Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Sup Champion. Show all posts
Showing posts with label Sup Champion. Show all posts
Ada ketika saya berangan-angan, namun saya tidak menjual angan-angan, apa lagi terperangkap di dalamnya. Saya transformasikan angan-angan menjadi cita-cita. Itulah Champion namanya! 

Saya dan isteri mulakan bisnes Lusiana Catering secara kecil-kecilan lebih kurang 7 tahun lalu. Permulaannya, dapur diletakkan atas lantai atau pangkin simen digunakan. Kini berkat usaha, doa dan tawakal, bisnes kami pernah sediakan sajian untuk 3,000 pax. Setahun lalu, dapur juga sudah kami naik taraf dan bilangannya bertambah kepada 10 unit.

Saya berjaya bermula dengan angan-angan menjadi Champion. Insya-Allah, saya bersangka baik dengan-Nya. Saya tidak mahu berangan-angan sahaja. Saya bukan pencipta bayangan angan-angan persis fatamorgana. Sang Champion terus transformasikan ilham minda menjadi matlamat.

Saya ceburi bisnes katering selepas 14 tahun bekerja makan gaji. Kemudian selepas dibeduk oleh guru, saya menulis buku Buat Duit dengan Katering. Setahun kemudian novel sejarah Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Ya, bongkah ais sudah dipecahkan. Belajar dan terus belajar, cabar diri menjadi Champion dari sudut tersendiri.

Seumpama Harimau Malaya dengan kritikan keras dari penyokong termasuk geng Ultras, tim ini terus mengejar Champion. Begitu juga kita, angan-angan Mat Jenin bukan sikap Melayu yang hebat. Justeru Champion tetap bangun ketika berada di tahap emosi lemah. Lestarikan angan-angan menjadi matlamat.

Nasihat saya untuk diri sendiri terutamanya, andai suatu kerja itu tidak atau jarang memberikan peluang untuk beramal ibadah, terutamanya solat lima waktu, lebih baik berhenti. Jangan buat alasan tidak sempat untuk bersolat justeru sentiasa berada atas jalanraya atau sibuk sehingga masa luput. Siapa kita yang hanya bekerja demi mengambil hati bos atau taukeh, sedangkan bos teragung Allah kita abaikan? Insya-Allah, rezeki bukan dari orang, tetapi dari Allah, bos yang sebenar-benar bos yang Maha Esa.

Buku Berfikir Gaya Champion terbitan Galeri Ilmu dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW) terbitan Must Read adalah dua sekuel kepada Buat Duit dengan Katering terbitan PTS Professional Publishing.

Buku Buat Duit dengan Katering yang diterbitkan dalam tahun 2011 dalam versi bercetak kini sudah sedia dalam versi ebook. Dokumen ebook ini memerlukan E-Sentral Reader yang boleh dimuat turun di iTunes untuk pengguna iOS atau Google Playstore untuk pengguna Android. Maklumat tambahan di bawah. Boleh dibeli di E-Sentral. 

E-ISBN: 978-967-369-178-4 
Tarikh Terbit: 26 Dec 2012 
Kategori: Bisnes & Pengurusan 
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd 
Harga: RM9.80 

Kedua-dua buku siri Champion ini terisi jujukan resipi dari peristiwa seharian dunia kehidupan dan bisnes katering yang saya geluti. Bukan sebuah angan dan cerita dongeng, melainkan kisah yang kita ada Tuhan Yang Esa, dan Rasulullah dihadiahkan untuk umat manusia sejagat.

Dalam setiap buku ada beberapa bab / nukilan yang saya kongsikan tip-tip bisnes dan khususnya bidang katering. Insya-Allah, kita bisa lestarikan apa sahaja dunia bisnes andai bijak dalam mengurus konflik dan kebetulan.

Walaupun demikian, untuk setiap buku Champion ini, saya kongsikan isi kandungannya seperti di bawah. 

