Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts sorted by relevance for query Jaring Internet Magazine. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Jaring Internet Magazine. Sort by date Show all posts
26 Rejab 1432H - Saya bekerja di MIMOS (kemudian MIMOS Berhad) dan JARING selama 11 tahun. Sepanjang kerjaya saya di sana, ia mengumpul banyak kenangan manis dan pahit, masa gemilang dan menurun. Saya memulakan tugas di MIMOS sebagai Penyelidik yang tertumpu kepada tugas-tugas merekodkan kegiatan Penyelidik lain untuk tujuan penulisan dan penerbitan dalaman dan Kementerian Sains dan Teknologi pada waktu itu. Apabila JARING dikomersilkan dan seterusnya menukar nama kepada JARING Communications Sdn. Bhd., saya bertukar tugas sebagai eksekutif pemasaran, khusus dalam menyediakan teks-teks bagi tujuan promosi, pemasaran dan branding.

Selepas itu saya menjawat tugas tambahan sebagai Associate Editor bagi majalah Internet berbahasa Inggeris, Jaring Internet Magazine. Sejurus selepas versi bercetak majalah ini tamat, saya ditugaskan pula mengendalikan versi online (versi di Internet sepenuhnya) majalah berkenaan, sehinggalah hayatnya juga tamat. Jawatan terakhir saya ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam bahagian Komunikasi Brand dan Pemasaran. Ceritanya seperti di bawah.

Ketika saya mengungguli tugas-tugas penulisan di sisipan Komputer akhbar Be
rita Harian bagi kolum Jalinan Jaring, sebuah majalah Internet berjudul Jaring Internet Magazine dirancang diterbitkan oleh MIMOS Berhad. Tugas saya mengendalikan kolum Jalinan Jaring ialah menulis artikel berkaitan teknologi terutamanya Internet bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat. Dalam masa yang sama laman web juga diwujudkan bagi kolum berkenaan.

Dalam pada itu, kertas cadangan saya yang dikemukakan kepada pihak editorial dan pengurusan Majalah PC juga diterima. Justeru itu, tidak berapa lama kemudian bermulalah penulisan saya dalam kolum khas berjudul Rakan JARING dalam majalah ICT berbahasa Melayu paling berpengaruh di Malaysia itu. Konten Rakan JARING juga menumpukan kepada sudut berkaitan ICT dan Internet. Tugas menulis artikel ini untuk keluaran sebulan sekali
, manakala tugas untuk Jalinan Jaring pula adalah menerbitkan artikel secara mingguan.

Sebaik sahaja urusan penerbitan Jaring Internet Magazine diluluskan oleh pihak pengurusan MIMOS Berhad di bawah kendalian JARING, satu e-mel dihantar kepada grup pengurusan JARING mencari seorang champion bagi menjadi tuan punya produk (produk owner). Pengurus pemasaran JARING yang menjadi bos terdekat (immediate superior) terus mencadangkan nama saya sebagai champion. CEO JARING bersetuju dengan cadangan tersebut, dan saya pula sanggup menerima cabaran baru itu, di samping tugas-tugas penulisan untuk dua kolum di Berita Harian dan Majalah PC.


Tanggungjawab saya sebagai pemilik produk atau pengurus produk ialah mengembang dan mengelolakan Jaring Internet Magazine, sebuah majalah Internet bulanan yang diterbitkan oleh MIMOS Berhad, sebagai salah seorang tim editorial, merangka kerangka kerja dan mengendalikan proses penerbitan keseluruhan majalah sehingga diedarkan di pasaran. Ianya juga merangkumi tugas pemantauan terhadap strategi dan prestasi majalah, melakukan kawalan anggaran kos keseluruhan, perencanaan dan peramalan pendapatan, dan melakukan operasi dan fungsi pengedaran.


Saat itu kedengaran bisik-bisik dalam e-mel dan di koridor bangunan MIMOS seperti, “Bolehkah Hizam buat kerja seberat itu?”, "Bolehkah mamat itu menjadi Champion b
agi sebuah majalah Internet berbahasa Inggeris?”, “Menjadi pengurus produk bukan kerja mudah. Bolehkah dia lakukannya?”, dan seumpamanya.

Saya memekakkan telinga dan terus menumpukan kepada tugas yang diamanahkan. Saya membentuk tim dalaman bagi membantu semua jenis tugas dalam mempastikan Jaring Internet Magazine berjaya diterbit dan diedarkan kepada klien JARING dan khalayak umum di pasaran terbuka. Persaingan agak sengit di ketika itu kerana sudah kedapatan beberapa majalah Internet tempatan dan regional yang diterbitkan terlebih dahulu.


Perjalanan dan hayat Jaring Internet Magazine diteruskan sehingga berlakunya p
erubahan drastik, iaitu pertukaran pihak pengeluar (atau pihak ketiga) yang menjadi kontraktor penerbitan majalah. Cadangan saya bagi menukarkan pihak kontraktor justeru kerana kos. Dengan pertukaran tersebut, hampir separuh kos keseluruhan kerja-kerja penerbitan dapat dikurangkan. Alhamdulillah, pihak pengurusan terutamanya CEO JARING bersetuju dengan kertas cadangan saya tersebut.

