Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label The Holy Quran. Show all posts
Showing posts with label The Holy Quran. Show all posts
Satu nota kecil yang diterbitkan oleh Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang 'wajib' dihadam oleh semua ahli dan penyokong PAS termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Cukup sesuai untuk dihadiahkan terutama sekali kepada rakan-rakan non-muslim berbangsa Cina kerana selain dalam bahasa Melayu, ia juga ada terjemahan dalam tulisan Mandarin.

Klik di sini untuk download, insya-Allah.


Untuk rakan-rakan Muslim, Hamba Allah mesti dengar dan taat. Ibadah puasa, solat dan zakat adalah wajib. Arak, judi dan membuka aurat adalah haram. Tidak usah buat kajian dari sudut apa pun.

Hukum hudud dan qisas, perintah Allah wajib ditunaikan. Masyarakat majmuk atau tidak. Tidak usah dikaji apa sebabnya. Itu perintah Allah.
Buat dahulu, kemudian kalau mahu kaji dalam berjilid-jilid kitab pun, silakan. Manusia dan jin mesti dengar dan taat. Jangan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang mendengar dan membaca kitab Taurat dan Injil, namun tidak taat.

Jangan halalkan apa yang diharamkan Allah dalam al-Quran. Dengar dan taat! Orang yang menolak al-Quran adalah hamba derhaka dan tiada otak!

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa, ayat 65)

Karen Kingsbury adalah antara pendakwah yang paling popular dalam genre sastera Kristian, khususnya dalam kategori novel romantis untuk bacaan perempuan muda. Novel beliau yang berjudul Shades of Blue termasuk dalam Times bestseller.

Pakejing sastera dakwah Kristian sama sekali tidak menggunakan simbol-simbol tradisional agama itu. Ini menyebabkan novel-novel tersebut tidak diletakkan di rak buku agama, baik di dalam kedai-kedai buku mahupun dalam perpustakaan.


Dengan hal yang demikian novel-novel Kristian itu dipamerkan di rak novel cinta popular, tujuannya supaya mudah dipegang oleh golongan yang menjadi targetnya, yakni perempuan-perempuan muda.


Ibu bapa Islam yang terpandang anak gadisnya sedang membaca novel-novel dakwah Kristian seperti begini takkan menyangka anaknya sedang menghadam ajaran-ajaran Kristian. (Sumber UNIKA)

Saudara boleh kaitkan dengan kes perkataan ALLAH diguna pakai dalam Herald Weekly? Itu yang dibimbangkan Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din, takut-takut ada agenda yang lebih besar di masa depan (dengar klip video di saluran sebelah kanan).


Sama-sama fikirkan. Tetapi jangan beremosi seperti mana tingkah laku UMNO. Bagi aku, apa sahaja tindakan UMNO dalam isu keputusan mahkamah membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam akhbar mingguan Kristian itu sekadar retorik semasa!


Jika saudara mahu marah pada aku, aku terima dengan senang hati. Itulah tanggapan aku terhadap UMNO, selamanya! Kerana UMNO, Islam seakan-akan malu di bumi umat Islam Malaysia ini. Justeru kerana UMNO, Islam sekadar ritual di bumi bertuah ini.


Finally, it is the duty of Muslims today to redouble their efforts to teach the people of the world that there is only one true God who created the heavens and the earth; that all of the prophets and messengers were sent by Him with the same essential teaching: to worship the Creator alone and not set up partners with Him (as believe by Christians); that Allah is the God of Noah, Abraham, Moses, Jesus – and Muhammad (peace be upon them all). (IslamToday)

"They surely disbelieve who say: 'Lo! Allah is the third of three' when there is no god but the One Allah. If they desist not from so saying a painful doom will fall on those of them who disbelieve." (Quran, Sûrah al-Mâ'idah: 73)

“God says, “And to Allah doth obeisance all that is in the heavens and on earth, whether moving (living) creatures or the angels: for none are arrogant (before their Lord)." (Quran: Chapter 16 verse 49)
Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah yang berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit yang disebabkan oleh jin dan sebagainya.

Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama’ lain di Mala
ysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefarduan kepada saya untuk menjelaskannya. Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.


Masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat daripada sumber yang sahih terut
ama sekali jika ia melibatkan soal aqidah. Saya telah berusaha menjawab setiap persoalan dengan berlandaskan hujah-hujah yang sahih daripada al-Quran dan al-Hadith.

Kesemua jawapan ini sebenarnya merupakan respon saya kepada soalan yang diajukan melalui akhbar Harakah. Saya telah melahirkan hasrat saya kepada Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ supaya koleksi soal jawab yang pernah tersiar dalam akhbar Harakah ini dibukukan.


Saya amat berharap usaha pembukuan soal jawab ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat bahkan saya berdoa moga buah tangan saya ini dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan fahaman dan amalan khurafat yang masih berakar umbi di dalam masyarakat kita.


Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna lagi Maha Benar, manakala yang salah dan silap adalah daripada insan yang bersifat lemah.


Semoga Allah SWT mengampuni kesalahan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Kepada Allah SWT kita memohon rahmat dan berkat. Semoga Allah SWT sentiasa mengabulkan usaha kita dan menjadikannya sebagai amalan soleh.


(Mukadimah penulis, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, untuk buku Menjawab Persoalan Makhluk
Halus: Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan, terbitan Darussyifa')

(Iklan komuniti: Sekeping DVD hanya berharga RM20.00 sahaja! Dapatkan segera dari Telaga Biru. Disertakan dengan buku Jampi-Jampi Ma'thur & Pendinding Diri)

** Saya pengusaha perkhidmatan katering. Andai saudara ada sebarang majlis yang perlukan perkhidmatan ini, sila hubungi saya. InsyaAllah, boleh dibincang. Menu boleh ditentukan sendiri atau pihak saya yang cadangkan.


P/s: Masih bercuti. Kemaskini dari sempadan Kuantan/Kemaman. Lari sebentar dari 'kesibukan' Kuala Lumpur dan Selangor. Hidup ini indah! Apa lagi Islam yang syumul.
Novel Wo Ai Ni Allah menitipkan kisah manusia yang tercari-cari cinta Allah. Dalam kebingungan sepasang suami isteri dan seorang gadis kecil meneruskan dorongan dari langit untuk mencari kebenaran. Bahawa sesungguhnya Allah itu ada dan Maha Melihat. Bahawa segala mehnah dunia yang dihadapi merupakan ujian. Bahawa kekayaan juga adalah ujian Tuhan.

Cinta Allah bersabda dalam nubari, mengalir dingin di setiap degup jantung dan aliran darah. Orang menuduh dia gila dan penasaran. Dia bingung, termenung, berlari, menangis. Jerih benar mencari cahaya iman itu.


Menjelang kematian pun, sahabat Cina tersebut tetap mendongak ke langit mencari wajah Allah, melihat di mana Allah. Akhirnya sekeluarga dianugerah iman terlalu mahal harganya.


Wo Ai Ni, Allah
. Aku cinta Allah. Saya suka novel ini. Malah amat menyenanginya.

Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.


Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan.


"Setiap air mataku mengalir, tanpaMu aku lelah. Tolongku. Allah, jangan tinggalkan aku lagi. Aku sayang Allah, aku rindu Allah, aku cinta Allah."

Penulis: Vanny Chrisma W

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd, 30 Jun 2009
ISBN: 978-983-3892-39-6

Muka surat : 304 halaman

Harga: RM16.00 (Sem. Malaysia) / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)


** Saya sudah membaca beberapa novel dari Indonesia, sama ada naskah asal dalam bahasa Indonesia atau yang sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Ternyata bahawa novel-novel negara jiran jauh lebih maju dalam membahaskan isu yang mahu diketengahkan.

Isunya lebih memandu minda dan dinarasikan secara ilmiah. Sungguhpun ianya fiksyen, namun para penulis dari sana lebih terbuka minda, berfikir dalam sudut yang agak lain dari majoriti penulis kita di Malaysia.

Berkaitan:
Demi cinta, Tegar Patih berkelana mencari nilai kemanusiaan
Nampaknya kes tangkapan dan pendakwaan ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terus menjadi polemik komuniti Islam negara ini.

Dalam berita terkini, Malaysiakini melaporkan bahawa tujuh ilmuan Islam yang tidak diberikan tauliah oleh JAIS beberapa bulan lalu dipercayai kerana mereka disyaki membawa aliran Wahabi dan dekat dengan Dr. Maza.

Penolakan terhadap permohonan ketujuh-tujuh mereka, selepas diwawancara sebelum bulan Ramadhan lalu, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan. Malaysiakini difahamkan soalan-soalan tiga pegawai Jais yang menemuduga mereka menjurus kepada usaha menyelidik sikap mereka terhadap beberapa isu fekah dan akidah yang boleh dikaitkan dengan aliran Wahabi.

Soalan-soalan itu, antaranya, isu lafaz niat sembahyang, marhaban dibolehkan atau tidak, aliran teologi Ash-Shaari dan perdebatan isu 13 sifat-sifat Allah yang menjadi pengetahuan umum penganut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Lama dahulu semasa masih belajar di universiti yang terletak di Pulau Pinang, saya bertuah kerana dapat melihat dan mendengar secara langsung ceramah Ustaz Ahmed Deedat (foto kiri). Tatkala itu dewan canselor padat diisi oleh pelajar-pelajar Islam, Kristian dan lain-lain penganut yang berminat untuk mendengar hujah beliau dalam persoalan Islam dan Kristian, khususnya berkaitan dengan Quran dan Bible.

