Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label About me. Show all posts
Showing posts with label About me. Show all posts
Lusiana Catering menyajikan menu untuk satu majlis doa selamat dan kesyukuran bagi seorang klien persorangan di BK6, Bandar Kinrara, Selangor pada satu hari di minggu terakhir Oktober 2009. Majlis tersebut disajikan dengan sajian makan tengah hari dan makan malam.

Dengan jumlah pesanan sebanyak 180 pax, menu makan malam merangkumi set nasi beryiani bersama kari kambing.
Tuan rumah memuji kari kambing yang disajikan. “Try mutton curry, it’s excellent!,” tuan rumah berkata kepada salah seorang tetamu yang baru menyenduk nasi beryiani.

Cerita kedua pula semasa di majlis makan yang berlangsung di tingkat 75, menara kedua Petronas (KLCC) setahun lepas. Ianya merupakan majlis meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali untuk staf dan expatriate syarikat berkenaan. Ia berlangsung dalam suasana santai.


Hidangan termasuk masakan rendang kambing dan lemang yang mendapat pujian dari staf India dan staf warga asing yang bertugas di syarikat berkenaan.
Kata mereka, The best mutton curry I have ever eaten. Saya kata kepada staf berkenaan ini bukan kari kambing tetapi rendang kambing.

Seorang lagi staf Melayu yang lengkap berpakaian baju Melayu memuji hidangan yang saya sediakan. Kata beliau, “Terima kasih kerana menghidangkan masakan yang menyelerakan. Lemang ini cukup enak rasanya. Awak ada kedai kah?” Saya jawab tidak ada, lantas menyuakan kad bisnes kepada beliau. Selepas itu saya sendiri melihat beliau bercakap-cakap dengan rakan-rakan sambil menyarankan supaya mencuba lemang dan rendang kambing.


Hidangan istimewa lain yang saya sediakan hari itu ialah cendol dan nasi beriani (bersama beberapa hidangan lagi bersesuaian dengan tujuan majlis diadakan). Cendol yang dihidangkan bersama santan, gula merah dan ketulan ais habis dihirup oleh tetamu.


Segala pujian dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
28 Syawal 1430H: Aku pernah susah. Setahun lebih aku bertatih mengurus dan membangunkan bisnes katering. Miskin, susah, sedih, kecewa, marah dan menangis. Hutang sewaktu aku bekerja makan gaji makin menumpuk, makin membingungkan.

Hendak bayar itu, bayar ini. Bank dan syarikat kewangan mengejar aku. Sebuah kereta diambil kembali oleh bank. Takut, bimbang dan resah saling bertingkah. Mahkamah menghantar saman si berhutang kepada aku. Terasa ingin mati!. Aku pasrah dan menyerah.
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya.” (Surah asy-Syura ayat 27)

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.” (Surah al-Isra’ ayat 29)
“Ya Allah, letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku. Ampunkan dosa-dosa aku ya Rabb. HambaMu ini tidak akan berdaya menempuh badai tanpa bantuan dan cintaMu.”

Kuserahkan nasib dan masa depanku kepada Allah. Aku terus berusaha membangunkan bisnes katering, dalam segenap kepayahan dan gundah gulana. Terkadang syaitan membisikkan kata-kata durjana, supaya aku memberontak dengan keadaan yang terjadi.

Tatkala itu juga naluri dalaman aku melawan dan berjaya membunuh hasutan syaitan durjana itu. Aku mengadu ke hadrat ilahi, semoga derita dan kecewa hati ini disembuhkan segera. Aku pohon seikhlas hati bantuan dan tuntunan Allah. Aku sujud menangis merayu belas dariNya. Aku bermunajat dan berdoa, pasrah akan ketentuan yang telah tersurat. Aku tahu, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Ianya penghapus dosa-dosa aku. Subhanallah.

Aku pasrahkan diri ini kepada Tuhan yang Maha Kasihan Belas. Selain solat, aku basahkan nurani dengan ayat-ayat cintaMu menerusi Quran dan zikrullah. Aku membaca buku-buku motivasi Islami dan hayati bahasa-bahasa indah Quran. Aku hanyut dengan cintaMu. Aku tenggelam dalam kasih-sayangMu.

Pernah banyak ketika aku dan isteri kehabisan wang langsung. Anak-anak ingin makan. Suatu ketika isteri aku bercerita bahawa dia pernah membelek-belek di segenap ruang dalam kereta mencari kalau-kalau ada wang yang terselit. Sebenarnya aku pun pernah berbuat demikian tanpa pengetahuan isteri.

“Ya Allah, murahkan rezekiku, majukan bisnes kateringku dan permudahkan segala urusan kehidupanku yang mendatang. Lindungi aku, isteri dan anak-anakku dari kepayahan yang tidak bisa kami hadapinya. Teguhkan rumahtanggaku, jadikan anak-anakku anak soleh dan solehah. Kuatkan iman aku, berikan ketabahan kepada hambaMu ini.”

Indahnya bercinta dengan sang Pencipta yang Maha Agung.

P/s: Ini secebis kisah aku dalam mengharungi dunia fana kehidupan. Sesungguhnya mati itu peringatan ulung untuk orang Mukmin. Bak kata novelis thriller Ramlee Awang Murshid, “Mati itu pasti, hidup insyaAllah.”

Berkaitan: Solat, Quran dan membaca merehatkan minda
Imbas kembali: Bermula dengan nasi lemak
Antara sifat tamak saya ialah membeli dan membaca buku. Sikap ini mungkin saya tidak begitu bijak membendungnya, sejak dulu. Pantang saya ialah melihat kelibat kedai buku, pameran / pesta buku dan jualan murah buku. Perkara lain saya boleh elak, yang satu ini amat payah.