Di samping menggalas tugas pengurusan majalah, saya juga menulis rencana berita dan komentar untuk Jaring Internet Magazine. Justeru itu saya juga menjadi seorang penulis tetap. Saya teruja dengan tugas penulisan berbahasa Inggeris. Dari hanya beberapa rangkap, akhirnya sumbangan saya berkembang menjadi beberapa halaman, malah menjadi feature writer.


Apa perbezaan di antara penulis atau wartawan berita (reporter) dan penulis feature? Seorang reporter berita melibatkan tugas menulis sesuatu peristiwa semasa, tanpa komentar. Manakala penulis feature menulis artikel dan membentangkan komentar tentang isu atau peristiwa yang dapat mempengaruhi kehidupan orang-orang dalam komuniti.

Justeru sebab-sebab tertentu yang tidak perlu saya ceritakan di sini, akhirnya Jaring Internet Magazine ditamatkan. Namun versi online terus hidup, malah saya kembangkan. Jadi tugas-tugas sebagai wartawan diteruskan bagi memaparkan berita terkini dalam sector ICT. Pada kemuncaknya, laman web Jaring Internet Magazine menerima hit tidak kurang daripada 400,000 hit setiap bulan. Hit sebanyak itu diterjemahkan kepada jumlah pengunjung unik tidak kurang dari 130,000 orang setiap bulan. Pada awal era populariti Internet dan laman web sedang menerima minat industri, jumlah hit dan pengunjung unik sebanyak itu cukup memadai sebagai tanda aras kejayaan.


Dalam kesibukan itu juga, kerana kehidupan seharian saya memang perlu menggeluti info terkini teknologi dan Internet, maka saya mangambil kesempatan memperoleh sedikit wang tambahan dengan menyumbangkan artikel kepada beberapa majalah berbahasa Melayu,
di sekitar tahun-tahun 1996 hingga 2006. Kemuncak sumber pendapatan tambahan dari sumbangan berbayar itu ialah penerimaam cek bayaran terkumpul RM1,500 setiap bulan dari pelbagai penerbit majalah.

Itulah Berfikir Gaya Champion!


Berkaitan:
Berfikir Gaya Champion: Sebesen ikan keli dan haruan

(Foto 1: Kaver Jaring Internet Magazine isu pertama, Jun 1998. Foto 2: Sebahagian kecil carian OPAC nama saya.)

** Siri saranan Berfikir Gaya Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya berhasrat menerbitkannya dalam bentuk buku. Sekiranya ada penerbit yang berminat atau turut terinspirasi dengan idea ini, saya alu-alukan bagi menghubungi saya. Penulis bersedia berkongsi idea dan pengalaman, serta menadah nurani bagi menerima cadangan dan ujana.

** Hakcipta Terpelihara @ Hizamnuddin Awang.
Saya bekerja di MIMOS Bhd dan JARING Communications Sdn Bhd selama 11 tahun. Sepanjang kerjaya saya di sana, ia mengumpul banyak kenangan manis dan pahit, masa gemilang dan menurun. Saya memulakan tugas di MIMOS sebagai Penyelidik yang tertumpu kepada tugas-tugas merekodkan kegiatan Penyelidik lain untuk tujuan penulisan dan penerbitan.

Apabila JARING dikomersilkan, saya bertukar tugas sebagai eksekutif pemasaran, khusus dalam menyediakan teks-teks bagi tujuan promosi, pemasaran dan penjenamaan.

Selepas itu saya bertugas sebagai Associate Editor bagi majalah internet berbahasa Inggeris, Jaring Internet Magazine. Sejurus selepas versi bercetak majalah ini tamat, saya ditugaskan pula mengendalikan versi dalam talian (versi internet sepenuhnya) majalah berkenaan, sehinggalah hayatnya juga tamat. Jawatan terakhir saya ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam bahagian Komunikasi Jenama dan Pemasaran Jaring.


(Gambar kiri: Desain kulit depan Jaring Internet Magazine keluaran Nov. 1999. Gambar kanan: Artikel yang saya tulis untuk Jaring Internet Magazine, November 1999. Klik untuk besarkan dan baca)
Hanya tujuh laman web atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan yang disenaraikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memperoleh penilaian lima bintang.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata maklumat daripada laporan ‘Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009′ oleh MDEC ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.
Saya tidak terkejut dengan laporan penilaian ini. Memang begitu majoriti laman web agensi kerajaan. Peratusan amat rendah dari sudut keberkesanan dan keramahan laman web itu berkait rapat dengan mutu perkhidmatan kaunternya. Sudah lama masyarakat memperkatakannya.

Namun begitu, terdapat beberapa laman web yang mendapat pengiktirafan lima bintang. Laman web tersebut dikendalikan oleh Kementerian Kewangan; Pejabat Perdana Menteri; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu); Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Pejabat Kerajaan Negeri Selangor; dan portal myGovernment.

