerah Allah agak murah. Alhamdulillah.


Cumanya PTS MESTI menjadi champion kepada bahasa Melayu tinggi. Kedapatan masih banyak lagi buku PTS tidak menggunakannya secara menyeluruh.


Buku terkini yang saya selesai membacanya ialah novel terjemahan The Broker oleh penulis John Grisham. Mutu terjemahan memang baik, walaupun masih wujud di sana sini bau-bauan nahu bahasa Inggeris.


Kekecewaan saya sangat meningkat (dalam darjah yang tinggi!) apabila saya menjumpai di banyak tempat penggunaan perkataan kontot. Itu belum termasuk lagi kesilapan ejaan atau typo error.


Untuk para editor PTS, ini pesan saya: “Jangan jadikan ajaran Puan Ainon sekadar bagai melepas batuk di tangga sahaja.”
Praktik dan amalkan dalam proses penyuntingan.

Semasa resensi novel Islami Salju Sakinah saya katakan bahawa:
Untuk penerbit PTS, di mana laungan perjuangan saudara memartabatkan bahasa Melayu tinggi? Masih banyak kedapatan penggunaan bahasa peringkat rendah di sana-sini, seawal dari halaman tiga! Ianya serupa seperti komen saya untuk novel sains-fiksyen Transgenesis. Andai penerbit lain, saya tidak berapa kisah sangat. Tetapi Salju Sakinah diterbitkan oleh PTS. Justeru kesalahan ini merupakan satu dosa terhadap mazhab perjuangan sendiri.
PERMATANG PASIR, Pulau Pinang, 22 OGOS 2009: Setelah matanya berair, perit dan sakit terkena gas pemedih mata, dia sudah tidak berganjak. Biarpun sudah berusia 75 tahun, dengan 'kedegilan' dan cekal hati,dia terus bangkit berjuang, bercakap dan bersuara 'tanpa' henti.

Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, bahasa Melayu yang telah dihina.


Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membant
ah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah 'mengorbankan' kebijaksanaan pelajar melayu, terutamanya di desa nun jauh di sana.

Tanpa jemu,beliau kembali muncul dengan 'surah' yang sama - kecewa dengan sikap sambil lewa kerajaan mendengar rintihan rakyat dan pejuang bahasa. Sekaligus memberi amaran,untuk menganjurkan kali kedua himpunan besar-besaran membantah dasar itu.


Lalu di Permatang Pasir, Pak Samad tanpa segan silu, berada di pentas PAS bagi menyampaikan mesej dan isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan para pemimpin Umno agar mansuhkan dasar yang merosakkan anak bangsa itu.

"Suara seniman tidak diendahkan pemimpin Umno. Justeru saya akan terus bersuara di mana-mana pentas yang menjemput saya. Jika mereka boleh melaksanakan dasar PPSMI dalam masa 6 bulan, kenapa mengambil masa 3 tahun untuk mansuhkan.


"RM5 billion diperuntukkan tetapi tidak pernah saya
dengar ada dana sebanyak itu untuk bahasa Melayu," ujarnya di sidang media di Pusat Khidmat Dun PAS Permatang Pasir pada sebelah pagi,21 Ogos.

Hadir sama mendengar luahan hati Sasterawan Negara itu (foto kiri bersongkok hitam) ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS (2) Pulau Pinang dan calon PAS yang tidakasing lagi, Ustaz Salleh Man.


Beliau sebelum itu menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar PPSMI di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan dan mengulangi pendiriannya ketika berceramah di UPU Tanah Liat,pada sebelah petangnya.


Beliau sempat menutup kalimah perjuangan itu dengan dua bacaan sajak yang cukup menusuk dan begitu dalam maknanya sehingga suara'keramatnya' itu disambut sorai ramai para pengundi,penyokong dan peminatnya.


Sajak itu dilihat mengkritik pemimpin yang kononnya membela Melayu tetapi hanya pandai berkata-kata dan secara sinis mempersendakan watak-watak pemimpin itu.


"Saya terdengar ada pemimpin yang menyatakan bahawa pimpinan PAS tidak melakukan apa-apa..tetapi yang lebih parah lagi ialah ada pemimpin yang sama dan parti yang sama tidak juga melakukan apa-apa selama lebih 50 tahun."


Sajak itu cukup memukau hadirin, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, AJK PAS Mohammad Sabu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, calon PAS, Ustaz Salleh Man dan ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.


Kehadiran Pak Samad itu nyata memberi nilai tambah yang besar kepada kempen PAS kerana beliau sangat dikenali sebagai budayawan agung yang menolak penggadaian bahasa Melayu yang dilakukan Umno dan BN.


