Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label e-book. Show all posts
Showing posts with label e-book. Show all posts
Satu nota kecil yang diterbitkan oleh Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang 'wajib' dihadam oleh semua ahli dan penyokong PAS termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Cukup sesuai untuk dihadiahkan terutama sekali kepada rakan-rakan non-muslim berbangsa Cina kerana selain dalam bahasa Melayu, ia juga ada terjemahan dalam tulisan Mandarin.

Klik di sini untuk download, insya-Allah.


Untuk rakan-rakan Muslim, Hamba Allah mesti dengar dan taat. Ibadah puasa, solat dan zakat adalah wajib. Arak, judi dan membuka aurat adalah haram. Tidak usah buat kajian dari sudut apa pun.

Hukum hudud dan qisas, perintah Allah wajib ditunaikan. Masyarakat majmuk atau tidak. Tidak usah dikaji apa sebabnya. Itu perintah Allah.
Buat dahulu, kemudian kalau mahu kaji dalam berjilid-jilid kitab pun, silakan. Manusia dan jin mesti dengar dan taat. Jangan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang mendengar dan membaca kitab Taurat dan Injil, namun tidak taat.

Jangan halalkan apa yang diharamkan Allah dalam al-Quran. Dengar dan taat! Orang yang menolak al-Quran adalah hamba derhaka dan tiada otak!

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa, ayat 65)

Sebelum ini mungkin tuan puan sering tertanya-tanya, bagaimana untuk hidup senang lenang tanpa perlu berhadapan dengan masalah kewangan yang menyeksakan. Mungkin ada di antara tuan puan yang mula beranggapan untuk hidup selesa serta bebas daripada masalah kewangan adalah dengan mendapatkan lebih banyak wang! Tetapi benarkah memperoleh wang yang banyak dapat menyelesaikan segala-galanya?

Wang yang banyak sebenarnya belum tentu dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan tuan puan. Mungkin ianya dapat membantu tuan puan untuk seketika, namun jika tuan puan tidak tahu menguruskan kewangan dengan betul, memperoleh wang yang banyak boleh menyebabkan tuan puan terjebak dalam masalah kewangan lain dengan beban kewangan yang lebih besar pula!


Beberapa tahun tidak lama dahulu, saya dan isteri memiliki lima kad kredit dari beberapa institusi kewangan. Justeru sikap saya yang ‘tidak kedekut’ dan tidak pandai menguruskan kemudahan kredit tersebut, hutang kad kredit semakin membebankan. Pada mulanya memang seronok berbelanja, maklumlah bayar banyak kepada peniaga, tetapi kita hanya perlu bayar 5 peratus sahaja dari jumlah sebenar kepada institusi kewangan.


Pastinya sebahagian kecil perbelanjaan saya ialah membeli buku dan novel yang memenuhi rak buku di rumah. Pihak institusi kewangan pula bila melihat rekod bayaran kita bagus, mereka akan menaikkan had kredit saban tahun. Kenaikan had kredit secara tidak langsung turut menaikkan ‘semangat’ saya dan isteri untuk kian tidak kedekut. Sampai ketika saya dan isteri mulai terasa bebanan kad kredit tersebut.


Tidak salah memiliki kemudahan kad kredit, namun tuan-tuan dan puan-puan mesti memiliki disiplin yang tinggi dalam menguruskan perbelanjaan. Jangan jadi gila dengan kemudahan yang diberikan. Pengalaman banyak mengajar saya dan isteri.


Berkaitan dengan hal ini, di sini ada sebuah ebuku bertajuk Tip Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif.
Turut terangkum di dalamnya ialah perihal kad kredit. Sinopsis seperti di bawah.

Hari ini ramai yang merasa cukup selesa dan gembira kerana memperoleh pendapatan bulanan yang stabil dengan jumlah gaji yang baik dan lumayan. Ramai juga berjaya meraih pendapatan sampingan mencecah ribuan ringgit sebulan. Bahkan ada yang boleh berbangga dengan kejayaan mereka yang pernah mengaut keuntungan RM1 juta dalam perniagaan mereka.


Namun begitu, itu kisah memperoleh pendapatan. Ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan dan wang yang banyak tetapi berapa ramai yang boleh menguruskan wang mereka dengan lebih baik dan efektif?


Saya percaya tidak ramai, bukan? Ini kerana ilmu mendapatkan wang dan juga ilmu pengurusan wang adalah dua perkara yang berbeza. Mendapatkan wang satu perkara yang penting tetapi menguruskan wang dengan efektif adalah perkara yang lebih penting!


Memperoleh wang yang banyak belum tentu membuatkan kewangan kita berada dalam kedudukan kewangan yang baik dan stabil. Ini kerana lebih ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan sebaik sahaja memperolei wang yang banyak. Kenapa begitu? Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya.
Sudah tentu jawapannya kerana gagal menguruskan wang dengan baik dan teratur.

