Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Bila orang sastera dan pejuang bahasa pun sudah berani berdiri teguh di pentas pembangkang bercakap mengenai rasuah dan penggunaan kuasa yang gila, bertambah semarak gelombang perubahan. Dari riak kecil beralun kini menjadi badai!

Sasterawan Negara, A.Samad Said (Pak Samad) kesal dengan budaya rasuah yang melanda Umno mutakhir ini yang baginya semakin parah.

Paling dikesali, pihak berkuasa hanya mengambil tindakan ke atas perasuah yang merasuah sekitar ratusan ringgit, sedangkan pemimpin yang merasuah hingga jutaan ringgit dibiarkan terlepas, kata SN Pak Samad seperti mana dipetik oleh Harakahdaily.

Walaupun beliau menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan ke atas beberapa ahli dan pimpinan bawahan Umno yang terbabit dengan rasuah, namun kelompok yang lebih tinggi yang merasuah dengan wang yang lebih banyak tidak pun dikenakan tindakan, dan ini dikesali, kata A.Samad Said.


"Rasuah ini yang bawah itu memberi dengan nilai yang kecil kerana ianya juga datang dari yang atas yang mempunyai dana yang besar.”

"Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tersilap memilih pemimpin yang menggantikannya, biarpun beliau berpengalaman memerintah selama 22 tahun, tetapi beliau mengakui silap memilih pengganti apabila memilih Abdullah Badawi ini.”


Umno mutakhir ini cenderung kepada rasuah, dan laporan demi laporan mengenai perihal rasuah Umno ini membuatkan rakyat semakin menolak parti ini, katanya.

Beliau seterusnya bimbang akan senario ini yang akhirnya hanya akan menghancurkan perjuangan masyarakat Melayu.

Beliau turut mengajak rakyat terutamanya kelompok muda hari ini melakukan perubahan.

Berkaitan: Isu PPSMI: SN Pak Samad di pentas PAS
Berkaitan:
PPSMI: Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad

Dalam perkembangan lain laman web Unika melaporkan bahawa baru-baru ini Pak Samad telah berada di pentas markas PAS di Taman Melewar Kuala Lumpur bagi membacakan sebuah sajaknya yang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang banyak merosakkan bahasa dan kebudayaan Melayu.


Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) dipetik sebagai berkata oleh laman berita Malaysiakini.


Berkaitan: Isu Perak: Allah akan memenangi yang benar, kata Baha Zain


*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

1 comments:

Anonymous said...

lagi satu perkara yang sama atau lebih buruk dari
rasuah ialah menjerumuskan kaum sendiri di dalam lembah penghinaan.

apabila pak samad kempen untuk pelajar pelajar malaysia guna bahasa
malaysia , dasar ini akan-1. meletakkan pelajar melayu di peringkat
bawahan 2. menjadikan mereka memponyai sifat 'inferiority
complex' kerana tak bolih menguasai bahasa inggeris di dalam
pertuturan harian mereka.

bila gomen buat dasar [pelajaran /bahasa] untuk negara
dasar ini akan dituruti olih pelajar pelajar melayu dan
segelintir pelajar india yang tidak berkemapuan.

lihatlah- orang cina nampaknya diberi exemption dari
keperluan bahasa. Lihat ajelah air cond yang tergantung di
sekolah sekolah cina. mereka akan adakan pelajaran tambahan
pada waktu petang hingga jam 5. sessi petang untuk belajar
syllabus singapura -matematik , sains dan bahasa inggeris.

jadi bila menyambung sekolah , kebanyakan penuntut sekolah
china arif tentang bahasa inggeris. ya penuntut melayu
banyak dapat A! di SPm. Lihat aje buku teks yang digunakannya
practical english book!!. Di sekolah china bila sampai darjah
6 , seorang pelajar hapal Practical English Book 3. Penuntut
yang baik di sekolah china lepas darjah 6 bolih score A1
di SPM Bahasa Inggeris.

Jadi pelajar pelajar melayu bila jadi pegawai mereka tak da
confidence nak bertutur bahasa inggeris. hampir semua
pakar /pak menteri/ pemeberita melayu di lamuni dengan
sindrom broken english.

saya diberitahu . apabila di luar negara geng geng penuntut
melayu susah nak berinteraksi dengan pihak kedutaan
atau penaja di luar negara untuk minta peruntukan
buat function kerana tak confident dengan bahasa inggeris.

lagi satu perkara , bila minta kerja lepas graduation
syarikat china macam osk tak mahu graduan melayu.

mereka hanya mengambil remiser melayu kerana paksaan
terbabit dengan syarat pelesenan perniagaan mereka.
dan memager mereka akan terang terang cakap pasal hal ini
depan mereka.

bayangkan perasaan mereka bila di bahasa sedemikian.

bagi saya kamu pejuang bahasa adalah celak besar . hipokrit
dan perosak bangsa. Saya sendiri pernah berdiri dibelakan
pak samad apabila pak samad memilih buku dengan anak /cucu
pak samad di kedai buku di klcc. Apa bahasa yang pak samad guna
apabila berdiskusi dengannya - tentu bahasa inggeris.

kalau kamu bolih baca dan menimba ilmu di dalam bahasa
inggeris , apa salahny anak anak muda negara menggunakan
bahasa inggeris?

orang macam kamu ini celaka besar- nak pandai sorang aje!


Photobucket
top