Kebiasaan saya ini sudah lama berlangsung.
Sewaktu masih bekerja di MIMOS Bhd dan Jaring Communicarions Sdn. Bhd, saya akan mencuri-curi keluar ke kedai buku. Akibatnya kad kredit saya kembung! Sampai kini saya masih membayarnya perlahan-lahan. (Nasihat: Jangan gunakan kemudahan kad kredit secara berleluasa andai tidak mahu menanggung hutang seumur hidup.)

Saya berhenti seketika dari membeli buku tatkala mengalami kesuntukan wang (biasalah, putaran hidup). Kini selepas beberapa tahun menceburi bisnes katering, Allah yang Maha Ka
ya dan Maha Pembuka membuka pintu rezeki untuk saya sekeluarga. Bermulalah kembali kegilaan saya membeli buku.

Pada Ahad 16 Mei 2009, saya
membeli 3 buah novel di jualan gudang Pay Less Books (kedai buku terpakai) di Ampang Point. Minat saya tertumpu kepada novel thriller, sains-fiksyen dan tekno-thriller. Maka 3 buah novel yang dimasukkan ke dalam karung plastik ialah Warlord! Oleh Janet Morris, Stealth War (militeri-thriller) oleh Jeff Rovin dan Enemy Territory oleh Douglas Terman. Harganya ialah RM9.00 untuk 3 buah.

Sementara itu pada 26
Mei pula, sebaik sahaja selesai mengambil cek bayaran katering di satu lokasi di SS2, Petaling Jaya, terus saya memulas stering kereta ke Amcorp Mall yang berdekatan. Saya ‘melawat’ kedai buku BookXcess yang terletak di tingkat paling atas bangunan Amcorp Mall.

Tahukah saudara apa itu kedai buku BookXcess dan buku apa yang dijualnya? Kedai buku ini menjual pelbagai kategori buku dalam bahasa Inggeris. Tarikan paling utama ialah harga buku-buku yang sangat murah, sehingga 70% dari harga asal di kedai buku lain. Bukan buku lama, tetapi masih baru (atau kelihatan baru?). Mana boleh tahan!

Hasilnya, 4 buah buku dibawa pulang; 3 buah novel thriller dan sebuah buku sejarah India. Semuanya terbitan tahun 2007, seperti berikut:


Crow Stone oleh Jenni Mills (RM9.90).
Cobra Gold oleh Damien Lewis (RM9.90).
Bad Luck and Trouble oleh Lee Child (RM9.90).
India After Gandhi: The History of The World’s Largest Democracy oleh Ramachandra Guha (RM19.90).

Ada
kedai buku Popular pula di Ampang Point dan Amcorp Mall. Beli buku lagi. Pada kedua-dua hari yang sama, chef Lusiana Catering turut menambah koleksi di rumah, seperti berikut:

Matahari Di Atas Gilli oleh Lintang Sugianto, terbitan PTS.
Setiap Jumaat oleh Norhayati Berahim, terbitan NB Kara.
Mikhail oleh Ramlee Awang Murshid, terbitan Alaf 21.
Cinta Kau dan Aku oleh Siti Rosmizah, terbitan Buku Prima.
Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha oleh Taufiqurrahman al-Azizy, terbitan Global Aksara Communication.

Photobucket
Di waktu ini saya sedang menelaah 4 buah buku sekaligus, seperti senarai ‘Sedang baca buku-buku ini’ di sebelah atas kanan blog ini. Bila mahu habis setiap buku tersebut, hanya Allah yang Maha Tahu. Tanpa niat meninggi diri dan riak (semoga Allah lindungi saya dan keluarga, amin!), saya juga amalkan membaca al-Quran dan terjemahan / tafsir. Alhamdulillah.

Baru sahaja selesai membaca novel thriller Gapura oleh Zehann Ur Rakhie, terbitan Pekan Ilmu. Akan dibikin resensi, insyaAllah. Bila? Belum tahu.
Bulan April tahun ini adalah antara bulan dan ketika yang sangat menyedihkan bagi saya dan chef Hana. Walaupun hanya dua kali pesanan katering yang berjaya kami laksanakan, namun masa kami berdua penuh. Sepanjang bulan ini saya terutamanya berada di Besut, Terengganu dan Kelantan selama 14 hari. Dan tahun ini (setakat April 2009), saya terutamanya lima kali berulang-alik ke Besut dan Rantau Panjang, Kelantan.

Di sini saya bagi pihak Lusiana Catering ingin memohon maaf kepada rakan dan klien yang pesanan katering mereka terpaksa ditolak. Ada juga yang sudah confirm terpaksa saya tolak di saat-saat akhir. Maaf saya pohon.

Tanggal 11 April 2009, sekitar 6.45 petang, emak saya menghembuskan nafas terakhir pinjaman Allah di muka bumi ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan (dahulu dikenali sebagai Hospital Kota Bahru). Saya iringi jenazah emak yang dibawa ke Besut untuk dikebumikan di sana, berdekatan dengan makam aruah ayah. Alhamdulillah, saya masih lagi waras untuk mensedekahkan bacaan al-Quran dan surah Yasin di sepanjang perjalanan dari Kota Baru, Kelantan ke Besut, Terengganu.

Sepanjang saat-saat akhir aruah emak di hospital, saya dan adik perempuan yang tinggal di Rantau Panjang, menjaga emak selama 10 hari. Kami berdua tidur di Hospital Raja Perempuan Zainab II selama itu juga. Sekali lagi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah justeru kerana aruah emak pergi meninggalkan kami lima beradik secara aman dan tenteram. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan untuk Mukmin.

Setelah disahkan oleh doktor bahawa emak telah kembali ke negeri kekal abadi, saya mencium dahi emak. Masih terasa hangat tatkala dahi disentuh bibir. Air mata saya bergenang, ditahan dari merembes oleh kelopak mata. Chef Hana terus keluar dari wad kerana tidak dapat menahan isak tangis. Saya bisikkan kepada aruah emak, “Mengapa cepat sangat emak pergi?”. Subhanallah!

