Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts with label Katering. Show all posts
Showing posts with label Katering. Show all posts
23 Rabiulawwal 1432H - Penulis bernama Hizamnuddin bin Awang. Beliau menggunakan nama pena Web Sutera. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Kini beliau mengusahakan bisnes katering, dengan nama Lusiana Catering, sepenuh masa bersama isterinya Cef Hana. Dalam pada itu, beliau meneruskan habit membacanya dan menjadi pengulas dan pengkritik buku-buku fiksyen dan non-fiksyen.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bisnes katering, aktiviti-aktiviti berkaitan dan pakej-pakej yang ditawarkan, sila kunjungi laman web Lusiana Catering beralamat www.themakan.net.

Di halaman belakang kulit buku, dimasukkan sedikit biodata kedua-dua penulis; Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf.

Hizamnuddin Awang atau lebih dikenali sebagai Web Sutera memulakan bisnes dengan menjual nasi lemak sahaja. Kini, hampir lima tahun beliau mengusahakan bisnes katering dengan nama Lusiana Catering. Bisnes ini dijalankan secara sepenuh masa bersama isterinya, Cef Hana. Layari www.themakan.net bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Imran Yusuf berperanan sebagai penulis bersama buku ini. Kapasiti beliau sebagai penulis prolifik dan penterjemah menguatkan lagi kredibiliti dalam memastikan buku ini kuat dari segi struktur dan susunan manuskrip. Kini, beliau sudah menulis enam buah buku bukan fiskyen bersama dua buku terjemahan. Layari bicarapenulis.blogspot.com bagi maklumat lanjut.

Halaman berwarna

Keseluruhan buku ini mengandungi 164 muka surat tidak termasuk kulit. Dari jumlah ini, 16 halaman merupakan halaman berwarna dengan memuatkan foto-foto sesi katering. Menurut Pengurus PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Tuan Aizat Abdul Razak, buku ini merupakan buku pertama dalam Siri Buat Duit yang mempunyai halaman berwarna.

Idea awal halaman bergambar ini dicetuskan oleh penulis bersama Tuan Imran Yusuf.

Buku Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.

Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.

Isi Kandungan


Prakata, Pengenalan, Pendaftaran Bisnes, Modal Pelanggan dan Waktu Pesanan Katering, Peralatan, Barang Mentah dan Sumber Bekalan, Jenis Menu dan Harga Tawaran, Promosi dan Pemasaran, Pengurusan Khidmat Katering, Kemahiran, Pengalaman, Kisah Benar, Penutup, dan Lampiran.

Judul: Buat Duit dengan Katering

Penulis: Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN-13: 978-967-369-084-8
Harga: RM 14.00 / RM 16.00


Photobucket

Photobucket
** Keterangan foto: Majlis perkahwinan yang berlangsung pada malam 22 Januari 2011 di Dewan Konvensyen Nilai, Negeri Sembilan kendalian Lusiana Catering.

Berkaitan:
Resepi berbuka puasa dan Aidilfitri: Cef Lusiana Catering dalam Seni Hias
Bertarikh 6 Jun 2010, chef Lusiana Catering ringan tangan memberi perkhidmatan di meja mempelai di majlis perkahwinan saudara lelakinya di sebuah perkampungan di Parit Buntar, Perak.

Seminggu kemudian beliau dengan berbesar hati melaksanakan tugas mengurus pengendalian penyediaan sajian di Keramat, Kuala Lumpur pula. Majlis di Keramat juga melibatkan tugas pramusaji meja utama bagi meraikan pasangan raja sehari yang sama, menerima kunjungan pengantin perempuan dan keluarganya (foto kiri).

Dalam pada itu, kek hantaran mempelai lelaki kepada mempelai perempuan di Parit Buntar turut disediakan olehnya. Kek fondan (foto) diadun bersama resepi rahsia didekor sedemikian rupa supaya mudah dibawa dari Kuala Lumpur menuju ke Parit Buntar, Perak.
Photobucket

Alhamdulillah. Semua selamat dan bahagia. Tahniah dari Lusiana Catering untuk pasangan Zuraimi dan Rozana. Kami di sini mendoakan kalian bahagia atas ikatan cinta yang dimeterai dengan nama Allah. Dalam meraduk laut kehidupan, kadang-kala riak kecil, kadang-kala juga gelombang melanda. Namun semua itu adalah ujian dari Allah demi cintaNya kepada hamba-hambaNya. Harungilah dengan penuh sabar dan syukur.

Okey, saya ingin ceritakan satu peristiwa mengenai ikan patin. Sebagai orang Besut yang ‘dicelup’ budaya makan orang Pahang, jadi saya dan aruah ayah merupakan penggemar masakan ikan patin. Ikan sungai yang terkenal di negeri pahlawan Mat Kilau ini sangat sedap bila disediakan secara masakan asam pedas menggunakan asam jawa ataupun masak tempoyak. Juga boleh digoreng. Namun pastikan ianya garing.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Parit Buntar pada malam 6 Jun 2010, rombongan yang terdiri dari lima buah kereta singgah di hentian rehat Sungai Perak. Waktu sudah menjangkau tengah malam. Di sebuah gerai menjual nasi campur, saya lihat ada ikan patin masak tempoyak. Tanpa fikir panjang, saya terus mengambil seketul. Saya pilih dengan teliti.

“Itu ikan apa?”, nenek pengantin lelaki dari Singapura (foto kanan) bertanya sebaik saya duduk di sebelahnya.
“Ikan patin, nenek,” jawab saya ringkas.
“Nenek selalu dengar orang kata ikan patin sedap. