Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Buku baru. Show all posts
Showing posts with label Buku baru. Show all posts
13 Zulhijjah 1432H - Saya pernah menukilkan bahawa, "Terus terang saya katakan bahawa setakat ini hanya dua buah buku berbahasa Melayu yang sangat terkesan di hati. Buku ini membuatkan air mata saya bergenang. Memang hebat, insyaAllah." Klik di sini untuk mengetahui info lanjut.

Siri kedua novel perjuangan dan aksi yang penuh intrigue (komplot) berjudul Detik Debar ini bakal terbit tidak lama lagi. Saya harapkan semoga bisa sekali lagi mengalirkan air mata.


Sentuhan pena Tuan Eyman Hykal, insya-Allah, tidak pernah mengecewakan saya.


Sinopsis


Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez, menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.


31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.


Sila klik kaver untuk besarkannya.


P/s: Saya pula berdebar-debar menunggu reaksi ke atas novel semi-fantasi berjudul Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain yang kini dalam proses menyiapkannya. Kini berada di halaman ke-450, insya-Allah.
7 Jamadilawal 1432H - Bagi kebanyakan orang Melayu (UMNO – Web Sutera), Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acap kali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu.

Di kalangan orang Melayu (UMNO – Web Sutera) mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.


Bagi orang Melayu (UMNO – Web Sutera), masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu. Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.


Sukar untuk mereka (UMNO – Web Sutera) menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi.


Padahal perkara-perkara yang disebutkan dalam buku Biar Orang Cina Pimpin Islam itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakan sama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

Penulis: Ann Wan Seng
Penerbit: Kemilau Publika Sdn. Bhd., April 2011
ISBN 978-967-361-015-0

Jumlah Muka Surat: 130

Harga: RM15.00 / RM18.00

Memetik kata-kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, “Semua manusia seluruh dunia adalah adik-beradik
sebenarnya tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa.

"Tidak ada lebihnya b
angsa Arab berketurunan Nabi Muhammad (S.A.W) dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah, Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.”

Saya juga suka untuk memetik kata-kata
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, “Kelompok ini menganggap seakan Islam di Malaysia mestilah beridentitikan Melayu. Padahal, sudah lama masyarakat Cina Muslim memohon masjid yang seperti itu. Ramai orang Cina yang menganut Islam apabila terputus hubungan dengan masyarakat Melayu seperti bercerai atau bergaduh tidak tahu tempat tuju yang lebih memahami mereka. Kewujudan masjid Cina dapat membantu mereka.

“Setelah 50 tahun merdeka, orang bukan Islam terlalu ramai yang tidak faham dengan Islam. Bahkan segala sikap negatif Melayu dianggap oleh sesetengah mereka sebagai Islam. Ertinya dakwah tidak berjalan dengan baik. Mesej Islam tidak sampai.”

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim. Menurut Tuan Guru, di Tanah Melayu, Islam yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

“Di negara China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.


Tuan Guru juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.
23 Rabiulakhir 1432H - Assalamualaikum, pembaca blog sekalian. Sebelum saya memberikan komen ringkas terhadap buku Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme garapan idea Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ingin saya jelaskan beberapa perkara mengenai diri saya.

1) Saya bukan ahli PAS yang berdaftar. Adakah ahli PAS yang tidak berdaftar? Sudah pasti kalau tidak mendaftar seseorang itu bukan ahli sesuatu pertubuhan. Justeru itu, okey, saya bersetuju bahawa saya bukan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya pernah dua kali mengisi borang keahlian PAS, tetapi untuk kedua kalinya saya tidak menghantarkannya kepada mana-mana cawangan PAS. Yang pasti ialah saya penyokong PAS tegar sejak bersekolah menengah lagi.


2) Saya tidak berminat menjadi ahli UMNO. Sama sekali saya tidak akan mengisi borang masuk UMNO tatkala minda saya kekal waras. Kalau saya ditarik nikmat waras oleh Allah, itu saya tidak tahu. Sebagai info, saya telah mengharamkan diri saya, isteri dan anak-anak dari menjadi ahli UMNO. Mahu jadi ahli UMNO juga, tunggu saya mati dahulu!

3) Semasa aruah ayah masih ada dan atas saranan rakan-rakan rapat ayah, saya disuruh mengisi borang keahlian dan menganggotai Dewan Pemuda PAS, serta kemudiannya bertanding dalam pemilihan ketua pemuda cawangan. Kata mereka, rakan-rakan PAS di cawangan akan memberi sokongan kepada saya menjadi ketua pemuda. Itu sebab saya tidak menganggotai pasti Islam ini secara sah. Serasa diri ini tidak layak menjadi ahli dan seterusnya salah seorang pemimpin sebuah gerakan tersusun harakah Islam.

4) Dalam pada itu, saya membaca hampir semua jenis buku dan penerbitan, dari majalah metal, buku politik sehinggalah buku hadis dan tafsir al-Quran. Saya tidak mengehadkan genre pembacaan saya kepada satu bidang disiplin ilmu sahaja.
Saya membaca bukan setakat hobi semata-mata, tetapi dengan tujuan menimba pengalaman dan menyerap ilmu.

Bukannya sesiapa saya ini. Pasti para pembaca bersetuju. Saya bukan sesiapa pun. Saya hanyalah pemerhati dan penyokong tegar gerakan harakah Islam termasuk PAS. Oh ya! Saya tiada ijazah doktor falsafah yang diletakkan di permulaan nama saya. Saya hanya pelajar cabuk dari universiti tempatan sahaja dengan segulung ijazah pertama dalam sains komputer.


Berbalik kepada buku tulisan Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Secara terkumpul, saya mengambil masa lebih kurang empat jam untuk menghabiskan pembacaan buku ini. Jumlah hari sebenar ialah selama dua hari di sela-sela saya meneliti berita-berita di Internet, menyiapkan sebut harga katering, menjawab e-mel klien, membaca buku lain dan menulis. Berikut merupakan komentar saya.


(a) Bab 1 terlalu akademik, justeru ia membosankan. Buku ini bukan tesis yang bakal dibaca oleh para pensyarah bagi calun PhD.


(b) Tanpa menyebutkan mana-mana ayat atau perenggan, saya katakan bahawa sorotan sejarah PAS yang diperikan dalam buku ini diambil dari sumber sekunder dan sumber ketiga yang tidak tepat, malah tersasar. Kemungkinan juga sumbernya datang dari musuh-musuh politik PAS sendiri.


(c) Di bahagian lain buku ini, penulis menarasi dengan gaya bahasa yang tidak menusuk jiwa. Hasilnya ada penekanan hujah yang mengelirukan. Ada kala payah untuk dihadam.


(d) Banyak pandangan peribadi penulis terapkan dalam menyelusuri sejarah mengenai apa yang diistilahkan sebagai ‘konflik’ dalaman PAS. Saya menjadi amat keliru kerana selama ini pemahaman saya berlainan.


(e) Ada beberapa saranan dan ujana boleh difikirkan sebagai agenda perubahan dalam gaya kepemimpian PAS. Itu pun kedapatan banyak juga ujana berupa pandangan kurang berhati-hati dan tumpul penulis. Prejudis mungkin?


(f) Kepimpinan ulamak mesti tetap teguh menjadi jantung dan tunjang sesebuah harakah Islam. Bagi saya ini tiada kompromi kerana ulamak adalah pewaris nabi. Kalau bukan ulamak yang menjadi kolam rujukan dan pendinding, siapa lagi? Bukankah Nabi Muhammad
(Sallallahhu’alaiwasallam) merupakan nabi dan rasul Allah yang terakhir? Justeru ulamaklah sebagai penunjuk arah dan obor menerangi manusia dan perjalanan gerak kerja Islami PAS. Mengapa Dr. Mujahid membuat tempelan yang bukan-bukan kepada ulamak dan institusi ulamak?

Ampun dan maaf saya persembahkan. Demi cinta saya kepada gerakan harakah Islam seperti PAS, saya berkomentar di sini. Bak kata seorang rakan editor, “Tuan merupakan seorang pembaca buku yang kritis. Semua sudut diambil kira.” Saya seorang hamba Allah yang berdosa. Ampunkan hambaMu ini, ya Allah ya Rabbal ‘Alamin.


Saya telusuri pula buku Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor. Buku ini sebagai menjawab ujana dan taakulan yang dilemparkan dalam buku Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme. Mungkin komentar dan resensi berbeza akan saya luahkan nanti terhadap titipan ilmu dan informasi dari ruang minda Ustaz Riduan, insyaAllah.


Sekali lagi, saya bukan ahli PAS. Saya hanya pemerhati kritis dalam relung masa yang tidak mutlak. Di dunia yang sarat persepsi serta ilusi ini, yang mutlak dan Esa hanya Allah.
23 Rabiulawwal 1432H - Penulis bernama Hizamnuddin bin Awang. Beliau menggunakan nama pena Web Sutera. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Kini beliau mengusahakan bisnes katering, dengan nama Lusiana Catering, sepenuh masa bersama isterinya Cef Hana. Dalam pada itu, beliau meneruskan habit membacanya dan menjadi pengulas dan pengkritik buku-buku fiksyen dan non-fiksyen.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bisnes katering, aktiviti-aktiviti berkaitan dan pakej-pakej yang ditawarkan, sila kunjungi laman web Lusiana Catering beralamat www.themakan.net.

Di halaman belakang kulit buku, dimasukkan sedikit biodata kedua-dua penulis; Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf.

Hizamnuddin Awang atau lebih dikenali sebagai Web Sutera memulakan bisnes dengan menjual nasi lemak sahaja. Kini, hampir lima tahun beliau mengusahakan bisnes katering dengan nama Lusiana Catering. Bisnes ini dijalankan secara sepenuh masa bersama isterinya, Cef Hana. Layari www.themakan.net bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Imran Yusuf berperanan sebagai penulis bersama buku ini. Kapasiti beliau sebagai penulis prolifik dan penterjemah menguatkan lagi kredibiliti dalam memastikan buku ini kuat dari segi struktur dan susunan manuskrip. Kini, beliau sudah menulis enam buah buku bukan fiskyen bersama dua buku terjemahan. Layari bicarapenulis.blogspot.com bagi maklumat lanjut.

Halaman berwarna

Keseluruhan buku ini mengandungi 164 muka surat tidak termasuk kulit. Dari jumlah ini, 16 halaman merupakan halaman berwarna dengan memuatkan foto-foto sesi katering. Menurut Pengurus PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Tuan Aizat Abdul Razak, buku ini merupakan buku pertama dalam Siri Buat Duit yang mempunyai halaman berwarna.

Idea awal halaman bergambar ini dicetuskan oleh penulis bersama Tuan Imran Yusuf.

Buku Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.

Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.

Isi Kandungan


Prakata, Pengenalan, Pendaftaran Bisnes, Modal Pelanggan dan Waktu Pesanan Katering, Peralatan, Barang Mentah dan Sumber Bekalan, Jenis Menu dan Harga Tawaran, Promosi dan Pemasaran, Pengurusan Khidmat Katering, Kemahiran, Pengalaman, Kisah Benar, Penutup, dan Lampiran.

Judul: Buat Duit dengan Katering

Penulis: Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN-13: 978-967-369-084-8
Harga: RM 14.00 / RM 16.00


Photobucket

Photobucket
** Keterangan foto: Majlis perkahwinan yang berlangsung pada malam 22 Januari 2011 di Dewan Konvensyen Nilai, Negeri Sembilan kendalian Lusiana Catering.

Berkaitan:
Resepi berbuka puasa dan Aidilfitri: Cef Lusiana Catering dalam Seni Hias
7 Safar 1432H - Kisah seorang pegawai tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara dari perkhidmatan dan menjadi sukarelawan semasa Peperangan Balkan. Atas rasa simpati dan tanggungjawab sesama saudara Muslim, beliau telah menyertai tentera Bosnia menentang tentera Serbia semasa Peperangan Balkan. Dengan pertolongan Allah, beliau dan pejuang Bosnia yang lain telah berjaya mengalahkan tentera Serbia dalam beberapa operasi.

Hayatilah kisah benar ini. Pengalaman seorang Mujahedeen moden dan rakan-rakannya di medan pertempuran Jihad. Harga RM 35.00 sahaja termasuk pos (Malaysia sahaja), berhalaman 222 muka surat.


Pembelian boleh dibuat seperti berikut:

1) Pembayaran melalui mesin ATM atau online ke akaun Maybank 112192117045

2) Emel bukti pembayaran sama ada mengimbas (scan) resit pembayaran atau 'print screen' maklumat pembayaran ke emel amirarzmy@yahoo.com. Sertakan juga nama, alamat dan nombor telefon.

3) Jangkamasa penghantaran mengambil masa 3 hari bekerja dari tarikh pengesahan pembayaran.

4) Segala kesulitan boleh hubungi saya, Amir di 012-3917703
Sekian, terima kasih.

Berkaitan:
The Hunt For Bin Laden dan My Jihad sangat kontras
Palestin: Syahid atau kemenangan!
My Jihad: Walked the walk, fought the fights

Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
16 Ramadhan 1431 H - Pelancaran buku "110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010" telah berjaya disempurnakan oleh Dr.Mohd Fadzli Dato' Hassan, ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan pada pagi Jumaat 20hb. Ogos, 2010 lalu di Kota Bahru.

Menurut saudara Ahmad Fadhli bin Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, sebanyak lebih 600 naskhah buku terjual pada hari pelancaran. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan (DPPNK)


Ketua Penerangan DPPNK, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dipetik Harakahdaily sebagai berkata, “Buku itu juga membentangkan isu terkini (pandangan terkini) Tok Guru mengenai dakwah Islamiah khususnya terhadap non-muslim, dan dalam masa yang sama ‘mempersiapkan’ Pakatan Rakyat untuk menduduki Putrajaya”.


Buku ini mempunyai 126 halaman dengan cetakan edisi pertama sebanyak 4,000 unit. Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh memasukkan bayaran sebanyak RM10 ke akaun Bank Islam (BIMB) 03036020043360 atas nama Ahmad Fadhli bin Shaari.

