Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Tuhan tidaklah menjadikan manusia itu bodoh, akan tetapi diciptakan manusia itu dengan kebijaksanaan yang berbeza. Apa yang penting cara kita mencungkil kelebihan yang ada, kemampuan yang wujud dengan sumber yang ada. Sungguh tuhan takkan menciptakan kita dengan sia-sia. Maha Suci Allah dari semua kesia-siaan.

Adakah Allah menciptakan seekor nyamuk dan lalat yang dibenci manusia itu sia-sia? Adakah penciptaan penyakit yang menimpa itu sia-sia? Tidak, pasti tidak. Semua ada hikmah pengajaran dan tauladan untuk setiap fasa kehidupan, sebermula awal kejadian Adam dan Hawa, sehinggalah ditiup sangkakala menoktahkan sebuah kefanaan dunia.


Walaupun begitu, manusia semestinya jangan tidak berusaha. Jangan jadi bodoh justeru kerana kita tidak bodoh. Kebodohan hanyalah ilusi jahat syaitan yang direjam! Iblis dan kuncu-kuncunya yang membisikkan bahawa jangan belajar dan kekal dalam kejahilan. Musuh Allah dan musuh manusia itulah yang menabur racun dari dunia kegelapan supaya cahaya keimanan tidak terpancar ke alam buana ini.


Rancang dan laksanakan!


Untuk dua hari berturut-turut saya dan krew bertungkus-lumus menyiapkan menu-menu yang dipesan dan mengendalikan sesi katering bagi tiga majlis yang berlainan fungsinya. Majlis pertama adalah akikah di Klang, kedua makan tengah hari bagi majlis yang berlangsung di Rumah PENA, Kuala Lumpur dan yang ketiga majlis pertunangan bertempat di Cheras Perdana.


Alhamdulillah, ketiga-tiga sesi katering tersebut sukses. Majlis akikah yang berlangsung dari jam 11.30 pagi sehingga 5.00 petang berjalan dalam suasana penuh prosedur Islam; dimulakan dengan marhaban dan berakhir dengan tahlil. Jemputan yang berjumlah 250 orang pada 29 Disember 2007 itu memang memakan tenaga dan masa saya serta seorang pembantu.


Namun saya cukup senang hati kerana wakil tuan rumah menunjukkan tanda bagus terhadap hidangan yang kami sediakan. Untuk mendapat kepastian, saya bertanya sekali lagi bagaimana dengan mutu perkhidmatan dan makanan yang disediakan. “Kalau abang kata bagus, memang ianya bagus. Abang tidak suka sifat hipokrit,” jawab wakil tuan rumah sambil tersenyum.


Majlis berkaitan kegiatan seni Malaysia yang berlangsung di Rumah PENA pada hari yang sama pula ditangani oleh cef seorang diri dengan jayanya. Apabila saya menelefon Presiden Geng Jurnal yang menganjurkan Perhimpunan Halal Geng Jurnal 2007, bertanyakan apa komen berkaitan makanan, beliau menjawab, “Alhamdulillah, semua okey. Makanan sedap.”


Majlis pertunangan pada keesokan harinya berjalan lancar walaupun pada mulanya saya tersesat jalan. Berlangsung dalam suasana mesra, keluarga bakal pengantin perempuan menerima kunjungan lebih kurang 120 tetamu. Konsep hijau muda daun pisang menjadi warna tema bagi keluarga yang rata-ratanya adalah orang Kelantan. Walaupun cuaca agak panas, ibu bakal pengantin perempuan mengucapkan terima kasih kerana pihak saya sempat menyiapkan hidangan tambahan, iaitu filet ikan masam manis.


Lantaran kurang rehat – satu jam tidur pada hari sebelumnya dan ditambah empat jam pada malam 30 Disember – membuatkan badan saya keletihan. Ini dapat dikesan oleh bakal pengantin perempuan, Cikpuan Lynn. Namun saya tetap gembira kerana majlis selesai dengan sewajarnya. Klien dan tetamu berpuas hati, dengan izin Allah.


