Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Saya memang menyukai subjek sains dan matematik semasa di sekolah rendah dan menengah dahulu, dan saya skor dalam kedua-dua mata pelajaran itu.
Saya juga agak mahir berbahasa Inggeris. Pernah menjawat tugas associate editor dan editor bagi satu majalah berbahasa Inggeris (BI). Klik di sini untuk mengetahuinya.

Saya tiada masalah membaca bahan-bahan dalam BI. Kemahiran saya menguasai BI bukannya melalui PPSMI, tetapi dari usaha sendiri yang sedar nasib seorang budak kampung.


Siapa budak kampung? Orang Melayulah! Saya sudah melihat bahawa PPSMI memang menghancurkan bangsa dan membuatkan anak-anak Melayu terus terperosok di kampung. Anak-anak peneroka di Felda tempat saya dibesarkan memang merosot dalam subjek sains dan matematik lantaran PPSMI.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin menyokong penuh usul memansuhkan PPSMI yang dibawa PAS Kawasan Rembau sempena Muktamar PAS ke-55, Ahad 7 Jun 2009.


"Saya selaku wakil PAS Kawasan Kampar bersetuju sangat dengan usul ini. Pada tahun 2004 saya bersama-sama dengan peguam Hanipa Maiden, dan sebagainya telah membawa isu PPSMI ini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


"Pada masa itu anak saya yang darjah empat, anak Muhaimin Sulam dan anak Mejar Yahya yang juga pimpinan Kuala Kangsar bersama-sama memulakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2004," katanya.


Saman itu dibuat atas keputusan kerajaan sebaik meluluskan PPSMI, mereka mengeluarkan pekelilin bagi 11/2004 kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan dan SK Jenis Kebangsaan Tamil memaksa pengajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris, katanya. (Sumber: Harakahdaily)


(Gambar: Pejuang bahasa yang menentang PPSMI di muktamar
PAS ke-55, Shah Alam)
P/s: Bangsa lain pun perjuangkan kepentingan bahasa Melayu. Baca di sini

1 comments:

D'Rimba said...

Malu sahaja bangsa sendiri sanggup khianati bahasanya sendiri.........


Photobucket
top