Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Aktiviti sastera/buku. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti sastera/buku. Show all posts
12 Muharram 1432H - Saya tidak mengetahui siapakah barisan panel pemilih dan penilai bagi Anugerah Buku Negara 2010. Namun pengumuman salah satu pemenang agak mengejutkan. Novel sejarah Islam Tuan Abdul Latip Talib berjudul Abu Bakar Sahabat Sejati menjadi pemenang kategori Buku Umum Terbaik (Fiksyen). Pelik! Novel sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati bukannya sebuah fiksyen. Ianya ialah novel sejarah, bukan fiksyen sejarah. Saya hairan. Adakah panel pemilih dan penilai anugerah tersebut bukan terdiri daripada orang-orang yang arif dalam bidang penerbitan dan perbukuan? Takkan kategori buku pun tidak tahu?

Buku fiksyen apa genre pun ialah perkisahan atau cerita hasil imaginasi dan
kreativiti penulis. Manakala novel sejarah ialah fakta-fakta sejarah yang dinovelkan. Itu pun tidak tahu?

Ingin saya coretkan di sini perbezaan asas buku fiksyen sejarah dan novel sejarah. Pada hemat saya yang cetek ilmu ini, fiksyen sejarah berkisahkan suatu fakta sejarah dan kemudiannya difiksyenkan. Dalam fiksyen, watak-watak, persekitaran, peristiwa dan penyudahnya boleh sahaja berlawanan dari apa yang dicatatkan dalam buku atau perekodan sejarah.

Fiksyen sejarah juga merupakan imaginasi penulis dengan latar bela
kang suatu peristiwa sejarah sebagai tunjang. Namun sesuai dengan istilah fiksyen, ianya mengandungi ciri plot dan sub-plot yang dicipta sendiri oleh penulis.

Manakala sebuah novel sejarah isinya adalah fakta. Novel sejarah Islam tulisan Tuan Abdul Latip Talib misalnya, memang mengandungi fakta. Ini semestinya tidak boleh diubah. Itu yang Tuan Abdul Latip Talib lakukan. Sejarah Islam era Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dirakamkan dalam Quran dan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Justeru itu saya percaya sepenuhnya bahawa Tuan Abdul Latip Talib mesti merujuk kepada buku sejarah, hadis Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dan Quran dalam penulisannya.

Dalam pada itu, saya ucapkan tahniah atas kemenangan buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata karya Datin Seri Fatini Yaacob di atas kemenangan kategori Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen). Buku ini diterbitkan oleh Penerbit UTM. Sudikan baca resensi saya di sini.

Bagi anugerah industri kategori Buku Terlaris, ianya dimenangi oleh buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ismail Kamus, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Manakala bagi kategori Anugerah Perdana Penerbit Terbaik 2010 dimenangi oleh Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Tahniah untuk kedua-dua tokoh ini.

Anugerah Buku Negara 2010 dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara pada 16 Disember 2010. Terdapat dua kategori utama penganugerahan iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Industri.


Anugerah Perdana:
  1. Tokoh Buku Negara 2010
  2. Tokoh Pengarang 2010
  3. Kedai Buku Terbaik 2010
  4. Tokoh Pembangunan Buku Negara 2010
  5. Penerbit Terbaik 2010
Anugerah Industri:
  1. Penulis Terbaik
  2. Penterjemah Terbaik
  3. Editor Terbaik
  4. Ilustrator Terbaik
  5. Rekabentuk Buku Terbaik
  6. Jurufoto Terbaik
  7. Pencetak dan Penjilid Terbaik
  8. Buku Terbaik (mengikut kategori)
  9. Buku Terbaik
Pemenang kategori lain saya tidak mahu membuat ulasan dan senaraikan di sini kerana bagai sudah diagak siapakah pemenangnya.
14 Zulhijjah 1431H - Insyaallah, acara menyemarakan semangat perjuangan tokoh-tokoh gerakan Islam diteruskan lagi dengan mengulas tentang tokoh-tokoh yang telah diuji kekentalan semangat juang mereka.