Antara kriteria diambilkira oleh MDEC untuk mendapat pengiktirafan itu ialah keupayaan laman web itu diakses oleh pengguna, menyediakan capaian dalam dwibahasa untuk memudahkan pengguna berurusan dan selalu dikemaskini.

Berkaitan dengan penilaian yang dibuat oleh MDEC ini, saya teringat akan satu program anugerah bagi laman web sedikit masa lalu; Anugerah Internet Malaysia atau @MY Award. Anugerah tersebut dicipta oleh beberapa pihak iaitu MIMOS Berhad, e-Asia dan Jaring Internet Magazine. Kemudian ia menjadi semakin besar
dan berprestij dengan penglibatan pihak industri seperti Cisco System, JARING dan Quest7.com, dan media seperti NTV7, The Star dan Kumpulan Utusan.

Anugerah Internet Malaysia menjadi salah satu mercu kejayaan saya secara peribadi. Saya bersama pasukan Jaring Internet Magazine menjadi pelopor kewujudan @MY Award ini. Penglibatan saya bermula dari perbincangan awal, penyusunan tenaga kerja sehinggalah ke malam kemuncak anugerah berprestij ini.


Antara kriteria pemilihan pemenang adalah seperti mana yang digunakan oleh MDEC bagi nilaian bintang. Sayang seribu kali sayang, @MY Award hanya bertahan selama empat tahun sahaja walaupun ia sudah diterima di kalangan industri internet/ICT Malaysia.

Saya, editor dan lain-lain staf Jaring Internet Magazine pada waktu itu terasa bagaikan putus nafas apabila @MY Award senyap dan mati tidak berkubur. Walaupun ada beberapa isu dalaman berkaitan anugerah itu, saya kira ianya boleh diselesaikan secara baik. Namun kapten organisasi tempat saya bertugas waktu itu seolah-olah tawar hati untuk meneruskannya. Berkuburlah @MY Award yang menjadi kebanggaan saya.
Desain kulit depan ini (gambar kiri) merupakan Jaring Internet Magazine terbitan sulung, Jun 1998 (Vol. 1, No.1). Ini adalah majalah internet yang diterbitkan oleh MIMOS Berhad. Semasa itu, saya memegang tanggungjawab sebagai associate editor.

Cover story is
France ’98 on the internet:

“World Cup on the internet? Why not. If you are first time on the World Wide Web, you will be surprised to discover the number of sites that are devoted to football. Yes, football. So is you are a big fan of the sport and just cannot get enough of it, here’s your chance.


Get on the net and find out all you want about your favourite player, what the odds are on certain matches, useful background information and a host of some really awesome goodies. There is also a list of web sites you can check out. A word of warning though…access to these sites may a world wide wait as more and more fans jam these pages to catch the fever!


Still, happy surfing!”


Berkaitan:
Nostalgia Jaring Internet Magazine (1)
Assalamualaikum. Pada hari ini sesi Bicara Buku bersama dengan penulis buku Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulkarnain, Berfikir Gaya Champion dan terbaharu Konstantinopel Kibaran Panji-panji AL-FATEH.

Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip penulisan dan pengalaman beliau sebagai penulis. Terima kasih kepada tuan / puan / cik kerana meluangkan masa pada hari ini. Kita mulakan dengan sesi perkenalan dahulu.

Jawapan: Saya menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, saya pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., saya melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama saya banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan saya ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT, internet dan peradaban manusia. Jawatan terakhir saya ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Kini saya mengusahakan bisnes katering sepenuh masa bersama isteri. Dalam pada itu, saya meneruskan habit membaca dan menjadi pengulas dan pengkritik buku-buku fiksyen dan non-fiksyen.

Soalan pertama, apakah ciri-ciri yang perlu dipunyai sebagai seorang penulis? Adakah semata-mata konsisten menulis sahaja?

Jawapan: Untuk menjadi penulis yang baik, wajib rajin membaca, menelaah dan memerhati. Kemudian mentaakul setiap ilmu yang diperoleh itu. Taakul dengan semangat untuk mengambil pengajaran, untuk berkongsi. Konsep ini lebih kepada amalan belajar sepanjang hayat, selari dengan anjuran Nabi Muhammad (SAW).

Jangan sombong dengan ilmu, justeru itu milik Allah. Oleh kerana milik Allah, buat apa kita sombong, kelak Allah boleh sahaja menarik balik ilham dan pemahaman ilmu itu. Baca, taakul dan tulis. Buat adaptasi di mana perlu, kemudian persembahkan kepada khalayak. Ikhlaskan niat, insya-Allah, ilmu itu bakal beroleh manfaat untuk diri sendiri dan orang lain yang membacanya.

Penulis wajib ikhlas menulis.

Soalan kedua, apakah dorongan utama tuan semasa menulis sehingga karya pertama berjaya diterbitkan sehinggalah karya yang ada sekarang?