Saudara-mara, bapa dan emak saudara, para sepupu saya dan sahabat-sahabat aruah emak ramai yang mampir menziarahi tatkala emak di hospital. Termasuk juga lima orang jiran dan sahabat aruah ayah dan emak di Jerantut, Pahang. Ramai orang tua memberi peringatan kepada saya, “Mu jangan bimbang dan risau kerana tidak boleh buat kerja. InsyaAllah, Allah akan gantikan rezeki yang terlepas itu dengan yang lebih baik.” Subhanallah!

Aruah emak dimandikan, disembahyangkan dan dikafankan di rumah emak saudara di Besut. Sebaik sahaja selesai dikafankan, saya dan adik beradik, para anak menantu, emak-emak saudara, anak-anak saudara, dan cucu-cucu aruah emak bergilir-gilir menatap dan mencium aruah untuk kali terakhir.

“Selamat jalan, emak. Tunggu saya dan adik-adik di sana. InsyaAllah, anak-anak emak akan kembali bersama di suatu ketika nanti,” bisik saya lantas mencium dahi dan kedua-dua pipi aruah emak. Agak lama tatapan akhir saya itu.

Pada hujung bulan April pula, saya sekeluarga dan adik sekeluarga yang bekerja di Putrajaya pulang ke rumah peninggalan aruah ayah dan emak di Jerantut, Pahang. Di sanalah kami adik-beradik seramai lima orang dididik dan dibesarkan. Tujuan utama ialah untuk membersihkan persekitaran dalaman dan luaran rumah yang sudah emak tinggalkan selama hampir empat bulan semenjak ujian menimpa beliau.

Tibalah bulan Mei 2009. Allah Maha Kaya dan Maha Pembuka. Itulah sifat yang menjadi milik Allah. Tuhan semesta alam menganugerahkan rezeki kepada saya dan chef tanpa disangka.

Saya memperoleh pesanan katering pada minggu pertama dan kedua bulan Mei; dari 5 hingga 15 haribulan. Selama 9 hari saya berkampung di .My Domain Registry yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Dalam pada itu Lusiana Catering juga menerima tempahan bagi sajian di IMR (Institut Penyelidikan Perubatan), Jalan Pahang; di Bursa Malaysia, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur; dan dari satu syarikat antarabangsa di Wisma Tan & Tan, Jalan Tun Razak. Serta ada beberapa lagi sebut harga yang masih saya tunggu jawapannya, insyaAllah.

Sementara itu tempahan untuk bulan Jun sudah ada dua confirm, termasuk satu katering perkahwinan.

Ingat, saudara dan sahabat, rezeki itu dari Tuhan. Kita hanya berusaha dan seterusnya berdoa. Sudah pasti yang terakhir ialah bertawakal.

(Gambar atas: Emak tatkala masih sihat dirakam di suatu lokasi di Setiu, Terengganu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Inilah rakaman gambar terakhir aruah emak bersama dua orang anak saya.)
Aku dan chef berbesar hati kerana novelis thriller nombor wahid Malaysia, saudara Ramlee Awang Murshid, sudi memenuhi undangan aku ke rumah bagi meraikan Aidilfitri dan sambutan ulang tahun pertama kelahiran anak bongsu. Ramlee antara tetamu yang paling awal tiba ke teratak aku. Beliau tidak pernah tidak membawa isteri dan anak tersayang bersama-sama. Alhamdulillah, sajian makanan chef mendapat perhatian dari Ramlee, Puan Dayang Aminah dan adik Aizuddin.

Tidak ketinggalan juga sahabat aku dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu saudara Kamil Ahmad Ghazali (pengurus penerbitan) dan Razlan Mohamed Noor (editor) m
enjamah sajian yang chef hidangkan. Aku mempertemukan Ramlee dengan mereka berdua, lantas bualan mereka menjadi panjang menyentuh pelbagai isu dalam dunia penerbitan novel Malaysia. Aku tumpang sekaki.

Kepada Elle dari Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid bersama rakan Aisyah, t
erima kasih sahabat kerana mampir ke teratak aku walaupun jam sudah mencacak ke angka 12.00 tengah malam. Sahabat berdua ini membawa balik beberapa bungkus makanan yang dihidangkan.

Walaupun beberapa sahabat tidak dapat hadir lantaran faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, aku gembira dan bersyukur ke hadrat Allah justeru kerana majlis berjalan dalam suasana harmoni.


Majlis juga diserikan dengan kehadiran beberap
a ahli keluarga dari sebelah chef. Suasana menjadi bingit sebentar apabila masing-masing membuka cerita dan khabar dalam bahasa Minang.

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

Photobucket
Assalamualaikum sahabat. Salam Aidilfitri. Alhamdulillah kita selamat menjalani ibadah puasa dan juga merayakan hari kemenangan di Aidilfitri 1429H. Tahun ini saya meraikan Aidilfitri di sebuah perkampungan Felda di Jerantut, Pahang. Di sana saya dibesarkan, dengan pelbagai kenangan.

Pada malam terakhir Ramadhan 1429H, saya solat Isyak dan Terawih di sebuah surau yang dibina oleh aruah ayah tersayang.
Surau yang dinamakan Surau al-Mujahideen itu dimulakan dengan hanya berdindingkan papan. Papan dan kayu untuk surau tersebut dicari dan digergaji sendiri oleh aruah ayah bersama rakan-rakan karibnya.

Pembinaan surau pastinya didirikan secara gotong-royong. Pada ketika mula-mula surau tersebut didirikan solat (sekitar akhir tahun 70-an, kalau tidak salah ingatan saya), hanya beberapa kerat penduduk kampung yang mengimarahkannya.


Kini, surau semakin besar dan cantik binaannya, siap didirikan solat sunat Aidilfitri da
n Aidiladha sejak beberapa tahun yang lalu. Dan tahun ini juga sudah empat tahun ayah kembali ke tempat asal kejadian manusia.