Penerbit Kemilau Publika mengajak tuan-tuan dan puan-puan menyertai dan mendengar kupasan daripada penulis buku
Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah, iaitu saudara Saari Sungib. (Buku lain Saari Sungib di sini)

Mendekati dan mengenali sejarah Islam bererti kita belajar dari kegemilangan Islam masa lalu. Tokoh-tokoh yang disorot dalam buku
Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah ialah Fadzil Noor, Dr Yusuf Al-Qardawi, Hassan Al-Banna, Ayatollah Khomeini, dan Teungku Hasan Krueng Kali. Mereka menjadi barisan lagenda yang dikenang sepanjang hayat. Mereka adalah orang-orang yang berjiwa besar mempertahankan kesyumulan Islam.

Kehadiran buku ini bertamu di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.


Selain itu, buku
Rahsia Sebuah Manuskrip juga turut akan dibedah oleh penulisnya, Naimisa Yusof. Anda dijemput bertemu penulis secara langsung! Bertempat di MPH Mid Valley, Kuala Lumpur, pada 20 November 2010 (Sabtu), jam 2.00 – 4.00 petang.

Sementara itu program Hujung Minggu@PTS akan berlangsung pada 27 November 2010 dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Lokasinya di Pejabat Urusan, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.


Diskaun 25% untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.
Klik di sini bagi melihat lokasi PTS.
















3 Zulhijjah 1431H - Saya tidak pasti bila tarikhnya mahu ke sana. Tetapi, insyaAllah, saya akan cari satu masa sengang dari kesibukan urusan katering. Jualan bermula dari 12 Nov. sehingga 17 Nov. 2010. Saya tidak akan lepaskan peluang memborong buku-buku yang diminati.

Oh ya! Saya menyediakan perkhidmatan katering bagi pelbagai majlis. Variasi menu boleh disediakan atas permintaan tuan-tuan dan puan-puan atau cadangan dari pihak Lusiana Catering.

Photobucket
17 Syawal 1431H - Sudah banyak buku-buku terbitan PTS pelbagai genre dalam koleksi aku. Sejak aku mengenali PTS, aku belikan buku-buku untuk diri sendiri, isteri dan bagi bacaan anak-anak. Hitungan terakhir berapa banyak buku PTS dalam rak buku, atas meja dan dalam beg tidak aku endahkan lagi. Aku tidak mengira jumlah sebenarnya. Namun saban minggu PTS melalui rangkaian anak syarikatnya tanpa jemu terus mengimarahkan dunia buku bahasa Melayu. Aku juga saban waktu akan melihat-lihat dan meneliti apakah buku-buku terbaharu tersebut, juga tanpa jemu.

Aku pernah mengatakan bahawa PTS menyusahkan aku dengan buku-bukunya yang banyak, bermutu dan pelbagai genre. Lantaran itu, aku tidak dapat membendung kegilaan untuk memilikinya bagi bacaan diri sendiri, isteri dan anak-anak. Malah aku secara tidak langsung menjadi jurujual kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Rumah aku juga menjadi khutub-khanah bagi sanak saudara serta rakan rapat aku yang lain yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Aku tidak akan menghiraukan peraduan demi peraduan yang diuar-uarkan oleh banyak syarikat bukan-buku di Malaysia. Aku juga mungkin tidak memberi perhatian tegar terhadap sebarang peraduan yang diumumkan oleh para penerbit lain. Tetapi aku mengambil pendekatan berbeza bagi setiap pengumuman yang diuar-uarkan oleh PTS. Aku menjadi teruja dan ingin turut serta.

Sedikit masa dahulu PTS mengadakan Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS. Kalau tidak salah hitungan, hampir RM250.00 aku membeli buku-buku PTS bagi melayakkan diri dan anak-anak menyertai peraduan tersebut. Satu pun aku tidak memenanginya. Adakah aku kisah? Tidak. Aku tidak kisah. Paling kurang pun aku sudah menghadiahkan buku-buku bermutu kepada anak-anak.