Dan selain kemunculan tokoh terkenal itu melaungkan masa depan bahasa, kehadiran beliau lebih memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang kerana di usia 75 tahun itu Pak Samad masih bersemangat dan menggigit nurani pemimpin negara dan rakyat jelata. (Oleh Azamin Amin melalui Harakahdaily)


Berkaitan:
SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa
PRK Permatang Pasir/Fenomena Nizar: UMNO Pahang dan PPSMI
Sejak mengenali PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. dan tahu perjuangannya, saya sentiasa melihat, memerhati dan menilai PTS dari pelbagai sudut. Walaupun saya tidak ada sebarang buku yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit, namun saya mengikuti secara dekat dunia penerbitan sejak lama dahulu.

Semasa saya bekerja makan gaji di MIMOS Bhd. dan JARING Communications Sdn. Bhd., saya memang menjadi penulis bebas di banyak majalah dan penrbitan lain di Malaysia. Bidang penulisan saya ialah ICT/teknologi serta pandangan sudut sosial bagi segmen berkenaan.


Secara terus terang saya katakan bahawa semasa aktif menulis, saya menjadi antara ‘pencipta’ istilah ICT/teknologi bahasa Melayu yang amat kurang waktu itu.

Jadi perjuangan PTS dalam memartabatkan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) sangat saya sokong. Dokongan ini tiada sebarang kepentingan peribadi mahupun kewangan. Saya hanya ingin melihat bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara tercinta ini.

Oleh sebab itu, jika saya menemui sebarang penggunaan Bahasa Melayu Rendah (BMR) dalam mana-mana penerbitan PTS, saya menjadi marah dan keliru. Ini benar lebih-lebih lagi dalam beberapa karya fiksyen terbitan PTS. Menurut hemat saya, PTS menodai perjuangan sendiri.


Untuk penerbitan buku bukan-fiksyen, rata-rata sudah dapat dibanggakan. Teruskan perjuangan ini, Sifu PTS. Saya di belakang, juga mungkin di depan menyokong PTS.


Baca entri berkenaan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu Tinggi di blog Universiti Terbuka PTS.

"PTS adalah sebuah penerbit buku-buku ilmu yang bebas-rasuah, syariah-compliant, dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Dalam hal itu, apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang kontroversial, maka persoalan itu akan dirujukkan kepada Quran dan hadis bagi mencari kata putusnya.

Sebagai contoh, dalam kes isu perbezaan pandangan berkenaan penggunaan bahasa tinggi (high variety) dan bahasa rendah (low variety).
Sesetengah pendapat mengatakan bahasa rendah tidak patut digunakan kerana ia menurunkan mutu keindahan nilai susastera karya itu. Pada pihak lain, ada pula pendapat yang mengatakan bahasa rendah patut dibiarkan kerana ada nilai komersialnya, di mana terdapat banyak pembaca yang suka membaca buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa pasar, bahasa popular, atau 'bahasa sempoi'.

Sebagai penerbit yang syariah-compliant, isu penggunaan bahasa tinggi dan bahasa rendah dirujukkan kepada Quran kerana kitab itu adalah panduan bagi orang-orang Islam.


Dalam Quran, tidak ada walau sepotong ayat pun yang tidak betul nahunya, ataupun yang menggunakan bahasa Arab rendah, ataupun yang mencampur-adukkan bahasa-bahasa lain. Semua dialog dalam Quran menggunakan bahasa Arab tinggi. Dialog kanak-kanak sekalipun tetap menggunakan bahasa Arab Tinggi. (Rujuk dialog Nabi Yusuf kepada bapanya.) Pada peringkat lebih detail, dalam Quran tidak terdapat penggunaan perkataan kontot seperti tak, dah, nak, ni, tu dan lain-lain.


Selepas merujuk kepada Quran, rujukan dibuat pula pada sunah Nabi Muhammad SAW. Pada peringkat sunah Rasulullah, rekod-rekod hadis sahih menunjukkan beliau sentiasa bercakap menggunakan bahasa Arab tinggi, meskipun sewaktu beliau bercakap kepada kanak-kanak. (Rujuk rekod percakapan beliau dengan Abdullah bin Umar sewaktu kanak-kanak itu berusia 7 tahun.)


Inilah yang dijadikan asas dasar linguistik di Jabatan Editorial PTS."

Walaupun pendapat MB Johor ini (foto) agak terlewat atau memang sudah tiada impak, namun saya sebagai salah seorang umat Melayu dan Islam mengucapkan syabas. Untuk YB Khairy Jamaluddin juga, thanks bro! Baca berita dipetik dari Malaysiakini.

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."


Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi Sabtu, 27 Jun 2009.


Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.


Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.


Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.


Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.


"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi.
Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.


Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.


"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.


"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.


Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.


"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.


"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.


Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.


Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.
Saya menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Saya memang menyukai subjek sains dan matematik semasa di sekolah rendah dan menengah dahulu, dan saya skor dalam kedua-dua mata pelajaran itu.
Saya juga agak mahir berbahasa Inggeris. Pernah menjawat tugas associate editor dan editor bagi satu majalah berbahasa Inggeris (BI). Klik di sini untuk mengetahuinya.

Saya tiada masalah membaca bahan-bahan dalam BI. Kemahiran saya menguasai BI bukannya melalui PPSMI, tetapi dari usaha sendiri yang sedar nasib seorang budak kampung.


Siapa budak kampung? Orang Melayulah! Saya sudah melihat bahawa PPSMI memang menghancurkan bangsa dan membuatkan anak-anak Melayu terus terperosok di kampung. Anak-anak peneroka di Felda tempat saya dibesarkan memang merosot dalam subjek sains dan matematik lantaran PPSMI.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin menyokong penuh usul memansuhkan PPSMI yang dibawa PAS Kawasan Rembau sempena Muktamar PAS ke-55, Ahad 7 Jun 2009.


"Saya selaku wakil PAS Kawasan Kampar bersetuju sangat dengan usul ini. Pada tahun 2004 saya bersama-sama dengan peguam Hanipa Maiden, dan sebagainya telah membawa isu PPSMI ini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


"Pada masa itu anak saya yang darjah empat, anak Muhaimin Sulam dan anak Mejar Yahya yang juga pimpinan Kuala Kangsar bersama-sama memulakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2004," katanya.


Saman itu dibuat atas keputusan kerajaan sebaik meluluskan PPSMI, mereka mengeluarkan pekelilin bagi 11/2004 kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan dan SK Jenis Kebangsaan Tamil memaksa pengajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris, katanya. (Sumber: Harakahdaily)


(Gambar: Pejuang bahasa yang menentang PPSMI di muktamar
PAS ke-55, Shah Alam)
P/s: Bangsa lain pun perjuangkan kepentingan bahasa Melayu. Baca di sini
Baca di bawah falsafah kumpulan Popular Holding, syarikat empunya rangkaian gedung buku terbesar di Malaysia. Ya, memang Popular ditubuhkan di Singapura, namun falsafahnya saya sanjung.

“Language is an element of culture that contributes to every aspect of human relationship. When a people’s native language is not being regularly used, that is to say, the owners of that language and culture will be at lost. So, as a passionate contributor to bahasa Melayu, the national language with appreciation of our ethnic culture, Popular Holding fosters the love of ethnic language and culture through a strong and firm retail channel. We believe that nurturing of language is nurturing of culture.” (Pop Club magazine, May 2009)

Fahamkah atau tidak, wahai UMNO?


Berkaitan:
Buku-buku Bahasa Melayu di Popular
KEMASKINI PEDIH! - SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa

PPSMI - Mutiara Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Terjemahkan nahu bahasa Arab ke Melayu – Tok Guru Nik Aziz

Orang lain ada kedai buku bergerak, kita masih bergaduh fasal bahasa

Sasterawan Negara Pak Samad MENGGEMPUR TANPA UNDUR!
Walaupun tersohor dan disebut-sebut sebagai calon Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan (foto) mungkin mengalami laluan sukar mencapainya.

Beliau semakin lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - hari ini (23 Mei 2009) di depan 200 penulis muda dunia sastera Melayu.

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara," katanya dalam ucap utama di perhimpunan terbesar sasterawan muda Malaysia.

"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.


"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.


"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.

"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik."

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa – menyampaikan ucapannya berjudul 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Melaka pagi ini.

Dalam ucapannya kira-kira sejam, beliau menegur ahli politik Melayu dalam kerajaan yang menjadi pencetus utama timbulnya rasa tidak yakin terhadap bahasa mereka sendiri.

"Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa," katanya.

Anwar berkata, sikap pemimpin tersebut digambarkan melalui penggunanan bahasa Inggeris dalam majlis rasmi dan tidak bersungguh-sungguh membina jati diri kolektif pelajar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

"Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya," katanya. Teks ucapannya juga boleh diperolehi di blognya.

Kritikan Anwar hari ini yang pertama dilontar di depan khalayak sebesar itu, selain wawancara di sebuah tabloid politik dan dialog-dialog kumpulan kecil masyarakat sastera.

Walaupun pelbagai pihak dan tokoh budaya sebelum ini lantang menuntut pemansuhan dasar kontroversi itu – sehingga membawa kepada demonstrasi besar 7 Mac lalu – Anwar dilihat tidak lantang sebelum ini.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.