Kini beliau sudah tiada, tetapi buku-buku dan kaset ilmunya tersebar ke seantero dunia, diterjemah ke pelbagai bahasa. Saya memiliki dan sudah membaca dua buah buku beliau, iaitu The Choice: Islam and Christianity Volume 1 dan The Choice: Islam and Christianity Volume 2 dalam versi bahasa Inggeris.
Kedua-dua naskhah ini juga sudah diterjemah ke bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.

Kedua-dua naskhah tersebut merupakan koleksi beberapa buku kecil yang diterbitkan terlebih dahulu.
Dijilid secara hard cover, sangat kemas. Justeru kerana The Choice saya memiliki dua naskhah Bible untuk rujukan.
(On May 3, 1996, Sheikh Ahmed Deedat suffered a stroke which left him paralyzed from the neck down because of a Cerebral Vascular Accident affecting the Brain Stem, and which also meant that he could no longer speak or swallow. He was flown to King Faisal Specialist Hospital in Riyadh, where he was reported to be fully alert and hence taught to communicate through a series of eye-movements via a chart whereby he would form words by acknowledging individual alphabets read out to him; this way he would form complete sentences.

He spent the last nine years of his life in a bed in his home in Verulam, South Africa, encouraging people to engage in Da'wah (Islam propagation). He was looked after by his wife, Hawa Deedat, and was reported to have no bed-sores at all. He continued to receive hundreds of letters of support from around the world, but was a target to many missionaries who tried to convert him to Christianity, to which he replied -via head and eye movements- with verses from the Bible.


In October 2002 Deedat was visited by Reverend Naidoo who requested Deedat to let him read a verse of the Bible in order to inspire him and pray for his healing. Deedat in turn, through his eye-movements—the sole method of communication he had been taught at King Faisal Specialist Hospital after being paralyzed—asked him to read out and explain the moral of the event described in Genesis 19:30. For this the Reverend had no answer and thereafter left the place.


A similar later attempt at converting Deedat was made by a young Christian gym owner named Ringo who claimed he could heal Deedat through a miracle by saying "Jesus heal him! Rise up!", however Deedat quoted Matthew 7:21 and then asked him "Why would Jesus tell you this when you came to do such a noble job?


On August 8, 2005, Ahmed Deedat died at his home on Trevennen Road in Verulam in the province of KwaZulu-Natal. He is buried at the Verulam cemetery) (Source: Wikipedia)
Dalam pada itu saya sudah membaca novel bergambar keluaran PTS Millennia Sdn Bhd, anak syarikat PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, berjudul “Sekudus Nur Ilahi”. Pada mulanya saya hadiahkan buku ini kepada anak sulung saya dalam tahun 4 sekolah rendah (tahun 2007), tapi saya pun turut teruja hendak membacanya. Jadi saya bawa novel ini ke hulu ke hilir, walaupun semasa perjumpaan dengan klien katering saya atau semasa membeli bahan mentah di pasar.

Photobucket

Sekilas pandang, novel ini mengemukakan satu persoalan berat. Persoalan cinta dan pegangan agama, antara Kristian dan Islam. Konflik antara dua insan, masing-masing mencari kebenaran dalam beragama.


Walaupun novel ini ditujukan kepada remaja, namun saya kira ianya juga sesuai untuk dibaca oleh golongan dewasa.
Amaran saya, mungkin ada yang kurang faham dengan persoalan isu ketuhanan yang dipaparkan. Namun elok dibaca, paling kurangpun dapat memahami serba sedikit mengenai fahaman Kristian terhadap Nabi Isa (Jesus Christ).

Ok, seterusnya saya menjumpai video berkaitan seorang bekas penganut Kristian yang memeluk Islam kerana terpesona dan kagum dengan kandungan Quran dan bagaimana isinya tetap sama walaupun beribu tahun. Saya sertakan video ini untuk tatapan, renungan dan pemahaman kita, insyaAllah. (Berkaitan: Teruskan membaca al-Quran, Nga Kor Ming)


Dalam komuniti umat Melayu, perkataan derhaka merupakan satu kata yang amat keramat. Orang-orang tua mengajar anak-anak supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa dan emak / bapa saudara, atuk dan nenek. Islam mengajar supaya jangan menderhaka kepada ajaran nabi-nabi, ulamak dan pemimpin.

Budaya Melayu juga melarang kita supaya tidak derhaka kepada raja dan sultan. Perbuatan atau perkataan yang diluahkan yang boleh dikategorikan menderhaka kepada raja dan sultan amat dipegang kejap dalam budaya Melayu, sejak dulu. Ini patut diamalkan, insyaAllah.


Tetapi umat Melayu jarang terkejut, malah kadang-kadang agak terlupa bahawa derhaka yang maha besar ialah kepada Allah.
Perhatikan kata Allah dalam al-Quran berikut:

“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.”
(Surah al-Alaq, ayat 15-16)

Menurut tafsir dan tatabahasa Arab, setiap ayat yang dimulakan dengan kalimah
‘Kalla’, ia bertujuan memberi amaran atau menggertak. Tidak takutkah kita terhadap gertakan dan murka Allah? Saya amat takut!

