Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Bukan-fiksyen. Show all posts
Showing posts with label Bukan-fiksyen. Show all posts
23 Rabiulakhir 1432H - Assalamualaikum, pembaca blog sekalian. Sebelum saya memberikan komen ringkas terhadap buku Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme garapan idea Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ingin saya jelaskan beberapa perkara mengenai diri saya.

1) Saya bukan ahli PAS yang berdaftar. Adakah ahli PAS yang tidak berdaftar? Sudah pasti kalau tidak mendaftar seseorang itu bukan ahli sesuatu pertubuhan. Justeru itu, okey, saya bersetuju bahawa saya bukan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya pernah dua kali mengisi borang keahlian PAS, tetapi untuk kedua kalinya saya tidak menghantarkannya kepada mana-mana cawangan PAS. Yang pasti ialah saya penyokong PAS tegar sejak bersekolah menengah lagi.


2) Saya tidak berminat menjadi ahli UMNO. Sama sekali saya tidak akan mengisi borang masuk UMNO tatkala minda saya kekal waras. Kalau saya ditarik nikmat waras oleh Allah, itu saya tidak tahu. Sebagai info, saya telah mengharamkan diri saya, isteri dan anak-anak dari menjadi ahli UMNO. Mahu jadi ahli UMNO juga, tunggu saya mati dahulu!

3) Semasa aruah ayah masih ada dan atas saranan rakan-rakan rapat ayah, saya disuruh mengisi borang keahlian dan menganggotai Dewan Pemuda PAS, serta kemudiannya bertanding dalam pemilihan ketua pemuda cawangan. Kata mereka, rakan-rakan PAS di cawangan akan memberi sokongan kepada saya menjadi ketua pemuda. Itu sebab saya tidak menganggotai pasti Islam ini secara sah. Serasa diri ini tidak layak menjadi ahli dan seterusnya salah seorang pemimpin sebuah gerakan tersusun harakah Islam.

4) Dalam pada itu, saya membaca hampir semua jenis buku dan penerbitan, dari majalah metal, buku politik sehinggalah buku hadis dan tafsir al-Quran. Saya tidak mengehadkan genre pembacaan saya kepada satu bidang disiplin ilmu sahaja.
Saya membaca bukan setakat hobi semata-mata, tetapi dengan tujuan menimba pengalaman dan menyerap ilmu.

Bukannya sesiapa saya ini. Pasti para pembaca bersetuju. Saya bukan sesiapa pun. Saya hanyalah pemerhati dan penyokong tegar gerakan harakah Islam termasuk PAS. Oh ya! Saya tiada ijazah doktor falsafah yang diletakkan di permulaan nama saya. Saya hanya pelajar cabuk dari universiti tempatan sahaja dengan segulung ijazah pertama dalam sains komputer.


Berbalik kepada buku tulisan Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Secara terkumpul, saya mengambil masa lebih kurang empat jam untuk menghabiskan pembacaan buku ini. Jumlah hari sebenar ialah selama dua hari di sela-sela saya meneliti berita-berita di Internet, menyiapkan sebut harga katering, menjawab e-mel klien, membaca buku lain dan menulis. Berikut merupakan komentar saya.


(a) Bab 1 terlalu akademik, justeru ia membosankan. Buku ini bukan tesis yang bakal dibaca oleh para pensyarah bagi calun PhD.


(b) Tanpa menyebutkan mana-mana ayat atau perenggan, saya katakan bahawa sorotan sejarah PAS yang diperikan dalam buku ini diambil dari sumber sekunder dan sumber ketiga yang tidak tepat, malah tersasar. Kemungkinan juga sumbernya datang dari musuh-musuh politik PAS sendiri.


(c) Di bahagian lain buku ini, penulis menarasi dengan gaya bahasa yang tidak menusuk jiwa. Hasilnya ada penekanan hujah yang mengelirukan. Ada kala payah untuk dihadam.


(d) Banyak pandangan peribadi penulis terapkan dalam menyelusuri sejarah mengenai apa yang diistilahkan sebagai ‘konflik’ dalaman PAS. Saya menjadi amat keliru kerana selama ini pemahaman saya berlainan.


(e) Ada beberapa saranan dan ujana boleh difikirkan sebagai agenda perubahan dalam gaya kepemimpian PAS. Itu pun kedapatan banyak juga ujana berupa pandangan kurang berhati-hati dan tumpul penulis. Prejudis mungkin?