Pada malam 30 Ramadhan, saya bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama aruah ayah. Semasa mendirikan solat Terawih terakhir Ramadhan tahun ini, jiwa saya dipupuk sedikit sayu. Kalau dulu saya berdiri di belakang ayah semasa menunaikan solat di surau tersebut, kini tidak lagi.


Rindu itu bertandang lagi.
Kenangan dan fikrah ayah menjengah naluri. Semasa bersalam-salaman dengan semua jemaah, yang juga sahabat-sahabat aruah ayah, saya pandang setiap satu wajah-wajah tua mereka. Subhanallah! Rindu ini jemba lagi.

Namun, saya cukup gembira dan terharu kerana sejak surau itu didirikan dengan hanya dapat memuatkan 2 saf jemaah, kini ia mampu untuk didirikan solat sunat kedua-dua hari raya.


Alhamdulillah. “Ya Allah, curahkan rahmatMu kepada roh ayahandaku yang tercinta.
Tempatkan beliau di tempat yang sebaik-baiknya di sana. Amin!”

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
Sepuluh Ramadan sudah berlalu. Ah, terasa bagaikan baru sahaja bulan mulia ini mampir. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan segala raja, pemerintah buana manusia, jin dan segala makhluk lainnya.

Ya, aku masih seperti selalunya, membaca dan terus membaca. Cuma dek kerana rinduku pada Allah, aku kesampingkan sementara kegilaan membaca di Ramadan ini. Alhamdulillah, aku mendambakan cinta Allah di Ramadan ini. Aku merindui Tuhanku. Aku menghadirkan diri di sudut fana, meluangkan waktu dan saat indah bersamaMu, wahai Kekasih sejati.


Maya ini, alam sebentar cuma, tatkala tiba masa, segala ke sana. Hanya ada dua, syurga nyaman atau neraka membahang.


Dari selangkah menuju beribu batu, kucari cahaya sinaran dariMu, kumengharap keredaan dariMu, Ya Ilahi. Aku semakin hampir kepadaMu pada setiap degup jantung. Kau menungguku wahai Kekasih. Aku tahu.


Aku masih lagi membaca dua buah buku, yang aku mulakan di awal Ramadan; Lelaki Misteri Dalam Al-Quran: Iskandar Zulkarnain (Bahagian ke-2) dan novel Hijab Sang Pencinta. Masih terkial-kial cuba merangkak, baris demi baris, halaman demi halaman.


Sungguh, di Ramadan ini tarikan aku lebih kepada buku agung sepanjang nyawa buana ini, al-Quran. Kitab agung yang diturunkan oleh Kekasih Agung untuk kekasihNya yang paling utama, Muhammad bin Abdullah (S.A.W), insan teladan seusia buana.


Alhamdulillah, subhanallah, ALLAHUKHBAR!
Selepas dua hari selesai satu katering perkahwinan, saya bergegas balik ke Pahang bersama adik dan emak atas satu urusan agak tergempar. Rumah emak saya di sana sekali lagi dimasuki pencuri. Seingat saya itu adalah kali yang keempat rumah emak dipecah masuk.

Berita tersebut disampaikan oleh jiran sebelah rumah yang sememangnya diminta mengawasi rumah sepanjang ketiadaan emak dan adik yang bercuti ke Kuala Lumpur selepas Hari Raya Aidiladha. Emak menjadi risau tidak menentu, lantas menyuruh saya supaya menghantar beliau balik ke Jerantut, Pahang.

Kes pecah masuk tersebut dapat dikesan oleh jiran tatkala mendengar ada barang jatuh, sekitar jam 5.00 pagi. Sebaik sahaja lampu disuluh ke arah rumah, pencuri tersebut lari serta-merta, meninggalkan satu peti TV yang tidak sempat dibawa.

Kami sampai di rumah sebelum waktu Maghrib. Emak terus memeriksa keadaan rumah; kamar dia dan kamar-kamar lain. Agak berselerak kerana diselongkar oleh pencuri itu. Alhamdulillah tiada barang berharga yang hilang, cuma lamput picit sahaja yang lesap. Menurut emak, lampu tersebut baru sahaja dibeli, hilang lagi!

Sebenarnya dalam kecurian yang terdahulu, beberapa barang kemas emak dan wang tunai sudah dikebas. Nasib baik kali ini emak sudah bersedia awal, semua barang kemas serta wang dibawa bersama sewaktu datang ke Kuala Lumpur. Menurut emak, dia percaya orang yang sama terlibat.

Kampung saya adalah sebuah perkampungan Felda di Jerantut. Saya terfikir, hendak jadi apa dengan budak-budak Melayu di rancangan Felda ini. Dari pengamatan saya dan cerita yang diberitahu oleh orang-orang tua, ada segelintir generasi kedua peneroka Felda di sana terlibat dalam gejala dadah. Justeru oleh kerana ketagihan benda haram tersebut, anak-anak peneroka yang tidak sedar diri itu memecah masuk rumah orang mencuri barang-barang bagi dijual.

Oleh kerana terlalu geram rumah asyik dimasuki pencuri yang pastinya penagih dadah, emak memberitahu saya dia mahu melakukan solat hajat supaya pencuri yang memecah masuk rumah itu mati! Nasib baik emak masih sempat berfikir dan berkata, “Kalau dia mati, berdosa pula aku nanti.”

Saya menasihati emak supaya solat hajat dan minta kepada Tuhan agar pencuri tersebut datang melutut di depan emak. Sebagai rekod, jangan memperlekehkan keberkatan solat hajat yang dilakukan bersungguh-sungguh mengikut tatacara terperinci. Ianya bakal makbul dengan izin Tuhan.