Salah satu akibat derhaka kepada Allah ialah diturunkan/dikenakan pelbagai bala, seumpama pandemik selsema babi atau influenza A (H1N1).


Menurut laporan setakat 12 Ogos 2009, dua bayi dan seorang wanita hamil antara enam korban terbaru wabak influenza A (H1N1), menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 44 orang. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata enam pesakit yang meninggal dunia itu telah mendapat jangkitan antara 6 Ogos dan 9 Ogos.


Laporan terkini (20 Ogos 2009); seorang wanita hamil lebih 8 bulan menjadi korban ke-68 wabak selesema A (H1N1) di negara ini, sementara jumlah kes terbaru pula meningkat tinggi sehingga 569 kes dalam tempoh 24 jam. SUBHANALLAH!


Perhatikan kata-kata dan amaran Allah dalam Quran, bermakna: “Segala kebaikan yang kamu dapat adalah datangnya dari Allah, dan segala keburukan atau bencana yang menimpa kamu adalah dari kesalahan diri sendiri."


Dalam hal ini Tuhan menjelaskan dalam ayat Quran berikut: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah asy-Syura ayat 30)


Apabila suatu bala Allah turunkan, semua manusia akan kena; mukmin, fasik, penderhaka mahupun golongan yang tidak beriman. Perkara ini mungkin ada antara kita tidak mahu memikirkannya. Sudut murka Tuhan menjadi perkara enteng.


Justeru itu salah satu usaha manusia ialah berdoa dan mengharap belas serta lindungan Allah. Usaha ini sudah dimulai di Selangor dan Kelantan. Jumaat minggu lepas, seluruh masjid di Selangor mendirikan solat hajat khusus memohon limpah kurniaNya. Semoga Tuhan yang Maha Berkuasa melindungi kita semua. Amin!


Berkaitan:
Apa Quran Kata Mengenai Sifat Baik dan Buruk (1)
The project of Discover Islam present "Discover Islam Web Book" to those who are seeking the truth.The most comprehensive Web Book about Islam.

The Web Book CD includes: The Holy Quran (eBook), Holy Quran Software, Recitation of Holy Quran With English Translation, Islamic audio, Islamic flash video, Islamic software, Islamic eBooks, Islamic Software, Islamic mp3, Quran recitation in mp3, Quranic Searching.

This is a very useful Web Book CD for anyone Muslims/non-Muslims who are searching for information on Islam or want to learn more about the Islam.

The web book is a convenient and easy way to gain knowledge about Islam. You can learn about Islam wherever you are - on the road, at home, in the office.

Click here to download
Dalam komuniti umat Melayu, perkataan atau perlakuan derhaka merupakan satu kata / perlakuan yang amat keramat. Orang-orang tua mengajar anak-anak supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa dan emak / bapa saudara, atuk dan nenek. Islam mengajar supaya jangan menderhaka kepada ajaran nabi-nabi, ulamak dan pemimpin.

Budaya Melayu juga melarang kita supaya tidak derhaka kepada raja dan sultan. Perbuatan atau perkataan yang diluahkan yang boleh dikategorikan menderhaka kepada raja dan sultan amat dipegang kejap dalam budaya Melayu, sejak dulu. Ini patut diamalkan, insyaAllah.

Tetapi umat Melayu jarang terkejut, malah kadang-kadang agak terlupa bahawa derhaka yang maha besar ialah kepada Allah. Perhatikan kata Allah dalam al-Quran berikut:
“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.” (Surah al-Alaq, ayat 15-16)
Menurut tafsir dan tatabahasa Arab, setiap ayat yang dimulakan dengan kalimah ‘Kalla’, ia bertujuan memberi amaran atau menggertak. Tidak takutkah kita terhadap gertakan dan murka Allah? Saya amat takut!
Pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming sekali lagi membaca surah dari al-Quran tanpa takut akan laporan polis yang dibuat oleh Osman Abu Bakar kerana berbuat demikian ketika berkempen di Bukit Gantang sedikit masa lalu.

Kali ini ianya lebih istimewa justeru kerana beliau membaca ayat Quran tersebut dengan kehadiran Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Taman Melewar, Gombak malam tadi (19 April 2009).


Sila klik di sini untuk mendengar sedutan ucapan saudara Nga Kor Ming tersebut.



Berkaitan
: Beri galakan supaya bukan-Islam memahami al-Quran
Buku Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama, karya Mohd. Sabri Mohammed merupakan ringkasan cara mempelajari ilmu tafsir al-Quran dan beberapa pengajaran penting yang dapat diambil melalui proses mempelajari ilmu tafsir al-Quran.

Buku ini juga menerangkan beberapa kaedah asas yang digunakan oleh ulama terdahulu dalam pros
es mentafsirkan firman ALLAH agar umat Islam tidak mudah terpedaya dengan fahaman dan aliran yang menolak cara pentafsiran mereka.