(f) Kepimpinan ulamak mesti tetap teguh menjadi jantung dan tunjang sesebuah harakah Islam. Bagi saya ini tiada kompromi kerana ulamak adalah pewaris nabi. Kalau bukan ulamak yang menjadi kolam rujukan dan pendinding, siapa lagi? Bukankah Nabi Muhammad
(Sallallahhu’alaiwasallam) merupakan nabi dan rasul Allah yang terakhir? Justeru ulamaklah sebagai penunjuk arah dan obor menerangi manusia dan perjalanan gerak kerja Islami PAS. Mengapa Dr. Mujahid membuat tempelan yang bukan-bukan kepada ulamak dan institusi ulamak?

Ampun dan maaf saya persembahkan. Demi cinta saya kepada gerakan harakah Islam seperti PAS, saya berkomentar di sini. Bak kata seorang rakan editor, “Tuan merupakan seorang pembaca buku yang kritis. Semua sudut diambil kira.” Saya seorang hamba Allah yang berdosa. Ampunkan hambaMu ini, ya Allah ya Rabbal ‘Alamin.


Saya telusuri pula buku Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor. Buku ini sebagai menjawab ujana dan taakulan yang dilemparkan dalam buku Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme. Mungkin komentar dan resensi berbeza akan saya luahkan nanti terhadap titipan ilmu dan informasi dari ruang minda Ustaz Riduan, insyaAllah.


Sekali lagi, saya bukan ahli PAS. Saya hanya pemerhati kritis dalam relung masa yang tidak mutlak. Di dunia yang sarat persepsi serta ilusi ini, yang mutlak dan Esa hanya Allah.
6 Ramadhan 1431 H - Kisah hidup manusia teragung sepanjang zaman, Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam), memang wajib dibaca, diketahui dan diambil endah oleh semua umat Islam. Kedapatan banyak buku yang menceritakan sirah insan mulia kekasih Allah ini, dari yang berpuluh jilid sehingga ke sebuah buku yang ketebalannya hanya 100 halaman.

Matlamat penulisan buku-buku sirah Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) tersebut, insyaAllah, saya yakin bahawa demi kebaikan manusia sejagat.

Orang-orang Islam mengakui akan kerasulan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Orang-orang bukan Islam pula mengakui Muhammad adalah seorang manusia luar biasa yang hadir di wajah dunia sebagai pemimpin umat Islam di tanah Arab yang kering kontang.

Di kalangan pembenci Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) juga mengakui kehebatan dirinya dan dia merupakan manusia pilihan Tuhan untuk memimpin dunia yang gelap sewaktu dahulu.

Sejarah dunia Islam dan dunia bukan Islam banyak merakamkan kisah-kisah Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), zamannya dan zaman selepasnya. Hanya orang-orang yang berniat jahat sahaja yang selalu menyelewengkan kisah hidup Muhammad bin Abdullah dengan penceritaan dan pendapat yang tidak bersandarkan kebenaran dan hanya berpaksi kepada niat untuk memusnahkan Islam.

Membaca kisah hidup menerusi buku Biografi Muhammad bin Abdullah terbitan PTS merupakan satu aktiviti yang tidak menjemukan bagi saya. Walaupun sudah banyak buku sirah yang memberikan sorotan berbeza ditelaah, namun buku ini pula ternyata begitu menceriakan.

Justeru itu, matlamat PTS yang dikatakan ‘buku ini ditujukan untuk bacaan non-Muslim dan orang-orang yang ingin memahami Islam”, saya kira tidak berapa tepat. Memang benar, dengan ayat-ayat yang moden dan menggunakan teknik bercerita, semua golongan sasaran; Muslim, non-Muslim, orang dewasa, orang kampung, dan kanak-kanak; boleh memanfaatkan buku ini.

Antara sorotan yang boleh diambil iktibar dari buku ini ialah Islam menganjurkan kita saling mengingati sesama rakan dan sahabat. Dalam kes ini, saya sering memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa darjah iman kita ada kalanya turun, dan alhamdulillah ada ketikanya naik. Sebab itu ilmu adalah penting. Dengan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), insan terpimpin akan tetap kembali ke pangkuan kebenaran.

Walaupun terdapat banyak buku dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan Inggeris dalam pasaran yang menumpukan kepada kehidupan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), membaca Biografi Muhammad bin Abdullah ini akan membuka minda bagi meneliti sirah yang lebih terperinci, insyaAllah.