Jangan bodoh dan hipokrit


Pengajaran dari misi saya di atas ialah kita tidak bodoh. Usaha dan perancangan teliti bakal membuahkan hasil yang baik. Sesuatu takdir Allah itu bukannya datang secara semberono. Ia terhasil daripada usaha, perancangan dan sikap berani kena pada tempatnya.


Kebodohan merupakan sikap golongan hipokrit. Sang hikoprit yang hanya sering menyalahkan orang lain serta takdir yang menimpa. Walhal itu semua terhasil daripada pelakuan dan nilai diri sendiri.

Satu contoh lagi yang suka untuk saya perikan ialah jangan menipu dalam apa jua pun. Justeru menipu merupakan sikap kebodohan yang memakan diri sendiri. Ini kisah benar yang saya rahsikan nama si fulan dan syarikat di mana beliau bekerja.

Ada seorang hamba Allah yang menipu dalam resume semasa memohon suatu jawatan penting dengan gaji yang lumayan, sebanyak RM20,000.00 sebulan. Akhirnya si fulan itu disiasat oleh jabatan sumber manusia. Natijahnya ialah si fulan termalu sendiri dan memberikan notis berhenti kerja 24-jam. Saya kira mengikut perkiraan biasa, nilai dirinya sudah musnah dalam dunia kerjaya.


Bersikap tanpa memiliki sebuah wawasan gaya Champion merupakan kebodohan dan hipokrit. Ia memusnahkan potensi diri sendiri untuk terus maju meraduk gelombang kehidupan. Jangan menjadi bodoh, justeru bodoh bukannya sifat seorang Champion.

"Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat di seluar atau stoking, teruskan permainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga gol terlopong tanpa penjaga.” (Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man)
Untuk daku dan kamu. Mengapa seramai 40,000 orang dari kelompok Bani Hanifah mengakui pimpinan nabi palsu Musailamah al-Kazzab di permulaan era pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq selepas kewafatan Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam)?

Kebanyakan mereka murtad disebabkan elemen fanatik perkauman, bukannya percaya kepada nabi palsu itu. Sebahagian daripada mereka berkata, "Aku tahu Musailamah itu pembohong dan Muhammad itu benar. Namun pembohongan Bani Rabiah (Musailamah) lebih aku sukai daripada kebenaran Bani Mudhar (Rasulullah)."


Mana satu pilihan kita? Sang hipokrit atau sang pencari kebenaran?


Al-Barra’ bin Malik


Siapakah beliau? Dia ialah pahlawan Islam, abang kepada sahabat pembantu Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) Anas bin Malik. Beliau kerinting rambutnya, kurus badannya dan hitam kulitnya. Namun begitu, semangat juang dan keberanian beliau tiada taranya.


Sejarah mencatatkan suatu kejadian di medan peperangan menentang kumpulan murtad pimpinan nabi palsu Musailamah al-Kazzab. Setelah diasak oleh tentera Muslimin, kumpulan hipokrit yang murtad itu berlindung dalam sebuah benteng yang dikenali sebagai Kebun Maut. Tentera Muslimin menghadapi kesukaran menggempur mereka.


Lalu al-Barra’ bin Malik berkata, “Angkat aku dengan galah dan lindungi aku dengan perisai dari hujan panah tentera musuh. Biarkan aku syahid bagi memberi ruang membukakan pintu supaya kalian boleh menyerbu masuk (ke dalam kota).”


Hasil daripada keperwiraan pahlawan Islam ini, pintu benteng berjaya dibuka. Lalu tentera Muslimin yang sudah bersedia menyerbu masuk. Akhirnya lebih daripada 20,000 pemberontak murtad terbunuh, termasuk Musailamah al-Kazzab.


Sang pendusta, hipokrit dan nabi palsu serta pengikutnya yang bodoh fanatik menemui kebenaran janji Allah dan Nabi-Nya Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam).