Belanja pos RM3 (Semenanjung Malaysia) dan RM5 (Sabah & Sarawak) dikenakan. Selepas bank-in sila email ke ahmadfadhli80@yahoo.com. atau sms ke nombor +6019 907 0868.
PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) tamat semalam. Selama berlangsung pesta, aku bekesempatan dua kali pergi ke sana; Rabu 24 Mac dan Ahad 28 Mac 2010.

Pada hari Rabu itu aku sudah senaraikan buku-buku yang hendak dibeli. Sengaja aku pilih hari bekerja selepas cuti sekolah bagi mengelak kesesakan melampau di lorong-lorong gerai jualan buku. Di pesta buku tahun lepas aku sudah terkena, jadi tahun ini aku rancang baik-baik dengan satu tujuan – belanja sakan untuk buku!

Untuk hari terakhir pada Ahad 28 Mac (semalam) aku ke sana lagi dengan satu tujuan utama, iaitu memeriahkan majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi karya saudara Ramlee Awang Murshid. Ramai rakan-rakan Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) hadir. Justeru itu masa yang lama di sana menjadi pendek kerana aktiviti-aktiviti yang kami raikan. Pastinya aku tidak lepaskan peluang mendapatkan buku lain yang belum sempat disambar pada hari Rabu sebelumnya.

Ini senarai buku yang aku beli di PBAKL 2010. Karya saudara Abdul Latip Talib terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd:
  • Uthman Affan: Pengumpul al-Quran
  • Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
  • Ikrimah: Penentang Jadi Pembela
  • Bilal bin Rabah: Pengumandang Seruan Langit
  • Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
  • Salahuddin Ayubi: Penakluk Jerusalem
  • Abu Bakar: Sahabat Sejati
  • Dol Said: Pahlawan Naning
  • Khalid: Memburu Syahid
  • Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
  • Setelah Roboh Kota Melaka
Novel sains-fiksyen/fantasi terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd:
  • Pahlawan Adamus oleh saudara Silsoh Khairol
  • Pengembaraan Hang Jebat: Pencarian Merentas Masa oleh saudara Ashadi Zain dan Moh Dat Molok
  • Penakluk Kota Unggu oleh saudara Kusyi Hirdan
  • Misi Purnama Biru oleh saudara Hasbullah Abu Bakar
Pastinya aku tidak ketinggalan memiliki buku sejarah berjudul Alexander Adalah Zulqarnain oleh penulis Indonesia saudara Muhammad Alexander. Sebuah novel Islami, Syahadah Gadis Ateis oleh saudara Imran Haaz, dan novel metropolitan Syok berjudul Kita Hanya Di Seberang Jalan oleh saudara Bahruddin Bekri juga tidak berjaya terlepas dari jaringku.

Justeru sangat tertarik dengan desain dan gambar-gambar yang disertakan, aku juga membeli lima buah buku resepi pilihan oleh Chef Hanieliza, juga terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Di gerai Kemilau Publika Sdn. Bhd, aku mendapatkan tiga buah buku karya saudara Hepi Andi Bastoni iaitu Belajar Dari Perang Badar - Strategi Menghadapi Kemenangan; Belajar Dari Perang Uhud – Strategi Menghadapi Kekalahan; dan Belajar Dari Perang Khandaq – Strategi Mempertahankan Diri.

Di lokasi yang menempatkan rangkaian penerbit Karangkraf Sdn. Bhd, Alaf 21 Sdn. Bhd, Buku Prima Sdn. Bhd. dan Sinar Harian, aku membeli novel bahasa Inggeris Forsaken, sebuah buku masak, dan pastinya tidak ketinggalan novel thriller Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid.

Sebagai penggemar fiksyen bahasa Inggeris saudara Khoo Kheng-Hor, aku tidak melepaskan peluang membeli karya terkini beliau, SIFU, dengan pujukan kepada pegawai di gerai Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd supaya diberi diskaun lebih. Hasilnya aku dapat diskaun melebihi 20 peratus untuk SIFU ini. Ini karya kelima oleh Khoo Kheng-Hor yang aku miliki (empat fiksyen dan satu bukan-fiksyen). Baca sini dan sini untuk resensi dua fiksyen beliau.

Satu sorotan yang aku ingin nyatakan di entri pertama berkenaan PBAKL 2010 ini. Di majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi, ada seorang pembaca tegar karya sdr Ramlee, seorang gadis berpurdah. Beliau bertanya satu soalan kepada sdr Ramlee mengenai watak Laksamana Sunan (Saifudin) dan Haryani. Sila lihat foto (atas) yang disertakan. Aku secara peribadi kagum dengan gadis Muslimah ini. Subhanallah!