Tambahan: Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?

Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih. (Dipetik
dari Harakahdaily)

Wahai junjungan Rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang membetulkan Jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan

Namun sirahmu terus menyinar merentas era dan zaman
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah
Sejujurnya saya tidak tahu apa mahu diulas tentang buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata karya Datin Seri Fatini Yaacob. Garapan dan naratif yang indah dan kerap kali penuh syahdu benar-benar merayapi seluruh jiwa saya di sepanjang pembacaan. Memang benarlah kata penulis bahawa corak naratif buku sejarah ini berbentuk kewartawanan kreatif.

Bahagian terakhir buku ini yang memerikan Natrah kembali ke Singapura dan Kemaman, Terengganu setelah berpuluh tahun benar-benar mengujakan saya. Sangka saya ialah Fatini dan kerajaan Malaysia yang membawa Natrah menemui keluarga angkat di Kemaman. Patutlah ketika itu, bertarikh 29 Januari 1998 bersamaan malam hari raya Aidilfitri 1419 Hijrah, langsung tiada khabar berita diketahui oleh rakyat Malaysia. Rupa-rupanya setelah seminggu berada di Singapura, Natrah dan beberapa orang lagi ke Kemaman. Semuanya bagaikan ‘komplot’ supaya dunia tidak mengetahuinya, terutama sekali orang Melayu dan Islam di Malaysia. Saya turut merasai kekecewaan
yang dialami oleh penulis Fatini. Namun ‘komplot’ baik itu mengembirakan Natrah.

Saya benar-benar dapat menyelami perasaan, derita, sedih, kekecewaan, marah dan amukan gelora jiwa Natrah di setiap bait-bait ayat yang ditintakan dalam buku ini. Ianya ibarat sebuah lukisan hidup, berwarna-warni ditayangkan di depan mata.

Saya merupakan salah seorang pembaca kisah Natrah yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat 1989. Semua keempat-empat edisi saya miliki dan membacanya semasa masih menjadi pelajar jurusan sains komputer di Universiti Sains Malaysia. Sayangnya, naskhah Dewan Masyarakat tersebut sudah tiada dalam simpanan saya, maklumlah mungkin kerana sudah lama. Juga tidak terfikir di kala itu untuk menyimpannya.

Justeru itu, penerbitan buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata menjadi pelengkap. Seperti mana itu juga tujuan Fatini dalam mengusahakan penulisan peristiwa sejarah besar umat Islam dan Melayu di Nusantara ini. Dari buku ini dan
juga buku The Nadra Tragedy oleh Haja Maideen, sudah nyata bahawa masyarakat Islam di waktu itu sangat mengambil berat akan soal akidah. Saya katakan bahawa gerakan menyelamatkan akidah Natrah bukan dimulakan oleh orang Melayu Islam, tetapi oleh orang Islam berbangsa India. Dari inisiatif permulaan oleh kumpulan India Muslim tersebut, bersama sokongan utuh beberapa sahabat Melayu terutamanya Dr Burhanuddin al-Helmy, baharulah ianya diperkuat teguh oleh umat Melayu lainnya.

Umat Islam bangkit membantah. Akidah Natrah cuba diselamatkan. Maruah Islam mesti dipertahankan. Jawatankuasa Tindakan Natrah ditubuhkan. Nadi penggeraknya ialah Karim Ghani (seorang India Muslim), Presiden Liga Islam dan Persatuan Dakwah Islam Se-Malaya berpusat di Singapura. Beliau juga editor akhbar India Muslim, Malaya Nanban dan dua akhbar lain. Dari komuniti terpelajar, golongan agama, aristokrat, petani, penduduk kampung, polis Melayu sehingga orang
Melayu yang pakai seluar pendek, umat Islam bangkit tanpa mengira bangsa.

Karim Ghani dibantu sahabat karibnya, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selaku Editor akhbar Melayu Raya, Dr Burhanuddin menghasilkan siri tulisan yang membangkitkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam terhadap konflik dan perebutan hak penjagaan ke atas Natrah. Lebih ditekankan lagi ialah akidah Islam Natrah yang dipermainkan oleh penjajah Belanda dan British. Tidak sedikit peranan beliau dalam membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap mainan kuasa dan penghinaan terhadap Islam oleh penjajah jahanam itu.

