Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Tanggal 2 Mei 2008, usai solat Jumaat, saya khatam buku karangan Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Taqwa. Buku yang digarap bagi mentarbiah jiwa dan memimpin nafsu supaya tidak kecundang dalam fitnah kehidupan dunia ini merupakan buah tangan Tok Guru yang patut dimiliki oleh semua umat Islam.

Dari blog Anbakri Publika


Benar!
Takwa bukan sekadar takut dan patuh kepada Allah, tetapi merasai diri diawasi dan diperhati. Setiap perkara yang dilakukan pasti dibalasi walau sekecil zarah. Itu prinsip Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz yang sempat dikutip oleh setiausaha politiknya, Haji Annual Bakri.

”Saat yang paling diingati hingga ke hari ini ketika saya sedang menulis. Tuan Guru memerhatikan cara saya menulis, kemudian beliau bersuara tenang dan bertanya, kenapa kamu tulis begitu? Saya bertanya kepada beliau, mengapa? Apa salahnya saya menulis begini? Beliau menjawab, jika kamu tulis begitu penggunaan dakwatnya tidak ekonomik. Membazirkan tinta. Saya akur dengan jawapan tersebut dan terbetik rasa kagum.,” ujar Haji Annual Bakri bersemangat.


Ann Wan Seng mempunyai latar belakang keluarga yang bergiat cergas dalam perniagaan. Beliau mengaitkan kesinambungan SIKAP ORANG CINA dan KELEMAHAN TAKWA orang Melayu. Apa yang menarik beliau memerikan hal orang cina yang kaya raya tetapi sangat pemurah hati dan punya inisiatif menyalurkan kebajikan walaupun sudah meninggal dunia, manakala orang Melayu yang beragama Islam saling berdengki dalam aktiviti perniagaan.


Pantang melihat kemajuan orang, pasti terbit hasad dan dengki sehingga sanggup menjatuhkan bangsa sendiri. Berbanding orang Cina yang sifar akidah, mereka sangat menjaga bangsa mereka. Keuntungan milik bersama. Konklusi mudah dari Ann Wan Seng, “Jika ingin ekonomi Islam maju, islamkan semua orang-orang cina!”


Berkaitan:
Mutiara dua tok guru untuk tatapan umat Islam

Berkaitan:
Adil dan ihsan dalam bisnes

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

3 comments:

Welma La'anda said...

Dalam banyak2 pengulas buku yang saya pergi, saya dapati saudara web kerap juga membeli buku-buku Tn Guru. Saya belum lagi memiliki buku-buku itu sebenarnya. :)

Web Sutera said...

Cikpuan Welma, bacalah buku-buku karangan beliau atau pun rakaman sesi ceramah beliau yang dibukukan. InsyaAllah, terlalu banyak ilmu, teladan dan pengajaran yang boleh diambil dan diamalkan.

faizal mohamad twon tawi said...

Saya juga telah membaca beberapa buah buku tulisan Tok Guru. Saya pernah berasa sebak ketika membaca buku beliau.


Photobucket
top