Dalam pada itu, aku kecewa kerana
buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata tidak kedapatan di PBAKL 2010. Aku bertanya rakan-rakan, mereka pun tidak nampak kelibat buku ini. Mengapa?
Gedung Kuning or the Yellow Mansion was home to the family of Haji Yusoff ‘Tali Pinggang' from 1912 to 1999. It was acquired by the Singapore government in August 1999 under the Land Acquisition Act. What used to house six families is now preserved as a historic building under the Malay Heritage Centre.

Hidayah Amin, one of Haji Yusoff's great-granddaughters, revisits her childhood home and takes readers beyond the gate guarded by stone
eagles, through rooms with big mirrors and marble floors, and shares interesting anecdotes growing up in Gedung Kuning.

Through 28 short stories, readers get a historical narrative detailing the lives of people living in Gedung Kuning and the Malays of Singapore from 1850s to 1999.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Itulah permulaan ayat di laman Gedung Kuning.

Gedung Kuning is indeed as regal as its name. It stood strong during the Japanese Occupation from 1942-1945. It has witnessed the births, deaths, graduations and weddings of three generations of Haji Yusoff’s family.

It shared the joys and sadness of the family. Its garden hosted flowering plants and trees like rambutan, papaya and mango whose delicious fruits were shared with friends and neighbours. Its mighty hall reverberated with pride to Quranic verses read during religious ceremonies. Its gate welcomed the poor who came to ask for alms. Gedung Kuning is testimony of a family legacy.

Buku Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood tebalnya 240 halaman, mempunyai lebih 70 keping foto, 7 lukisan arkitektural dan 5 peta. Harga RM 59.00.

Rumah Gedung Kuning, milik Haji Yusoff 'Tali Pinggang' adalah rumah bersejarah yang sudah diwartakan sebagai salah satu khazanah negara republik Singapura sejak 1999. Haji Yusoff telah mengubah corak reka bentuk rumah ini dengan artifak dari kepulauan Melayu, lalu digabungkan dengan seni reka bentuk Asia, Eropah dan Africa.

Rumah ini masih tegak berdiri ketika penjajahan Jepun di Singapura sejak 1942 hingga 1945 dan ia hidup dengan upacara keagamaan suatu masa dahulu termasuk ia sangat meraikan golongan fakir miskin dengan menjemput mereka makan beramai-ramai.

"Sehingga ke hari terakhir, keluarga Haji Yusof keluar dari rumah ini, Gedung Kuning masih tegak berdiri megah dengan warga diraja bersama perhiasannya," tulisan Hidayah dipetik melalui laman web gedungkuning.com.

(Masih keletihan lantaran sesi katering di tiga lokasi semalam; BK6A, Bandar Kinrara; Taman Botani, Putrajaya; dan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Selesai tugas sekitar jam 12.30 pagi.)
Saya merupakan salah seorang pembaca kisah Natrah yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat 1989. Semua keempat-empat edisi saya miliki dan membacanya semasa masih menjadi pelajar jurusan sains komputer di Universiti Sains Malaysia. Sayangnya, naskhah Dewan Masyarakat tersebut sudah tiada dalam simpanan saya, maklumlah mungkin kerana sudah lama. Juga tidak terfikir di kala itu untuk menyimpannya.

Tahniah atas terbitnya buku
Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Datin Seri Fatini Yaacob untuk tatapan umat Islam dan anak bangsa Melayu serta rakyat seluruhnya. Ia diterbitkan oleh Penerbit UKM. InsyaAllah, saya akan membelinya.


Saya juga memiliki buku The Nadra Tragedy: The Maria Hertogh Controversy oleh saudara Haja Maideen terbitan Pelanduk Publications, terbitan tahun 2000. Saya sedang baca buku ini bersama tiga buku lain.


Natrah adalah kisah cinta dua insan suci yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya (Islam) hingga mencetus rusuhan yang tragik di Singapura pada tahun 1950.


Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma'aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda. Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah binti Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.


Dengar khabar jika segalanya berjalan lancar, karya naskhah Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata akan difilemkan pada tahun hadapan. Menurut penulisnya, beliau sendiri akan menulis skrip bagi filem berkenaan selepas menemui penerbit yang bersetuju berkolaborasi menerbitkan karya bersejarah itu.


"Insya-Allah tahun depan saya lihat sesuai untuk saya serius dalam usaha menerbitk
an filem ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2010.

Dalam blognya, penulis Datin Seri Fatini Yaacob berkata:


Saya telah menulis tentang kisah Natrah semasa saya bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Semasa itu saya bertugas sebagai wartawan Dewan Masyarakat terbitan DBP. Tulisan berasaskan penyelidikan di perpustakaan dan arkib dan di lapangan itu terbit dalam majalah tersebut pada bulan Februari, Mac, April, dan Mei 1989. Kini saya rasa terpanggil untuk merakamkan kembali kisah Natrah ini dalam bentuk buku dengan gaya penulisan kewartawanan kreatif.


