Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Surah Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Surah Yusuf. Show all posts
Ini catatan peribadi saya berkenaan penulisan Teknik Surah Yusuf. Andai salah, tolong betulkan.

Durga menengking sambil menuding jari telunjuk ke arah Sunan. "Kau hendak melawan aku dengan hanya menggunakan sebilah pedang usang?"

Sunan tetap berdiri terpacak di atas sebongkah batu besar di tebing sungai itu, tanpa melarikan pandangan tajam ke wajah musuhnya, Durga.

@@@@@@@@@@

"Bonda, anakanda berhajat mahu ke baruh memancing. Pada hemat anakanda, sekarang ini ikan banyak," kata Sulan sambil memandang bondanya yang sedang membasuh kain di atas sekeping papan di tepi telaga.

Badariah, bonda Sulan, tekun membasuh kain-kain yang diamanahkan oleh seisi keluarganya. Matahari sudah agak tinggi di langit. Jalur-jalur cahaya menembusi daun-daun pokok rambutan yang menaungi sekitar telaga yang menjadi sumber utama air keluarga Badariah.

"Pergilah, tapi hati-hati berjalan atas batas kerana batas-batas di baruh licin, hujan malam tadi," ujar Badariah memberi nasihat kepada Sulan.

Sulan tersenyum dan menghampiri bondanya, selajur menyalami penuh tertib. "Terima kasih, bonda," kata Sulan sambil mengangkat batang buluh kecil yang dibuat joran di atas bahunya.

"Anakanda pergi dulu," bicara Sulan teradun kasih serta hormat semasa lalu di depan bondanyanya, sambil membongkok sedikit.

@@@@@@@@@@

Walaupun demikian, dalam penulisan novel Konstantinopel: Menjulang Panji Jih
ad, saya selang selikan Teknik Surah Yusuf dengan teknik ayat naratif, juga teknik sendiri tanpa sebarang teori penulisan. Ia datang dari pengalaman membaca.

Salah satu bentuk penulisan kreatif Teknik Surah Yusuf dan teknik sendiri.

Bab 50, Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad | Kota Konstantinopel, Ogos 838 Masihi

Riuh perbualan dalam kota Konstantinopel. Di segenap ceruk kota orang memperkatakan akan kematian Maharaja Theophilos di medan perang Anzen.

“Kau ada dengar berita maharaja kita mati?” Tanya seorang tentera yang sedang berkawal di atas be
nteng kota.

“Betul atau sekadar cakap-cakap orang?” Rakan pengawal yang sedang memegang tombak panjang bertanya sebagai jawapan.

“Tidak akan pokok bergoyang sekiranya tiada tiupan angin, kawan. Ini bukan perkara main-main. Kalau Tuanku tidak terbunuh, masakan cerita itu sudah tersebar.”

“Emm, betul juga,” gumam pengawal yang memegang tombak itu.

“Sudah kecoh. Nasiblah kita nanti. Siapa pula yang menaiki takhta empayar ini?”

Khali. Langit petang dibumbungi awan hitam berarak perlahan-lahan

“Habis itu siapa pengganti baginda?” Tanya rakan ketiga yang sedang bersandar di dinding benteng. Dia baru sahaja selesai bertugas mengawal menara benteng.

“Entah!” jawab kedua-dua rakannya hampir serentak.

Setibanya di Konstantinopel, Maharaja Theophilos dikejutkan dengan berita yang tersebar itu. Plot untuk menggantikan maharaja baharu juga sedang berjalan.

Namun dengan ketibaan Maharaja Theophilos yang cedera parah menghentikan sekejap kekecohan dan perbincangan dengan banyak tokok tambah tersebut. Kini penghuni dan tentera Konstantinopel kecoh pula melihat kecederaan serius yang terkena ke batang tubuh maharaja mereka.

Dalam pada itu, kumpulan penyokong Byzantine dan penentang Khalifah Abbasiyyah, Khurramites, sudah berkumpul di sekitar Sinope yang terletak di pantai utara Laut Hitam. Mereka memberontak dan mengisytiharkan Jeneral Theophobos sebagai maharaja. Walaupun demikian, Theophobos tidak bergerak ke mana-mana, tetap di Sinope tanpa misi berhadapan dengan Maharaja Theophilos atau membantu angkatan Khalifah al-Mu’tasim.

