Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saudara masih ingat nama Natrah di Singapura? Masih ingat peristiwa rusuhan yang berdarah berkaitan Natrah? Sahabat Islam kita itu dilaporkan sudah meninggal dunia. Semoga di akhir hayat Natrah, dia masih lagi Islam.

Saya ada buku The Nadra Tragedy: The Maria Hertogh Controversy oleh Haja Maideen. Lama sudah dibeli, tetapi masih belum dibaca.


"Umat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Mari mengenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana umat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 o
rang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.

Kisah Natrah, amat menyayat hati. Baca dan hayatilah.


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh)
- Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.


Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat per
ebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.


Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawa
h umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura,
sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.


Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.


Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.


"Menurut Bertha, beliau hanya merasa ba
hagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dik
eluarkan tahun depan.

TRAGEDI NATRAH: Sumber Dewan Masyarakat, DBP, April 1989


Sumber:
Fatini Yaacob, majalah Dewan Masyarakat, DBP, April 1989 di muka 20

Photobucket

24 Mac 1937: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.


Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945: Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945: Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


September 1949: Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949: Polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.


12 April 1950: Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950: Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura.

24 April 1950: Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura.

28 April 1950: Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950: Peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950: Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill.

1 Ogos 1950: Kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950: Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950: Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950: Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950: Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950: Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952: Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951: Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951: Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953: Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.


25 Januari 1953: Surat Mansor Adabi kepada Natrah.

20 Julai 1953: Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954: Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956: Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956: Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957: Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959: Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975: Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

16 Ogos 1976: Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.


26 Disember 1976: Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976: Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70-an.

Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans.

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984: Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.


Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.


Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.


Pada tahun 1992, kerajaan telah haramkan lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

11 comments:

darling elle said...

saya tahu kisah ini, tapi tak tahu pula ada rusuhan...tak silap ada beberapa drama melayu berdasarkan kisah ini. Kesian Natrah....

Web Sutera said...

Elle,

Memang rusuhan berdarah. Umat Islam kala itu sanggup syahid demi maruah seorang Muslimah.

Satu pertanyaan, di mana UMNO ketika itu? Siapa boleh jawab?

areQue said...

salam abg web..
areQue pernah belajar kes ini semasa di universiti dan sememangnya kitorg sbg pelajar undang-undang sedih akan keputusan mahkamah masa itu...

berapa tragisnya hidup natrah mmbuatkan kami mnangis mmbca laporan kes ini dal malaysian law journaL.

ada kronologi original kes semasa perbicaraan di repotkan dlm kes sedari dia kecil hingga besar..

kasihan kerana dia meninggal tanpa nnikmat Islam kerana latar belakang yg memaksanya mnjadi begitu..

Hnya Allah yg tahu akan hatinya
smg roh nya dicucuri:)

neveremailme said...

saya yang bersuami kacukan indonesia-belanda, dan 6 thn mempunyai pengalaman di belanda - saya dan suami sangat maklum tentang perangai belanda dan orang2 eropah yang suka menggunakan provokasi. Kita juga perlu menggunakan provokasi bagi menutup cara mereka yg wicked ini. Dalam buku The NADRA Tragedy, byk info tentang nadra tetapi tiada info tentang bagaiman buruknya perangai orang2 belanda. Kami warga Malaysia cuba dgn pelbagai cara untuk menubuhkan undang2 syariah di sini (belanda) tetapi tidak dibenarkan. Ini lah cara orang2 barat- menggunakan opresi, tetapi mereka dengan ringan mulut selalu menuduh kita orang islam yg gemar opresi.

-amsterdam

Web Sutera said...

Sdr Arq yang dihormati, terima kasih atas komen. Ya, Arq, saya mengikuti dan membaca siri penyelidikan dalam Dewan Masyarakat tersebut akhir tahun 80-an. Sayang, majalah tersebut sudah dibuang. Tidak pasti bila ia dibakar. Sayang sungguh.

Kita sebagai umat Islam harus sedar & insaf bahawa musuh Islam di mana-mana, terutamanya Yahudi Zionis laknat.

Sahabat Neveremailme, kunjunganmu dari jauh amat saya hargai. Semoga Allah lindungi komuniti Islam di sana. Amin!

Aleph Prime said...

hello,

ada scan original text dalam format PDF tak?

Web Sutera said...

Sdr Aleph,

Teks dari Dewan Masyarakat yang saya sertakan disalin dari blog sahabat lain. Edisi Dewan Masyarakat yang melaporkan siasatan penulis tersebut sudah tiada dalam simpanan saya. Mungkin sudah dibakar oleh aruan emak.

Cuba tanya DBP, jika mereka masih simpan arkib berkenaan.

Harap maaf.

Anonymous said...

For Neveremailme

http://www.rnw.nl/africa/article/sharia-courts-give-hague-shivers

pucek_85 said...

sayer pernah bacer cerita ni time sekolah menengah...siap curik lagi buku ni kat library....(tp sy pulang balik ar lepas abis bace)...mmg betul2 menyayat hati...sampai sayer menangis...mmg time tu semangat Islam mmg kuat...sanggup mati syahid demi Islam...bagi sayer keputusan yang dibuat mmg xadil...nadrah xdiberi peluang tuk memilih jalan hidup dier sendiri...akhirnya hidup dier sia2 macam tu ajer...sedihyer....

haslina said...

sebok sgt nk mengislam orh...dh meluat dengar! kawin umur 13 ikut siti aisyah? gila geli! tido ngan budak kecil bukan satu contoh yg baik! akal mana? arab penipu! ikut la ajaran bodoh org jahiliah tu!

dr.yorQue said...

pucek 85:yerrr lerrr..sedeyhrrr dengarrr...

haslina: tuyuk..po ndak nak kakai hau ea...poentanen!

top