Al-Quran merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada bani Adam (manusia) sama ada beriman atau tidak. Sayang sekali, orang kafir pula melebihi umat Islam dalam us
aha mendalami ilmu tafsir al-Quran. Bukankah ilmu tafsir mampu memantapkan pemahaman kita terhadap kehendak dan perintah ALLAH?

Komen saya:


Buku ini bermula dengan agak perlahan dalam menerangkan asas-asas tafsir al-Quran. Banyak istilah Arab digunakan. Namun begitu, isi dan penerangan menjadi semakin mudah dan menarik apabila tiba di bab 3 sehingga ke penghujung halaman. Tahniah untuk penulis.


Bagaimana dengan buku-buku agama yang lain? Jangan lagi buku-buku agama Islam yang banyak diterbitkan oleh pelbagai penerbit ditulis hanya untuk ustaz-us
tazah. Saya berkata begini justeru kerana hampir kesemua buku agama dalam pelbagai topik/subjek ditulis seolah-olah hanya untuk bacaan golongan agama, walaupun ianya diharapkan dibaca oleh semua masyarakat.

Mengapa saya katakan demikian? Buku agama menggunakan terlalu banyak istilah Arab, ditulis dalam gaya lenggok bahasa Arab, dan ayat yang berbelit-belit. Orang awam yang tidak berpendidikan Arab akan terkial-kial untuk cuba memahami ilmu yang hendak disampaikan.


Ubahlah corak penampilan dan gaya penulisan buku agama, seperti juga PAS mengubah imejnya yang boleh diterima oleh golongan muda, remaja, belia, pemuda dan pemudi yang moden serta berpelajaran.


Tajuk: Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama

Penerbit: Karya Bestari Sdn, Bhd
, (2007)
Penulis: Mohd Sabri Mohammed

ISBN: 967-860-278-4

Halaman: 280

Harga: RM10.00
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud sage yang dapat diertikan sebagai ‘seorang yang amat bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadangkala istilah ini digunakan dengan maksud nabi. Gautama Buddha, pengasas agama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha pada akhir zaman. Antim bermaksud yang terakhir, lantas Antim Buddha bermaksud nabi yang terakhir.

Di saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada
pengikut setianya yang bernama Ananda, “O’ Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teachings of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach the truth, as I have taught the truth. He will give the world a way of life which will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be MAITREYA. (Daripada Gospel of Buddha oleh Carus halaman 217)

Berlandaskan perkataan Buddha ini, dapat dirumuskan beberapa perkara berhubung sifat utusan akhir zaman mengikut agama Buddha iaitu:


-
Beliau adalah seorang manusia.
-
Beliau adalah seorang yang berperibadi yang amat mulia.
-
Beliau datang sebagai pemimpin bagi manusia.
-
Beliau juga seorang pembimbing yang mengajar kebenaran kepada semua.
-
Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak hanya kepada kelompok-kelompok tertentu.
-
Ajaran yang dibawanya adalah suatu ajaran yang lengkap.
-
Beliau adalah MAITREYA.

Mengikut ajaran agama Buddha, utusan akhir zaman dikenali sebagai Maitreya. Dalam majalah The Leader edisi 16 Oktober 1930, disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful ataupun Pembawa Rahmat. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren dalam Muhammad in the Buddhist Scriptures.


Kesemua ini selari dengan keperibadian Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwassallam) kerana beliau adalah seorang pembawa rahmat kepada seluruh alam seperti yang disebutkan dalam Quran, “Tidak kami utus kamu (Muhammad) melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbiyak ayat 107)


Berkaitan 1:
Nabi Muhammad dalam kitab Hindu
Berkaitan 2:
He shall give you another Paracletos (Muhammad) - Bible


(Petikan dari buku Minda Muslim Super, Dr. Danial Zainal Abidin) (Gambar atas: Katering
(Nota: PPSMI ialah singkatan kepada “pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris”.)

Ini adalah pandangan, buah fikiran dan isi hati dari seorang pejuang bahasa Melayu yang berautoriti. Beliau bukan sahaja pejuang bahasa, malah seorang yang komited mengasaskan ‘mazhab’ baru dalam dunia penulisan di Malaysia, iaitu mazhab teknik Surah Yusuf.


Sila baca pandangan beliau dengan teliti. Saya tidak boleh tidak bersetuju dengan beliau.


Dalam kitab Quran, ayat ke-4 dalam bab yang bertajuk "Ibrahim" bermaksud: Kami tidak menghantar seorang wakil pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menyampaikan penerangan dengan jelas kepada mereka.


Berdasarkan prinsip di atas itulah semua 4 buah kitab suci Islam - Quran, Injil, Taurat dan Zabur - setiap satunya diturunkan menggunakan 4 bahasa ibunda yang berlainan. Justeru, hanya kitab Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa ibunda Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam).