Pihak PTS sekali lagi mengadakan peraduan. Kini ialah Peraduan Teka Judul Buku PTS melalui pesanan ringkas (SMS). Ianya bermula dari 3 Oktober dan berakhir pada 25 Disember 2010. Aku tidak akan lepaskan begitu sahaja. Aku akan teroka dan buru!
Photobucket
Bosan aku dengan mutu laman web Pesta Buku Selangor. Sebab-sebabnya ialah:

1) Tiada kemaskini berinformasi selepas pesta buku 2009.

2) Tiada senarai aktiviti bagi Pesta Buku Selangor 2010.
3) Tiada berita berkenaan pesta buku mutakhir.
4) Tiada berita/info mengenai buku-buku.
5) Tiada info dan berita mengenai pempamer yang terlibat dan tawaran diskaun (jika ada).

Salah satu aktiviti yang diadakan ialah acara membaca di luar paling besar. Harakahdaily melaporkan bahawa seramai 14,718 peserta terdiri daripada pelajar, pemimpin masyarakat, organisasi kerajaan dan orang awam menyertai program bersantai sambil membaca buku secara serentak di sekitar Taman Tasik Shah Alam selama sejam. Program itu turut mendapat pengiktirafan sebagai Largest Outdoor Reading Event in Malaysia daripada Malaysia Book of Records.

Sementara itu, Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Pesta Buku Negeri Selangor 2010 merupakan penganjuran kali kelima oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor. Beliau berharap seramai 450,000 pengunjung pada tahun ini berbanding 390,000 pengunjung pada tahun lepas.

Kenyataan Exco ini (ayat merah) saya kira hanya sedap cakap sahaja. Saya tidak percaya sama sekali. Meneliti laman web pesta buku dan ketiadaan aktiviti ilmu sudah cukup untuk saya simpulkan bahawa itu hanyalah kenyataan sedap mulut sahaja dan hanya publisiti yang entah apa-apa.

Kerajaan Selangor juga menetapkan tanggal 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Ilmu di negeri ini. Dr Halimah Ali berkata pengistiharan itu sejajar dengan program berkembar Gerakan Membaca Perdana dan Gerakan Menulis Perdana. (Yang ini okey. Namun begitu, tercapaikah dengan kualiti laman web pesta buku yang hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja?)

Saya sangat berharap pesta buku 2010 ini bukan hanya sekadar ingin mencipta rekod bagi aktiviti Largest Outdoor Reading Event in Malaysia. Semoga hasrat konsep hari ilmu dan gerakan membaca semarak sepanjang tahun, di mana-mana sahaja.
Kini berlangsung Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010. Ianya bermula dari 18 hingga 22 Jun di Di Balai Islam Lundang, Kota Bahru. Pesta buku ini bertemakan “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu”. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat semasa merasmikan pesta ini menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca. Sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca,” tegasnya.


Dalam novel tulisan isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berjudul Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang, beliau memetik kata-kata Tuan Guru, “Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.”


Harakahdaily memetik Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.


Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di negeri Kelantan agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian.
“Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan."

“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperoleh menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.


Saya teringat bahawa Tuan Guru pernah ditanya oleh wartawan berkenaan perpustakaan di rumah beliau. Tuan Guru menjawab bahawa di rumahnya tiada perpustakaan khusus, kerana seluruh rumahnya adalah perpustakaan.


Namun dengar khabar pesta buku ini kurang menyengat. Menurut seorang pengunjung melalui blog al-fikrah.net, Abu_sofiyyah, bahawa, “setakat yang ana lihat tadi, sambutan pengunjung kurang menggalakkan...mungkin disebabkan promosi yang agak kurang 'menyengat'.”

Kalau benarlah, saya mahu bertanya kepada penganjur, buat apa diadakan pesta buku kalau hanya setakat bagai melepas batuk di tangga sahaja! Tercapaikah matlamat
Kelantan memimpin budaya ilmu?
PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) tamat semalam. Selama berlangsung pesta, aku bekesempatan dua kali pergi ke sana; Rabu 24 Mac dan Ahad 28 Mac 2010.