Selain Anwar, tokoh-tokoh lain yang disebut layak untuk Sasterawan Negara penyair Datuk Baharuddin Zainal dan novelis Zaharah Nawawi. (Sumber: Malaysiakini)

Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.


Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.


"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.

Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (gambar atas) dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.


Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.


Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.


Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.


"Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa," katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.


Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.


Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".


Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal",

Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai. (Sumber: Malaysiakini)

Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mencadangkan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengkaji dan menterjemahkan nahu yang terlalu kaya dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu bagi memperkasakan lagi penggunaan bahasa ibunda.

Perkara yang diutarakan oleh ulamak ini sangat saya sokong. Jangan lagi buku-buku agama Islam yang banyak diterbitkan oleh pelbagai penerbit ditulis hanya untuk ustaz-ustazah. Saya berkata begini justeru kerana hampir kesemua buku agama dalam pelbagai topik/subjek ditulis seolah-olah hanya untuk bacaan golongan agama, walaupun ianya diharapkan dibaca oleh semua masyarakat.


Mengapa saya katakan demikian? Buku agama menggunakan terlalu banyak istilah Arab, ditulis dalam gaya lenggok bahasa Arab, dan hasilnya ialah ayat yang berbelit-belit. Orang awam yang tidak berpendidikan Arab akan terkial-kial untuk cuba memahami ilmu yang hendak disampaikan, Sudah banyak kali saya bangkitkan hal ini, terutamanya bila saya membuat ulasan terhadap sesebuah buku.


Ubahlah corak penampilan dan gaya penulisan buku agama. Murnikan bahasa supaya menjadi wadah untuk memandaikan bangsa.


"Bahasa merupakan nikmat yang tidak terkira yang dianugerahkan Allah SWT ke atas seluruh manusia dan ia mesti digunakan sepenuhnya dalam berkomunikasi sesama manusia.
Sebagai contoh, Thailand berjaya menghasilkan produk buah-buahan melalui teknologi terkini tanpa menggunakan bahasa asing.”

Menteri besar Kelantan itu dipetik berkata demikian oleh Harakahdaily pada pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP, Dato' Termuzi Abdul Aziz baru-baru ini.


Berkaitan
: PPSMI - Mutiara Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa

Orang lain ada kedai buku bergerak, kita masih bergaduh fasal bahasa

Bahasa dan daulat


(Gambar: Tok Guru semasa melancarkan novel Bidadari Dari Timur di PWTC pada 19 April lalu)


Berkaitan:
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang
Photobucket
Dalam isu panas lagi pedih PPSMI, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berkata “Mana ada manusia yang cintakan bahasa tidak mahu memasukkan ilmu sains dan matematik ke dalam bahasa Melayu?”
Hah! Kena tempelenglah orang Melayu yang menyokong pelaksanaan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Sedarlah wahai Melayu yang tidak sedar diri! Siapa dia Melayu yang pitam itu? Siapa makan cili semestinya dia yang berasa pedasnya, bukan orang yang tidak makan cili.

Buku-buku berkaitan:
Taqwa, mentarbiah jiwa dan memimpin nafsu

Mutiara dua tok guru untuk tatapan umat Islam

Adil dan ihsan dalam bisnes

Insan, ingatlah
Tafsir Surah Yunus

(Gambar: Antara buku-buku ilmu dari Tok Guru. Pada hitungan terakhir untuk entri ini, saya ada lebih kurang 10 buah buku ulama ini)
Photobucket
"Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar," kata SN Pak Samad.

Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan mengalami keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.


"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (gambar kiri- dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang, katanya lagi.
(Sumber: Malaysiakini)

Jari jemari saya menggeletar sedikit ketika memblog berita ini. Gambar lain akan menyusul, insyaAllah.

Pengerusi GMP, Dato' Dr. Hassan Ahmad, berkali-kali melabelkan mereka yang berjuang dan menyokong dasar UMNO memartabatkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara ini dengan menjadikannya sebagai bahasa penghantar subjek sains dan matematik sebagai orang-orang bangang. (Sumber: Unika)


Berita terkini: Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

Baca berita penuh: Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya!

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
(** Gambar-gambar di atas saya salin dari pelbagai sumber.)
Saya ingin menyorot satu berita yang dilaporkan dalam Utusan Online pada 1 Mac lalu (klik di sini). Utusan melaporkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah berkata “Para pelajar diingatkan supaya tidak hanya menjadi 'ulat buku' kerana ia tidak menjamin mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.”