Buku ini amat teliti dan secara jelas membuktikan bahawa Natrah tidak pernah ria dan senang di sepanjang kehidupannya di Belanda. Mungkin sedikit keceriaan wujud apabila Natrah bersama-sama anak-anaknya hasil dari perkahwinan pertama dengan Wolkenfelt. Dalam hampir keseluruhan ruang hidupnya dibebani oleh perasaan sedih, kecewa, marah, hampa dan hati kosong.

Sepanjang peristiwa di kamar mahkamah, di pejabat konsulat penjajah British dan Belanda. dan komplot kedua-dua penjajah bagi menjaga air muka masing-masing tidak langsung mengambil kisah akan perasaan Natrah, umat Islam dan orang Melayu di Indonesia, Singapura dan Malaya pada masa itu. Tanpa niat busuk dan dengki kesumat penjajah British dan Belanda, Natrah akan bahagia dalam Islam dan alam Melayu.

Semuanya bermula dari onar seorang pegawai British di Malaya dan diperkuatkan dengan penjajah Belanda yang kalah perang di Indonesia. Belanda yang malu besar kerana kemerdekaan Indonesia hanya mencari alasan bagi menutup kekalahan mereka dan menancapkan keangkuhan si penjajah di bumi Nusantara. Yang menjadi mangsa ialah Natrah, Mansor Adabi, Che Aminah dan agama Islam. Alangkah angkuh dan dengkinya penjajah British dan Belanda di waktu itu.

Tahniah atas terbitnya buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata oleh Datin Seri Fatini Yaacob untuk tatapan umat Islam dan anak bangsa Melayu serta rakyat seluruhnya. Ia diterbitkan oleh Penerbit UKM. Tiada rasa seindah bahasa yang dapat saya coretkan di blog ini bagi menjelaskan keterujaan dan penghargaan saya di sepanjang menelusuri jiwa Natrah dan umat Islam lewat kandungan buku ini.

Ianya sejarah besar yang bukan sahaja patut diketahui, dibaca dan dikenang, malah banyak teladan yang boleh diguna pakai. Akhirnya, seperti kata penulis Fatini: “Selamat jalan mama Natrah@mama Bertha…Semoga mama bahagia dalam ampunan dan rahmat Allah”, begitu juga doa saya.

Judul: Natrah (1937 – 2009): Cinta, Rusuhan, Air Mata

Penulis: Datin Seri Fatini Yaacob
ISBN: 978-983-52-0729-7 (kulit lembut)
Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia Press, 2010
Ketebalan dan harga: 474 muka surat dan RM75.00

Berkaitan:
Cinta dan air mata Natrah, adakah kita (Melayu-Islam) mengambil iktibar?
Tragedi Natrah (Maria Hertogh) yang berdarah

Sorotan cinta Natrah: Ada pakcik saya kena tembak - warga Singapura

Buku cinta Natrah: Nasharuddin melatah atau apa?

Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia di Belanda
Saya merupakan salah seorang pembaca kisah Natrah yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat 1989. Semua keempat-empat edisi saya miliki dan membacanya semasa masih menjadi pelajar jurusan sains komputer di Universiti Sains Malaysia. Sayangnya, naskhah Dewan Masyarakat tersebut sudah tiada dalam simpanan saya, maklumlah mungkin kerana sudah lama. Juga tidak terfikir di kala itu untuk menyimpannya.

Tahniah atas terbitnya buku
Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Datin Seri Fatini Yaacob untuk tatapan umat Islam dan anak bangsa Melayu serta rakyat seluruhnya. Ia diterbitkan oleh Penerbit UKM. InsyaAllah, saya akan membelinya.


Saya juga memiliki buku The Nadra Tragedy: The Maria Hertogh Controversy oleh saudara Haja Maideen terbitan Pelanduk Publications, terbitan tahun 2000. Saya sedang baca buku ini bersama tiga buku lain.


Natrah adalah kisah cinta dua insan suci yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya (Islam) hingga mencetus rusuhan yang tragik di Singapura pada tahun 1950.


Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma'aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda. Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah binti Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.


Dengar khabar jika segalanya berjalan lancar, karya naskhah Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata akan difilemkan pada tahun hadapan. Menurut penulisnya, beliau sendiri akan menulis skrip bagi filem berkenaan selepas menemui penerbit yang bersetuju berkolaborasi menerbitkan karya bersejarah itu.


"Insya-Allah tahun depan saya lihat sesuai untuk saya serius dalam usaha menerbitk
an filem ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2010.