Berkaitan: Wawasan Gaya Champion: Rasulullah Suka Mukmin Kaya Dermawan
Sup Herbal Champion: Wawasan al-Quran Menuju Akhirat


*** Manuskrip saranan 50 Sup Herbal Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Kisah-kisah silam dan terkini, kata-kata hikmah, cerita peransang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat saya kumpulkan dan masukkan sebagai isi kandungan buku ini, insya-Allah. Kemudian ia dikukuhkan dengan ulasan dan mengambil pendekatan Islami dengan menerapkan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah di mana berkaitan.
Inilah rupa paras kek fondant yang dinamakan Kek Buku Klasik yang disediakan oleh Cef Lusiana Adnin dari Khidmat Katering Lusiana. Isi dalamnya ialah coklat. Kek ini dipersembahkan di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 dan Detik Debar, 17 Dis. 2011 di MPH 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Plot Fiksyen 302 karya Tuan Ramlee Awang Murshid pada hari itu banyak yang bocor di pelancaran bersama-sama novel Detik Debar karya Tuan Eyman Hykal. Suasana padat di 1Utama saya kurang suka. Saya rimas dengan kepadatan di pusat membeli belah 1Utama tersebut.

Terima kasih teman-teman Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) dan tetamu yang hadir kerana sudi menjamah Kek Buku Klasik yang disediakan khas oleh Cef Lusiana Adnin. Terima kasih Tuan Ramlee Awang Murshid dan Tuan Eyman Hykal. Seperti kata saya, apa yang saya sediakan sebagai tanda sokongan kepada karya tuan-tuan berdua. Tahniah!

Komen Puan Noni Zainuddin, "Kek unik tajaan Web Sutera dan isteri. Bau yang menyelerakan dan bila makan memang sedap!" dan "Alfun shukran abang Web Sutera. Kek yang superb dan sangat menggugat iman bila dibuka tutup kotaknya, semerbak bau."

Cikpuan Sayidah Sabiah kata, "Kek coklat yang sedap dan cantik dari Web Sutera / Lusiana Adnin."

"Ramai yang mahu mati (atau syahid) di jalan Allah, tetapi adakah kita memahami atau menjalani kehidupan di jalan Allah?" Ini yang saya kutip dari kata-kata Tn. Ramlee Awang Murshid di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 pada hari tersebut. Kata-kata itu untuk sekuel seterusnya dalam siri Bagaikan Puteri, berjudul Sunan Musafir yang menurut Tuan Ramlee akan siap menjelang PBAKL 2012 nanti.

Tuan Eyman Hykal pula berceloteh dan melontarkan idea berkenaan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat hancur justeru sistem ekonomi sarat riba yang digenggam oleh Yahudi.

Isnin, 1.15am 26 Dis. 2011, di suatu dimensi kehidupan di Taiping, Perak. Saya melangsaikan pembacaan Fiksyen 302. Sebuah kisah yang memerangkap minda dan persepsi, tidak sedikit masanya saya 'tertipu'. Mainan psikologi dan emosi diputar berselirat di setiap bab dan plot. Teori (atau kebenaran?) fizik kuantum disusun ampuh, dijalin merentasi sebuah pengembaraan minda ke masa lalu.

Elemen sains-fiksyen menerawang cekerawala, sebuah fantasi dimensi masa demi mencari sebuah kebenaran. Tahniah, Tuan Ramlee Awang Murshid. Saya cemburu!

Detik Debar memang mendebarkan! Cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat John Martinez sebanyak empat kali dipatahkan oleh Biro Risikan Negara (BISIK). Amerika Syarikat beralih kepada sistem kewangan Islam setelah runtuhnya sistem kewangan riba tajaan Yahudi.

Photobucket

Photobucket

A Bernama report on 13 December 2011 said, “The government is prepared to provide allocation so that writers will be more active in producing books to help Malaysia achieve developed nation status by 2020 …. Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said Malay literature works could illuminate the literary world and mould the people's thinking.”