Beliau juga dipetik sebagai berkata “terlalu menumpu perhatian kepada akademik akan menyebabkan seseorang pelajar itu tidak cemerlang dari segi sahsiah diri dan pergaulan.”

"Pelajar-pelajar masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris dan bijak berhadapan dengan masyarakat serta tidak lupa jati diri dan asal-usul.
Ok, kenyataan Dr. Mohd. Shafie ada isinya. Saya setuju bahawa “tanpa penampilan yang baik, keyakinan tinggi dan mampu memotivasikan diri, pelajar berkenaan tidak akan mampu berdikari dan menghadapi pelbagai cabaran luar hanya dengan berbekalkan kecemerlangan akademik.”

Apa yang saya sama sekali tidak bersetuju ialah tajuk berita tersebut, “Elak jadi ulat buku”. Mengapa tajuk sebegini digunakan, seolah-olah penulis mengajak para pelajar supaya jangan suka membaca. Padahal menurut hemat saya, membaca merupakan langkah permulaan untuk menimba ilmu. Tidakkah saudara penulis mahu merujuk kepada ayat al-Quran pertama yang Allah sampaikan kepada Nabi Muhammad (sallallah-hualaihiwassallam), ‘Bacalah’?”


Letihlah laporan dengan tajuk yang entah apa-apa. Sedangkan pejuang-pejuang bahasa Melayu terus menerus menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), laporan ini pula boleh juga disimpulkan tidak berhasrat melestarikan bahasa.


Apa kata bekas menteri pelajaran, Tan Sri Musa Mohamad, berkenaan PPSMI? Beliau mengakui wujud kecelaruan dalam pelaksanaan PPSMI walaupun tujuan pelaksanaannya adalah baik.


Menurutnya “PPSMI bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia tetapi sepanjang enam tahun pelaksanaannya ia dilihat seperti tidak mencapai sasarannya disebabkan kecelaruan itu.”


Laman Unika pula melaporkan bahawa Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena berkata, "Kita menolak dan menentang sejak dahulu, tetapi tidak mendapat perhatian. Jikalau ditanya pada saya, memang saya membantah, malah ramai cendekiawan Melayu termasuk yang popular seperti Profesor Emeritus Abdullah Hassan; Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr Nik Safiah Karim dan ramai lagi profesor lain turut menolak pelaksanaannya.

“Gapena mewakili pelbagai gabungan dan perwakilan. Gapena menulis surat kepada kerajaan supaya pandangan dan idea bijak pandai juga diambil kira. Kami terkilan kerana tidak pernah dipedulikan.

“Kami melihat masyarakat Cina menggunakan kesatuan guru bagi mendapatkan maklum balas atau melalui MCA. Sebaliknya kerajaan langsung tidak mahu mendekati kami terutama dengan cendekiawan Melayu yang berfikir.


“Pada saya, orang seperti Ungku Aziz adalah orang yang berfikir. Beliau tidak minta apa-apa pun. Beliau berkata, PPSMI ini tidak menguntungkan bangsa Melayu. Kami pun berfikiran sama seperti itu.

“Bangsa Melayu akan sentiasa kalah jikalau kita teruskan PPSMI."
Artikel ini saya cedok dari blog bertajuk “Melihat Kasunyataan”. Maklumat blog ini saya peroleh dari blog penulis Abdul Latip Talib. Sekali saya membaca ulasan dan komentar penulis blog Melihat Kasunyataan, saya sudah jatuh hati.

Sila baca dua artikel yang saya cedok di bawah; satu berkenaan kedai buku bergerak dan satu lagi isu PPSMI.


Semasa menghadiri Pertemuan Penulis Serumpun sempat meninjau-ninjau kedai buku bergerak.
Banyak juga buku-buku yang dijual termasuk buku ilmiah, sastera dan majalah.

Prof Dr. Abdullah Zakaria dan Kasim Tukiman nampaknya begitu teruja dengan lambakan buku dari sebuah van yang diubah suai menjadi 'kedai buku bergerak' itu.

Rasanya kalau di Malaysia sukar menjual buku begini, kerana budaya membaca masyarakat kita masih belum meluas.