Ayat ke-4 itu memberitahu bahawa bahasa ibunda hendaklah digunakan bagi menyampaikan pendidikan. Jadi, kita lihat bagaimana Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam) sendiri menerima pendidikan beliau dalam bahasa ibundanya, bahasa Arab. Berdasarkan prinsip itu juga malaikat Jibril bercakap dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad apabila mengajarkan mesej-mesej Islam kepada beliau.

Prinsip yang sama digunakan oleh Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam) dalam tingkah lakunya, di mana apabila beliau mengajarkan mesej-mesej Islam kepada orang-orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab. Apabila beliau hendak menghantar surat kepada kaum-kaum lain, surat-surat beliau dituliskan dalam bahasa-bahasa kaum itu. Sebagai contoh apabila beliau hendak menghantar surat kepada orang Yahudi, surat beliau ditulis dalam bahasa Yahudi oleh jurutulis yang pandai bahasa itu.

Apabila agama Islam mula tersebar kepada kaum-kaum bukan-Arab, Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam) menghantarkan guru-guru agama kepada kaum-kaum itu dengan memilih guru-guru bangsa Arab tetapi yang pandai bercakap dalam bahasa kaum-kaum tersebut.

Dasar pendidikan yang menggunakan bahasa bekas penjajah, contohnya bahasa Inggeris, sebagai bahasa penghantar adalah suatu dasar yang tidak ada asasnya dalam kitab Quran mahupun dalam sunah Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam). Justeru ia adalah dasar yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Entri berkaitan: PKPIM: Kembalikan maruah bahasa Melayu di Malaysia

Pemimpin Umno dicabar Persatuan Linguistik Malaysia


Klik di sini untuk
PETISYEN MEMBANTAH PPSMI
(Gambar: Saya memiliki buku
The Koran for Dummis, terbitan John Wiley & sons)

Aku mulakan catatan ini dengan bismillah-hirrahmaanirrahim. Sesungguhnya hanya Allah jua yang memiliki sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sudah lebih dua minggu aku selesai membaca dan meladeni novel sains fiksyen (sai-fi) Saga Horizon oleh saudara Fadli Al-Akiti. Malah aku sudah siapkan ulasan novel tersebut yang akan diterbitkan di blog ini. Masanya masih belum diputuskan lagi.

Aku juga sudah khatam novel sai-fi thriller Transgenesis: Bisikan Rimba oleh saudara Amir Husaini. Masih belum dibikin ulasannya. Secara ringkas, novel ini ada kelemahan yang ketara, dan dalam masa yang sama ada kekuatan tersendiri.

Novel Islami Ayat-Ayat Cinta sedang aku geluti sekarang. Edisi yang aku miliki ini ialah cetakan kesebelas, September 2008 oleh penerbit Al-Hidayah Publishers. Aku memang ada memiliki novel ini beberapa tahun lalu (mungkin cetakan terawal versi Malaysia). Namun sayang ianya sudah ‘hilang’, tidak dapat aku jejak di mana ia bersemayam. Seorang sahabat meminjamnya, sampai sekarang ia ‘lenyap’ bersama rakan tersebut. Alhamdulillah. Secara ringkas dapat aku katakan novel Ayat-Ayat Cinta memang memukau jiwa, tidak seperti mana novel Islami Tautan Hati oleh saudara Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Sementara itu buku The Great War For Civilisation: The Conquest of The Middle East masih di peringkat permulaan, baru bab pertama. Entah bila akan aku habiskan pembacaannya, hanya Allah yang Maha Tahu. Ketebalannya ialah 1,283 halaman. Ingin aku nyatakan bahawa buku ini merupakan satu-satunya buku, setakat ini, yang paling mahal aku beli. Harganya ialah RM149.90 sebelum diskaun 25 peratus.

Oh ya, aku teringat berkenaan Ayat-Ayat Cinta. Di sepanjang Ramadhan lepas, ada satu laman web yang sering kali aku kunjungi. Salah satu tarikan utama laman web tersebut ialah radio internetnya, yang dikelolakan oleh seorang sahabat. Di sana aku berkenalan dengan ramai sahabat dari seluruh pelusuk negara. Di antara frasa yang selalu aku gunakan dalam ruangan borak ialah ‘Ayat-Ayat Cinta’.

Apa maksud aku dengan ‘Ayat-Ayat Cinta’? Maksudnya ialah al-Quran. Aku istilahkan membaca Quran ialah membaca Ayat-Ayat Cinta. Alhamdulillah, saban malam aku meladeni Ayat-Ayat Cinta hingga khatam dalam bulan Ramadhan lalu. Dalam masa yang sama, aku dan sahabat-sahabat di laman web itu berjanji sama-sama menelaah Ayat-Ayat Cinta. Kami saling berlawanan siapa khatam dulu. Alhamdulillah, ukhuwah dijalin di sana.