The report added: "In an effort to improve the country's status as a high income economy, the government is prepared to help Malay literature writers," he said. And guess who wants to put up the paper? Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. I will say, no more.

Then on 17 December 2011, The New Straits Times carried this report, “Local young writers are getting assistance from the government to have their literary works published … This would be possible through a RM5 million allocation announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak last night …” This will be handled by National Institute of Translation (ITNM). "It will be involved in publishing original works to help promote the book publishing industry and the nation's literary scene," the PM said, adding that it would be renamed Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Its unclear if the two initiatives are linked.

The second one announced by the PM appears similar to the allocation by the National Book Council in Singapore that initially gave money to publishers, but now given to the authors. Or is it the other way round? It doesn’t work in either case. There will be quantity aplenty, but no quality. If one gives it to the publisher, they’ll only want the money regardless of the standard of the work. If the money is given to the writers, there is no incentive for good writing, editing and control by the publisher who will only inflate costs. It will reward mediocrity; the Malaysia Boleh way.

A system that could work would be to have more transparency in book buying by the National Library and other government institutions; to buy and distribute widely the best works. Unfortunately, the buying machinery is so broken and biased, so politicised, with so many vested interests, that it would be impossible to fix.

There will be many who will be quite happy to exploit the situation but for genuine publishers and writers, handouts will be another disaster, another NEP. What they need is fairness and equal opportunity. As it is, we cannot even sell a pencil to a government department without being registered with the Ministry of Finance or going through an ‘approved’ contractor (not that it stops government agencies approaching us for donations for their sports club, hari keluarga or whatever).

** This article originally posted at SilverfishWriters.

What say you?
Membaca celoteh, komentar, cemuhan, tamparan dan pelempang dari sang bijak bistari Tuan Afandi Hassan membuatkan saya mual dan pening kepala. Ya, saya naif dalam sastera. Namun saya menghargai karya sastera yang memacu minda, bukannya karya yang syok sendiri.

Terfikir juga, adakah novel berjudul Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain bakal menerima cemuhan sang bistari bijak pengkarya 'masterpiece'? Justeru sedikit sebanyak saya gunakan Teknik Surah Yusuf yang dicemuh sebagai kaedah penulisan novel picisan. Tunggu! Saya bukan orang sastera.

Novelis Tuan Salleh de Ran memberi komen di status FB saya, “Biarkan sang bijak bistari itu melatah. Penat kelak berhentilah ayam jantan itu berkokok.”

Sementara penulis karya kanak-kanak dan remaja Galeri Ilmu, Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff, memberi komentar begini, “Kita buat kerja kita sebaik mungkin. Janji ramai dapat manfaat.”

Dalam Prakata novel semi-fantasi sejarah Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain, saya nukilkan, "Saya cuba sedaya upaya mengamalkan doktrin penulisan Teknik Surah Yusuf yang dipelopori oleh insan budiman, Puan Ainon Mohd. Ucapan jutaan terima kasih atas ilmu yang Puan Ainon curahkan secara percuma itu. Tanpa menghadiri kelas pengajian yang dianjurkan oleh Puan Ainon, mungkin saya tidak menemui jalan melestarikan minat saya dalam penulisan. Terima kasih, Puan Sifu yang dikagumi."

Saya tiada ijazah sastera, apatah lagi bergelar profesor dengan bertaraf mahaguru, seperti Tuan
Afandi Hassan yang hebat itu. Teringat akan kata-kata mantan CEO saya yang berkata lebih kurang begini, "Penyelidik memang mahir dalam bidang masing-masing, tetapi apabila menulis laporan penyelidikan, hanya dia seorang sahaja yang faham. Jangan syok sendiri!"

Kurang impaknya menghasilkan karya sastera 'bermutu' dan bersifat 'mahakarya' sekiranya isinya hanya 'orang-orang dia' sahaja yang membacanya. Matlamat merakyatkan sastera hanya menjadi angan-angan Mat Jenin yang syok sendiri. Dalam pada itu tidak pula saya mengatakan sastera separa lucah dan cabul patut diraikan!

