Berita terkini: Sdr. Hasni Abas, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Hapuskan PPSMI memberitahu PTS bahawa perarakan anti-PPSMI akan disertai oleh kaum Cina, India dan Orang Asli. Pihak Dong Jiou Zong sudah menghubungi beliau dan menyatakan hasrat mahu bergabung dalam gerakan itu.
Baca kenyataan Lim Kit Siang, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini; “Education Minister Hishamuddin Hussein Onn today (10 January 2009) came under fire from DAP stalwart Lim Kit Siang today for keeping silent over the ‘disastrous results’ Malaysia scored in Trends in International Mathematics and Science Study (Timss) survey for the year 2007.”
Laman web Universiti PTS menulis bahawa semua negara-negara Eropah mengajarkan sains dan matematik kepada kanak-kanak sekolahnya menggunakan bahasa masing-masing.
Malaysia mahu maju sebagaimana majunya negara-negara Eropah, tetapi dalam pengajaran sains dan matematik kita ikut pula cara negara-negara miskin di benua India, Afrika dan Latin Amerika yang menggunakan bahasa-bahasa bekas penjajah.
Bandingkan pendapatan per kapita negara-negara yang meminjam bahasa bekas penjajah dan negara-negara yang menggunakan bahasa masing-masing. Selama dijajah oleh bangsa Romawi, seluruh Eropah dipaksa menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa penghantar. Akibatnya, selama 1,000 tahun Eropah berada dalam Zaman Kegelapan.
Kemudian bangsa-bangsa Eropah itu memberontak dan berjaya menumbangkan penjajahan Romawi lalu mendirikan negara-bangsa yang dikenali sebagai England, Peranchis, Jerman, Spanyol, Portugal, Greece dan lain-lain.
Setiap bangsa-bangsa Eropah itu membuang bahasa Latin sebagai bahasa penghantar, dan menggantikannya dengan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu.
Sehubungan dengan ini, tindakan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang menaungi 24 persatuan penulis di seluruh negara yang memutuskan untuk menganjurkan perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan, patut disokong.
Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Dua Gapena, Prof Madya Dr Hashim Ismail dilaporkan berkata, kerajaan diberikan peluang terakhir untuk tampil berunding dengan Gapena dan membuat keputusannya.
Gapena juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung isu pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini.
Kempen himpunan 100,000 juga dirancang akan diadakan. Malaysiakini melaporkan bahawa 13 NGO dan sayap pemuda pembangkang - PAS dan PKR - telah menyatakan kesediaan mereka terlibat dalam bantahan itu.
NGO terbabit, antaranya, kesatuan pekerja DBP, Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia dan Angkatan Sains Islam Malaysia (Asasi).
Ini bukan isu perkauman. Ini adalah isu survival bahasa dan nasib anak-anak Malaysia di negara ini. Jika orang Cina menentang PPSMI, begitu juga orang Melayu dan seharusnya semua rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.
Bantahan kaum Cina baca di sini: Dong Jiao Zong: Switch or we strike.
Baca kenyataan Lim Kit Siang, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini; “Education Minister Hishamuddin Hussein Onn today (10 January 2009) came under fire from DAP stalwart Lim Kit Siang today for keeping silent over the ‘disastrous results’ Malaysia scored in Trends in International Mathematics and Science Study (Timss) survey for the year 2007.”
Laman web Universiti PTS menulis bahawa semua negara-negara Eropah mengajarkan sains dan matematik kepada kanak-kanak sekolahnya menggunakan bahasa masing-masing.
Malaysia mahu maju sebagaimana majunya negara-negara Eropah, tetapi dalam pengajaran sains dan matematik kita ikut pula cara negara-negara miskin di benua India, Afrika dan Latin Amerika yang menggunakan bahasa-bahasa bekas penjajah.
Bandingkan pendapatan per kapita negara-negara yang meminjam bahasa bekas penjajah dan negara-negara yang menggunakan bahasa masing-masing.
Kemudian bangsa-bangsa Eropah itu memberontak dan berjaya menumbangkan penjajahan Romawi lalu mendirikan negara-bangsa yang dikenali sebagai England, Peranchis, Jerman, Spanyol, Portugal, Greece dan lain-lain.
Setiap bangsa-bangsa Eropah itu membuang bahasa Latin sebagai bahasa penghantar, dan menggantikannya dengan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu.
Sehubungan dengan ini, tindakan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang menaungi 24 persatuan penulis di seluruh negara yang memutuskan untuk menganjurkan perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan, patut disokong.
Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Dua Gapena, Prof Madya Dr Hashim Ismail dilaporkan berkata, kerajaan diberikan peluang terakhir untuk tampil berunding dengan Gapena dan membuat keputusannya.
Gapena juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung isu pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini.
Kempen himpunan 100,000 juga dirancang akan diadakan. Malaysiakini melaporkan bahawa 13 NGO dan sayap pemuda pembangkang - PAS dan PKR - telah menyatakan kesediaan mereka terlibat dalam bantahan itu.
NGO terbabit, antaranya, kesatuan pekerja DBP, Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia dan Angkatan Sains Islam Malaysia (Asasi).
Ini bukan isu perkauman. Ini adalah isu survival bahasa dan nasib anak-anak Malaysia di negara ini. Jika orang Cina menentang PPSMI, begitu juga orang Melayu dan seharusnya semua rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.
Bantahan kaum Cina baca di sini: Dong Jiao Zong: Switch or we strike.
2 comments:
Ini isu nasional. Bahasa bangsa negara. Isu bahasa kepunyaan semua rakyat di negara ini dan bahasa warisan dunia. Tidak timbul soal perkauman. Hanya yang tidak tahu erti bangsa negara sahaja menafikan keperluan bahasa kebangsaan, misalnya dalam kes PPSMI.
Mereka pengkagum penjajah lupa bahawa bahasa boleh mencorak pemikiran dan jiwa anak bangsa. Mereka yang didik dengan bahasa Inggeris sampai bila-bila menjadi pengakagum penjajah dan jangan harap akan memperjuangkan bahasa sendiri atau faham kebangsaan. Mereka akan menjadi si Tanggang Moden, bisa bersuara hanya untuk kepentingan asing.
Post a Comment