Jawapan: Saya ulangi, penulis wajib ikhlas menulis. Jujurnya, siapa tidak mahu duit dengan menulis. Namun jangan pula niat menulis buku atau novel semata-mata demi duit. Apa yang sangat utama ialah mencari redha Allah, dan agar semua pihak mendapat manfaat daripada buku-buku yang diterbitkan.

Bercerita mengenai kejayaan, banyak pembaca mahu tahu apakah teknik dan strategi supaya menghasilkan karya mereka sendiri. Apakah caranya supaya seseorang penulis boleh terus menghasilkan karyanya?

Jawapan: Jangan tulis kerana duit semata-mata, betulkan niat. Tulis untuk dakwah dan saling mengingati. Itu hasrat saya, dan syukur Allah berikan kemudahan. Wang perlu, tapi redha Allah paling utama. Saya jahil, sahabat, saya pernah silap langkah. Saya sedar. Doa, taubat dan tawakal. Kasih dan cinta Allah untuk kita, insya-Allah. Niat bersih, duit ikut kita dari belakang, jadi hamba kita, bukan sebaliknya.

Mungkin, hikmah saya boleh istiqamah dan kuatkan semangat di sela-sela blok minda menulis dan kemalasan ialah justeru menulis dari hati. Menulis dari kesedaran yang saya perlu buat sesuatu.

Saya tidak mendalam ilmu agama. Cuma ingin belajar betulkan diri, mahu berubah, niat luruskan langkah sendiri yang terasa pincang. Mengaku di hadapan Allah. Mahu berubah dan berhijrah, menjadi lebih baik. Menjadi Champion dari sudut tersendiri.

Membaca buku-buku yang baik, kitab, al-Quran. Kemudian fahami, taakul dan serap. Amalkan, insya-Allah. Dirikan yang wajib, buatkan yang sunat. Usaha, doa dan tawakal.

Pada pandangan tuan, adakah bahan bacaan dan rujukan itu penting untuk menghasilkan buku. Bagaimana pula memanfaatkan bahan bacaan dan rujukan ini supaya dapat dibuat buku?

Jawapan: Sudah semestinya bahan dan rujukan penting dalam menulis perkara yang baik. Lagi banyak membaca, lagi baik. Ingin saya berikan satu tip penting dalam bidang menulis ini, iaitu berkaitan dengan kenyataan bahawa hanya al-Quran yang benar-benar original, itu jaminan dari Allah.

Bahan-bahan lain ialah berupa hikmah atau ilmu milik manusia atau lebih tepat milik Mukmin yang tercicir. Saya ulang kembali, asal ilmu itu milik mutlak Allah. Ambillah dari sumber manapun, namun pastikan ia selari dari sudut al-Quran dan ingatan Rasulullah (SAW).

Manfaatkan bahan bacaan dengan membuat proses adaptasi, sesuaikan dengan apa yang mahu disampaikan. Harus jangan dilupa, penulis juga wajib melihat elemen pahala dan dosa, halal dan haram. Ikhlaskan niat. Usaha dan doa.

Soalan terakhir, boleh kongsikan empat prinsip tuan semasa berkarya?

Jawapan:

(a) Ikhlaskan niat untuk menggapai redha Allah.

(b) Betulkan apa yang salah ambil / difahami oleh masyarakat atau khalayak pembaca. Kongsikan ilmu yang diilhamkan. Lestarikan menjadi buku atau novel yang bermanfaat.

(c) Buntu? Minta pandangan dari orang-orang atau sahabat yang boleh dipercayai. Kongsi, debat dan lestarikan. Saya ulang, ikhlaskan niat kerana Allah.

(d) Buntu lagi? Amalkan doa-doa mustajab, atau minta dengan Allah secara terus dalam bahasa dan gaya sendiri. Solat sunat agar Allah mudahkan segala usaha.

Promosikan buku tuan untuk PBAKL 2013.

Jawapan: Untuk PBAKL 2013 ini, insya-Allah, boleh dapatkan tiga buah buku saya bersama Galeri Ilmu.

(a) Novel sejarah – Macedonia: Alexander Agung dengan tagline Hijab Raja Zulqarnain. Alhamdulillah, setakat ini penerimaan daripada pembaca sangat baik.

(b) Buku motivasi berjudul Berfikir Gaya Champion. Kita mungkin tidak boleh menulis buku motivasi yang baik jika kita sendiri tidak mengalaminya, yakni mungkin kegagalan  atau kesukaran. Inilah yang ingin saya kongsikan dalam buku ini, insya-Allah. Moto utama ialah doa, usaha dan tawakal. Ia kisah saya dan tafsiran serta taakulan saya daripada peristiwa seharian. Cerita biasa-biasa yang saya harap menjadi luar biasa dengan penyampaian santai.

(c) Novel sejarah kedua berjudul Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH. Insya-Allah, kita boleh bersemuka, bertemu dan berbual. Datanglah juga untuk mendapat autograf bagi setiap buku saya.