Dalam kes yang lain, semasa membelok kereta memasuki jalan menuju ke rumah emak, saya melihat berbelas-belas remaja yang tergolong dalam generasi kedua (mungkin generasi ketiga?) peneroka, sedang melepak atas motor di selekoh jalan. Entah apa mereka buat. Saya lihat sekadar berkumpul dan berbual kosong, tanpa isi. Sudahlah waktu menghampiri solat Maghrib. Hati saya bermonolog, “Hendak jadi apa dengan budak-budak ini?”

Siapa yang hendak disalahkan?

P/s: Perlukan
perkhidmatan katering? Sila hubungi saya.
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua, bukan berniat membangga diri, sekadar sedikit ilmu yang saya kira elok diberitahu. Semasa bekerja makan gaji selama lebih 14 tahun dan menguruskan bisnes katering sekarang ini, selain solat dan membaca al-Quran, membaca buku fiksyen sama ada berbahasa Inggeris atau Melayu boleh menenangkan minda. Itu yang saya dapat rasai.

Kerehatan yang paling besar semasa bekerja ialah ketika solat, berhubung dan bercakap dengan Allah. Seterusnya, biasakan membaca ayat-ayat suci Quran dan menelaah terjemahannya di waktu senggang. Minda dan tubuh badan juga dapat direhatkan ketika saya membaca novel yang baik.


Semasa bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn Bhd selama hampir 12 tahun, antara tugas yang diamanahkan ialah menulis, sama ada laporan tahunan, surat berita ataupun artikel surat khabar dan majalah. Itu tugas rasmi.


Di samping itu saya mengambil kesempatan menghantar rencana berkaitan teknologi, internet dan ICT kepada beberapa majalah bahasa Melayu. Ini tugas tidak rasmi yang mendatangkan duit tambahan. Justeru tidak hairan jika saya memiliki banyak koleksi buku-buku bahasa Inggeris yang mencakupi bidang-bidang yang disebutkan.


Minat membaca yang ditanam sejak di bangku sekolah lagi dibuktikan dengan koleksi fiksyen bahasa Inggeris dan Melayu dalam rak buku saya. Itu belum termasuk buku-buku yang tersimpan di rumah emak di Pahang dan di rumah emak saudara di Terengganu.


Minda menjadi tenang bila membaca bahan-bahan bacaan yang baik, ingat itu.


Buku terkini yang sedang saya baca ialah Amazon.com, Get Big Fast oleh Robert Spector dan Detektif Indigo: Ikan fugu, lukisan & jimson oleh Faisal Tehrani. Buku pertama berkenaan sejarah kejayaan yang dicapai oleh Jeff Bezos, tuan punya Amazon.com. Manakala buku kedua ialah fiksyen penyiasatan remaja indigo terhadap kes-kes rumit. Detektif Indigo: Ikan fugu, lukisan & jimson ialah buku kedua dalam siri Detektif Indigo.
Hari Khamis, 13 Desember 2007, aku mengunjungi Times Square, Kuala Lumpur dengan tujuan yang sudah terpahat dalam hati sejak beberapa hari lalu untuk ke gedung buku Borders. Sudah agak lama aku tidak keluar menghabiskan masa terluang di toko buku lantaran kesibukan dengan bisnes katering. Hari ini aku menjelajah rak-rak buku; dari fiksyen bahasa Inggeris ke buku umum ke bahagian agama, hinggalah perhentian terakhir ke sudut buku-buku bahasa Melayu.
Memang ada beberapa tawaran menarik di Borders, namun semuanya untuk buku berbahasa Inggeris. Tiada langsung tawaran bagi buku bahasa Melayu bagi memujuk pembaca, tambahan pula sudut pameran adalah sekadar satu sudut, yang kurang menggamit pengunjung untuk ke situ. Secara peribadi, aku kecewa dengan Borders kerana kelihatannya menganaktirikan buku berbahasa Melayu.
Aku keluar sebentar dari bangunan itu untuk membasahkan tekak yang kering di satu kedai mamak, dengan niat untuk kembali ke Borders. Persekitaran yang bingit dan sesak di bawah bangunan Times Square menghambat mood aku untuk terus berada di situ. Aku semakin benci dengan pencemaran bunyi di kota metropolitan ini.
Kecewa dengan suasana toko buku Borders dan persekitaran yang tidak kondusif, aku menahan teksi untuk ke Ampang Point. Di sana terdapat kedai buku Popular yang sudah diubah suai. Walaupun sudah beberapa kali aku ke sana sejak pengubahsuaian selesai, perasaan jemu malu-malu untuk bertandang. Lagi pun Popular sedang mengadakan jualan buku-buku dengan potongan harga yang menarik, terutamanya untuk pemegang kad keahlian rangkaiannya.
Sepanjang masa di sana, masa berlalu dengan pantas kerana tahu-tahu sahaja ada suara keluar dari corong bunyi, lebih kurang begini, “Terima kasih kerana mengunjungi Popular. Kedai kami akan ditutup dalam masa 15 minit lagi.”
Kalau ikut hati, aku masih mahu berada di situ. Belum puas rasanya. Lantas dua buah buku fiksyen bahasa Melayu dalam genggaman terus aku bawa ke kaunter bayaran. Buku apa? Rahsia!
Hari ini, Ahad tanggal 9 Disember 2007, sekali lagi saya menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan secara percuma oleh penerbit PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Kali ini bengkel difokuskan kepada proses menterjemah kitab-kitab agama yang pernah dikarang oleh ilmuan Islam terdahulu.

Sudah agak lama saya tidak ke bengkel penulisan lantaran sibuk dengan katering. Saya gembira kerana dapat mendengar, sekali lagi, ajaran dan celoteh berguna dari Puan Pengerusi PTS. Beberapa rakan baru ditemui dan kami berbual mesra. Ada cerita yang dikongsi, ada idea yang dibincang.

Semangat untuk menulis membara kembali, walaupun diketuk oleh Puan Sifu PTS!


