Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Mat Katerer. Show all posts
Showing posts with label Mat Katerer. Show all posts
Pada 8 Julai 2012, saya ada katering perkahwinan di AU5 Keramat, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dengan tekad dan usaha gigih Chef Lusiana Adnin serta ditebat dengan tawakal kepada Allah, sekali lagi Lusiana Catering berjaya. Justeru sehari selepas itu saya cuba sambung penulisan. Walaupun berat minda untuk bekerja, saya terbitkan beberapa bait ayat untuk teman-teman.

Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad
Daulah Abbasiyah Era Khalifah al-Mahdi, 782 Masihi

Misi seterusnya dirancang. Khalifah al-Mahdi memberi keputusan taktikal setelah mendapat nasihat serta pandangan para panglima perang Islam.

“Kita tidak boleh membiarkan wilayah-wilayah kerajaan Islam terus digempur oleh pihak Byzantine yang berpusat di Konstantinopel. Tindakan provokatif mereka perlu ditangani sebaiknya. Pada hemat saya, kekuatan Islam perlu ditunjukkan kepada pihak musuh supaya mereka tidak meremehkan usaha pentadbiran ini dalam meninggikan syiar dan menyebarluaskan ajaran Ilahi,” Khalifah al-Mahdi berkata di akhir sesi mesyuarat keselamatan negara.


“Ayahanda Khalifah al-Mahdi, saya bersedia sekali lagi mengetuai misi penting ini,” akur Harun al-Rasyid.


Khalifah al-Mahdi menguntum senyum, kemudian berkata, “Memang itulah hasrat ayahanda, wahai anakanda Harun.” Khalifah memandang semua yang hadir dalam dewan mesyuarat. Semua memberikan anggukan bersetuju.


Kemudian beliau menyambung kata-katanya, “Pelantikan anakanda saya sebagai panglima utama angkatan Islam sudah memperoleh persetujuan semua pihak dalam majlis perang hari ini. Justeru itu, para pentadbir dan pemberani Islam, saya kira jumlah 100 ribu tentera mencu
kupi untuk mengajar Byzantine bahawa kita bersungguh-sungguh. Mati bukan ketakutan kita, justeru mati itulah matlamat para mujahid Islam.”

Jeda sebentar sebelum Khalifah al-Mahdi menutup sesi mesyuarat dengan berkata, “Untuk mengatur strategi terperinci, saya serahkan kepada kebijaksanaan anakanda Harun dan rakan-rakan komander dalam angkatan tentera kita, insya-Allah. Tuan-tuan berbincanglah dan paling akhir bertawakal. Tiada kekuatan sejati melainkan milik Allah jua.”


** Saat ini saya belum noktahkan plot di medan perang sehingga ke Laut M
armara, di sisinya berdiri megah kota Konstantinopel.

@@@@@@@@@@@

Komen ringkas bagi antologi Jiwa Kacau yang di dalamnya memuatkan kisah Menari Dalam Duka.

Saya beli novel ini justeru ada nukilan seorang teman - Tuan AttOkz Dikulgai. Tambahan pula ia sebuah antologi thriller. Habis dicicip semasa sesi katering di Batu Caves pada 1 Julai lalu. Plot-plot pendek yang mesti dikembangkan, perkisahan sarat aksi dan narasi dunia gelap yang sering
mempalit lendir busuk kepada anak bangsa. Penulis menyelami dunia busuk itu.

Ada pesanan dan pengajaran dalam Menari Dalam Duka. Saya suka. Pesan saya padamu teman, "Jadikan sebuah manuskrip novel penuh."


@@@@@@@@@@@

Ini pula testimoni terkini terhadap novel saya Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain dari pembaca bernama Cikpuan Suhailah Onn.

“Tamat sudah pengembaraan bersama Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Tn. Web Sutera, tahniah. Saya tahu kenapa ada seorang hamba Allah komen tuan sebegitu. Bukan salah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi tetapi sebab beliau tidak sudahkan pembacaannya.

“Ada sesuatu yang menarik di dalamnya. Tepat ulasan Tn. Ramlee Awang Murshid, karya ini seperti sebuah filem yang kaya dengan seni. Saya tambah sedikit lagi, anda yang membaca harus bijak memainkan ia dilayar minda sendiri. Muka surat 221, terlalu sukar untuk saya tinggalkan, walaupun bacaan telah menuju ke helaian yang lain. Hati saya dipanggil-panggil kembali menatap di sana. Kenapa?”
Minggu lepas, dari tarikh 23 sehingga 28 Julai 2007, saya dan krew sangat sibuk dengan pesanan katering. Salah satu minggu yang paling diingati bagi saya kerana pasukan saya terlibat dengan 17 penghantaran katering, termasuk dua penghantaran ke Rumah PENA, Kuala Lumpur. Dua penghantaran itu untuk Program Apresiasi Novelis, Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid.

Bagi program bersama Tuan Ramlee Awang Murshid,
Mat Katerer bersiap sedia menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengah hari. Menu untuk makan tengah hari seperti berikut:
  • Nasi beriani
  • Ayam masak merah
  • Rendang daging
  • Dalca sayur-sayuran
  • Acar jelatah
  • Hirisan buah-buahan
  • Minuman: Kordial sarsi
Salah seorang tetamu ialah Budi dengan komennya, "Tuan, makanan anda menakjubkan!"

Terima kasih daun keladi, kawan! Mahu mengetahui harganya? Hubungi saya!

@@@@@@@@@

Tuan dan puan, adakah anda percaya jika saya memberitahu bahawa Mat Katerer menerima pesanan katering dari Jabatan Belia dan Sukan Labuan? Labuan yang terletak di Malaysia Timur, bagaimana saya boleh menyediakan makanan mereka? Menaiki kapal terbang?

