
Susunan tajuk sudah molek. Menurut penerbit, hadis dalam buku ini disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan jelas. Untuk kes ini, saya ingin menyatakan pandangan.
Bahasa Melayu yang digunakan tidak kontemporari dan masih mengekalkan bau-bauan Arab. Justeru masih bernahu atau berbau Arab, maka makna menjadi samar. Kesamaran itu pula tidak dijelaskan oleh penyusun. Walaupun ada sedikit penjelasan bagi beberapa hadis, ianya jauh dari mencukupi.
Walaupun begitu, usaha menyusun buku ini amat baik. Cuma penyusun perlu mengambil perhatian berat dalam menjelaskan makna hadis yang kurang jelas bagi majoriti umat Islam.
Saya bukan dari aliran agama. Begitu juga majoriti masyarakat Islam
Bagi tuan dan puan yang sudah biasa dengan blog ini, tentu akan perasan bahawa saya mengulangi persoalan yang sama, iaitu penggunaan bahasa atau istilah Arab dan terjemahan berbau Arab. Memang saya perlu ulangi dan terus akan membebel terhadap perihal ini.
Penulisan dan penterjemahan buku-buku agama masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya teringat satu pernyataan yang dikemukakan oleh bekas ketua eksekutif dan presiden MIMOS Berhad, Tengku Datuk Dr. Mohd. Azzman Shariffaden, semasa saya bekerja di sana. Lebih kurang begini,
“Ramai antara para penyelidik di MIMOS ini syok sendiri bila menulis. Kamu orang menulis berkenaan hasil penyelidikan yang dicapai, tetapi ramai yang tidak faham!”Fenomena ini juga benar terhadap penulisan buku-buku agama, terjemahan hadis dan kupasan tentang sesuatu hukum dalam Islam. Ramai para lulusan sarjana Islam tempatan menulis secara syok sendiri, seolah-olah dia sahaja yang mahu baca hasil tulisan itu.
Saya tidak memperlekehkan ilmu yang dimiliki oleh Ustaz Zahazan maupun saudara Ahmad Hasan, Namun jangan orang kata bahawa Ustaz Zahazan memang pandai berceramah, tetapi tidak pandai menulis. Maaf ustaz, itu pandangan saya demi kebaikan, insyaAllah.
Judul: 300 Hadis Bimbingan: Ke Arah Mencari Reda Allah
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd, cetakan pertama Januari 2007
ISBN: 983-3494-68-4
Harga: RM25.90 (Sem.
Muka
0 comments:
Post a Comment