Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Tafsir Surah Yunus

Saya memiliki satu buku yang dihadiahkan oleh rakan-rakan semasa saya berhenti dari JARING, bertajuk "Tafsir Surah Yunus" oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sebenarnya memang saya dah lama mencari buku ini. Buku yang saya dapat ini adalah buku cetakan ke-2 (Mei 2002), berkulit keras bewarna merah, terbitan MHI Publication (laman web tidak saya temui). Tafsir yang beliau sampaikan cukup menarik.


Tetapi, sayang seribu kali sayang, seorang tokoh ulama dengan idea ilmu yang begitu baik, dicalarkan dengan sebuah terbitan yang menggunakan bahasa Melayu yang tunggang-langgang. Idea Tuan Guru (TG) sudah amat baik. Namun penerbit yang kurang tahu bagaimana untuk mencantikkan bahasa supaya mesej TG sampai ke pembaca telah menjadikan ilmu yang hendak disampaikan tidak terjelma.


Sepatutnya editor dan penerbit mengolah kuliah TG dan kemudian disusun dengan menggunakan bahasa Melayu yang bermutu, tanpa menggunakan bahasa dialek Kelantan. Ini tidak, bulat-bulat disalin setiap patah perkataan TG semasa beliau menyampaikan kuliahnya. Hasilnya banyak istilah dialek Kelantan digunakan dan susunan yang tidak munasabah.


Saya kira patut pihak MHI Publication belajar bagaimana hendak menghasilkan kitab yang bermutu dari PTS Publication!

2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Hmmm....

Anonymous said...

Bila lagi PTS ingin terbitkan buku-buku ulamak ini? Saya selalu membelinya. Mesti laku keras kalau PTS terbitkan. Elok PTS suarakan hasrat ini kepada TG Nik Aziz, sementara TG masih sihat.
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com


Photobucket
top