Di UTM sendiri memang ada van yang menjual beraneka akhbar dan majalah termasuk makanan jajan. Tapi untuk jualan buku seluruhnya belum ada lagi. Beberapa hari lepas akhbar Utusan Malaysia sendiri ada menyiarkan dapatan kajian yang menyatakan bahawa mahasiswa kita sendiri kurang membaca. Terutama bahan bacaan umum. Apa lagi bahan sastera dan sejarah. (Artikel asal dari blog Melihat Kasunyataan)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ramai orang Melayu menyatakan bahawa mereka sayangkan bahasa Melayu. Siapa kata aku tidak sayangkan bahasa Melayu? Tengok, aku bercakap Melayu. Aku hantar anak aku ke sekolah Melayu. (Walaupun sekarang ramai orang Melayu menghantar anaknya ke sekolah Cina). Aku beli akhbar berbahasa Melayu. Apakah aku tidak sayangkan bahasa Melayu? Begitulah ukuran ‘sayang bahasa’ itu bagi kebanyakan orang Melayu. Apakah dengan hanya bercakap Melayu, membaca akhbar Melayu sudah bermakna kita sayangkan bahasa Melayu?

Bagi mereka yang sayangkan anak pula, bukan bermakna bila kita dapat memenuhi segala keperluan si anak maka itu sudah boleh dikatakan sayangkan anak, tetapi lebih jauh daripada itu, seharusnya mereka dapat membentuk anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan berilmu, tahu menghormati ibu bapa dan orang lain juga. Begitu juga bagi mereka yang sayangkan bahasa Melayu seharusnya bukan semata-mata dengan menggunakannya dalam percakapan harian sahaja, tetapi juga dapat memastikan kita menambahkan ilmu dan berfkir dengan menggunakan bahasa Melayu. Pastikan juga bahasa kita akan dapat terus maju sehingga menjadi salah satu bahasa penting dunia, sama taraf dengan bahasa Inggeris, Perancis, Cina dan Arab.


Bagaimanakah caranya? Di sinilah kita selalu keliru dan sentiasa tersilap. Sebagai seorang Melayu kita seharusnya belajar apa juga bahasa, selepas itu tulislah dalam bahasa Melayu. Kita belajar dan menjadi pakar matematik, mengapa kita tidak menulis dalam bahasa Melayu. Kita belajar dan menjadi pakar sains, mengapa kita tidak mahu menulis dalam bahasa Melayu. Inilah kelemahan orang kita Melayu. Sikap malas masih menguasai orang Melayu. Kalau ada pun pakar yang boleh menulis, mereka hanya boleh menulis dalam bahasa Inggeris, kerana bagi mereka menulis dalam bahasa Melayu tidak ada kualiti, tidak educated. Jadi sampai bilakah bahasa Melayu akan maju? (
Rencana asal di sini: Antara Anak dan Bahasa)

Kata saya, "Bagaimana kita mengharapkan bangsa lain menghormati bahasa Melayu, sedangkan kita sendiri tidak menggunakannya secara meluas di Malaysia secara piawai?

Bagaimana kita mahukan orang bukan Islam menghormati hukum Islam sedangkan kita sendiri (umat Melayu Islam) memperlekehkan undang-undang Islam?"

Photobucket

Dato' A Samad Said tetap meneruskan perjuangan mendaulatkan bahasa ibunda biar pun gelaran Sasterawan Negara yang diberi kerajaan ditarik balik.

"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.
"Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti," katanya di Kota Bahru, Kelantan seperti mana dipetik oleh Harakahdaily.
Pak Samad terkenal dengan penulisan yang kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan.
"Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional."
Beliau juga berkata, penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek matematik dan sains jelas melanggar akta pelajaran Malaysia kerana tidak membantu peningkatan penggunaan bahasa Melayu.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun. Setakat ini hanya PAS yang menganjurkan ceramah untuk menjelaskan kepincangan PPMSI dan sebab itulah saya memilih platform ini untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat.”
Saya mengenali Pak Samad lewat novel pertama beliau yang saya baca, Salina. Saya juga pernah beberapa kali berbual dengan beliau. Jom lihat karya-karya terkini Pak Samad di laman Wira Bukit, warisan seni bangsa.

Teruskan perjuangan Pak Samad. Saya menyokong dan akan terus menyokong, insyaAllah.

Pautan: Buku puisi Rindu Ibu oleh Pak Samad.
Rasuah yang parah dalam Umno, kata SN Pak Samad

P/s: Alhamdulillah, minggu ini saya ada tiga pesanan katering yang mesti dilunaskan.

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan bahasa Melayu.

Beliau berpidato di dalam majlis himpunan dan ikrar mansuh PPSMI pada 23 Februari (Isnin). Menurut beliau, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.


Beliau menggesa supaya rakyat dididik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan.”


Berkaitan dengan isu ilmu dan bahasa, kedapatan banyak penerbit kecil yang dikategorikan sebagai penerbit-penerbit nyamuk. Saya kurang pasti mengapa ianya disebut demikian.


Penerbit-penerbit kecil ini tidak berminat untuk menjual buku mereka di rangkaian kedai buku besar atau kecil. Jualan dilaksanakan melalui konsep jualan terus, sama ada menjual kepada orang ramai di restoran, rumah-ke-rumah atau melalui promosi di sekolah.


