Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
Dalam laman Universiti Terbuka PTS, pengendali blog menyenaraikan beberapa nama pemimpin UMNO yang pro-bahasa Inggeris, iaitu Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Shahrizat Jalil dan Mukhriz Mahathir. Bila bersikap pro-bahasa Inggeris bermakna tidak menitik beratkan penggunaan bahasa Melayu di negara ini.

Dalam masa yang sama, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mendaulatkan kembali bahasa Melayu di dua buah institut pengajian tinggi (IPT) iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL).

Menurut blog UNIKA, semasa Selangor diperintah oleh Barisan Nasional (BN) kedua-dua IPT itu mematuhi arahan Tun Dr. Mahathir supaya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

“Apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan kedua-dua IPT itu supaya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar.”


Saya bukan pejuang bahasa. Namun sampai sekarang saya tidak bersetuju bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik di sekolah. Saya tetap yakin bahawa bahasa Melayu boleh memajukan Islam, bangsa dan negara. Ini sudah terbukti di era kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.

Photobucket

Justeru itu, saya sangat berharap maruah bahasa Melayu dikembalikan di Malaysia apabila Pakatan Rakyat memerintah negara nanti. Dalam pada itu, bahasa Melayu juga boleh mengembalikan kegemilangan Islam di rantau ini, insyaallah.


(Gambar: Salah satu majlis rumah terbuka klien korporat di Aidilfitri 1429 Hijrah yang saya kendalikan)

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:


Photobucket
top