Semua orang tahu yang wang itu tidak mudah untuk diperoleh. Ini kerana ianya tidak tumbuh semudah daun-daun di dahan pokok. Namun begitu adalah tidak mustahil untuk kita membuatkan ianya ‘tumbuh’ dengan baik jika kita tahu teknik bagi menguruskannya dengan bijaksana.


Ebuku ini akan membincangkan perkara tersebut di atas.
Bagaimana untuk menguruskan wang dengan efektif. Masih ramai yang tidak jelas dengan perkara ini. Kita dapat lihat ramai orang yang membuat wang dan menguruskannya dengan cara yang tersendiri tetapi hakikatnya tidak faham dengan apa yang telah mereka lakukan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan siapa penulisnya dan bagaimana untuk mendapatkan ebuku ini, sila ke sini.
Assalamualaikum sahabat, saudara, tuan dan puan. Selamat berhujung minggu. Antara bacaan saya ialah beberapa buku dalam bentuk ebuku (ebook). Salah satu ebuku yang telah dan masih lagi dibaca ialah berjudul Detik-Detik Hidupku - Hasan Al-Banna.

Kandungan buku ini asalnya disediakan oleh Lajnah IT, Dewan Pemuda PAS Johor. Sudah lama saya muat turun buku dalam format PDF ini. Saya berterusan membacanya dari masa ke semasa. InsyaAllah, isinya amat menarik dan sangat sesuai untuk kita telusuri. Antara kandungannya ialah pahit-maung pejuangan mujahid ini dalam menerajui gerakan reformasi bagi melaksanakan Islam di Mesir di tengah-tengah menularnya budaya Barat di sana.


Imam Hasan al-Banna (foto) adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah melimpahkan berkat kasihNya kepada Hasan al-Banna. Beliau telah menunjukkan arah pejuangan kepada para sahabatnya semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Ikhwanul Muslimin masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang hebat.

Terdapat beberapa kesalahan menaip (typo error) dan ejaan dalam ebuku ini, namun boleh dimaafkan. InsyaAllah, saudara boleh muat turun dari sini.

Berkaitan: Ebook percuma mengenai katering dan cerita tokey sate - Bhgn. 1
Dengar khabar lebih dari separuh e-buku paling laku di Kindle, iaitu versi buku elektronik dari Amazon.com, kini boleh diperoleh secara percuma. Walaupun memang sejumlah judul yang ada sudah tersedia percuma di laman web lain, seperti “Pride and Prejudice” karya Jane Austen, tapi banyak juga karya oleh penulis yang masih berusaha mendapat penghidupan dari hasil kerjanya.

Minggu ini contohnya, ranking satu dan dua daftar paling laku Kindle ditempati oleh “Cape Refuge” dan “Southern Storm”, dua novel karya Terri Blackstock, penulis genre thriller Kristen. Harga keduanya kosong dollar US, setidaknya hingga akhir bulan.

Itulah strategi penerbit Blackstock (Zondervan), bahagian dari penerbit HarperCollins, yang memberi kesempatan para pembaca mendapatkan buku elektronik percuma melalui Kindle atau aplikasi Kindle pada iPhone dan Windows. (Berita asal dipetik dari Buku Indonesia)


Namun begitu, bila saya memeriksa servis Kindle untuk penghantaran ke Malaysia, ini mesej dari Amazon.com: “Unfortunately, we are currently unable to ship Kindles or offer Kindle content in Malaysia.”


It is said that strong reception for the Kindle, the brainchild of web retailer Amazon, is attracting a growing number of developers looking to tap interest in devices that let consumers read newspapers, magazines and books in a digital form that updates wirelessly and saves paper.


Nevertheless, I don’t know when an e-book can replace paper based book that dominated the market for a very long time. To be honest, I still don’t see any drastic change in people’s habit to see, touch and hold book. In Malaysia, e-book seems not popular, yet.


Namun sudah banyak laman web yang menyediakan karya sastera secara online, dengan membaca menerusi skrin komputer ataupun penulis menyediakan e-buku bagi topik tertentu dalam format PDF. Ini adalah perkembangan yang baik. Namun e-buku menggantikan buku bercetak yang ada sekarang, saya rasa tidak. Industri dan pembaca masih tetap selesa dengan buku-buku yang boleh dilihat, dirasa dan dipegang. Betulkah?
The project of Discover Islam present "Discover Islam Web Book" to those who are seeking the truth.The most comprehensive Web Book about Islam.

The Web Book CD includes: The Holy Quran (eBook), Holy Quran Software, Recitation of Holy Quran With English Translation, Islamic audio, Islamic flash video, Islamic software, Islamic eBooks, Islamic Software, Islamic mp3, Quran recitation in mp3, Quranic Searching.

This is a very useful Web Book CD for anyone Muslims/non-Muslims who are searching for information on Islam or want to learn more about the Islam.

The web book is a convenient and easy way to gain knowledge about Islam. You can learn about Islam wherever you are - on the road, at home, in the office.

Click here to download

Photobucket
top