Kini, di sebelah kiriku, rehal yang menjadi alas Ayat-Ayat Cinta seumpama menggamit upaya dan naluriku untuk bersamanya lagi. Tatkala cinta berhimbau kelampauan, lidahnya berzikir, urat nadinya sarat pujian, hatinya teriwayat Ayat-Ayat Cinta. Subhanallah, ALLAHHUAKHBAR!

Saudara suka membaca novel cinta? Ada satu berita menarik untuk peminat Bagi pembaca, peminat dan penggemar novel, rebutlah peluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan untuk saudara.

Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI, terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd., satu peraduan kuiz diadakan untuk memberi peluang kepada saudara semua memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Untuk info penuh, sila klik di sini.

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Nov. 2008 (Sabtu) mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Dr Abdul Shukor Husin seperti dipetik oleh Malaysiakini.

Photobucket
Sebagai maklumat, yoga dirujuk sebagai “A Hindu discipline aimed at achieving a state of perfect spiritual insight and tranquility. Yoga is an integral part of the Hindu religion.”

Dalam laman web Hindu Wisdom ada dinyatakan: “There is a saying: “There is no Yoga without Hinduism and no Hinduism without Yoga." The country of origin of Yoga is undoubtedly India, where for many hundreds of years it has been a part of man's activities directed towards higher spiritual achievements. The Yoga Philosophy is peculiar to the Hindus, and no trace of it is found in any other nation, ancient or modern.

“It was the fruit of the highest intellectual and spiritual development. The history of Yoga is long and ancient. The earliest Vedic texts, the Brahmanas, bear witness to the existence of ascetic practices (tapas) and the vedic Samhitas contain some references, to ascetics, namely the Munis or Kesins and the Vratyas.” (Hindu Wisdom)

Yoga juga bermaksud begini: “Yoga is from the Sanskrit word 'Yug' meaning union (with the Divine. Today it is often translated to mean union of the body, mind, and spirit.”

Dalam perkembangan berkaitan Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd. Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, Majlis Agama Negeri Selangor akan bermesyuarat pada 2 dan 3 Disember ini itu membincangkan secara khusus mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam. (Dipetik dari mStar Online)

“Sesuatu fatwa yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mendapat kelulusan Majlis Agama Islam negeri sebelum dibawa kepada perkenaan Sultan. Selepas mendapat perkenan Sultan, baru ia boleh diwartakan,” kata Mufti Selangor.

Tambahnya, proses mewartakan sesuatu fatwa itu akan mengambil masa kira-kira dua bulan jika tidak ada sebarang penangguhan. “Jika tiada banyak bantahan dan mendapat kelulusan Majlis Agama Islam negeri dan dapat perkenaan Sultan, dalam masa dua bulan ia (fatwa) akan dapat diwartakan,” katanya.

Jadi saya harap masyarakat Islam tidak mempertikaikan dan seterusnya ingkar dengan fatwa ini. Harus diingat bahawa ahli-ahli dalam Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan mereka yang faham dalam bidang masing-masing, insyaallah. Keputusan ini adalah bagi menjaga kepentingan syariat Islam supaya tidak bercampur dengan elemen-elemen lain.

Namun seperti yang kita tahu dan amalkan, kerajaan Malaysia dan pastinya agama Islam tidak melarang penganut agama Hindu dan lain-lain dari mengamalkan senaman yoga ini. Itu hak mereka.

Jurucakap Sisters of Islam, Norhayati Kaprawi memberi komen, “I don't think it had caused any Muslim to convert to Hinduism, neither has it weakened their faith.” Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman menyeru pengguna Islam di negara ini agar menerima dengan terbuka keputusan yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Saya sarankan mereka terima dengan terbuka keputusan Majlis Fatwa. Mereka lebih bijak dan pakar dalam menentukan hukum sesuatu perkara itu. Kita wajib berpegang kepada al-Quran dan As-Sunnah serta hukum qiyas yang diguna pakai oleh Majlis Fatwa dalam mengeluarkan fatwa,” katanya.

Jelas beliau, yoga merupakan satu amalan yang sinonim dengan agama Hindu. “Aspek pergerakan dan bacaan mentera yang diguna pakai dalam amalan yoga boleh menghakis akidah umat Islam, jadi jalan terbaik untuknya adalah menjauhi amalan tersebut.”
Berdakwah menggunakan cerita-cerita adalah metodologi yang terdapat dalam kitab suci al-Quran dan dalam rekod-rekod hadis Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwassallam). Al-Quran itu penuh dengan cerita-cerita, manakala Nabi Muhammad juga menyampaikan cerita-cerita.

Justeru, aktiviti serta kemahiran menghasilkan cerita dalam bentuk novel dan cerpen perlu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar jurusan agama. Sekolah-sekolah agama perlu menggalakkan para pelajar menubuhkan persatuan sastera.


Kejayaan novelis Habiburrahman El-Shirazy menghasilkan karya-karyanya yang mendapat sambutan lu
ar biasa adalah contoh peri pentingnya peranan yang dapat dimainkan oleh sasterawan daripada golongan agamawan dalam menyampaikan mesej-mesej Islam melalui novel.