Pada hari Rabu itu aku sudah senaraikan buku-buku yang hendak dibeli. Sengaja aku pilih hari bekerja selepas cuti sekolah bagi mengelak kesesakan melampau di lorong-lorong gerai jualan buku. Di pesta buku tahun lepas aku sudah terkena, jadi tahun ini aku rancang baik-baik dengan satu tujuan – belanja sakan untuk buku!

Untuk hari terakhir pada Ahad 28 Mac (semalam) aku ke sana lagi dengan satu tujuan utama, iaitu memeriahkan majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi karya saudara Ramlee Awang Murshid. Ramai rakan-rakan Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) hadir. Justeru itu masa yang lama di sana menjadi pendek kerana aktiviti-aktiviti yang kami raikan. Pastinya aku tidak lepaskan peluang mendapatkan buku lain yang belum sempat disambar pada hari Rabu sebelumnya.

Ini senarai buku yang aku beli di PBAKL 2010. Karya saudara Abdul Latip Talib terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd:
  • Uthman Affan: Pengumpul al-Quran
  • Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
  • Ikrimah: Penentang Jadi Pembela
  • Bilal bin Rabah: Pengumandang Seruan Langit
  • Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
  • Salahuddin Ayubi: Penakluk Jerusalem
  • Abu Bakar: Sahabat Sejati
  • Dol Said: Pahlawan Naning
  • Khalid: Memburu Syahid
  • Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
  • Setelah Roboh Kota Melaka
Novel sains-fiksyen/fantasi terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd:
  • Pahlawan Adamus oleh saudara Silsoh Khairol
  • Pengembaraan Hang Jebat: Pencarian Merentas Masa oleh saudara Ashadi Zain dan Moh Dat Molok
  • Penakluk Kota Unggu oleh saudara Kusyi Hirdan
  • Misi Purnama Biru oleh saudara Hasbullah Abu Bakar
Pastinya aku tidak ketinggalan memiliki buku sejarah berjudul Alexander Adalah Zulqarnain oleh penulis Indonesia saudara Muhammad Alexander. Sebuah novel Islami, Syahadah Gadis Ateis oleh saudara Imran Haaz, dan novel metropolitan Syok berjudul Kita Hanya Di Seberang Jalan oleh saudara Bahruddin Bekri juga tidak berjaya terlepas dari jaringku.

Justeru sangat tertarik dengan desain dan gambar-gambar yang disertakan, aku juga membeli lima buah buku resepi pilihan oleh Chef Hanieliza, juga terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Di gerai Kemilau Publika Sdn. Bhd, aku mendapatkan tiga buah buku karya saudara Hepi Andi Bastoni iaitu Belajar Dari Perang Badar - Strategi Menghadapi Kemenangan; Belajar Dari Perang Uhud – Strategi Menghadapi Kekalahan; dan Belajar Dari Perang Khandaq – Strategi Mempertahankan Diri.

Di lokasi yang menempatkan rangkaian penerbit Karangkraf Sdn. Bhd, Alaf 21 Sdn. Bhd, Buku Prima Sdn. Bhd. dan Sinar Harian, aku membeli novel bahasa Inggeris Forsaken, sebuah buku masak, dan pastinya tidak ketinggalan novel thriller Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid.

Sebagai penggemar fiksyen bahasa Inggeris saudara Khoo Kheng-Hor, aku tidak melepaskan peluang membeli karya terkini beliau, SIFU, dengan pujukan kepada pegawai di gerai Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd supaya diberi diskaun lebih. Hasilnya aku dapat diskaun melebihi 20 peratus untuk SIFU ini. Ini karya kelima oleh Khoo Kheng-Hor yang aku miliki (empat fiksyen dan satu bukan-fiksyen). Baca sini dan sini untuk resensi dua fiksyen beliau.

