Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan bahasa Melayu.

Beliau berpidato di dalam majlis himpunan dan ikrar mansuh PPSMI pada 23 Februari (Isnin). Menurut beliau, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.


Beliau menggesa supaya rakyat dididik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan.”


Berkaitan dengan isu ilmu dan bahasa, kedapatan banyak penerbit kecil yang dikategorikan sebagai penerbit-penerbit nyamuk. Saya kurang pasti mengapa ianya disebut demikian.


Penerbit-penerbit kecil ini tidak berminat untuk menjual buku mereka di rangkaian kedai buku besar atau kecil. Jualan dilaksanakan melalui konsep jualan terus, sama ada menjual kepada orang ramai di restoran, rumah-ke-rumah atau melalui promosi di sekolah.


Tidak semua buku yang diterbitkan oleh mereka kurang bermutu, tetapi ada juga bagai melepas batuk di tangga sahaja. Asal terbit sudah, itulah mungkin tanggapan mereka.


Proses jualan dan promosi (kata merekalah) kerap dijalankan di sekolah dengan bantuan para guru. Kategori buku yang paling popular ialah buku cerita, dan yang dipujuk supaya membeli ialah anak-anak sekolah rendah.


Tiga orang anak saya sedang bersekolah rendah. Semasa di tahun satu dan dua, anak sulung saya kerap kali membawa balik ke rumah pemplat atau kertas yang berupa borang atau maklumat berkenaan buku-buku tertentu. Ayat biasa yang dikatakan kepada saya ialah, “Cikgu kata, tidak beli tidak mengapa”. Saya tidak menyalahkan anak justeru kerana minat membaca memang saya tanamkan sejak kecil lagi.


Kini dua orang lagi anak saya pun menurut jejak langkah kakak sulungnya, beli buku di sekolah. Cuma kali ini anak saya tidak merujuk kepada saya terlebih dahulu, tetapi terus membelinya tatkala di sekolah.


Seperti yang saya sebut sebelum ini, tidak semua buku-buku cerita tersebut bermutu. Saya kira mereka hanya pentingkan keuntungan tanpa mengira sudut pembelajaran dan pengajaran bahasa.


Salah satu buku cerita nipis yang saya maksudkan ialah Jeritan Di Perpustakaan (siri Misteri Alam Persekolahan) yang diterbitkan oleh satu penerbit di Ampang, Selangor, dan telah dibeli oleh anak saya.


Saya tidak nafikan bahawa ada nilai moral di sebalik cerita yang dipaparkan. Namun justeru kerana buku ini dijual di sekolah untuk murid-murid sekolah, maka sudah sewajibnya mutu bahasa juga menjadi sangat penting dititikberatkan. Jangan mengajar anak-anak sekolah menggunakan bahasa Melayu secara tidak betul.


Saya ambil beberapa contoh kesalahan seperti di bawah:

1) “Kau nak makan apa hari ini?”
2) “Aku nak makan nasi lemak.”

3) “Kau dah siap ke?”
Penggunaan kata ‘nak’, ‘dah’ dan ‘ke’ adalah salah!

Perhatikan yang ini pula, “Toloonngg!!! Tolooonngg! Saya terkurung di perpustakaaann!!”


Ejaan yang betul ialah ‘tolong’ dan ‘perpustakaan’. Mana ada ejaan bahasa Melayu ‘tolooonngg’ dan ‘perpustakaaann’.


Buku cerita ini berhalaman 32, bersaiz kecil, tetapi harga yang tercatat ialah RM3.90. Gila apa? Itu belum diambil kira desain kulit lagi. Tolonglah, jangan menjadi salah satu golongan yang membantu memusnahkan bahasa Melayu serta bangsa Malaysia!


Berkaitan:


Enggan mansuhkan PPSMI golongan celaka, kata Presiden PAS

Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris

Wacana memperingati Hasan Al-Banna, 26 Februari di Kuala Lumpur

Transgenesis, istimewa tetapi hilang seri dengan bahasa Melayu rendah

4 comments:

KerusiMaLas said...

Salam..bagus blog macam library..


Keep it up..!

akimsensei said...

betul tu papaweb.. baru balik dari kampung.. tengok buku2 yang adik den beli, ada siri yupin dan hipin.. macam kelakar lak dorang tiru sebijik2 idea animasi upin dan upin.. siap gambar pun sama, cuma cerita je lain.. harga, 5buku 15pages rm10.. haiyoh..

Anonymous said...

Benar kata saudara. buku2 penerbit seperti itu buku tangkap muat.

PakciQue said...

Koleksi Yupin & Hipin sangat mengarut.

Boleh baca review aku di blog.


Photobucket
top