** Entri asal dari Buku Kita Harta Kita.
23 Rabiulawwal 1432H - Penulis bernama Hizamnuddin bin Awang. Beliau menggunakan nama pena Web Sutera. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Kini beliau mengusahakan bisnes katering, dengan nama Lusiana Catering, sepenuh masa bersama isterinya Cef Hana. Dalam pada itu, beliau meneruskan habit membacanya dan menjadi pengulas dan pengkritik buku-buku fiksyen dan non-fiksyen.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bisnes katering, aktiviti-aktiviti berkaitan dan pakej-pakej yang ditawarkan, sila kunjungi laman web Lusiana Catering beralamat www.themakan.net.

Di halaman belakang kulit buku, dimasukkan sedikit biodata kedua-dua penulis; Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf.

Hizamnuddin Awang atau lebih dikenali sebagai Web Sutera memulakan bisnes dengan menjual nasi lemak sahaja. Kini, hampir lima tahun beliau mengusahakan bisnes katering dengan nama Lusiana Catering. Bisnes ini dijalankan secara sepenuh masa bersama isterinya, Cef Hana. Layari www.themakan.net bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Imran Yusuf berperanan sebagai penulis bersama buku ini. Kapasiti beliau sebagai penulis prolifik dan penterjemah menguatkan lagi kredibiliti dalam memastikan buku ini kuat dari segi struktur dan susunan manuskrip. Kini, beliau sudah menulis enam buah buku bukan fiskyen bersama dua buku terjemahan. Layari bicarapenulis.blogspot.com bagi maklumat lanjut.

Halaman berwarna

Keseluruhan buku ini mengandungi 164 muka surat tidak termasuk kulit. Dari jumlah ini, 16 halaman merupakan halaman berwarna dengan memuatkan foto-foto sesi katering. Menurut Pengurus PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Tuan Aizat Abdul Razak, buku ini merupakan buku pertama dalam Siri Buat Duit yang mempunyai halaman berwarna.

Idea awal halaman bergambar ini dicetuskan oleh penulis bersama Tuan Imran Yusuf.

Buku Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.

Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.

Isi Kandungan


Prakata, Pengenalan, Pendaftaran Bisnes, Modal Pelanggan dan Waktu Pesanan Katering, Peralatan, Barang Mentah dan Sumber Bekalan, Jenis Menu dan Harga Tawaran, Promosi dan Pemasaran, Pengurusan Khidmat Katering, Kemahiran, Pengalaman, Kisah Benar, Penutup, dan Lampiran.

Judul: Buat Duit dengan Katering

Penulis: Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN-13: 978-967-369-084-8
Harga: RM 14.00 / RM 16.00


Photobucket

Photobucket
** Keterangan foto: Majlis perkahwinan yang berlangsung pada malam 22 Januari 2011 di Dewan Konvensyen Nilai, Negeri Sembilan kendalian Lusiana Catering.

Berkaitan:
Resepi berbuka puasa dan Aidilfitri: Cef Lusiana Catering dalam Seni Hias
29 Rejab 1432H - Saya seorang budak kampung, dilahirkan di sebuah perkampungan kecil terpencil di Besut, Terengganu. Bahasa perbualan seharian di rumah dan seputar teman-teman ialah bahasa Melayu dialek Kelantan / Besut. Malah di sekolah pun saya berbual dengan bahasa dialek ini. Cuma ketika dalam kelas sahaja bahasa Melayu piawai digunakan.

Minat saya kepada subjek matematik dan sains bermula. Pastinya bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek tersebut. Selepas bersekolah rendah - darjah satu hingga darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu dan kemudian darjah empat hingga enam di Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi Satu, Jerantut, Pahang - saya melangkah ke sekolah menengah pula. Saya kembali ke Besut dan bersekolah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh, dari tingkatan satu hingga tiga. Di sekolah tersebut saya cukup terkenal di kalangan guru dan teman dengan minat dan kepandaian dalam matematik dan sains.


Kemudian selepas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya berhijrah ke Asrama Felda (kini Asrama Semai Bakti Felda) dan bersekolah di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur dengan mengambil jurusan sains sebagai tapak. Saya mengenali ilmu kimia, fizik, biologi, matematik (termasuk subjek matematik tambahan yang agak mencabar) untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Dalam pada itu, sejak di tingkatan satu lagi saya mula berjinak-jinak dengan bahasa Inggeris melalui buku-buku cerita dalam bahasa tersebut. Namun ianya tidak mencukupi pastinya.


Saya lebih giat tatkala bersekolah berasrama di Kuala Lumpur selepas SRP untuk memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris. Dengan sedikit wang amanah orang tua dan dermasiswa dari sebuah bank tempatan, saya mula membeli novel-novel bahasa Inggeris. Wisma PERKIM yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selalu saya kunjungi. Saya mula membaca akhbar tempatan dalam bahasa Inggeris. Kamus dwi-bahasa menjadi teman rapat.
I had done my first review for this book sometimes 7 years ago at Jaring Internet Magazine Online, but unfortunately this magazine’s site is not in operation anymore. I read from cover to cover and found that this book is very relevant at that time and still relevant till today because it focuses on very basic of digital business.

