Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket

Dato' A Samad Said tetap meneruskan perjuangan mendaulatkan bahasa ibunda biar pun gelaran Sasterawan Negara yang diberi kerajaan ditarik balik.

"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.
"Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti," katanya di Kota Bahru, Kelantan seperti mana dipetik oleh Harakahdaily.
Pak Samad terkenal dengan penulisan yang kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan.
"Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional."
Beliau juga berkata, penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek matematik dan sains jelas melanggar akta pelajaran Malaysia kerana tidak membantu peningkatan penggunaan bahasa Melayu.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun. Setakat ini hanya PAS yang menganjurkan ceramah untuk menjelaskan kepincangan PPMSI dan sebab itulah saya memilih platform ini untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat.”
Saya mengenali Pak Samad lewat novel pertama beliau yang saya baca, Salina. Saya juga pernah beberapa kali berbual dengan beliau. Jom lihat karya-karya terkini Pak Samad di laman Wira Bukit, warisan seni bangsa.

Teruskan perjuangan Pak Samad. Saya menyokong dan akan terus menyokong, insyaAllah.

Pautan: Buku puisi Rindu Ibu oleh Pak Samad.
Rasuah yang parah dalam Umno, kata SN Pak Samad

P/s: Alhamdulillah, minggu ini saya ada tiga pesanan katering yang mesti dilunaskan.

1 comments:

蒜泥白肉Lynn said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Photobucket
top