Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kritikan ini sangat relevan terhadap tahap penggunaan bahasa Melayu di negara Malaysia. Di mana negara Malaysia dan siapa 'memimpin'?

"Tanpa menafikan hakikat bahawa ia menjadi amanah semua insan bernama Melayu, tetapi tanggungjawab terbabit lebih terpikul di tangan pejuang bahasa dan sastera, apalagi mereka yang terbabit sama serta menyaksikan peristiwa Keranda 152 kerana mereka lebih berpengetahuan, berpengalaman selain disegani kelompok berwewenang negara ini!


"Tidak banyak pilihan yang tinggal kini bagi memartabat, memperkasa dan mengangkasa bahasa Melayu di negara ini kerana hakikatnya majoriti Melayu sudah lama tidak boleh bergantung kepada senator yang dilantik ke Parlimen bagi membawa usul berhubung bahasa Melayu.


"Peta sejarah negara ini merakam kelompok ini hanya mengulangi apa yang pernah diutarakan editor dan wartawan sastera, meskipun hakikatnya pelantikan mereka berdasarkan ‘wibawa’ masing-masing, lalu tampak semangat juang mereka tidak ke mana dan lebih kepada gah diri selain asal fulus masuk saku!"
BACA SETERUSNYA.

Satu lagi
yang menarik untuk saya sorot ialah entri dan info yang diterbitkan oleh laman Universiti Terbuka PTS (UNIKA). Ini juga saya kategorikan sebagai ‘asal fulus masuk saku’.

Sumbangan paling penting Dato' A Aziz Deraman dalam tempoh beliau memimpin DBP selama 10 tahun sebagai Ketua Pengarah DBP adalah: (a) Menutup bahagian buku pengajian tinggi, (b) Menutup bahagian buku remaja dan kanak-kanak dan (c) Menswastakan DBP kepada DAWAMA dengan deal yang merugikan DBP dan industri buku Melayu. Jasamu dikenang! (Puan Ainon Mohamad, Presiden UNIKA)
Untuk kesekian kalinya saya katakan, DBP hanya pandai menerbit buku, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memasarkannya. Pejuangan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu juga sangat dipertikaikan!

0 comments:


Photobucket
top