Fragmen: Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad.


@@@@@@@@@@

Harus diambil perhatian, Teknik Surah Yusuf mengambil struktur al-Quran khususnya Surah Yusuf dalam mengembangkan plot-plot penceritaan karya kreatif. Biasanya pada ayat dialog ia dimulakan dengan, ‘Allah menyatakan’, Allah memberitahu’, ‘ Yusuf memberitahu’, sekadar beberapa contoh.

Pada asasnya ia berdasarkan prinsip cahaya dan bunyi; cahaya kilat nampak dahulu baru bunyinya sampai.
-- Ustaz Zahiruddin Zabidi.

Walaupun demikian, saya (dan penulis PTS lain) ubah sendiri teknik ini. Itu sebab saya katakan teknik sendiri dari pembacaan.

Brand PTS semakin mengancam sejak dua tahun kebelakangan ini. Terus terang saya katakan bahawa untuk beberapa bulan terakhir ini, saya saban bulan pasti memiliki buku-buku PTS, sama ada fiksyen atau non-fiksyen. PTS sudah berjaya menambat hati saya dengan buku-buku yang bermutu.

Untuk anak-anak, antara minat mereka ialah komik terbitan PTS dan buku/fiksyen untuk remaja/pelajar sekolah. Justeru itu tiga orang anak saya sering bertanya “ada buku untuk Kak Long, Nabil atau Umairah” tatkala melihat saya membimbit karung plastik kedai buku pulang ke rumah.


Kadang-kadang terasa PTS menyusahkan saya pula. Apa tidaknya, bukan Oktober dan November tahun ini sahaja, saban minggu saya membeli buku terbitan PTS. Aduhai! Mujur rezeki anugerah Allah agak murah. Alhamdulillah.


Cumanya PTS MESTI menjadi champion kepada bahasa Melayu tinggi. Kedapatan masih banyak lagi buku PTS tidak menggunakannya secara menyeluruh.


Buku terkini yang saya selesai membacanya ialah novel terjemahan The Broker oleh penulis John Grisham. Mutu terjemahan memang baik, walaupun masih wujud di sana sini bau-bauan nahu bahasa Inggeris.


Kekecewaan saya sangat meningkat (dalam darjah yang tinggi!) apabila saya menjumpai di banyak tempat penggunaan perkataan kontot. Itu belum termasuk lagi kesilapan ejaan atau typo error.


Untuk para editor PTS, ini pesan saya: “Jangan jadikan ajaran Puan Ainon sekadar bagai melepas batuk di tangga sahaja.”
Praktik dan amalkan dalam proses penyuntingan.

Semasa resensi novel Islami Salju Sakinah saya katakan bahawa:
Untuk penerbit PTS, di mana laungan perjuangan saudara memartabatkan bahasa Melayu tinggi? Masih banyak kedapatan penggunaan bahasa peringkat rendah di sana-sini, seawal dari halaman tiga! Ianya serupa seperti komen saya untuk novel sains-fiksyen Transgenesis. Andai penerbit lain, saya tidak berapa kisah sangat. Tetapi Salju Sakinah diterbitkan oleh PTS. Justeru kesalahan ini merupakan satu dosa terhadap mazhab perjuangan sendiri.
Nampaknya kes tangkapan dan pendakwaan ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terus menjadi polemik komuniti Islam negara ini.

Dalam berita terkini, Malaysiakini melaporkan bahawa tujuh ilmuan Islam yang tidak diberikan tauliah oleh JAIS beberapa bulan lalu dipercayai kerana mereka disyaki membawa aliran Wahabi dan dekat dengan Dr. Maza.

Penolakan terhadap permohonan ketujuh-tujuh mereka, selepas diwawancara sebelum bulan Ramadhan lalu, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan. Malaysiakini difahamkan soalan-soalan tiga pegawai Jais yang menemuduga mereka menjurus kepada usaha menyelidik sikap mereka terhadap beberapa isu fekah dan akidah yang boleh dikaitkan dengan aliran Wahabi.