I have checked at Amazon.com and Barnes and Noble websites, pity they don’t have any stock available. However, you guys can check at Abebooks.com. This website has stock in their disposal, cheap book to buy here.
(Cover: Digital Business Japanese version)

Digital Business: Surviving and Thriving In An On-Line World
was an instant success when it was first published by Hodder and Stoughton (www.hodderheadline.co.uk) in 1996. The hardback shot to the top of Dillon’s best-seller charts in the UK and the book was translated for Japanese and Chinese editions (both authorised and pirated).

The book was a belated follow-up to Ray Hammond’s 1984 volume, The On-Line Handbook, and it described how internet commerce had grown in the intervening twelve years.


The hardback edition of Digital Business also included a CD-ROM with Netscape Navigator (this is history, indeed! No more Netscape browser) and links to all of the companies, services and products mentioned in the text. Digital Business was the world’s first book to be published with a companion website that allowed readers to read regularly updated editions of the text and follow new links.


Title: Digital Business: Surviving and Thriving In An On-Line World

Author: Ray Hammond

Publisher:
Hodder & Stoughton, 1996

ISBN: 0340666609

Paperback, 288 pages
24 Syawal 1431H - Makan-makan dan bebual mesra di majlis rumah terbuka Aidilfitri di dalam sebuah perpustakaan khusus memang ada kelainan. Saya secara peribadi suka melihat persekitaran perpustakaan yang turut dipenuhi sajian makanan. Namun tidak boleh dibuat acap kali, nanti mungkin ada orang kata, “Mahu baca buku atau mahu makan?”

Walau apapun, tanggal 30 September 2010, saya ke Cyber Security Malaysia bagi memenuhi undangan seorang sahabat lama semasa bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Undangan tersebut ialah menyajikan beberapa menu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Maklumat Pengetahuan, Cyber Security Malaysia yang terletak di tingkat 1, Bangunan Sapura, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor.

Saya sempat juga menegur sapa dan berbual ringkas dengan Leftenan Kolonel (Bersara) Husin Jazri, Ketua Eksekutif Cyber Security Malaysia.

“Tuan masih bekerja di MIMOS lagi?” tanya beliau sambil tersenyum.
“Sudah lima tahun saya tinggalkan MIMOS,” jawab saya sambil berjabat mesra tangan beliau.
“Sekarang buat apa?” tanya Kolonel Husin lagi.
“Saya menceburi bisnes katering sekarang ini. Sudah hampir 5 tahun,” jawab saya seraya mengukir senyuman.

Beliau mengingati saya kerana minat saya terhadap isu keselamatan teknologi dan dunia siber. Semasa bertugas sebagai Editor Bersekutu bagi majalah Jaring Internet Magazine, saya tidak akan melepaskan peluang menghadiri sesi sidang akhbar oleh MyCert dan NISER. Pastinya saya antara wartawan yang banyak bertanya.

Komen rakan lama saya itu melalui emel begini, “InsyaAllah jika ada rezeki kami akan membuat tempahan lagi. Semua menyatakan makanan enak-enak belaka.” Segala syukur dan puji hanya layak untuk Allah. Alhamdulillah.

Foto-foto berkaitan disertakan di sini.


Photobucket
Photobucket


Saya bukan pejuang bahasa Melayu dan tidak sama sekali membenci bahasa Inggeris. Baca seterusnya apa yang mahu saya sampaikan.

Saya seorang budak kampung, dilahirkan di sebuah perkampungan kecil terpencil di Besut, Terengganu. Bahasa perbualan seharian di rumah dan seputar teman-teman ialah bahasa Melayu dialek Kelantan/Besut. Malah di sekolah pun saya berbual dengan bahasa dialek ini. Cuma ketika dalam kelas sahaja bahasa Melayu piawai digunakan.


Minat saya kepada subjek matematik dan sains bermula. Pastinya bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek tersebut.


Saya melangkah ke sekolah menengah pula, juga di Besut.
Saya cukup terkenal di kalangan guru dan teman dengan minat dan kepandaian dalam matematik dan sains.

Kemudian selepas kejayaan cem
erlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya bersekolah di Kuala Lumpur dengan mengambil jurusan sains sebagai tapak. Saya mengenali ilmu kimia, fizik, biologi, matematik (termasuk subjek matematik tambahan yang agak mencabar) untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, sejak di tingkatan satu lagi saya mula berjinak-jinak dengan bahasa Inggeris melalui buku-buku cerita dalam bahasa tersebut. Namun ianya tidak mencukupi pastinya.


Saya lebih giat tatkala bersekolah asrama di Kuala Lumpur, selepas SRP, untuk memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris.
Dengan sedikit wang amanah orang tua dan dermasiswa dari sebuah bank tempatan, saya mula membeli novel-novel bahasa Inggeris. Saya mula membaca akhbar tempatan dalam bahasa Inggeris. Kamus dwi-bahasa menjadi teman rapat.

