Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya ingin menyorot satu berita yang dilaporkan dalam Utusan Online pada 1 Mac lalu (klik di sini). Utusan melaporkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah berkata Para pelajar diingatkan supaya tidak hanya menjadi 'ulat buku' kerana ia tidak menjamin mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.”

Beliau juga dipetik sebagai berkata “terlalu menumpu perhatian kepada akademik akan menyebabkan seseorang pelajar itu tidak cemerlang dari segi sahsiah diri dan pergaulan.”

"Pelajar-pelajar masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris dan bijak berhadapan dengan masyarakat serta tidak lupa jati diri dan asal-usul.
Ok, kenyataan Dr. Mohd. Shafie ada isinya. Saya setuju bahawa “tanpa penampilan yang baik, keyakinan tinggi dan mampu memotivasikan diri, pelajar berkenaan tidak akan mampu berdikari dan menghadapi pelbagai cabaran luar hanya dengan berbekalkan kecemerlangan akademik.”

Apa yang saya sama sekali tidak bersetuju ialah tajuk berita tersebut, “Elak jadi ulat buku”. Mengapa tajuk sebegini digunakan, seolah-olah penulis mengajak para pelajar supaya jangan suka membaca. Padahal menurut hemat saya, membaca merupakan langkah permulaan untuk menimba ilmu. Tidakkah saudara penulis mahu merujuk kepada ayat al-Quran pertama yang Allah sampaikan kepada Nabi Muhammad (sallallah-hualaihiwassallam), ‘Bacalah’?”


Letihlah laporan dengan tajuk yang entah apa-apa. Sedangkan pejuang-pejuang bahasa Melayu terus menerus menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), laporan ini pula boleh juga disimpulkan tidak berhasrat melestarikan bahasa.


Apa kata bekas menteri pelajaran, Tan Sri Musa Mohamad, berkenaan PPSMI? Beliau mengakui wujud kecelaruan dalam pelaksanaan PPSMI walaupun tujuan pelaksanaannya adalah baik.


Menurutnya “PPSMI bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia tetapi sepanjang enam tahun pelaksanaannya ia dilihat seperti tidak mencapai sasarannya disebabkan kecelaruan itu.”


Laman Unika pula melaporkan bahawa Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena berkata, "Kita menolak dan menentang sejak dahulu, tetapi tidak mendapat perhatian. Jikalau ditanya pada saya, memang saya membantah, malah ramai cendekiawan Melayu termasuk yang popular seperti Profesor Emeritus Abdullah Hassan; Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr Nik Safiah Karim dan ramai lagi profesor lain turut menolak pelaksanaannya.

“Gapena mewakili pelbagai gabungan dan perwakilan. Gapena menulis surat kepada kerajaan supaya pandangan dan idea bijak pandai juga diambil kira. Kami terkilan kerana tidak pernah dipedulikan.

“Kami melihat masyarakat Cina menggunakan kesatuan guru bagi mendapatkan maklum balas atau melalui MCA. Sebaliknya kerajaan langsung tidak mahu mendekati kami terutama dengan cendekiawan Melayu yang berfikir.


“Pada saya, orang seperti Ungku Aziz adalah orang yang berfikir. Beliau tidak minta apa-apa pun. Beliau berkata, PPSMI ini tidak menguntungkan bangsa Melayu. Kami pun berfikiran sama seperti itu.

“Bangsa Melayu akan sentiasa kalah jikalau kita teruskan PPSMI."

6 comments:

Unknown said...

...kerana dia pun tidak suka membaca buku kot. Minta orang lain bacakan untuknya. Talkinkan sahaja!

Abang Long said...

Bila banyak membaca, bertambah pengetahuan.
Bertambah pengetahuan, kita dapat membezakan yang baik dan yang buruk.
Akhirnya, kita akan dapat mengenalpasti dengan JELAS siapakah dia PEMBELA AGAMA dan PEMBELA BANGSA.

"Patik MOHON sembah derhaka" - bukankah itu pertuturan orang yang banyak membaca ?

Bie'z said...

Erm pelik jugak ya.Kalau jadi ulat buku pun tak digalakkan, hbs tu nk jadi apa? Ulat dlm batu kot?. Kalau tak membaca macam mana nk bertambah ilmu pengetahuan.Bknkah org yg berilmu itu dipandang mulia?.Aduh...hairang sgh!

Anonymous said...

Sahabat Anuar, Abg Long dan Salbie,

Itulah komentar saya. Mengapa perkara ulat buku menjadi sanggahan, padahal sepatutnya terlalu banyak isu yang sedang melingkari dunia pelajar sekarang ini. Misalnya isu PPSMI.

Aduhai bangsaku!

seriadriani said...

entahlah... letih dan penat bila dengar orang politik berbicara.

akimsensei said...

semakin hilang percaya kpd orang politik yg mengasingkan islam dari politik itu sendiri.. bukankah dalam islam itu terkandung politik.. bersama suburkan ihsan dalam pengamalan seharian..


Photobucket
top