Photobucket
Saya cuba menggarap bahan sejarah yang berat ini dengan hati-hati dan kreatif untuk memudahkan pembaca memahami persoalan undang-undang, susur galur cerita dan permulaan derita hati Natrah yang bersatu dengan denyut rasa hati masyarakat semasa itu. Saya harap saya telah dapat menyampaikannya dengan baik dan dapat memberikan empat kesan ini pada semua pembaca:
  • Pertama: Untuk melengkapkan kisah hidup atau biografi Natrah setelah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009.
  • Kedua: Untuk memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang baru mengikuti kisah Natrah.
  • Ketiga: Untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang membela agama dan menentang penjajah, di sebalik kisah cinta Natrah - Mansor.
  • Keempat: Untuk membangkitkan rasa cinta kepada agama dan tanah air.
Pelancaran buku ini berjaya melakar riak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata “meminta umat Melayu-Islam di negara bersatu dengan mengambil contoh tragedi Natrah.”

Sebaliknya Utusan Malaysia (seperti biasa) dengan memetik kenyataan Muhyiddin cuba memutar belit sejarah kononnya semua parti termasuk UMNO mendukung perjuangan terhadap Natrah.
Saya pernah menulis begini: Sejak kebelakangan ini saudara Annual Bakri Haron (yang kini menjadi perhatian akhbar, khususnya akhbar milik UMNO) melalui penerbit Anbakri Publika Sdn Bhd mengorak langkah mengolah semula siri kuliah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ke dalam bentuk buku.

Alhamdulillah, bahawa perlunya isi kuliah yang terdapat dalam terlalu banyak kaset dan CD oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dibukukan. Kuliah yang disampaikan, kebanyakkannya dalam bahasa dialek Kelantan, mesti dibukukan supaya umat Islam terbanyak, juga generasi mendatang, dapat menel
aah ilmu yang dicurahkan oleh tok guru ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu terkenal dengan wataknya yang santai dan berkarektor seni. Beliau juga turut aktif sebagai penulis buku yang kini banyak menghasilkan karya terutamanya mengenai pe
mikiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buku terbitan Kemilau mutakhir yang saya baca ialah Asmaul Husna: Dengan NamaMu Aku Hidup. Penulis tanpa jemu menyuluh segala sudut dari segala ruang kemungkinan yang termampu dari segala sudut kesamaran sifat Tuhan yang mungkin boleh berlaku. Pada kali ini seolah-olah TG Nik Abdul Aziz mahu memberi yang terbaik tanpa syarat; apa jua yang bertakung dalam dasar kantung keilmuan. Ia zahir daripa
da iltizam dan kesungguhan. Ia hadiah mewah buat ummah, insyaAllah. Saya menyukainya. Penulis mengaitkan kupasan nama-nama Tuhan dengan segenap sudut kehidupan.

Dalam perkembangan terkini, novel cinta Islami semakin mendapat perhatian di kalangan penerbit tempatan. Selain
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd, kini Kemilau Publika Sdn. Bhd (dulu Anbakri Publika) juga sedang mengalu-alukan karya dari penulis.

(Dua penerbit ini paling aktif mener
bitkan novel cinta Islami. Mungkin juga ada beberapa penerbit lain yang turut memeriahkan novel Islami ini yang saya tidak perasan. Mungkin KarnaDya juga.)

Kemilau Publika merupakan syarikat penerbitan yang dipunyai oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu.
Kelihatannya penulis novel Islami PTS, saudara A. Ubaidillah Alias, sudah masuk ke rumah Kemilau dengan tajuk Sakinah. (Gambar kanan: Sebahagian buku terbitan Kemilau)

Kemilau Publika Sdn Bhd sedang mencari karya yang berkualiti dan ampuh isinya. Sekiranya saudara mempunyai karya berkaita
n;

1. Novel Cinta Islami
2. Kehidupan di alam barzakh (cerita saat/selepas kematian)
3. Kisah/Biografi tokoh (haraki) pejuang Islam sedunia
4. Islam di Negeri China (Tokoh Islam berbangsa Cina)
5. Perkahwinan/pendidikan anak menurut Islam

Sila majukan kepada:

Kemilau Publika Sdn Bhd
34-A, Jalan Pekaka 8/3

Seksyen 8, Kota Damansara

47810 Petaling Jaya,
Selangor.
(Emelkan kepada: editorial@kemilau.com.my)

Kata Kemilau Publika:

“Bermula dari bincang-bincang yang agak keterbatasan modal. Semangat dan harapan, idea kreatif dan penghargaan jiwa kami inginkan, ilmu ulama juga politikus mahir didokumenkan. Itu fundementalnya. Maka tercetuslah sebuah semangat untuk menghimpun karya-karya ulama' kita. Tersematlah sebuah idea dan gagasan menubuhkan sebuah penerbitan buku Islam.