Komen novelis PTS Puan Maya Iris, “Bukan mudah menyedarkan orang apabila dia sudah berada dalam tahap syok sendiri. Lantas dikatakan orang lain yang tidak syok sama-sama dengannya itu semuanya salah dan defensif.”

Komen dari seorang pembaca novel PTS

Teknik Surah Yusuf adalah salah satu teknik menghasilkan novel, ia bukan penyebab sesuatu karya itu dilabel sebagai ‘picisan’ ataupun sebaliknya. Dasar penerbit buku itu yang menentukan sama ada mereka hendak menerbitkan sesebuah karya ataupun tidak.

Karya-karya remaja yang diterbitkan PTS bukan ‘picisan’ kerana ia mengandungi unsur-unsur moral yang baik dan ia menggunakan bahasa Melayu tinggi. Hal ini menimbulkan minat membaca dalam diri anak-anak yang pada suatu masa dahulu bosan dengan penampilan buku-buku DBP yang gambarnya kusam dan isinya kurang menarik.

Pengkritik Teknik Surah Yusuf harus menyedari bahawa perkara yang paling penting dan utama ialah sebagai sasterawan ataupun karyawan, ‘karya’ mereka harus sampai kepada masyarakat umum. Karya itu seharusnya memberi manfaat semaksima mungkin, oleh demikian,teknik penghasilan sesuatu karya bukan isu utama. Sumbangan karya kepada pembangunan jiwa dan moral masyarakat lebih penting.

Teknik Surah Yusuf sangat mudah difahami dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja yang berminat hendak berkarya. Picisan ataupun tidak sesuatu karya itu bukan kerana tekniknya tetapi kerana idea pencerita itu.

Puan Ainon mendapat ilham mengajarkan teknik ini demi perjuangan ‘memandaikan bangsa’, sejak PTS bertapak buku-buku Melayu memperoleh penghormatan yang tinggi daripada kedai-kedai buku antarabangsa, yang pada suatu masa dahulu berpendapat menjual buku-buku Melayu sebagai sesuatu yang membebankan.

Kini, buku-buku Melayulah yang melonjakkan jualan di kedai-kedai mereka. Terbukti PTS berjaya mengembalikan maruah bahasa Melayu dan buku-buku Melayu. Rupa-rupanya buku-buku Melayu setanding buku-buku terbitan luar negara seperti Harper Collins dan Penguin.Kebangkitan ini juga memberi manfaat kepada penerbit-penerbit buku Melayu yang lain.

PTS juga menyedari bukan hanya sasterawan yang mampu berkarya tetapi juga orang biasa. Malah PTS berjaya mencungkil bakat penulis dari kalangan profesional seperti para doktor, jurutera, peguam, akauntan dan pegawai kerajaan.Teknik Surah Yusuf mendedahkan teknik berkarya yang mudah, anggun dan bersempadan.

Saya ingin bertanya apakah sumbangan pengkritik Teknik Surah Yusuf kepada negara, sejauh manakah jasa kaum persuratan baru memartabatkan bahasa Melayu?

Jangan hanya pandai mengkritik, tetapi lakukan sesuatu supaya industri buku Melayu di Malaysia bertambah meriah lagi! Kami menanti karya anda di pasaran?

Sekian. (Nor (norazilaco@gmail.com) dari laman Universiti Terbuka PTS.)
Champion yang memiliki wawasan teragung bersama petunjuk langit ialah Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam).

Umat dunia belum pernah memiliki seorang Champion seperti baginda, di tahun-tahun Sebelum Masihi, selepas Masihi, sekarang, era mendatang dan sehingga ke akhir dunia fana ini. Rasul terakhir itu membawa wawasan sehingga ke akhirat. Dunia digapai sekadar seadanya, dan kehidupan selepas kematian jua yang menjadi idaman.

