Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Karen Kingsbury adalah antara pendakwah yang paling popular dalam genre sastera Kristian, khususnya dalam kategori novel romantis untuk bacaan perempuan muda. Novel beliau yang berjudul Shades of Blue termasuk dalam Times bestseller.

Pakejing sastera dakwah Kristian sama sekali tidak menggunakan simbol-simbol tradisional agama itu. Ini menyebabkan novel-novel tersebut tidak diletakkan di rak buku agama, baik di dalam kedai-kedai buku mahupun dalam perpustakaan.


Dengan hal yang demikian novel-novel Kristian itu dipamerkan di rak novel cinta popular, tujuannya supaya mudah dipegang oleh golongan yang menjadi targetnya, yakni perempuan-perempuan muda.


Ibu bapa Islam yang terpandang anak gadisnya sedang membaca novel-novel dakwah Kristian seperti begini takkan menyangka anaknya sedang menghadam ajaran-ajaran Kristian. (Sumber UNIKA)

Saudara boleh kaitkan dengan kes perkataan ALLAH diguna pakai dalam Herald Weekly? Itu yang dibimbangkan Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din, takut-takut ada agenda yang lebih besar di masa depan (dengar klip video di saluran sebelah kanan).


Sama-sama fikirkan. Tetapi jangan beremosi seperti mana tingkah laku UMNO. Bagi aku, apa sahaja tindakan UMNO dalam isu keputusan mahkamah membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam akhbar mingguan Kristian itu sekadar retorik semasa!


Jika saudara mahu marah pada aku, aku terima dengan senang hati. Itulah tanggapan aku terhadap UMNO, selamanya! Kerana UMNO, Islam seakan-akan malu di bumi umat Islam Malaysia ini. Justeru kerana UMNO, Islam sekadar ritual di bumi bertuah ini.


Finally, it is the duty of Muslims today to redouble their efforts to teach the people of the world that there is only one true God who created the heavens and the earth; that all of the prophets and messengers were sent by Him with the same essential teaching: to worship the Creator alone and not set up partners with Him (as believe by Christians); that Allah is the God of Noah, Abraham, Moses, Jesus – and Muhammad (peace be upon them all). (IslamToday)

"They surely disbelieve who say: 'Lo! Allah is the third of three' when there is no god but the One Allah. If they desist not from so saying a painful doom will fall on those of them who disbelieve." (Quran, Sûrah al-Mâ'idah: 73)

“God says, “And to Allah doth obeisance all that is in the heavens and on earth, whether moving (living) creatures or the angels: for none are arrogant (before their Lord)." (Quran: Chapter 16 verse 49)

1 comments:

Web Sutera said...

Dalam satu kenyataan, Ust. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat berkata:

"PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi seruan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur di hadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'."


Photobucket
top