Tidak semua buku yang diterbitkan oleh mereka kurang bermutu, tetapi ada juga bagai melepas batuk di tangga sahaja. Asal terbit sudah, itulah mungkin tanggapan mereka.


Proses jualan dan promosi (kata merekalah) kerap dijalankan di sekolah dengan bantuan para guru. Kategori buku yang paling popular ialah buku cerita, dan yang dipujuk supaya membeli ialah anak-anak sekolah rendah.


Tiga orang anak saya sedang bersekolah rendah. Semasa di tahun satu dan dua, anak sulung saya kerap kali membawa balik ke rumah pemplat atau kertas yang berupa borang atau maklumat berkenaan buku-buku tertentu. Ayat biasa yang dikatakan kepada saya ialah, “Cikgu kata, tidak beli tidak mengapa”. Saya tidak menyalahkan anak justeru kerana minat membaca memang saya tanamkan sejak kecil lagi.


Kini dua orang lagi anak saya pun menurut jejak langkah kakak sulungnya, beli buku di sekolah. Cuma kali ini anak saya tidak merujuk kepada saya terlebih dahulu, tetapi terus membelinya tatkala di sekolah.


Seperti yang saya sebut sebelum ini, tidak semua buku-buku cerita tersebut bermutu. Saya kira mereka hanya pentingkan keuntungan tanpa mengira sudut pembelajaran dan pengajaran bahasa.


Salah satu buku cerita nipis yang saya maksudkan ialah Jeritan Di Perpustakaan (siri Misteri Alam Persekolahan) yang diterbitkan oleh satu penerbit di Ampang, Selangor, dan telah dibeli oleh anak saya.


Saya tidak nafikan bahawa ada nilai moral di sebalik cerita yang dipaparkan. Namun justeru kerana buku ini dijual di sekolah untuk murid-murid sekolah, maka sudah sewajibnya mutu bahasa juga menjadi sangat penting dititikberatkan. Jangan mengajar anak-anak sekolah menggunakan bahasa Melayu secara tidak betul.


Saya ambil beberapa contoh kesalahan seperti di bawah:

1) “Kau nak makan apa hari ini?”
2) “Aku nak makan nasi lemak.”

3) “Kau dah siap ke?”
Penggunaan kata ‘nak’, ‘dah’ dan ‘ke’ adalah salah!

Perhatikan yang ini pula, “Toloonngg!!! Tolooonngg! Saya terkurung di perpustakaaann!!”


Ejaan yang betul ialah ‘tolong’ dan ‘perpustakaan’. Mana ada ejaan bahasa Melayu ‘tolooonngg’ dan ‘perpustakaaann’.


Buku cerita ini berhalaman 32, bersaiz kecil, tetapi harga yang tercatat ialah RM3.90. Gila apa? Itu belum diambil kira desain kulit lagi. Tolonglah, jangan menjadi salah satu golongan yang membantu memusnahkan bahasa Melayu serta bangsa Malaysia!


Berkaitan:


Enggan mansuhkan PPSMI golongan celaka, kata Presiden PAS

Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris

Wacana memperingati Hasan Al-Banna, 26 Februari di Kuala Lumpur

Transgenesis, istimewa tetapi hilang seri dengan bahasa Melayu rendah
Saya bukan pejuang bahasa Melayu dan tidak sama sekali membenci bahasa Inggeris. Baca seterusnya apa yang mahu saya sampaikan.

Saya seorang budak kampung, dilahirkan di sebuah perkampungan kecil terpencil di Besut, Terengganu. Bahasa perbualan seharian di rumah dan seputar teman-teman ialah bahasa Melayu dialek Kelantan/Besut. Malah di sekolah pun saya berbual dengan bahasa dialek ini. Cuma ketika dalam kelas sahaja bahasa Melayu piawai digunakan.


Minat saya kepada subjek matematik dan sains bermula. Pastinya bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek tersebut.


Saya melangkah ke sekolah menengah pula, juga di Besut.
Saya cukup terkenal di kalangan guru dan teman dengan minat dan kepandaian dalam matematik dan sains.

Kemudian selepas kejayaan cem
erlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya bersekolah di Kuala Lumpur dengan mengambil jurusan sains sebagai tapak. Saya mengenali ilmu kimia, fizik, biologi, matematik (termasuk subjek matematik tambahan yang agak mencabar) untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, sejak di tingkatan satu lagi saya mula berjinak-jinak dengan bahasa Inggeris melalui buku-buku cerita dalam bahasa tersebut. Namun ianya tidak mencukupi pastinya.