Satu sorotan yang aku ingin nyatakan di entri pertama berkenaan PBAKL 2010 ini. Di majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi, ada seorang pembaca tegar karya sdr Ramlee, seorang gadis berpurdah. Beliau bertanya satu soalan kepada sdr Ramlee mengenai watak Laksamana Sunan (Saifudin) dan Haryani. Sila lihat foto (atas) yang disertakan. Aku secara peribadi kagum dengan gadis Muslimah ini. Subhanallah!

Dalam pada itu, aku kecewa kerana
buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata tidak kedapatan di PBAKL 2010. Aku bertanya rakan-rakan, mereka pun tidak nampak kelibat buku ini. Mengapa?
Photobucket
"Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan." (Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar kelantan).

Di bawah merupakan laporan yang disediakan oleh penulis prolifik saudara Zamri Mohamad berkenaan dua program pakatan rakyat Baca@LRT. Saya turut menyertai program yang pertama pada 16 Januari 2010. Tetapi faktor kerjaya yang memerlukan kehadiran saya pad
a 20 Februari 2010, tidak membenarkan saya turut serta, walaupun hati meronta-ronta dan terkilan.

Dalam entri terdahulu saya menulis. “Saya berbangga kerana tim BACA@LRT mencipta sejarah. InsyaAllah, sejarah yang akan menukar riak kecil kepada gelombang umat Malaysia tanpa mengira ras dan pegangan kepercayaan.”

(Ikuti laporan saudara Zamri Mohamad yang dihantar melalui laman Facebook dan diemel kepada semua yang mendaftar, termasuk saya.)
"Demi menghargai pencinta buku, menggalakkan aktiviti pembacaan dan memeriahkan industri buku, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedang menganjurkan pertandingan ulas buku ITNM melalui Facebook / blog," kata Pengarah Urusan ITNM Mohd Khair Ngadiron melalui Facebook.

Tambah beliau, hadiah yang ditawarkan kepada para peserta yang berminat itu mengikuti peraduan itu berjumlah sehingga RM10,000.

Menurut maklumat laman sesawang ITNM, para peserta boleh menulis sebarang ulasan buku terbitan ITNM di blog atau nota Facebook peribadi, lengkap dengan judul, nama penulis, nama penerbit (ITNM), harga, dan paparkan visual buku dalam bentuk paling kreatif.

"Seterusnya, peserta boleh melayari www.facebook.com/klikITNM, tulis judul buku ITNM yang diulas berserta nama penuh dan alamat mel-e anda di 'Dinding' (Wall) laman Facebook ITNM," maklumat dari laman sesawang ITNM dipetik.

Peraduan itu menawarkan hadiah wang tunai untuk tempat pertama sebanyak RM5,000, hadiah kedua, RM3,000 dan hadiah ketiga sebanyak RM1,500. Manakala hadiah bagi paparan buku paling kreatif pula menerima tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat ITNM.

Peraduan yang berlangsung mulai 21 Februari sehingga 13 Mac itu membenarkan para peserta mengirim seberapa banyak ulasan buku ITNM, yang asli dan bersumberkan buku terbitan ITNM yang berlainan.

Sepuluh ulasan terbaik akan dipilih berdasarkan kualiti ulasan, paparan visual buku ITNM paling kreatif, dan jumlah komen diterima. Pemenang akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan diundi pengunjung gerai ITNM di PBAKL 2010 (70%).


Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Mohd Khairulanuar Manshor di talian 03-4149 7210 (samb.
206) mel-e anuar@itnm.com.my dan Norhasydah Ayub di talian 03-4149 7210 (samb. 263) mel-e shida@itnm.com.my. (Laporan oleh Mohd Ali Bakri, Era Pakatan)

** Nota: Saya tidak memiliki atau membaca sebarang buku terbitan ITNM setakat ini. Tiada yang menarik untuk saya dari ITNM. Namun saya akan pantau penerbitan syarikat ini. Mungkin di masa akan datang saya akan memilikinya.
Dalam salah satu program Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, Pengurus Besar Alaf21, Encik Norden bin Mohamad, dijemput menyampaikan ceramah berkenaan aktiviti pemasaran buku-buku Malaysia ke luar negara. Ada beberapa hujah yang begitu menarik perhatian saya.