Jika anda perlukan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis dan acara di mana sahaja, sila hubungi saya. Sudi-sudilah melawat blog katering saya di
http://www.themakan.com/


Buku yang sedang dibaca sekarang ialah novel Mamasan (bahasa Inggeris) oleh Khoo Kheng-Hor dan Tuhan Manusia oleh Faisal Tehrani (pemenang Anugerah Seni Negara).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sepanjang berada di bilik bersalin, aku tidak putus-putus memanjatkan doa ke hadrat Tuhan dan bertasbih atas nama kebesaranNya supaya memudahkan proses bersalin isteriku. Aku turut menasihati isteriku supaya bersabar dengan kesakitan. Memang bersalin itu sakit. Justeru itulah, Tuhan menegaskan bahawa kesakitan ketika bersalin dapat mengugurkan dosa-dosa si ibu dan seandainya maut menjemput diri, maka kematian itu adalah mulia. Tuhan menganugerahkan mati syahid kepada wanita tersebut.

Apabila isteriku merasakan anak kami itu sudah mahu keluar, terus aku memetik butang kecemasan dan sejurus itu juga jururawat yang memang sudah bersedia masuk. Tidak lama kemudian doktor Salleh muncul dengan perwatakan tenang.

Bermulalah proses meneran dan menarik nafas kepada isteriku. Lebih kurang 3 - 4 minit, maka manusia lelaki itu pun keluar dengan bangganya menerusi tangisan pertama menghirup udara dunia fana ini.

Tepat jam 5.05 petang lahirlah manusia yang aku dan isteri memang menunggunya. Memang ajaib proses kelahiran manusia. Aku melihat sendiri kepala anak keluar dan kemudian ditarik oleh doktor Salleh secara perlahan-lahan. Seterusnya uri turut ditarik keluar. Mengalir air mata aku saat melihat anak itu; gembira, bersyukur dan insaf saling bertingkah. Maha besar Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Allah Maha besar.

Menerusi pemerhatian aku, proses bersalin anak ini adalah yang paling mudah dibandingkan dengan tiga lagi adik beradiknya yang terdahulu. Namun isteriku berkata keesokan harinya bahawa proses bersalin anak lelaki ini agak susah. Dia berkata bahawa pada saat-saat akhir proses meneran, dia sudah kehabisan nafas untuk meneruskannya. Namun, manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Pada mulanya aku melihat anak lelaki aku itu agak hitam kulitnya. Tetapi setelah dibersihkan, rupanya yang menampakkan kehitaman itu adalah darah yang masih melekat di badannya.

Aku turun dari bilik bersalin dan terus mangambil wudud untuk sembahyang Asar dan sebagai persediaan untuk mangalunkan iqamat dan azan ke telinga anak itu. Setelah selesai aku naik kembali ke bilik bersalin. Subhanallah, comel sungguh manusia baru itu dengan dibalut seluruh badan. Iqamat dan azan dialunkan serta aku bacakan beberapa ayat-ayat Quran yang elok dibacakan sebagai halwa telinga pertama untuk bayi yang baru lahir.

(Gambar: Katering - Susun atur meja pengantin)

Pada mulanya tidak terlintas untuk aku menulis kisah kelahiran seorang manusia. Namun entah mengapa, tiba-tiba terdetik di sudut hati untuk aku mengisahkan suatu cerita tentang betapa ajaibnya proses kelahiran manusia dari rahim perempuan ke dunia fana ini.

Aku sudah dianugerahkan Tuhan tiga orang anak sebelum kelahiran insan baru itu. Tanggal 21 Oktober 2007 merupakan detik yang manis untuk aku dan isteri kerana kami dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, anak keempat. Memang benar, umur anak lelaki aku itu sudah lebih satu bulan sewaktu aku menulis kisah ini. Baru sekarang tergerak untuk menulis mengenai kelahirannya.

Rawatan antenatal isteri aku dilakukan di Hospital Pusrawi Sdn Bhd (Pusrawi) jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kesemua anak aku memang dilahirkan di sana. Sewaktu mengetahui jantina anak yang sedang bersemayam dalam rahim mamanya, aku cukup gembira.

Kata doktor Daud yang merupakan pakar sakit puan di Pusrawi, “Awak akan dapat anak lelaki, insyaallah. Selang bunga nampaknya.”

Pada mulanya aku tidak faham apakah maksud ‘selang bunga’. Doktor Daud kata selang bunga ialah kelahiran anak berselang jantina; perempuan, lelaki, perempuan, lelaki. Merekalah anak-anak aku.

Kandungan semakin membesar. Manusia dalam rahim isteriku semakin aktif bergerak. Bisnes katering berjalan seperti biasa. Mengandung atau tidak, bisnes diteruskan, kataku kepada isteri tersayang. Ketika itu aku dapat bayangkan bahawa anak tersebut akan mudah dilahirkan memandangkan pergerakan aktif isteri aku semasa membawa manusia ini ke hulur ke hilir.

Semasa satu sesi pemeriksaan, isteri aku berkata kepada doktor Daud, “Doktor, anak dalam rahim aktif awal pagi, sekitar 3.00 pagi ke atas. Tidak boleh tidur saya dibuatnya.”

Doktor Daud menjawab sambil tersenyum, “Anak awak mahu supaya mamanya standby berjaga malam.” Aku turut tersenyum.

Hari-hari terakhir bulan puasa berjalan seperti biasa, dengan ditemani sedikit kegelisahan kerana isteri aku mengadu asyik sakit-sakit. Tetapi pada awal pagi sekitar 3.00 pagi, elok pula budak itu aktif bergerak. Aidilfitri pun berlalu tanpa kelahiran manusia itu.

Hari Ahad, tanggal 21 Oktober 2007, selepas waktu Zohor, isteri aku mengadu mengalami sakit yang berselang masa setiap lima minit. Aku seperti biasa, tidak ambil kisah sangat kerana sudah lali dengan ‘perangai’ dia dalam rahim mamanya. Tetapi apabila isteri aku berkata bahawa memang budak itu sudah sedia untuk melihat abah dan mamanya, aku pun terus ke Pusrawi.