Dengan berkat doa o
rang tua dan minat belajar saya, kembara ilmu diteruskan di pusat matrikulasi dan seterusnya di universiti. Pengkhususan di universiti ialah sains komputer dan pengurusan. Banyak buku rujukan di universiti menggunakan buku asal dalam bahasa Inggeris. Jika hanya bergantung kepada nota-nota kuliah yang dicatat semasa sesi syarahan, maka saya kira amat tidak mencukupi. Walaupun menghadapi sedikit masalah pada mulanya, saya terus tekun memperbaiki kosa kata bahasa Inggeris.

Semasa belajar di matrikulasi dan universiti, saya terus menanam minat membaca novel-novel dalam kedua-dua bahasa. Novel bahasa Inggeris bercorak penyiasatan dan spi serius dan berat pertama dibaca ialah The Day of the Jackal yang ditulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal Frederick Forsyth.
Seterusnya saya berkenalan dengan penulis Tom Clancy lewat novel pertama yang dibeli, The Cardinal of the Kremlin. (Dibeli di Bazar Chowrasta, Pulau Pinang)

Novel bahasa Melayu juga tidak saya tinggalkan.
Saya mengenali SN Arenawati ketika di universiti.

Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh ijazah yang diimpikan dengan baik tanpa menambah tahun pengajian di universiti.


Apa yang mahu saya gambarkan di sini? Seorang anak Melayu sudah berjaya menguasai matematik dan sains melalui medium bahasa Melayu. Dalam masa yang sama saya turut menguasai bahasa Inggeris, bukannya melalui pembelajaran matematik dan sains, tetapi melalui pembacaan yang tekun buku dan novel berbahasa Inggeris.


Sebagai maklumat tambahan, saya pernah menjadi associate editor untuk majalah berbahasa Inggeris yang sudah tidak lagi diterbitkan, iaitu Jaring Internet Magazine. Seterusnya saya menjawat tugas editor untuk versi online majalah tersebut. Saya giat menulis bagi kedua-dua versi majalah tersebut.


Saya tidak membenci bahasa Inggeris, tetapi saya mencintai bahasa Melayu kerana saya tetap teguh yakin bahawa bahasa Melayu boleh dan akan terus boleh menjadi bahasa ilmu.


Apa berita terkini bantahan terhadap pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)?


Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”


Dalam kemesraan dan ketawa di ruang lobi parlimen, enam tahun sudah berlalu.


Jikalau pada setiap tahun separuh sahaja daripada anak-anak sekoah rendah yang tidak memahami apa-apa melalui bahasa yang tidak difahaminya, bermakna ada sekitar 200,000 anak kita yang ternafikan haknya menerima pendidikan. Dalam enam tahun, mungkin sudah ada 1,200,000 anak-anak kita yang sudah menjadi korban PPSMI. Majoritinya anak-anak Melayu.


Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”

Aduhai. Sejak 1996 lagi kami sudah bersuara.


Seawal September 2002, Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain, sudah menghantar memorandum menyatakan pendirian profesor sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) Malaysia kepada Perdana Menteri, dan Menteri Pendidikan Malaysia.


68 orang profesot SAKTI ini menandatangani dokumen tersebut. Sekiranya belum ditemui, memorandum itu diterbitkan semula dalam “Mengapa Kami Bantah!”
(Sumber: Blog Institut Peradaban Melayu, UPSI)

Isu PPSMI juga menjadi topik hangat di Parlimen Malaysia. Laman berita Malaysiakini melaporkan bahawa soal untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat pada 18 Februari 2009 apabila beberapa wakil rakyat mengemukakan pandangan berbeza berhubung pelaksanaannya.


Baca laporan penuh Malaysiakini di sini.


Berkaitan:
Isu PPSMI: SN Pak Samad di pentas PAS
PPSMI: Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad

Himpunan 100,000, bahasa memacu tamadun negara, sorotan Unika dan Malaysiakini

Christian Herald dan Insignia Skuadron 230 Tentera Udara Diraja British

PPSMI menentang Quran – UNIKA

PPSMI: Pemuda PAS sedia debat dengan Pemuda Umno

Pakatan Rakyat pro-bahasa Melayu?

Siapa minat Star Wars?
3 Syaaban 1432H - Saya sedar menceburi bidang bisnes banyak risiko. Salah satu risikonya ialah penipuan. Bisnes katering pun tidak terlepas dari anasir penipuan ini. Saya pun terkena sama. Ironinya para penipu tersebut ialah orang Melayu yang beragama Islam! Setakat pengalaman saya, orang Cina tidak pula berperangai demikian. Mengapa? Di mana silapnya?

Dalam buku Buat Duit dengan Katering, saya ada ceritakan secara ringkas berkenaan kes saya kena tipu. Di sini saya memperincikan sedikit salah satu daripada kes yang disebutkan.