Wawasan yang dibawa oleh sang kekasih Allah itu ialah wawasan al-Quran yang mengatakan dunia dan isinya hanyalah mainan belaka. Justeru kematian bukanlah pengakhiran, tetapi ia sebuah permulaan. Allah berkata:

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan yang tetap kekal hanyalah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (Surah ar-Rahman, ayat 26 - 27)

Sejarah dunia di abad ini pernah menyaksikan seorang hamba Allah yang ingin hidup lama, iaitu Michael Jackson. Warga dunia dikejutkan dengan terbongkarnya set eksklusif gambar-gambar yang menunjukkan bintang pop Michael Jackson tidur dalam ruang atau bekas pelik yang berisikan gas oksigen termampat. Pada masa itu Michael Jackson berumur 28 tahun, berada di kemuncak kemasyhurannya.

Menurut laporan kaedah ‘perubatan’ itu boleh memastikan dia terus hidup sehingga se
kurang-kurangnya berumur 150 tahun. Laporan juga memetik penyanyi itu sebagai berkata, "Saya telah beberapa kali tidur di dalam kebuk oksigen hiperbarik dan apabila saya bangun, saya rasa seperti orang baru. Saya tidak pernah berasa lebih baik. Saya percaya jika saya merawat badan dengan betul, saya akan hidup untuk sekurang-kurangnya 150 tahun. Akhirnya dia meninggal pada usia 50 tahun sahaja, tidak sampai pun umur wafatnya Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) pada usia 63 tahun.

Walaupun ada pihak mengatakan itu hanyalah berita bohong, namun contoh di atas say
a ambil sebagai satu daripada berjuta kisah manusia bahawa itulah satu tamsil ibarat seorang hamba Allah yang tidak berwawasan sebagai Champion, walaupun dia dikatakan seorang bintang agung kesayangan dunia.

Sebuah puisi saya garap berkenaan insan agung berwawasan Champion:

Sungguh Muhammad itu Pesuruh Allah

dia manusia teladan sepanjang zaman

dia Rasulullah pengakhir para nabi dan rasul
rasul pembawa rahmat seluruh alam;
walau ada manusia seolah dengki akan peribadinya
sejarah tidak pernah lupa menekat rakam
zaman terus berlalu dengan sirah merangkum seluruh era

Wahai junjungan rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang meluruskan jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan

Sirahmu terus menyinar merentas waktu
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah

Wahai pemimpin yang unggul

seluruh umat bahkan semua kehidupan menjadi amanahmu
engkau hadapi cabaran berdarah penuh cekal
tawakal dengan rahmat Allah
engkau pemaaf umat Quraisy dan Thaqif
engkau penyayang umatmu

sedang engkau di hujung nyawa

Pesanmu “Aku tinggalkan kitab Allah dan sunnahku”
itulah khutbah terakam
dalam lipatan sejarah
terus mempedoman manusia
seluruh buana.


Sebagai seorang Champion, wawasan kita ialah:


Teman, ingatlah ke mana jua arah kita

Tuhan tetap setia di sisi
Yang lupa adalah kita hamba
Tuhan di mana kita meminta, di situ Dia menunggu.

Sungguh gembira diri-Mu Tuhan
Terhadap hamba yang mengharap Kurnia-Mu
Selangkah aku kepada-Mu
Seribu langkah Engkau kepadaku.


Memang dunia akan memberikan hasilnya atas usaha kita. Seandainya dunia memberikan segala yang dimahukan, justeru apa gunanya? Ke manakah mahu dibawa? Ketahuilah dunia dan segala isinya akan hancur lenyap. Kematian jua yang pasti, kerana dunia penuh pura-pura dan kefanaan.

“ …… sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu. Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat. Sentiasa mengharap keredaan Allah. Itulah Wawasan Gaya Champion.

Berkaitan:
Wawasan Gaya Champion: Rasulullah Suka Mukmin Kaya Dermawan

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top