“Pembungkahan idea pun dilakukan maka berdirilah Kemilau Publika Sdn. Bhd. Dengan staf hanya beberapa saja, dan bermodal semangat dan sedikit pengalaman, Annual Bakri Haron dan Masri Abu Soed bersama mengelola usaha ini.


“Dengan tema ‘MILIKI ILMU YANG TERTINGGAL’ maka perlu bagi umat merebut semua yang dilempar oleh ulama’ tersohor tanahair kita.


“Untuk visi ini Kemilau Publika lahir.
Untuk mengupaya membantu manusia sentiasa berada di landasan semangat ibadahnya dengan berilmu. Diasaskan semangat untuk mendidik masyarakat, Kemilau Publika mempersembahkan buku-buku Islami, mulai dari akidah, fikah, sirah, tafsir, akhlak dan politik.

“Alhamdulillah, kami telah bermula dari tahun 2007 hingga kini. Sokongan untuk kami begitu kuat, membuat kami teruja membikin lebih banyak untuk anda.”
Berkaitan: Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang

Annual Bakri suka menulis ucapan saya - TG Nik Abd. Aziz


Kuseru Namamu Kekasih: Empat wajah menuju cinta Allah

Novelis Islami dan penerbit harus keluar dari kepompong

Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu – novel Islami

Salju Sakinah, biasa-biasa sahaja


Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah yang berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit yang disebabkan oleh jin dan sebagainya.

Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama’ lain di Mala
ysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefarduan kepada saya untuk menjelaskannya. Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.


Masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat daripada sumber yang sahih terut
ama sekali jika ia melibatkan soal aqidah. Saya telah berusaha menjawab setiap persoalan dengan berlandaskan hujah-hujah yang sahih daripada al-Quran dan al-Hadith.

Kesemua jawapan ini sebenarnya merupakan respon saya kepada soalan yang diajukan melalui akhbar Harakah. Saya telah melahirkan hasrat saya kepada Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ supaya koleksi soal jawab yang pernah tersiar dalam akhbar Harakah ini dibukukan.


Saya amat berharap usaha pembukuan soal jawab ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat bahkan saya berdoa moga buah tangan saya ini dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan fahaman dan amalan khurafat yang masih berakar umbi di dalam masyarakat kita.


Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna lagi Maha Benar, manakala yang salah dan silap adalah daripada insan yang bersifat lemah.


Semoga Allah SWT mengampuni kesalahan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Kepada Allah SWT kita memohon rahmat dan berkat. Semoga Allah SWT sentiasa mengabulkan usaha kita dan menjadikannya sebagai amalan soleh.


(Mukadimah penulis, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, untuk buku Menjawab Persoalan Makhluk
Halus: Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan, terbitan Darussyifa')

(Iklan komuniti: Sekeping DVD hanya berharga RM20.00 sahaja! Dapatkan segera dari Telaga Biru. Disertakan dengan buku Jampi-Jampi Ma'thur & Pendinding Diri)

** Saya pengusaha perkhidmatan katering. Andai saudara ada sebarang majlis yang perlukan perkhidmatan ini, sila hubungi saya. InsyaAllah, boleh dibincang. Menu boleh ditentukan sendiri atau pihak saya yang cadangkan.


P/s: Masih bercuti. Kemaskini dari sempadan Kuantan/Kemaman. Lari sebentar dari 'kesibukan' Kuala Lumpur dan Selangor. Hidup ini indah! Apa lagi Islam yang syumul.
Berkaitan dengan buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain yang masih dikuarantin oleh Kastam Malaysia, mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata dalam blognya bahawa beliau tidak memerlukan sebarang perlindungan daripada kerajaan dengan berbuat demikian.

Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini.


Dalam masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri (Datuk Seri Najib) agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.


Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku tersebut


Selain itu, Dr Mahathir juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, Wain dan Malaysiakini jika tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut didapati tidak benar oleh suruhanjaya diraja tersebut.


Bersetuju dengan gesaan Lim, mantan perdana menteri berkata penubuhan suruhanjaya itu lambang kesungguhan Datuk Seri Najib Razak "membanteras rasuah" di negara ini.


Dr Mahathir bagaimanapun meletakkan beberapa syarat, antaranya suruhanjaya itu nanti harus turut menyiasat penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dituduhnya menyebabkan kerugian akibat pembatalan beberapa projek yang dimulakannya.


Beliau juga mencadangkan anggota-anggota suruhanjaya itu disertai oleh tokoh-tokoh berwibawa dari luar negara, termasuk pemimpin NGO anti-rasuah terkenal Transparency International, selain pegawai lantikan kerajaan.


Berkaitan:
Mahathir membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan?
Harakahdaily melaporkan bahawa Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah menahan 800 naskah buku mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' yang dilihat sangat kritikal kepada beliau.