Aku dan isteri sampai di Pusrawi 15 minit menjelang jam 3.00 petang. Terus isteri aku dibawa masuk ke bilik bersalin. Selang lebih kurang 20 minit, doktor Salleh (doktor pakar yang bertugas pada hari itu) pun sampai untuk membuat pemeriksaan.

Aku bertanya, “Bagaimana doktor, bila bersalin?”
Doktor Salleh jawab dengan yakin, “Petang ini juga.”

Dua jam lebih aku dan isteri di bilik bersalin, manusia lelaki itu pun lahir dengan selamat. Hendak tahu peristiwa ajaib kelahiran manusia, detik-detik berada di bilik bersalin dan perasaan aku ketika menyaksikan proses bersalin, nanti aku ceritakan dalam entri berikutnya.

(Gambar: Salah satu persediaan meja pengantin katering saya)

Sesi katering sepanjang dua minggu Hari Raya ini menghasilkan dua peristiwa yang menarik untuk dikongsi. Pertamanya di majlis Hari Raya di rumah orang perseorangan dan satu lagi di majlis di sebuah syarikat yang terletak di menara berkembar Petronas yang meraikan staf sempena Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Peristiwa pertama:

Sampai sahaja saya dan krew di rumah yang terletak di Kota Damansara, kami disambut oleh tuan rumah dengan senyuman. Saya menjeling dua buah kereta yang diparkir; Lexus dan BMW (siri saya tidak ingat) lantas bermonolog dalam hati “kayanya tuan rumah ini”.

Sebaik sahaja semua urusan hidangan selesai, isteri kepada tuan rumah bertanya, “Encik hendak balik atau tinggal sehingga majlis selesai?”

Saya menjawab, “Kami tidak kisah Puan.”

Isteri tuan rumah berkata, “Kalau begitu, encik boleh balik dahulu kerana saya rasa majlis ini akan selesai agak lewat, sekitar pukul 11.00 malam. Encik boleh ambil barang-barang malam ini atau esok pagi.” Saya dan krew pun balik apabila diberi kebenaran begitu.

Keesokan paginya saya berseorangan ke Kota Damansara bagi mengambil kembali barang-barang katering. Kejutan pertama saya ialah sebaik sahaja saya sampai, tuan rumah menegur, “Assalamualaikum, seorang sahaja?”

Kejutan kedua, saya lihat enam buah kereta terpakir di laman rumah yang memang luas itu; sebuah Lexus, sebuah BMW, dua buah Mercedes mata belalang dan dua buah lagi yang saya tidak pasti jenamanya. “Bukan dua buah kereta, tetapi enam buah. Memang kaya,” saya berkata dalam hati.

Kejutan ketiga, semua pinggan mangkuk, bekas makanan, bekas air minuman dan sudu garfu sudah dibasuh! Tersenyum simpul saya melihatnya.

Moral cerita ini ialah memang ada orang Melayu dan Islam kaya di Malaysia yang menghiasi diri mereka dengan budi pekerti tinggi sesuai dengan suruhan agama Islam.

Peristiwa kedua, bersambung di entri akan datang, jangan marah!

Buku terkini yang saya sudah selesai membacanya ialah “Islam Pilihanku”, diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd, anak syarikat Karangkraf. Buku ini memuatkan cerita saudara-saudara baru Islam yang memeluk agama suci ini atas pelbagai sebab. Perkara menarik yang dihendak dikongsi ialah betapa mereka begitu komited dengan agama yang baru mereka anuti itu.

Mereka bersyukur dan merasa begitu beruntung kerana diberi hidayah oleh Allah dalam mengenali agama Islam. Ada cerita pahit dan manis serta pelbagai cabaran yang mereka alami, namun mereka tetap teguh dengan iman mereka. Cabaran dan mehnah didepani dengan tabah dan mengharap belas dari Tuhan. Mereka berjaya hidup dengan penuh keimanan dan ketenangan.

Kita yang tergolong dalam kumpulan orang-orang Islam sebab keturunan, mengapa tidak boleh mencontohi saudara-saudara baru tersebut? Bila terbaca kisah mereka, saya sendiri berasa malu. Mereka begitu komited mengamalkan ajaran Islam. Mengapa segolongan dari kita yang Tuhan anugerahkan iman sejak lahir tidak boleh menjadi seperti itu.

Islam itu indah dan mudah jika kita benar-benar faham dan mengamalkannya. Hanya Tuhan Yang Maha Tahu. Buku “Islam Pilihanku” berhalaman 240 muka surat, harga hanya RM6.00 dan cetakan pertama pada tahun 2005.

P/s: Saya sudah baca buku ini; Pudarnya Pesona Cleopatra oleh Habiburrahman El Shirazy, pengarang Ayat-Ayat Cinta. Novel pendek ini dikarang sebelum Ayat-Ayat Cinta sebagai bahan kajian penulis.

Jika saudara perlukan perkhidmatan katering, sila hubungi saya. Teruskan membaca….

Pelbagai bidang dalam sains dan teknologi, termasuk bioteknologi dan teknologi komunikasi maklumat (ICT), merupakan satu wahana pemudah cara dalam menjalani semua ruang lingkup kehidupan manusia. Diakui sejak dahulu, lebih-lebih lagi dalam sudut pandangan Islam, bahawa sains dan teknologi (S & T) telah dan akan terus membawa natijah kebaikan dan keburukan. Namun sebagai manusia bertamadun, setiap seorang dari kita dikurniakan akal fikiran untuk memilih. Justru, S & T amat ditekankan oleh Islam dan mesti diterokai dan digunakan selagi umat Islam sedar akan batas sempadan yang telah digariskan oleh Islam.

S & T mewakilkan pengetahuan dan pembelajaran. Usaha mendapatkan pengetahuan adalah sebahagian dari seruan Islam, dengan dibuktikan oleh penemuan dan kemajuan ilmu yang telah dirakamkan sejarah oleh para ahli sains Islam pada zaman awal Islam.