Inti utama yang saya terkesan dan ingin membuat sorotan ialah slogan penjajahan barat waktu lalu (dan saya kira hingga kini) iaitu Gold, Glory dan Gospel. Sila baca di bawah.

“Aktiviti memasarkan buku ke luar negara sama juga seperti golongan pelayar dahulu berdagang ke merata dunia. Secara lahiriah, ia mudah dicontohi. Namun, apa yang sukar diikuti ialah pemikiran mereka kerana apa yang ada di dalam pemikiran pengembara zaman dahulu tidak boleh didapatkan seperti cakera padat dan dimasukkan sahaja ke kotak minda kita lalu dimainkan, lantas kita juga punyai pemikiran seperti mereka. Kerana itulah, kita harus menyedari rangsangan-rangsangan mereka untuk digunakan. Rangsangan-rangsangan itulah yang akan memacu psiko-motor kita untuk bergerak maju.

Apakah rangsangan-rangsangan itu? Ia terbahagi kepada tiga, iaitu yang pertamanya, rangsangan fizikal, kedua rangsangan mental dan ketiga rangsangan spiritual. Rangsangan-rangsangan inilah yang menjadi azimat golongan pelayar Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Portugis hingga mereka menjelajah, lantas menjajah banyak negara dan wilayah di dunia. Mereka berpegang kepada tiga rangsangan-rangsangan ini melalui slogan Gold, Glory dan Gospel.


Istilah Gold, secara simboliknya merupakan rangsangan fizikal iaitu emas sebagai naluri ingin mengaut harta-benda. Glory pula merupakan rangsangan mental yang mencakupi rasa berjaya, rasa hebat, rasa juara dan rasa pe
nakluk. Sementara Gospel pula adalah rangsangan spiritual mereka untuk berdakwah menyampaikan ajaran Kristian.

Rangsangan fizikal, mental dan spiritual ini juga terdapat kepada falsafah Cina dan Jepun. Rangsangan-rangsangan inilah yang menjadikan mereka pengembara yang hebat menempuh samudera. Chi, iaitu tanah dan Sui iaitu air merupakan elemen fizikal, Ka pula adalah api dan Fu pula adalah angin atau tenaga yang merupakan elemen mental dan fikiran. Sementara Ku pula adalah syurga, yang merupakan elemen spiritual. Rangsangan-rangsangan inilah yang membangun semangat peneroka masyarakat China dan Jepun dari dahulu hingga kini.


Bila kita meneliti budaya mengembara masyarakat Islam pula, anutan kepada ketiga-tiga rangsangan ini menjadi pemacu kepantasan pengembangan agama Islam ke merata dunia. Rangsangan fizikal melalui lima Rukun I
slam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji merupakan aktiviti-aktiviti lahiriah yang boleh dilihat. Rangsangan mental pula melalui enam Rukun Iman melalui keyakinan kepada ALLAH, malaikat, rasul, kitab, kiamat dan juga qada dan qadar adalah rangsangan mental. Rukun Ehsan yang satu itu pula adalah rangsangan spiritual mereka.”
Ini apa pula?

Segalanya bermula dengan niat bobrok atas slogan “Gold, Glory and Gospel” yang dianuti oleh konglomerat imperialis dan neo-kolonialis barat dan Zionis (sejak dulu). Sebuah pertubuhan Zionis dunia menggunakan satu organisasi kemanusiaan bagi menjajah kembali dunia Timur ini. Mereka melaksanakan komplot hitam ini dengan menghantar ejen-ejen economic hitman untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia, negara yang tercinta.

Untuk mengetahui, baca seterusnya: Air mata bergenang bila membaca Meniti Maut
Kali kedua aku ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 ialah pada hari ketiga pesta tersebut, iaitu pada Ahad, 19 April. Ada dua tujuan aku ke sana lagi, pertama untuk meraikan novelis Ramlee Awang Murshid dan RAMFC, dan keduanya untuk mengikuti program Mini forum dan konvensyen sai-fai. Memang sudah dijangka, orang ramai berpusu-pusu, juga sesak seperti mana hari sebelumnya.