Berfikir Gaya Champion 

Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam. Menjadikan Rasulullah teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki. Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.

Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.

50 Sup Champion Resipi Rasulullah

50 Sup Champion Resipi Rasulullah bermatlamat untuk mengaspirasikan pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap.

Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan.

Photobucket
Sebaik sahaja isteri saya menatap buku Berfikir Gaya Champion terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. dia berkata, "Si ingatkan abang tidak serius menulis. Buku Buat Duit dengan Katering itu Si tidak hairan sangat. Tapi bila novel Macedonia:Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain terbit, Si mula yakin yang abang serius. Macam tak percaya pun ada, ingat setakat menulis dalam blog sahaja. Abang duduk lama-lama depan laptop, sampai makan pun lupa. Dalam tempoh 3 tahun abang sudah tulis 5 buah buku.”

Saya bertanya, "Jadi?"

"Tahniah, abang! Si doakan moga abang terus kuat bagi memandaikan bangsa. Si bangga.”

Berkaitan: Ayuh berhijrah demi misi jihad  
Berfikir Gaya Champion: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal 
Bicara Buku: Politik adalah kehidupan
Lebih kurang satu tahun yang lepas, saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat, memohon izin untuk mengambil sedikit karya picisan saya yang berada di blog homestay saya. Saya memberi keizinan dan terus terlupakan sehingga semalam.

Saya membaca sebuah buku karya sahabat saya dan terbaca karya picisan itu berada di dalamnya. Selain itu terdapat beberapa lagi kisah yang mungkin akan memberi inspirasi kepada pembaca.

Sahabat saya itu adalah Tuan Web Sutera. Mengenali beliau dan cara penulisan beliau dapatlah saya simpulkan gaya penulisan beliau adalah 'MEMBACA UNTUK MENULIS' kerana beliau suka membaca dan pekara yang dibaca akan beliau masukkan ke dalam hasil karya beliau.

Melalui karya terkini beliau, 50 Sup Champion Resipi Rasullullah, beliau meneroka bukan sahaja buku ilmiah, malah menjelajah daripada satu blog ke satu blog untuk meneliti sumber yang bersesuaian untuk dijadikan hasil karya. Beliau buat adaptasi di sana-sini.

Resipi yang berharga sekali sudah tentulah pesanan tinggalan jujungan kita Rasulullah. Namun tidak kurang bernilai adalah pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan katering.

Ada bahagian yang saya kurang gemar dalam buku ini (beliau tahu apa bahagian itu) namun ia tidak mencacat resepi buku ini.

Kepada rakan-rakan yang lain, buku ini berbaloi jika anda mencari satu sumber inspirasi. (** Tuan Zonan Villa) 

@@@@@@@ 

Alhamdulillah. Dari Cherating, Pahang, saya membaca catatan ini.

Testimoni dan komentar yang baik, dan saya faham bahagian mana yang Tuan Zonan Villa kurang gemar itu. Tidak mengapa, justeru bahagian itu adalah pelengkap semua catatan dan ceritera yang saya luahkan dari isi hati. Terasa tidak lengkap seandainya ‘bahagian itu’ tidak saya masukkan justeru ia penguat hujah. 

Dalam novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab RajaZulqarnain, 'bahagian itu' juga yang beliau kurang gemar, tapi tetap dibaca. Terima kasih, teman, itu jua yang ingin saya sampaikan.

Buku ini terisi jujukan resipi dari peristiwa seharian dunia kehidupan dan bisnes katering yang saya geluti. Bukan sebuah angan dan cerita dongeng, melainkan kisah yang kita ada Tuhan Yang Esa, dan Rasulullah dihadiahkan untuk umat manusia sejagat.

Resipi 50 bab juga merangkumi kisah kita, kisah tuan dan cikpuan, cuma dilihat dari sisi berlainan oleh saya. Untuk kalian juga, insya-Allah.

@@@@@@@ 

Pada mulanya setiba di Cherating, tidak mahu menulis, hanya membaca. Namun tidak boleh. Ada sahaja yang perlu dicatat, justeru saya ingin lestarikan anugerah Allah ini. Mungkin berasa menyesal mengapa saya tidak mulakan pada usia 20-an, namun Allah ada janji-Nya tersendiri.

Berkaitan: Ciciplah bersama 50 Sup Champion Resipi Rasulullah
50 Sup Champion Resipi Rasulullah bermatlamat untuk mengaspirasikan pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini.

Ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap. Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan.

50 Sup Champion Resipi Rasulullah ini saya harapkan dapat dimanfaatkan oleh kita, manusia yang cuba ingin berubah. Saya pernah jatuh, pernah miskin, juga pernah hampir mengalah. Alhamdulillah, saya hambat hasutan durjana Syaitan itu menjauh dari sanubari. Saya berdoa dan berusaha. Saya bangkit dan bertawakal. Akhirnya saya berjaya. Kalian juga boleh, justeru semua kita adalah Champion yang hebat!

Untuk anak-anak bangsa yang saya sayangi, jom kita berubah. Jangan berada di takuk lama yang usang. Usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, ada sinar di hujung yang kelam, andai tahu mencicip sup herbal berkhasiat.

Salam mesra dan kasih sayang dari seorang hamba Allah yang tiada apa selain cinta sebesar dunia yang saya ingin bentangkan. Rukuk dan sujudlah, wahai Champion! Demi Dia yang Maha Agung, saya nukilkan perkisahan.

Demi seorang manusia, daku sayang padamu. Ciciplah bersama, insya-Allah, justeru kamu adalah kaum kerabat daku.

Allah berkata, Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah as-Syu’ara, ayat 214)

Harga              : 24.90 (Sem. Malaysia), RM27.90 (Sabah & Sarawak)
Tebal               : 302 muka surat
Penulis           : Web Sutera (Hizamnuddin Awang)
ISBN               : 978-967-0392-45-5
Penerbit         : Must Read Sdn. Bhd. (2013)

@@@@@@@@

Tugas dan tanggungjawab editor dan desainer amat penting dalam mentransformasikan sesebuah manuskrip menjadi buku yang baik. Mereka adalah penggerak profesional yang menjadi ejen perubahan. Saya pernah bekerja dengan Dato' Baha Zain sebagai editor, dan faham ajaran beliau bahawa, "Editor adalah jawatan profesional. Bukan setakat betulkan salah ejaan sahaja."

Pada 19 Disember 2012, saya ada aktiviti dan berita seperti di bawah:

(1) Sambung tulis manuskrip Hijrah Champion.

(2) Cetak manuskrip novel Konstantinopel: Menjulang Panji al-Fateh setebal 773 muka surat @RM77.30. Hampir 1 jam di kedai Cina, pencetak sangkut!

(3) Pergi ke ofis Must Read jumpa dan berbincang dengan sebarisan editor hebat. Ambil naskhah penulis dan tandatangan surat janji penerbitan buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah. Berita gembira lain; proposal diterima untuk projek penulisan seterusnya.

(4) Jumpa Tuan Ann Wan Seng. Saya menyuakan buku sambil berkata, "Ustaz, ini buku saya." Beliau menjawab, "Wah, bagus! Sudah tulis berapa buah buku?" Sembang jadi panjang. Buku saya Buat Duit dengan Katering beliau turut membelinya pada awal diterbitkan.

(5) Pergi ke ofis Galeri Ilmu Sdn Bhd. Berjumpa dan berbincang dengan para editor yang hebat. Serahkan hard copy manuskrip. "Mak oii! Tebalnya!" Kata seorang editor. Dua orang besar bertanya, "Konstantinopel sudah siap?" Saya jawab, "Sudah, Tuan Haji."

(6) Keputusan PMR anak sulung cemerlang. Alhamdulillah.

Photobucket
top