Saya acap kali mendapat pesanan katering dari si polan itu bagi majlis yang berlangsung di premis tempat dia bekerja. Pada permulaannya majlis kecil-kecilan sahaja seperti sambutan hari lahir atau hidangan minum petang ringkas. Akhirnya saya memperoleh projek perkahwinan dan makan malam. Walaupun saya meminta bayaran deposit, tetapi hanya sejumlah kecil sahaja yang diberikan. Sebagai contoh, seandainya nilai projek katering itu ialah RM1,000, saya hanya memperoleh sekitar RM300 sahaja sebagai deposit. Begitulah bagi projek seterusnya, satu demi satu. Akhirnya wang terkumpul yang masih si polan atau syarikat si polan berhutang dengan saya mencecah melebihi RM10,000! Memang banyak, saudara dan tuan puan.

Akhirnya si polan berhenti kerja setelah banyak aduan dari pembekal servis lain dengan masalah yang sama. Ada seorang rakan katerer turut terkena getah, jumlahnya RM20,000! Lagi naya! Saya tidak puas hati. Saya ‘mengejar’ si polan tersebut. Saya juga mengadukan perihal itu kepada pihak pengurusan kelab. Bos kelab sudi memberikan beberapa ribu sebagai bayaran ansuran sedikit demi sedikit, namun jauh dari mencukupi.

Si polan juga berjanji akan membayar balik. Dia mengeluarkan tiga keping cek bernilai RM500 setiap satu dalam sela masa beberapa bulan. Malangnya ketiga-tiga cek tersebut tendang! Sudahlah si polan isu cek tendang, akaun saya pula yang didebit bank RM5 setiap kali cek tendang. Yalah, sebagai kos kurir penghantaran balik cek ke alamat bisnes saya.
Cek dikeluarkan tanpa ada duit dalam akaun bank.

“Apa sudah jadi dengan mamat seorang ini?” saya melenting di depan isteri. Dia turut marah.

“Memusnahkan bisnes bangsa sendiri. Tidak tahu halal haramkah dia?” jawab isteri saya.

Isteri saya lagi terasa akan penat lelahnya seolah-olah tidak dihargai oleh si polan. Setakat pengetahuan saya, tiada komplen dari klien dan tetamu berkenaan mutu hidangan masakan. Hampir kesemua sesi katering di kelab tersebut berlangsung tatkala isteri saya sarat mengandung. Ke hulu ke hilir dia membawa perut yang semakin hari semakin membesar. Demi bisnes dan kepuasan klien, isteri saya tidak pernah mengeluh. Salahkah kalau saya dan isteri bengang?

Habis itu bagaimana kedudukan saya? Hendak berundur tidak sama sekali! Itu semua ujian dari Tuhan untuk saya. Semangat tetap membara dan terus meraduk gelombang. Rezeki dari Tuhan, bukannya dari manusia. Perjuangan tetap diteruskan.

Dalam buku Buat Duit dengan Katering juga, saya menulis, “Namun, saya tetap tidak halalkan walaupun sebiji nasi, walau setitis air!”

Demi semangat Berfikir Gaya Champion, para pembaca menjadi saksi, saya ampunkan dosa si polan dan halalkan mana yang diambilnya. Biarlah dosanya dengan Allah, Allah jua yang memberi pengampunan. Saya tidak mahu menyusahkan si polan dengan dosa kepada saya dan isteri yang tidak terampun. Nanti di hadapan Allah, bagaimana si polan mahu menjawabnya? Kasihan apabila saya memikirkannya. Demi kasih sayang sesama umat Nabi Muhammad bin Abdullah, saya reda dan halalkan.

Antara hikmah yang dapat saya fikirkan ialah:

(1) Servis dalam bidang bisnes apa sekalipun, mesti ada surat. Apa jenis suratnya? Purchase Order (PO) atau surat akuan penerimaan sebut harga atau surat pelantikan menggunakan servis kita.

(2) Kejadian itu penghapus dosa saya dan isteri.

Dalam pada itu, bak kata isteri saya, “Pengalaman kena tipu merupakan harga yang sangat mahal untuk kita berdua dalam mencapai apa yang kita ada sekarang.”

Saya memohon keampunan kepada Allah, kerana Allah berkata dalam Quran:

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah al-Hadid ayat 22 – 23)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”” (Surah al-Baqarah ayat 155 – 156)

Saya kembalikan kepada kebijaksanaan Allah, kerana saya Berfikir Gaya Champion.

Berkaitan: Think Like a Champion: Catatan di sela kesibukan masa anugerah Allah
Berfikir Gaya Champion: Sebesen ikan keli dan haruan
Berfikir Gaya Champion: Ilmu itu ialah hikmah para Mukmin yang tercicir

Berfikir Gaya Champion: Menyahut cabaran menjadi Champion bagi Jaring Internet Magazine

** Siri saranan
Berfikir Gaya Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya berhasrat menerbitkannya dalam bentuk buku. Sekiranya ada penerbit yang berminat atau turut terinspirasi dengan idea ini, saya alu-alukan bagi menghubungi saya. Penulis bersedia berkongsi idea dan pengalaman, serta menadah nurani bagi menerima cadangan dan ujana.

** Foto: Salah satu sesi katering Lusiana Catering di Kolej PTPL, Shah Alam.

** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

Photobucket
top