Selesai menjamu selera di salah sebuah kedai makan di pusat membeli-belah berhampiran bersama-sama dengan Pengurus Besar Alaf21, Encik Norden Mohamad; novelis Ramlee, saudara Attokz, Elle dan Akim (dari RAMFC), aku segera ke konvensyen sai-fai.


Salah satu isu atau perkara yang dibangkitkan oleh moderator konvensyen, saudara Fadli al-Akiti ialah berkenaan isi kandungan dan mesej novel sains-fiksyen (sai-fai) berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ada perbezaan ketara antara keduanya.


Faktor paling utama dan amat ketara ialah rata-rata novel sai-fai berbahasa Inggeris meletakkan ciri ketuhanan di tahap paling bawah. Novel sai-fai barat menonjolkan ‘penciptaan’ sains sebagai satu inisiatif agung sampai ke tahap menjadi Tuhan yang boleh mencipta sesuatu.


Aku bukan berkata berdasarkan apa yang diluahkan oleh ahli panel, tetapi itu yang aku sedar di sebalik pembacaan novel-novel sai-fai barat. Ahli panel meluahkan pandangan mereka yang memang sudah lama aku sedari. Namun ianya bagus justeru kerana paling kurang pun, komuniti dapat menilai dan meneliti perbezaan ketara tersebut.


Aku tidak leka untuk mengambil kesempatan berjumpa dengan salah
seorang novelis sai-fai terawal negara, iaitu saudara Ahmad Patria bin Abdullah. Beliau merupakan rakan lama aku semasa pengajian di Universiti Sains Malaysia. Kalau dia mengambil jurusan farmasi, aku pula dalam jurusan sains komputer. Kelab peminat Patria di sini.

“Assalamualaikum Pat, ingat aku lagi?”, tanya aku spontan
(Foto kiri atas, aku dan Patria. Kanan, novel Patria).

“Alaikumsalam. Oi! Muka kau memang aku kenal. Kau belajar di USM dulu kan?”, tanya Patria kembali.


Memang sudah terlalu lama aku tidak bersua dengan beliau. Justeru itu saudara Patria hanya mengenali rupa paras aku, sedangkan nama aku sudah hilang dari mindanya. Namun sebaik sahaja aku mengingatkan nama-nama teman lama di USM dahulu, dia tersenyum riang.


Aku juga memperkenalkan diri kepada saudara Fadli al-Akiti, penulis novel sai-fai Saga Horizon. Beliau begitu teruja, sebagaimana aku sendiri, hihihihi!


Pada kunjungan kali kedua ini aku melabur duit (bukan melebur!) untuk dua buah buku karya Sasterawan Negara Dato’ Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad – Setitis Embun Semarak Api dan Revolusi yang Ditangguhkan. Kedua-duanya diterbitkan oleh Alaf21 Sdn Bhd.

Photobucket(Gambar-gambar pada hari tersebut.)

Aku ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 pada hari kedua (Sabtu, 18 April 2009). Gerai yang pertama aku kunjungi ialah Alaf21 Sdn. Bhd kerana ada geng Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) yang mempromosi kelab. Berjumpa novelis Ramlee dan rakan-rakan dari RAMFC serta melihat peminat membeli novel beliau, autograf dan bergambar, membuat aku teruja. Memang Ramlee seorang penulis yang bertaraf selebriti, tetapi sangat merendah diri. (Foto kiri: Aku bersama Ustaz Riduan)

Seterusnya aku ke gerai Karangkraf, Nufair Street, Anbakri Publika, Jundi Resources, Utusan, Amen Boo
ks dan PTS. Lain-lain gerai jualan hanya setakat pandang sambil lalu sahaja. Aku ke gerai PTS sebanyak empat kali dan keempat-empat kali pengunjung penuh sesak. Apabila berjalan mesti berlanggar bahu, langsung tidak boleh masuk. PTS memang ramai peminat.

