Mengingati mati itu adalah nasihat terbesar bagi manusia yang sedar empunya diri. Rasulullah S.A.W berkata bahawa kubur merupakan permulaan kepada taman-taman syurga atau kawah azab neraka.
Petunjuk dan peringatan wahyu Allah itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman, air akan memberi faedah hanya kepada tanah yang subur. Jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak mendatangkan kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras seumpama batu pejal tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras mati tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu.
* Apa sahaja, jika ianya dari Tok Guru, memang bermanfaat...tidak rugi memilikinya
-- Ann Wan Seng
Tajuk: Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang
Penulis: Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Penerbit: Nufair Street Sdn Bhd, Jun 2006
Muka
ISBN: 983-3172-14-8
Harga: RM25.00
0 comments:
Post a Comment