Karya Agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili ‘minda’ dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu.
Sejak penubuhannya, Yayasan Karyawan telah berjaya menerbitkan 14 judul Karya Agung dan satu judul Buku Pengenalan Karya Agung. Justeru itu penerbitan Karya Agung tidak dapat dinafikan memberi penekanan terhadap aspek kualiti dalam menghasilkan karya yang meninggalkan impak mendalam dalam pengkaryaan. Dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Senarai karya agung:
Sulalat al-Saltin: Juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua pernah ditemui ini dikarang di Johor pada tahun 1612, atas titah raja oleh Bendahara Paduka raja (Tun Seri Lanang). Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
Hikayat Hang Tuah: Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 ini adalah satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.
Tuhfat Al-Nafis: Menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu yang paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenanjung (Tanah) Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.
Hikayat Merong Mahawangsa: Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal-usul keturunan raja-raja Kedah dari sudut mitos dan lagenda. Kehandalan pujangga tidak bernama dari istana Kedah ini ialah menggembelengkan kedua-dua unsur mitos dan realiti sejarah dalam penulisannya.
Hikayat Raja Pasai: Karya ini berkemungkinan dikarang dalam jangka waktu dari tahun 1211 hingga 1400. Hikayat ini mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, sebuah tempat di Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula bertapak di gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pada abad ke-13.
Hikayat Acheh : Karya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda di Acheh (tahun 1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar dan kuat selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511.
Pantun Melayu: Bingkisan Permata : Karya ini menghimpunkan sejumlah 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu yang tiada tolok bandingnya.
Syair Ken Tambuhan: Karya ini selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makasar. Karya jenis hikayat atau cerita panji ini dikarang dalam bentuk syair, berbeza dengan kebanyakan cerita panji yang dikarang dalam bentuk prosa.
Undang-Undang Melaka: Karya undang-undang Melayu yang tertua ditemui setakat ini dan belum pernah dicatatkan dalam mana-mana katalog naskhah Melayu lama. Undang-undang ini dipercayai digubah pada zaman pemerintahan sultan Melaka pada pertengahan abad ke-15 sebagai usaha mensistematikkan segala peraturan yang diamalkan kerajaan Melaka.
Hikayat Abdullah: Hasil karya Abdullah Munsyi yang selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu di rantau ini sedang menghadapi cabaran politik, ekonomi, dan budaya yang luar biasa dari dunia Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif.
Cerita Lipur Lara: Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris terutama W.E. Maxwell dan R.O. Winstedt seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang manusia Melayu di kalangan pegawai serta sarjana Barat. (Cerita Seri Rama, Cerita Malim Dewa, Malim Deman, Cerita Anggun Cik Tunggal, Cerita Raja Muda).
Bustan Al-Katibin: Bustan al-Katibin ialah sebuah karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu yang ulung, Raja Ali Haji.
Cerita Jenaka Melayu: Sebelas buah cerita jenaka, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk Dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Sebagai salah satu genre penting kesusasteraan tradisional Melayu, cerita Jenaka Melayu mempunyai dua fungsi atau tujuan. Pertama, tujuan untuk menghibur, dan kedua untuk menyampaikan “ilmu” atau pengajaran kepada khalayak yang cuba disampaikan oleh “tukang cerita” samada secara sedar atau tidak disedari melalui cerita hiburan tersebut.
Hikayat Panji Jayeng Kusuma: merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam karya ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam karya ini adalah di kalangan anak-anak raja daripada beberapa buah kerajaan seperti Kuripan, Daba, Gagalang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Laseri.
Hikayat Inderaputera: Karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang sangat terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga abad ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam (Kemboja) dan Mindanao (Filipina). Sejumlah 30 naskhah diketahui masih ada, terpelihara di Perpustakaan Belanda, Great Britain, Jerman, Perancis, Belgium, Sri Lanka, Indonesia dan Malaysia.
Buku Pengenalan Karya Agung: Buku pengenalan karya Agung ialah buku kecil yang memuatkan rasional penubuhan dan penerbitan Karya Agung sejak projek ini dimulakan. Buku ini juga bertujuan memperkenalkan Karya Agung kesusasteraan Melayu tradisional yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan.
(Sumber asal: Atien Industries Sdn Bhd)

1 comments:
Tuhfat Al Nafis pernah diajar oleh seorang guru agama dikampong dahulu ... memang menarik sangat.
Post a Comment