Kali keempat aku ke gerai PTS, sempat berbual-bual dengan saudara Faris Abdullah, salah seorang editornya. Kata Faris, “Tahun lepas tidak seramai ini.” Alhamdulillah, buku-buku terbitan PTS sudah mendapat tempat di hati pencari ilmu. Dan aku juga membuat kunjung hormat kepada Puan Ainon Mohamad, bos PTS. Sudah aku jangka, mesti kena beduk! Alhamdulillah, memang aku ada ‘hutang’ kepada Puan Ainon yang masih belum dilunaskan, aduhai! Nasihatnya kepada aku mengalir lancar ibarat seorang ibu menasihati anaknya. Terima kasih, Sifu.


Aku sempat juga berbual-bual dengan editor Majalah PC, saudara Jalaluddin; kartu
nis Gayour; Pengurus Besar Alaf 21, Encik Norden Mohamad; bos Jundi Resources, Ustaz Riduan Mohd Nor, penulis novel Bidadari Dari Timur, Ili Sarah Annual Bakri; dan Faisal Tehrani (foto kanan).

Untuk kunjungan kali pertama ini, aku sempat membeli buku-buku berikut:

Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani

Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron


Bidadari Dari Timur oleh Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri


Gaza Menangis oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor
Berkaitan: Laporan Faisal Tehrani dan Laporan Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid
Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk berkunjung ke pesta buku Kuala Lumpur saban tahun. Semasa masih bekerja di MIMOS dan JARING beberapa tahun dahulu, saya akan cuba ‘mencuri’ masa meloloskan diri ke sana.

Tatkala menceburkan diri sepenuh masa dalam bisnes katering sehingga kini, saya juga akan ke pesta buku tersebut. Walaupun pada satu tahun, saya kira tahun 2006, saya ke pesta buku Kuala Lumpur tanpa membeli apa-apa lantaran kesempitan wang, saya tetap menghadirkan diri merasai suasana dunia perbukuan.


Tahun ini saya akan ke PWTC lagi untuk pesta buku 2009 pula, insyaAllah. Cuma saya mesti uruskan masa sebaiknya. Geng Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) bercadang ingin berkumpul pada Sabtu dan Ahad ini (18 & 19 April) bagi mempromosi kelab kepada khalayak. Novelis Ramlee juga bakal berada di gerai Alaf21 pada kedua-dua hari tersebut. Saya akan cuba hadir.


Saya juga akan hadir ke program-program di bawah, insyaAllah.


Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)


Tarikh: 19 April 2009
. Hari: Ahad. Masa: 12.00 tgh-1.00ptg. Tempat: Bilik Kedah/Johor (PWTC) (Saya akan bawa semua buku ilmu oleh ulama ini yang saya miliki untuk diautograf)

26/4/09, 3 - 4 petang
- Pelancaran Novel Islami PTS.

26/4/09, 4 - 5 petang
- Bicara Buku Taufiqurrahman & Tere Liye. Bersama moderator Salina Ibrahim membicarakan novel Syahadat Cinta & Hafalan Solat Delisa.

19 April 2009
- Mini forum dan konvensyen sai-fai. Lokasi: Dewan Kedah/Johor, PWTC. Masa: 2.00 – 6.00 pm
Photobucket
Assalamualaikum sahabat dan penggemar buku. Akhir minggu lepas dan awal minggu ini terdapat tiga buah buku bukan-fiksyen yang agak hangat diperkatakan iaitu Felda Dulu Tolong, Sekarang Along!; Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin; dan Saya Pun Melayu.

Apa dia yang saya katakan sedikit hangat itu, terutamanya di internet dan blog? Sila klik setiap tajuk di bawah untuk mengetahuinya.


Felda kaut keuntungan berlipat ganda, tetapi generasi kedua diabaikan


Buku Tuah dan Sial Khairy: Ugut tahi minyak apa?, kata Yahaya Ismail


Bersama buku: Zaid Ibrahim, TG Nik Aziz dan Anwar di satu pentas


Dan pastinya satu lagi berita, tindakan KDN menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan. Klik di sini.

Photobucket
top