Saya lebih giat tatkala bersekolah asrama di Kuala Lumpur, selepas SRP, untuk memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris.
Dengan sedikit wang amanah orang tua dan dermasiswa dari sebuah bank tempatan, saya mula membeli novel-novel bahasa Inggeris. Saya mula membaca akhbar tempatan dalam bahasa Inggeris. Kamus dwi-bahasa menjadi teman rapat.

Dengan berkat doa o
rang tua dan minat belajar saya, kembara ilmu diteruskan di pusat matrikulasi dan seterusnya di universiti. Pengkhususan di universiti ialah sains komputer dan pengurusan. Banyak buku rujukan di universiti menggunakan buku asal dalam bahasa Inggeris. Jika hanya bergantung kepada nota-nota kuliah yang dicatat semasa sesi syarahan, maka saya kira amat tidak mencukupi. Walaupun menghadapi sedikit masalah pada mulanya, saya terus tekun memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris.

Semasa belajar di matrikulasi dan universiti, saya terus menanam minat membaca novel-novel dalam kedua-dua bahasa. Novel bahasa Inggeris bercorak penyiasatan dan spi serius dan berat pertama dibaca ialah The Day of the Jackal yang ditulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal Frederick Forsyth.
Seterusnya saya berkenalan dengan penulis Tom Clancy lewat novel pertama yang dibeli, The Cardinal of the Kremlin. (Dibeli di Bazar Chowrasta, Pulau Pinang)

Novel bahasa Melayu juga tidak saya tinggalkan.
Saya mengenali SN Arenawati ketika di universiti.

Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh ijazah yang diimpikan dengan baik tanpa menambah tahun pengajian di universiti.


Apa yang mahu saya gambarkan di sini? Seorang anak Melayu sudah berjaya menguasai matematik dan sains melalui medium bahasa Melayu. Dalam masa yang sama saya turut menguasai bahasa Inggeris, bukannya melalui pembelajaran matematik dan sains, tetapi melalui pembacaan yang tekun buku dan novel berbahasa Inggeris.


Sebagai maklumat tambahan, saya pernah menjadi associate editor untuk majalah berbahasa Inggeris yang sudah tidak lagi diterbitkan, iaitu Jaring Internet Magazine. Seterusnya saya menjawat tugas editor untuk versi online majalah tersebut. Saya giat menulis bagi kedua-dua versi majalah tersebut.


Saya tidak membenci bahasa Inggeris, tetapi saya mencintai bahasa Melayu kerana saya tetap teguh yakin bahawa bahasa Melayu boleh dan akan terus boleh menjadi bahasa ilmu.


Apa berita terkini bantahan terhadap pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)?


Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”


Dalam kemesraan dan ketawa di ruang lobi parlimen, enam tahun sudah berlalu.


Jikalau pada setiap tahun separuh sahaja daripada anak-anak sekoah rendah yang tidak memahami apa-apa melalui bahasa yang tidak difahaminya, bermakna ada sekitar 200,000 anak kita yang ternafikan haknya menerima pendidikan. Dalam enam tahun, mungkin sudah ada 1,200,000 anak-anak kita yang sudah menjadi korban PPSMI. Majoritinya anak-anak Melayu.


Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”

Aduhai. Sejak 1996 lagi kami sudah bersuara.


Seawal September 2002, Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain, sudah menghantar memorandum menyatakan pendirian profesor sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) Malaysia kepada Perdana Menteri, dan Menteri Pendidikan Malaysia.


68 orang profesot SAKTI ini menandatangani dokumen tersebut. Sekiranya belum ditemui, memorandum itu diterbitkan semula dalam “Mengapa Kami Bantah!”
(Sumber: Blog Institut Peradaban Melayu, UPSI)

Isu PPSMI juga menjadi topik hangat di Parlimen Malaysia. Laman berita Malaysiakini melaporkan bahawa soal untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat pada 18 Februari 2009 apabila beberapa wakil rakyat mengemukakan pandangan berbeza berhubung pelaksanaannya.


Baca laporan penuh Malaysiakini di sini.


Berkaitan:
Isu PPSMI: SN Pak Samad di pentas PAS
PPSMI: Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad

Himpunan 100,000, bahasa memacu tamadun negara, sorotan Unika dan Malaysiakini

Christian Herald dan Insignia Skuadron 230 Tentera Udara Diraja British

PPSMI menentang Quran – UNIKA

PPSMI: Pemuda PAS sedia debat dengan Pemuda Umno

Pakatan Rakyat pro-bahasa Melayu?

Siapa minat Star Wars?

Photobucket
top