Soalan-soalan itu, antaranya, isu lafaz niat sembahyang, marhaban dibolehkan atau tidak, aliran teologi Ash-Shaari dan perdebatan isu 13 sifat-sifat Allah yang menjadi pengetahuan umum penganut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
(Nota: PPSMI ialah singkatan kepada “pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris”.)

Ini adalah pandangan, buah fikiran dan isi hati dari seorang pejuang bahasa Melayu yang berautoriti. Beliau bukan sahaja pejuang bahasa, malah seorang yang komited mengasaskan ‘mazhab’ baru dalam dunia penulisan di Malaysia, iaitu mazhab teknik Surah Yusuf.


Sila baca pandangan beliau dengan teliti. Saya tidak boleh tidak bersetuju dengan beliau.


Dalam kitab Quran, ayat ke-4 dalam bab yang bertajuk "Ibrahim" bermaksud: Kami tidak menghantar seorang wakil pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menyampaikan penerangan dengan jelas kepada mereka.


Berdasarkan prinsip di atas itulah semua 4 buah kitab suci Islam - Quran, Injil, Taurat dan Zabur - setiap satunya diturunkan menggunakan 4 bahasa ibunda yang berlainan. Justeru, hanya kitab Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa ibunda Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam).

Ayat ke-4 itu memberitahu bahawa bahasa ibunda hendaklah digunakan bagi menyampaikan pendidikan. Jadi, kita lihat bagaimana Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam) sendiri menerima pendidikan beliau dalam bahasa ibundanya, bahasa Arab. Berdasarkan prinsip itu juga malaikat Jibril bercakap dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad apabila mengajarkan mesej-mesej Islam kepada beliau.

Prinsip yang sama digunakan oleh Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam) dalam tingkah lakunya, di mana apabila beliau mengajarkan mesej-mesej Islam kepada orang-orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab. Apabila beliau hendak menghantar surat kepada kaum-kaum lain, surat-surat beliau dituliskan dalam bahasa-bahasa kaum itu. Sebagai contoh apabila beliau hendak menghantar surat kepada orang Yahudi, surat beliau ditulis dalam bahasa Yahudi oleh jurutulis yang pandai bahasa itu.

Apabila agama Islam mula tersebar kepada kaum-kaum bukan-Arab, Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam) menghantarkan guru-guru agama kepada kaum-kaum itu dengan memilih guru-guru bangsa Arab tetapi yang pandai bercakap dalam bahasa kaum-kaum tersebut.

Dasar pendidikan yang menggunakan bahasa bekas penjajah, contohnya bahasa Inggeris, sebagai bahasa penghantar adalah suatu dasar yang tidak ada asasnya dalam kitab Quran mahupun dalam sunah Nabi Muhammad (
Sallallah-hualaihiwassallam). Justeru ia adalah dasar yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Entri berkaitan: PKPIM: Kembalikan maruah bahasa Melayu di Malaysia

Pemimpin Umno dicabar Persatuan Linguistik Malaysia


Klik di sini untuk
PETISYEN MEMBANTAH PPSMI
(Gambar: Saya memiliki buku
The Koran for Dummis, terbitan John Wiley & sons)

Pautan: Genius Muhammad bin Abdullah

[5]
Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

[6]
Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu takbir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[7]
Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).
Salah satu sumber rujukan yang pihak PTS Publications & Distributors ajarkan kepada mentee-menteenya ialah penulisan teknik Surah Yusuf. Hari ini saya baca terjemahan Surah Yusuf dalam dua kitab tafsir yang berbeza.

Sememangnya isi surah ini ialah kisah Nabi Yusuf yang Tuhan ceritakan kepada Nabi Muhammad buat menghiburkan beliau di kala kedukaan. Secara tidak langsung Allah mengajar manusia bagaimana menulis cerita yang baik. Justeru itu, bengkel penulisan teknik Surah Yusuf kerap diadakan oleh Pengerusi PTS.


Dengan niat untuk berkongsi ilmu, saya salin terjemahan Surah Yusuf di sini. Semoga memberi manfaat bagi semua.


[1]
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Quran yang menyatakan kebenaran.

[2]
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

[3]
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

[4]
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Photobucket
top