Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Buku-buku dua tok guru – Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat – selama ini banyak diterbitkan oleh beberapa penerbit, terutamanya Nufair Street Sdn. Bhd.

Sejak kebelakangan ini saudara Annual Bakri Haron melalui penerbit Anbakri Publika Sdn Bhd mengorak langkah mengolah semula siri kuliah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ke dalam bentuk buku.

Alhamdulillah, inilah yang saya pernah katakan dalam
blog ini bahawa perlunya isi kuliah yang terdapat dalam terlalu banyak kaset dan CD oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dibukukan. Kuliah yang disampaikan, kebanyakkannya dalam bahasa dialek Kelantan, mesti dibukukan supaya umat Islam terbanyak, juga generasi mendatang, dapat menelaah ilmu yang dicurahkan oleh tok guru ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Anual Bakri Harun terkenal dengan wataknya yang santai dan berkarektor seni. Beliau juga turut aktif sebagai penulis buku yang kini banyak menghasilkan karya terutamanya mengenai pemikiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Usaha murni Nufair Street dan Anbakri Publika mesti digiatkan lagi.
Di sini saya petik satu temuramah Harakah bersama saudara Annual Bakri sebagai penyeri entri.

Soalan: Anda pengumpul karya tok guru bagi membukukannya.
Banyak buku dikatakan ditulis dengan nama anda dan mengapa anda tidak bertanding pilihan raya?


Tiada istilah kepuasan dalam kehidupan bagi mengembangkan kreativiti. Saya akan meneruskan kerja-kerja penulisan kerana saya percaya ia sebahagian daripada keindahan yang saya minati.


Saya suka bahasa yang indah-indah bagi menyampaikan mesej yang tidak putus-putus daripada riwayat tok guru. Dalam buku karya tok guru, walaupun ia bukan sepenuhnya dikarang oleh tok guru, saya hanya membantu membahasakan karya asal beliau supaya mudah difahami maksudnya oleh pembaca dan dibuat panduan serta pedoman.


Sememangnya saya telah membuat keputusan tersebut sejak awal kerana bagi saya ia memerlukan suatu tempoh bagi menghasilkan karya, tetapi ia memerlukan seluruh masa dan komitmen bagi menjadi seorang wakil kepada rakyat. Saya perlu berikan seluruh masa saya untuk memikul amanah tersebut.


Soalan: Banyak persepsi yang menyebut kenyataan tok guru terlalu dipengaruhi oleh anda?


Tiadalah saya melakukan sedemikian melainkan beliau jualah yang sedang memimpin saya. Ini bermaksud bahawa saya adalah sebagai pengikut kepada pemimpin.


Saya telah duduk bersama beliau sepanjang 10 tahun sebagai Setiausaha Politik dan selama tempoh itu jugalah kami bertukar-tukar fikiran serta berkongsi pendapat. Malah ada juga masanya kami berselisih pendapat.


Maklumlah, saya mempunyai latar belakang pendidikan yang tidak sama dengan beliau yang sepenuhnya berteraskan agama. Saya menerima bahawa ditakdirkan Allah berkhidmat dengan tok guru.


Saya menganggap ia merupakan ujian dan tuah kepada saya, bahkan ada ketikanya saya memberikan teguran kepada beliau. Namun beliau begitu terbuka dan berlapang dada terhadap sebarang pandangan dan teguran tersebut. Saya juga sekadar double check pandangan tok guru selain mengingatkan beliau apa yang diminta sebelumnya.


Isu saya menulis semula ucapan daripada kuliah dan kenyataan beliau, saya hanya membantu dari sudut bahasa sahaja agar ia mudah difahami pembaca.

0 comments:


Photobucket
top