Deligasi sukan Labuan tiba di Kuala Lumpur untuk acara sukan paralimpik di Kuantan, Pahang, 26 - 30 Julai 2007. Saya memenuhi keperluan mereka untuk makan tengah hari sebaik sahaja tiba di LCCT, Sepang pada 25 Julai 2007, sebelum pemergian mereka ke Kuantan menaiki bas.

Seterusnya pada 30 Julai (makan tengahari dan makan malam) dan 31 Julai (sarapan pagi dan makan tengah hari).

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mamie yang mempercayai perkhidmatan katering saya. Mereka suka kuih ketayap yang disediakan. Kegemaran untuk semua!

Ini adalah pesanan kedua diterima untuk acara sukan. Acara pertama tahun lepas untuk sukan FESPIC 2006, sukan orang-orang kurang upaya Asia Pasifik di Kuala Lumpur. Acara diadakan di 17 stadium / arena sukan serentak. Sukan FESPIC adalah salah satu kejohanan sukan paralimpik untuk negara-negara Timur Jauh dan Pasifik Selatan. Ia dianjurkan setiap empat tahun oleh Persekutuan FESPIC.

Untuk rekod, Malaysia di tempat ke-4 dengan merangkul 44 pingat emas, 59 pingat perak dan 71 pingat gangsa.

Secara peribadi saya berasa bangga kerana berjaya memenuhi keperluan bekalan makanan kedua-dua acara sukan tersebut.
Motivasi: Kita manusia kadang-kadang terlupa bahawa setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi. Pada mulanya mungkin kita tidak nampak. Namun apabila masa berlalu, pasti kita akan menghargai apa jua kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
** Ini kisah benar dinukilkan secara santai dan bersahaja. Tidak berat, namun ada nasihat dan tamsil ibarat, di mana perlu. Mungkin terdapat maklumat yang dikongsikan. Perkisahan seharian dairi Mat Katerer. Kalian jangan bimbang, ini bukan buku panduan bisnes katering, tetapi ceritera sebuah jurnal kehidupan. Bak kata seorang tukang rumah, "Terus terang ya Pak!"

Berkaitan: Entri.Com Mat Katerer: Entri Pertama
Ini entri pertama. Mahu cerita fasal apa? Okey, fasal pinggan mangkuk katering dan peralatan pemakanan lainnya atau istilah moden dipanggil kutleri. Buat permulaan bilangannya sedikit sahaja, maklumlah baharu mulakan bisnes.

Apabila menghidangkan makanan untuk sesi katering, saya menggunakan kutleri keluli tahan karat atau sudu dan garpu plastik, bergantung kepada jenis acara. Keluli tahan karat adalah mana-mana kutleri yang dibuat daripada keluli aloi dengan sekurang-kurangnya sepuluh peratus kromium. Kadang-kadang peralatan itu juga turut merangkumi kutleri yang mengandungi unsur-unsur lain yang tahan hakisan. Ia tidak berkarat apabila didedahkan kepada air dan udara lembap. Untuk pinggan, saya menggunakan pinggan, piring dan mangkuk melamine atau styroform.


Melamine adalah bahan asas organik berkristal putih, digunakan terutamanya dalam membuat resin melamine. Resin adalah kompaun likat yang boleh dimampatkan dengan rawatan khusus. Manakala polisterin (styroform) ialah bahan plastik lembut yang menghalang haba panas atau sejuk menembusinya.


Walau bagaimanapun, saya menggunakan set pinggan dan cawan kaca berat atau seramik untuk hidangan VIP.


Sebagai contoh, saya menggunakan pinggan styroform untuk sesi katering sarapan pagi di Commerce Dot Com Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan e-dagang bagi pihak Kerajaan Malaysia. Syarikat ini diberikan hak eksklusif untuk melaksanakan dan mengendalikan sistem perolehan elektronik kerajaan, ePerolehan.


Saya memenuhi pesanan dari Commerce Dot Com Sdn. Bhd., yang terletak di Jalan Tandang, Petaling Jaya, pada 26 April 2007 untuk 90 pax sarapan pagi. Untuk harga RM4.00/pax, menu adalah seperti berikut: bihun goreng Singapura, karipap kentang, kuih ketayap, donat, Nescafe dan teh tarik. Saya berada di sana sehingga awal petang.


Pengurus Bisnes, Tuan Hafidz Ahmad, berkata, “Makanan yang baik dengan perkhidmatan yang baik. Persediaan juga cemerlang. Kami bersedia menggunakan perkhidmatan katering tuan berulang kali lagi di lain ketika.”


Terima kasih banyak, Tuan Hafidz. Bisnes katering terus berjalan. Jangan undur, Hizam!


Oh ya! Saya sudah berhenti dari menjual nasi lemak dan lain-lain kuih-muih di tiga gerai pacak. Bisnes katering sudah berjalan sekarang. Alhamdulillah. Tentu kalian bertanya siapa klien pertama dan majlis apa, bukan?


Dengan bangganya saya nyatakan klien pertama ialah bekas majikan lama, MIMOS Berhad, bagi majlis perpisahan seorang staf pengurusan tertinggi syarikat penyelidikan milik kerajaan itu. Hidangan minum petang atau hi-tea untuk 80 pax disediakan.


** Ini kisah benar dinukilkan secara santai dan bersahaja. Tidak berat, namun ada nasihat dan tamsil ibarat, di mana perlu. Mungkin terdapat maklumat yang dikongsikan. Perkisahan seharian dairi Mat Katerer. Kalian jangan bimbang, ini bukan buku panduan bisnes katering, tetapi ceritera sebuah jurnal kehidupan. Bak kata seorang tukang rumah, "Terus terang ya Pak!"


Photobucket
top