Dalam blognya, penulis Datin Seri Fatini Yaacob berkata:


Saya telah menulis tentang kisah Natrah semasa saya bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Semasa itu saya bertugas sebagai wartawan Dewan Masyarakat terbitan DBP. Tulisan berasaskan penyelidikan di perpustakaan dan arkib dan di lapangan itu terbit dalam majalah tersebut pada bulan Februari, Mac, April, dan Mei 1989. Kini saya rasa terpanggil untuk merakamkan kembali kisah Natrah ini dalam bentuk buku dengan gaya penulisan kewartawanan kreatif.


Photobucket
Saya cuba menggarap bahan sejarah yang berat ini dengan hati-hati dan kreatif untuk memudahkan pembaca memahami persoalan undang-undang, susur galur cerita dan permulaan derita hati Natrah yang bersatu dengan denyut rasa hati masyarakat semasa itu. Saya harap saya telah dapat menyampaikannya dengan baik dan dapat memberikan empat kesan ini pada semua pembaca:
  • Pertama: Untuk melengkapkan kisah hidup atau biografi Natrah setelah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009.
  • Kedua: Untuk memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang baru mengikuti kisah Natrah.
  • Ketiga: Untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang membela agama dan menentang penjajah, di sebalik kisah cinta Natrah - Mansor.
  • Keempat: Untuk membangkitkan rasa cinta kepada agama dan tanah air.
Pelancaran buku ini berjaya melakar riak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata “meminta umat Melayu-Islam di negara bersatu dengan mengambil contoh tragedi Natrah.”

Sebaliknya Utusan Malaysia (seperti biasa) dengan memetik kenyataan Muhyiddin cuba memutar belit sejarah kononnya semua parti termasuk UMNO mendukung perjuangan terhadap Natrah.
Buku 300 Hadis Bimbingan susunan Ustaz Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan Mohd. Nazam elok matlamatnya. Ianya mengandungi 300 hadis sahih utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut tajuk tertentu seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam), para sahabat, rukun Islam dan iman, solat, al-Quran dan banyak lagi.

Susunan tajuk sudah molek. Menurut penerbit, hadis dalam buku ini disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan jelas. Untuk kes ini, saya ingin menyatakan pandangan. Ada kekurangan dalam menterjemahkan sebahagian hadis-hadis utama dalam buku ini.

Bahasa Melayu yang digunakan tidak kontemporari dan masih mengekalkan bau-bauan Arab. Justeru masih bernahu atau berbau Arab, maka makna menjadi samar. Kesamaran itu pula tidak dijelaskan oleh penyusun. Walaupun ada sedikit penjelasan bagi beberapa hadis, ianya jauh dari mencukupi.

Walaupun begitu, usaha menyusun buku ini amat baik. Cuma penyusun perlu mengambil perhatian berat dalam menjelaskan makna hadis yang kurang jelas bagi majoriti umat Islam.

Saya bukan dari aliran agama. Begitu juga majoriti masyarakat Islam Malaysia. Saya takut pembaca akan keliru dan justeru itu ilmu yang hendak disampaikan oleh Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) tidak kesampaian. Terjemahan ke bahasa Melayu mesti disusun semula supaya memperoleh maksud yang jelas dan sesuai seumpama Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) bercakap dalam bahasa Melayu.

Bagi tuan dan puan yang sudah biasa dengan blog ini, tentu akan perasan bahawa saya mengulangi persoalan yang sama, iaitu penggunaan bahasa atau istilah Arab dan terjemahan berbau Arab. Memang saya perlu ulangi dan terus akan membebel terhadap perihal ini.

Penulisan dan penterjemahan buku-buku agama masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya teringat satu pernyataan yang dikemukakan oleh bekas ketua eksekutif dan presiden MIMOS Berhad, Tengku Datuk Dr. Mohd. Azzman Shariffaden, semasa saya bekerja di sana. Lebih kurang begini,
“Ramai antara para penyelidik di MIMOS ini syok sendiri bila menulis. Kamu orang menulis berkenaan hasil penyelidikan yang dicapai, tetapi ramai yang tidak faham!”
Fenomena ini juga benar terhadap penulisan buku-buku agama, terjemahan hadis dan kupasan tentang sesuatu hukum dalam Islam. Ramai para lulusan sarjana Islam tempatan menulis secara syok sendiri, seolah-olah dia sahaja yang mahu baca hasil tulisan itu.