Menurut sumber, sudah tiga minggu buku itu sampai ke Perlabuhan Klang namun sehingga kini ia belum dilepaskan oleh Jabatan Kastam untuk diedarkan di negara ini.


Buku itu ditulis secara kritikal terhadap Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri negara ini. a ditulis oleh Barry berdasarkan kajian yang dibuat beliau dan lain-lain pihak mengenai Mahathir sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang paling lama hingga kini.


Antara yang ditulis Wain adalah Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya.


** Buku ini masih tiada di Malaysia. Setakat yang saya tahu, ia boleh dibeli di Amazon.com. Mungkin juga tertakluk kepada pemeriksaan kastam.

Synopsis

The grandson of an Indian immigrant and the first commoner to become prime minister of Malaysia, Mahathir Mohamad turned the Muslim-majority Southeast Asian country into one of the developing world's most successful economies.


During his 22 years in power, he adopted pragmatic economic policies alongside repressive political measures, and showed that Islam was compatible with representative government and modernization.


Abrasive and outspoken, Mahathir emerged as a Third World champion and Islamic spokesman by condemning the West, not least for trying to impose liberal democracy and neo-liberal economics on developing nations. By raising living standards and winning international acclaim, he contributed to a sense of national identity, pride and confidence among ethnically diverse Malaysians.


But success came at a steep price. Authoritarian and impatient, Mahathir jailed opponents, sacked rivals and undermined institutions as he pursued his obsession with development. In mixing business and politics, he encouraged cronyism and failed to prevent the spread of corruption.


Biography of author


BARRY WAIN, a former editor of the Asian Wall Street Journal, is Writer-in-Residence at the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore. An Australian journalist who has lived in Asia for 37 years, he is author of The Refused, an account of the refugee outflow from Indochina after the Vietnam War.
  • Hardcover: 368 pages
  • Publisher: Palgrave Macmillan (January 5, 2010)
  • Language: English
  • ISBN-10: 0230238734
  • ISBN-13: 978-0230238732
  • Product Dimensions: 8.5 x 5.6 x 1 inch
Tiga buah novel kategori remaja telah dimasyhurkan memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2008 malam tadi (19 Jun ’09). Yang paling menarik minda sedar saya ialah Kasih Nan Agung oleh Sri Rahayu Mohd Yusop.
Boleh juga membaca ulasan novel Odisi Tanah Kencana oleh penulis Sri Rahayu Mohd Yusop.

Kata Rozlan Mohamed Noor dalam blog Celik Hurufnya, “Pemasyhuran tiga karya novel sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 dilihat memenuhi aspirasi remaja generasi baharu.
Novel-novel tersebut ialah Kasih Nan Agung karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Jendela Menghadap Jalan oleh Ruhaini Matdarin dan Meniti Jalan Hadapan karya Norziati Mohd Rosman.

“Isu-isu yang diangkat lewat karya pemenang ialah yang menyentuh hakikat kejadian manusia dan perkaitan ilmu sains dengan keagungan Islam; perihal integriti dan gejala rasuah; dan pertembungan warisan tradisi dengan moden.”

Saya paparkan sinopsis Kasih Nan Agung untuk penilaian saudara dan sahabat. Satu pertanyaan, “Adakah desain kulit depan sesuai dengan jalan cerita? Bincang-bincangkan, insyaAllah.

Kasih Nan Agung
Naskhah Kasih Nan Agung menampilkan watak wira unggul Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di Universiti California, Berkeley. Watak ini dibina dengan ketajaman fikiran dan kefasihan lisan yang perkasa menentang segolongan ahli akademik di universiti itu yang mendukung teori evolusi Charles Darwin.

Penyuguhan falsafah metarialisme yang cuba diindoktrinkan oleh warga akademik itu cuba dicabar oleh Jaka Sulaiman sehingga dirinya sendiri terjerat dan diheret ke kancah konflik yang berlarutan. Tindakan kontradik Jaka Sulaiman menyebabkan dirinya ditembak oleh Maximilian Blake yang merupakan salah seorang pendukung Darwinisme.

Melalui kaedah wacana argumentatif dan keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia telah berjaya meruntuhkan teori evolusi Darwin secara ilmiah dengan pendekatan ilmu Islam.

Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.

Novel yang memenangi tempat pertama HSKU ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembacaan yang menyeronokkan malah mampu membuka luas horizon keilmuan. Kalangan remaja yang menjadi sasaran pembaca utama novel ini dapat meneroka suatu ruang baharu, sekali gus menjadikan mereka sentiasa bersikap terbuka dengan kehadiran ilmu yang bermanfaat.

(P/s: Saudara Rozlan kata saya suka ‘cari pasal dengan buku’.)

Photobucket
top