Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya bukan pejuang bahasa Melayu dan tidak sama sekali membenci bahasa Inggeris. Baca seterusnya apa yang mahu saya sampaikan.

Saya seorang budak kampung, dilahirkan di sebuah perkampungan kecil terpencil di Besut, Terengganu. Bahasa perbualan seharian di rumah dan seputar teman-teman ialah bahasa Melayu dialek Kelantan/Besut. Malah di sekolah pun saya berbual dengan bahasa dialek ini. Cuma ketika dalam kelas sahaja bahasa Melayu piawai digunakan.


Minat saya kepada subjek matematik dan sains bermula. Pastinya bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek tersebut.


Saya melangkah ke sekolah menengah pula, juga di Besut.
Saya cukup terkenal di kalangan guru dan teman dengan minat dan kepandaian dalam matematik dan sains.

Kemudian selepas kejayaan cem
erlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya bersekolah di Kuala Lumpur dengan mengambil jurusan sains sebagai tapak. Saya mengenali ilmu kimia, fizik, biologi, matematik (termasuk subjek matematik tambahan yang agak mencabar) untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, sejak di tingkatan satu lagi saya mula berjinak-jinak dengan bahasa Inggeris melalui buku-buku cerita dalam bahasa tersebut. Namun ianya tidak mencukupi pastinya.


Saya lebih giat tatkala bersekolah asrama di Kuala Lumpur, selepas SRP, untuk memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris.
Dengan sedikit wang amanah orang tua dan dermasiswa dari sebuah bank tempatan, saya mula membeli novel-novel bahasa Inggeris. Saya mula membaca akhbar tempatan dalam bahasa Inggeris. Kamus dwi-bahasa menjadi teman rapat.

Dengan berkat doa o
rang tua dan minat belajar saya, kembara ilmu diteruskan di pusat matrikulasi dan seterusnya di universiti. Pengkhususan di universiti ialah sains komputer dan pengurusan. Banyak buku rujukan di universiti menggunakan buku asal dalam bahasa Inggeris. Jika hanya bergantung kepada nota-nota kuliah yang dicatat semasa sesi syarahan, maka saya kira amat tidak mencukupi. Walaupun menghadapi sedikit masalah pada mulanya, saya terus tekun memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris.

Semasa belajar di matrikulasi dan universiti, saya terus menanam minat membaca novel-novel dalam kedua-dua bahasa. Novel bahasa Inggeris bercorak penyiasatan dan spi serius dan berat pertama dibaca ialah The Day of the Jackal yang ditulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal Frederick Forsyth.
Seterusnya saya berkenalan dengan penulis Tom Clancy lewat novel pertama yang dibeli, The Cardinal of the Kremlin. (Dibeli di Bazar Chowrasta, Pulau Pinang)

Novel bahasa Melayu juga tidak saya tinggalkan.
Saya mengenali SN Arenawati ketika di universiti.

Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh ijazah yang diimpikan dengan baik tanpa menambah tahun pengajian di universiti.


Apa yang mahu saya gambarkan di sini? Seorang anak Melayu sudah berjaya menguasai matematik dan sains melalui medium bahasa Melayu. Dalam masa yang sama saya turut menguasai bahasa Inggeris, bukannya melalui pembelajaran matematik dan sains, tetapi melalui pembacaan yang tekun buku dan novel berbahasa Inggeris.


Sebagai maklumat tambahan, saya pernah menjadi associate editor untuk majalah berbahasa Inggeris yang sudah tidak lagi diterbitkan, iaitu Jaring Internet Magazine. Seterusnya saya menjawat tugas editor untuk versi online majalah tersebut. Saya giat menulis bagi kedua-dua versi majalah tersebut.


Saya tidak membenci bahasa Inggeris, tetapi saya mencintai bahasa Melayu kerana saya tetap teguh yakin bahawa bahasa Melayu boleh dan akan terus boleh menjadi bahasa ilmu.


Apa berita terkini bantahan terhadap pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)?


Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”


Dalam kemesraan dan ketawa di ruang lobi parlimen, enam tahun sudah berlalu.


Jikalau pada setiap tahun separuh sahaja daripada anak-anak sekoah rendah yang tidak memahami apa-apa melalui bahasa yang tidak difahaminya, bermakna ada sekitar 200,000 anak kita yang ternafikan haknya menerima pendidikan. Dalam enam tahun, mungkin sudah ada 1,200,000 anak-anak kita yang sudah menjadi korban PPSMI. Majoritinya anak-anak Melayu.


Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”

Aduhai. Sejak 1996 lagi kami sudah bersuara.


Seawal September 2002, Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain, sudah menghantar memorandum menyatakan pendirian profesor sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) Malaysia kepada Perdana Menteri, dan Menteri Pendidikan Malaysia.


68 orang profesot SAKTI ini menandatangani dokumen tersebut. Sekiranya belum ditemui, memorandum itu diterbitkan semula dalam “Mengapa Kami Bantah!”
(Sumber: Blog Institut Peradaban Melayu, UPSI)

Isu PPSMI juga menjadi topik hangat di Parlimen Malaysia. Laman berita Malaysiakini melaporkan bahawa soal untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat pada 18 Februari 2009 apabila beberapa wakil rakyat mengemukakan pandangan berbeza berhubung pelaksanaannya.


Baca laporan penuh Malaysiakini di sini.


Berkaitan:
Isu PPSMI: SN Pak Samad di pentas PAS
PPSMI: Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad

Himpunan 100,000, bahasa memacu tamadun negara, sorotan Unika dan Malaysiakini

Christian Herald dan Insignia Skuadron 230 Tentera Udara Diraja British

PPSMI menentang Quran – UNIKA

PPSMI: Pemuda PAS sedia debat dengan Pemuda Umno

Pakatan Rakyat pro-bahasa Melayu?

Siapa minat Star Wars?

5 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Walauapapun..saya tetap berpendirian PPSMI patut TIDAK diteruskan. Seperti sengaja merenyukkan maruah bahasa melayu. Hinanya bahasa kita sehingga tidak mampu mengungkapkan ilmu dalam cabang sains dan teknologi.

Anonymous said...

Bersetuju dengan Rozlan. Ini soal maruah dan martabat bangsa negara kita Melayu.

Abang Long said...

Salam hormat wahai Saudaraku.

Saya tetap MENENTANG !

PPSMI sememangnya MENGHANCURLEBURKAN Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di SEMENANJUNG TANAH MELAYU !

Namun, saya masih boleh berbahasa Inggeris.

ababina328 said...

Idea PPSMI ini datangnya dari Madey,dia ni sampai sekarang masih mempertahankan idea tersebut.

Persoalannya.....

Apakah Madey tidak rasa bersalah dengan keputusannya tentang PPSMI ini ?

Atau dia sebenarnya malu nak mengaku...
Yang pasti Madey adalah seorang yang degil......

Kedegilannya telah menyebabkan ramai sekali anak melayu menjadi mangsanya...

Tidak mustahil puluhan tahun akan datang, ada diantara mangsa PPSMI ini akan kencing diatas kuburnya...

Hei Madey, kau tak takut ke, nanti orang kencing di atas kubur engkau ?

Hah..... kata Madey, setakat kencing apa aku peduli ......

Aku adalah pejuang bangsa dan bahasa Melayu,.... macam mana ?

Kita mesti majukan bangsa Melayu, setelah orang Melayu maju barulah orang akan hormat kepada bahasa Melayu ! ?????????????

Sah Madey degil.......

Web Sutera said...

Pak Aziz, begitulah Tun Mahathir, dulu, kini & selamanya. Aduhai!


Photobucket
top