Muat turun artikel penuh di sini.

*Rencana ini pernah diterbitkan dalam Dewan Agama & Falsafah, Dewan Bahasa & Pustaka.
Sedari remaja sehingga sekarang, antara tempat yang paling saya suka melepak ialah perpustakaan dan kedai buku. Kalau dahulu semasa di kampung, sayalah yang selalu ke perpustakaan awam. Malah saya agak yang selalu ke situ ialah saya seorang, kerana asyik-asyik saya sahaja. Orang lain tidak pula kelihatan.

Bila tamat belajar dan mempunyai pendapatan sendiri, minat membeli buku semakin menggila. Saya boleh lepak di sesuatu kedai atau lokasi penjualan buku sehingga dua atau tiga jam, tanpa jemu. Sebab itu, kalau saya ajak isteri saya keluar jalan-jalan, dia tanya dahulu, “Abang hendak ke mana, ke kedai bukukah?” Isteri saya setuju menemani saya, tetapi dengan syarat, dia dibenarkan berlegar-legar di tempat lain, bukannya kedai buku. Dia benarkan saya tenggelam bersama buku-buku!

Pada kunjungan terbaharu saya ke kedai buku Popular bertempat di Ampang Point, saya dapati kedai tersebut sudah berubah wajah. Banyak rak-rak buku baru dengan susunan yang lebih mesra mata disediakan. Yang paling menarik ialah buku-buku Bahasa Melayu yang merangkumi novel (dewasa, remaja dan kanak-kanak), buku motivasi, buku umum dan buku kategori agama menjadi elemen penting. Saya berkata demikian kerana buku-buku Melayu diletakkan di bahagian depan di lokasi yang mudah dilihat dengan dikategorikan sedemikian rupa supaya pembeli senang memilih.

Siapa kata buku-buku Bahasa Melayu tidak mempunyai penggemar? Walaupun saya turut membeli fiskyen dan buku-buku berbahasa Inggeris, tetapi buku Melayu tetap menjadi pujaan hatiku.

P/s: Saya memegang kad keahlian kedai buku Popular untuk tahun ke-5 berturut-turut. Juga memegang kad keahlian Saba Islamic Media, sejak bulan Julai 2005.

Pada Jumaat, 10 Ogos 2007, saya ada katering di Jaring Communications Sdn Bhd, bertempat di Taman Teknologi Malaysia. Pada sebelah petang, saya, chef Hana dan beberapa orang kawan lama berbual-bual di sana sambil minum petang.

Zainal dan isteri tanya saya, “Hujung minggu ini kau tidak ke mana-mana?”

Saya jawab, “Tidak. Mengapa?”

Zainal sambung, “Jom kita ke Taiping esok.”


Maka jadilah kami ke Taiping pada keesokan harinya. Taiping merupakan sebuah bandar yang menempatkan Sek. Men. Raja Tun Azlan Syah (SERATAS). Saya belajar di sana selama setahun semasa kursus Matrikulasi sebelum memasuk USM. Jadi persekitaran di Taiping tidaklah begitu asing buat saya.


Tempat-tempat menarik yang kami kunjungi ialah Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, depan SERATAS, Muzium Taiping, di samping berlegar-legar dan makan di sekitar bandar.


Paling memenatkan ialah mendaki Bukit Larut menuju ke puncak, selepas kami menaiki jip sampai ke satu tahap. Kesian kepada mak buyong, bawa orang sambil mendaki. Perjalanan dengan jip memang adventure; jalan ke Bukit Larut tidak usah cakaplah, kereta pun tidak boleh naik. Hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja boleh. Jalan bengkang bengkok dan selekoh yang amat tajam menjadikan perjalanan terasa lambat. Namun, pemandangan indah membuatkan penat kami hilang di tiup angin dingin. Maha Suci Tuhan!


Kami mengunjungi Zoo Taiping pada sebelah malam yang menawarkan panorama “night safari”. Pada hari kedua kami berlegar-legar di sekitar Taman Tasik Taiping, yang pasti monyet masih menjadi ‘teman’ setia pengunjung di sana, malah makin banyak.


Buku tetap menjadi teman setia saya, di samping chef dan anak-anak.
Apa-apa pun, nostalgia terasa bertandang di jiwa. “Terasa bagaikan aku di sini sebelum ini.”

Terima kasih kepada keluarga Norma di sana kerana layanan yang cukup mesra. Duduk rumah percuma, makan pun percuma!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dalam banyak buku si-fi bahasa Inggeris, penulis yang paling saya minat ialah Neal Stephenson dan siri Star Wars. Mengenai Star Wars, saya telah menonton semua filem berkenaan dan memiliki lima buah buku si-fi ini; Star Wars Episode I: The Phantom Manace, Star Wars Episode II: Attack Of The Clones, Star Wars Episode III: Revenge Of The Sith; Star Wars Dark Lord: The Rise Of Darth Vader dan Star Wars Legacy Of The Force: Betrayal.

Cumanya, baru satu sahaja buku tersebut yang saya baca iaitu Star Wars Episode III: Revenge Of The Sith, selepas saya menonton filem berkaitan. Dengan membaca bukunya, saya dapat membayangkan setiap gerak geri pertarungan antara Anakin Skaywalker dengan setiap lawannya, dapat bayangkan gerakan pedang cahaya dan juga kelincahan Jedi Master Yoda (makhluk hijau yang tua, tapi lincah bila berlawan pedang). Bila membaca episod ini, baru saya tahu bahawa Master Yoda berumur 900 tahun!

Buku-buku lain masih elok tersimpan dalam rak di rumah. Alahai, masa saya untuk membaca sekarang ini semakin kurang lantaran bisnes katering. Namun saya bersyukur kepada Tuhan yang memberi rezeki kepada saya dan keluarga.


Photobucket
top