Novel beliau yang paling laku adalah Ayat-Ayat Cinta, yang telah difilemkan dengan j
udul serupa, di mana filem itu juga menerima sambutan panas sehingga bukan hanya panggung menjadi sesak oleh gadis-gadis remaja dan surirumah, malah filem itu turut ditonton oleh Presiden Indonesia, yang juga telah menyebabkan beliau menitiskan airmata.

El-Shirazi adalah seorang ustaz lulusan dari Universiti al-Azhar, universiti tertua dan paling berprestij dalam dunia Islam. Beliau adalah ilmuan agama yang paling berjaya dalam dunia sastera Melayu
Indonesia-Malaysia, apabila diukur daripada jumlah pembaca karya-karyanya.

Demikian besarnya jumlah royaltinya sehingga beliau mampu membuka sebuah pesantren di kampung halamannya di Demak, Pula
u Jawa, khusus bagi melahirkan usahawan-usahawan Islami.

Di Indonesi
a, banyak penulis yang menghasilkan novel-novel Islami. Namun, El-Shirazi berbeza daripada mereka dari sudut latar belakang aliran pendidikan.

Tidak seperti El-Sharizi yang fasih bahasa Arab serta memiliki ilmu mendalam tentang al-Quran dan hadith, majoriti penulis Islami lain adalah lulusan Universiti Indonesia, Universiti Gadjah Mada, Universiti Padjajaran, dan Institut Teknologi Bandung, yang berpendidikan sekular, tetapi kemudian banyak membaca kitab-kitab agama terjemahan dalam bahasa Indonesia, lalu menjadi Islami hasil ikutserta dalam gerakan tarbiyah. (Sumber: Blog Universiti PTS)


(Gambar: Tiga novel terkini yang saya baru beli)


*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

Buku-buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni banyak memberi penumpuan kepada sudut motivasi. Namun begitu, motivasi yang diketengahkan menekankan kisah-kisah dan pengajaran dalam Quran dan sunah Nabi Muhammad (S.A.W), yang cukup memberi kesan kepada saya.

Ada banyak kandungan buku beliau menekankan kepada kuasa Allah dalam mentadbir alam ini, mengenai Tuhan Pencipta alam semesta dan sifat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan Pemberi Rahmat.

Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih Allah kepada hambaNya. Yang pasti semua kita akan mati. beberapa buah buku yang isinya dipenuhi dengan perkisahan sirah Rasulullah, Nabi besar Islam, dan para sahabat.
Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, semua akan mati. Orang yang mencerca kita, menghina kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita; semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.

Jadi risau apa, jangan bimbang, rezeki bukan datang dari manusia, semuanya Allah Penentu Segala. Jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian dari Tuhan. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah dunia itu.

Buku-buku beliau dalam koleksi saya:
  • Jangan Bersedih: Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan – Al-Hidayah
  • Kisah Kerasulan Nabi Muhammad (S.A.W) (Intisari Dari Sirah) – Al-Hidayah
  • Nabi Muhammad S.A.W: Al-Quran Berjalan –Jasmin Enterprise
  • Beginilah Zaman Memotivasikan Kita – Jasmin Enterprise
  • Hidangan Al-Quran – Jasmin Enterprise
  • Jagalah Allah, Allah Menjagamu – Al-Hidayah
  • Jangan Melampaui Batas – Jasmin Enterprise
  • Al-Azhamah: Keagungan – Jasmin Enterprise
Satu komen saya, ada beberapa buah buku yang diterjemah secara melulu dan tergesa-gesa. Saya kata begitu kerana masih banyak unsur-unsur bahasa Arab yang digunakan. Hasilnya, ayat yang berbelit-belit dan sukar difahami. Sepatutnya penterjemah mengolah semula maksud yang hendak disampaikan oleh Dr Aidh dan menyusun ayat-ayat yang lebih pendek supaya ianya senang difahami. Ini sedikit sebanyak mencacatkan isi yang cukup menarik yang diketengahkan oleh pengarang.
Panduan Quran dan sunnah adalah panduan hidup yang lengkap. Untuk memahami inti pati makna ayat-ayat Tuhan dalam Quran, kita perlukan ulamak, kerana ulamak adalah pewaris nabi.

Tafsir al-Quran: Syariat terdahulu termansuh


Tafsir Surah al-Maidah ayat 70: Iaitu golongan yang beriman kepada Allah, hari akhirat dan beramal dengan amalan yang soleh di atas syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Orang yang hanya pandai mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak beramal dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., mengikut syariat lain termasuk dari England, Rusia dan seumpamanya, semuanya ini tidak selamat.

Orang Yahudi, Sobiin dan Nasara yang terus-menerus berpegang dengan agama asal mereka yang telah dinasakhkan sementara mereka tidak masuk Islam dan tidak menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w.


*Petikan artikel dari HarakahDaily.Net

Photobucket
top