Saya tidak memperlekehkan ilmu yang dimiliki oleh Ustaz Zahazan maupun saudara Ahmad Hasan, Namun jangan orang kata bahawa Ustaz Zahazan memang pandai berceramah, tetapi tidak pandai menulis. Maaf ustaz, itu pandangan saya demi kebaikan, insyaAllah.

Judul: 300 Hadis Bimbingan: Ke Arah Mencari Reda Allah
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd, cetakan pertama Januari 2007
ISBN: 983-3494-68-4
Harga: RM25.90 (Sem. Malaysia) & RM27.90 (Sabah & Sarawak)
Muka surat: 205, hardcover
I had read this book (My Jihad) about 4 years ago. This book takes a very good look into the true meaning of 'jihad'. It has awesome descriptions of frontline battles from the man that was there in the face of danger. He is not a terrorist.

Any men (also women), especially American, should read this if they want to understand 'jihad' in its true state (something many Muslims and non-Muslims probably do not understand). The book is very entertaining and easy to read, but sometimes slows pace around many different characters and places.

Synopsis
Aukai Collins grew up hard: abandoned, surviving in the streets and running with thugs. While serving time, he converted to Islam, and went to fight with the Muslims who were targeted for genocide in Chechnya and Bosnia.

This led him to Usama bin Laden's training camps in Afghanistan. As terrorist attacks on civilians around the world intensified, Aukai was asked to lead a mission that included hostage taking and the killing of civilians -- something he would not do.

Disillusioned by those who used Islam for their own ends or to attack innocents, Aukai offered his services to the FBI and CIA as a counter-terrorist operative, even getting close to one of the leaders of the September 11 attacks.

Yet his greatest strength -- providing insight into the problems surrounding the U.S. government's fight against something it doesn't understand -- was ignored by inept members of the American intelligence community.

My Jihad is an insider's story about the greatest threat to world peace and stability in modern times, told by an unforgettable true-life warrior who has walked the walk, fought the fights, and lived to tell about it.

P/s: Dalam buku ini penulis menegaskan bahawa beliau tidak percaya serangan WTC di New York dilakukan oleh orang Islam yang beriman.
Satu minggu sebelum tiba Aidil Adha, rumah aku bersepah dengan buku-buku (baca: selalunya begitulah!). Dari sudut kecil tempat aku melepak di depan komputer riba (di sebelah kanannya berdiri salah satu rak buku), di meja kopi berhampiran sofa utama, dalam kamar rahsia aku dan isteri, di meja makan di dapur sehinggalah (kadang-kadang) di dalam bilik air; sentiasa ada buku.

Mengapa buku bersepah di dalam rumah?
Bulan Oktober, November dan Disember tahun ini merupakan bulan kegilaan membeli buku. Aku dan anak-anak bagaikan kemaruk! Lantaran saban minggu membeli buku, aku tidak tahu di mana lagi untuk aku tempatkan buku-buku tersebut. Ditambah lagi dengan habit aku yang akan membaca buku walau di sudut manapun ketika berada dalam rumah, menyebabkan buku tersebut juga ‘berjalan’ mengikut tuannya.

Pada pagi Aidil Adha yang lalu, isteri aku ‘mengamuk’.
Amukannya bagai badai! Habis semua buku yang berada di segenap sudut dimasukkan ke dalam satu kontena plastik yang biasanya berisikan pinggan-mangkuk atau lain-lain peralatan ketering. Sebaik aku pulang bersolat sunat Aidil Adha di masjid, aku lihat buku-buku tersebut sudah tiada!

Aku lihat di rak buku, tiada juga. “Sayang, mana buku-buku?”, tanya aku kehairanan.
“Itu dalam kontena plastik,” jawab isteri tersayang sambil menuding jari ke arah bawah rak buku di kanan meja komputer. Di situ terletak kotak tersebut berkelubung dengan kain merah.


Aku tersenyum.


Buku Demi Masa


Saya selesai membaca buku Demi Masa karya Abu Hassan Morad, bos Galeri Ilmu. Walaupun ada beberapa a
rtikel beliau akan menjadi tidak malar hijau (evergreen) kerana faktor masa dan peristiwa, namun sebahagian besar tetap relevan. Beliau mengulas dari sudut pandang seorang Islam yang bernama Melayu. Menarik untuk diteliti dan dicerna kerana banyak perbandingan dibuat dalam setiap komentar.

