Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya bekerja di MIMOS Bhd dan JARING Communications Sdn Bhd selama 11 tahun. Sepanjang kerjaya saya di sana, ia mengumpul banyak kenangan manis dan pahit, masa gemilang dan menurun. Saya memulakan tugas di MIMOS sebagai Penyelidik yang tertumpu kepada tugas-tugas merekodkan kegiatan Penyelidik lain untuk tujuan penulisan dan penerbitan.

Apabila JARING dikomersilkan, saya bertukar tugas sebagai eksekutif pemasaran, khusus dalam menyediakan teks-teks bagi tujuan promosi, pemasaran dan penjenamaan.

Selepas itu saya bertugas sebagai Associate Editor bagi majalah internet berbahasa Inggeris, Jaring Internet Magazine. Sejurus selepas versi bercetak majalah ini tamat, saya ditugaskan pula mengendalikan versi dalam talian (versi internet sepenuhnya) majalah berkenaan, sehinggalah hayatnya juga tamat. Jawatan terakhir saya ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam bahagian Komunikasi Jenama dan Pemasaran Jaring.


(Gambar kiri: Desain kulit depan Jaring Internet Magazine keluaran Nov. 1999. Gambar kanan: Artikel yang saya tulis untuk Jaring Internet Magazine, November 1999. Klik untuk besarkan dan baca)

2 comments:

Elle Syeila said...

Klasiknya

Web Sutera said...

Elle, bukan setakat klasik, tetapi mengujakan juga. :-)


Photobucket
top