Sinopsis dari penerbit


Demi Masa yang ditulis oleh Abu Hassan Morad ini merupakan luahan rasa hati beliau terhadap masyarakat hari ini, berkisar terutamanya tentang nasib orang Melayu Islam di Malaysia.


Sebagai seorang anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, yang kemudiannya menjadi seorang guru, penulis, pengarah dan beberapa lagi amanah lain yang terpikul di bahunya, beliau melihat dan merasa sendiri realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang, kucar-kacir, tidak terurus, tertindas dan sebagainya. Semua itu disebabkan oleh sifat tamak, tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan lain-lain, sebagai akibat daripada kegagalan melaksanakan tugas yang diamanahkan terhadap diri masing-masing.


Dalam catatannya, beliau menyeru anak bangsanya agar berubah, kembali menghayati ajaran Islam yang indah, mengambil iktibar terhadap apa jua kejadian dan mencungkil hikmah terhadap setiap perkara yang berlaku di bawah bumbung dunia globalisasi dunia hari ini.


Tajuk: Demi Masa

Pengarang: Abu Hassan Morad

Penerbit : Galeri Ilmu

ISBN: 978-983-097-188-9

Mukasurat: 192 halaman

Harga: RM19.50 (Sem. Malaysia), RM21.50 (Sabah & Sarawak)
Saya sekeluarga kembali lagi ke perkampungan Felda di mana gemulah ayah dan emak pernah bermastautin di sana selama 30 tahun. Semua anak, menantu dan cucu aruah orang tua saya berkumpul di rumah itu untuk mengembalikan kemeriahan keraian Aidil Fitri dan Aidil Adha bersama.

Paling awal tiba ialah adik saya yang mengajar di Melaka, di samping adik bo
ngsu yang sedia menunggu kami sebelum Aidil Adha lagi. Keluarga kedua tiba ialah adik saya yang bekerja di Putrajaya. Saya sekeluarga merupakan kumpulan ketiga tiba pada senja Aidil Adha ke-2, 28 November 2009. Akhirnya adik perempuan bersama suami dari Rantau Panjang, Kelantan tiba petang Aidil Adha ketiga, bersama gerembolan anak-anaknya.

Riuh rendahlah rumah yang agak lama kaku tanpa penghuni itu. Budak-budak berlari-larian di laman utama rumah, bermain air di ruang mandi yang besar dan sebelah malam, apa lagi, bunyi mercun dan percikan bunga api menggegar suasana.


Pada 30 November saya berkesempatan menghadiri satu majlis keraian Aidil Adha yang dianjurkan oleh Pakatan Tanam Sendiri Sawit Felda K. G. Satu. Khabar majlis ini akan diadakan sudah saya terima dari Pak Su Yusuf, jiran sebelah rumah, dua hari sebelumnya.


Semua aktiviti dilakukan secara gotong royong, terutamanya di kalangan peneroka yang menanam atau mengusahakan sendiri ladang kelapa sawit setelah memperoleh hak milik.

Saya berkesempatan berjumpa dan bersalaman dengan beberapa rakan aruah ayah di majlis itu. Salah seorangnya ialah Pak Cik Aziz (Pak Aziz) yang merupakan seorang peniaga yang berjaya di Kota Gelanggi Satu. Pak Aziz adalah antara peneroka yang berfikiran terbuka dalam banyak isu.

Semasa berjumpa dengan beliau, Pak Aziz berkata “Pergilah ke blog Pak Aziz.” Kami pun bertukar alamat blog. Rupa-rupanya Pak Aziz aktif berblog. Bukan satu blog, malah setakat yang saya tahu, beliau ada tiga blog. Wah, tahniah!

Gambar-gambar majlis keraiain Aidil Adha yang disiarkan di sini saya ambil daripada salah satu blog Pak Aziz, blog LKTP1463.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Berkaitan: April dan Mei 2009 yang berbeza
Kembali ke rumah warisan aruah orang tua, bawa balik buah-buahan

Solat malam terakhir Ramadhan 1429H
Felda kaut keuntungan berlipat ganda, tetapi generasi kedua diabaikan
Dari Pahang sarat cinta: Mat Kilau, kepahlawananmu meruntun hatiku
Melihat kulit buku ini sahaja membuat saya begitu teruja untuk mendapatkannya. Sama-sama kita meraikan tokoh ini dengan membaca isi kandungan buku Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam

Tahniah PTS!


Photobucket
top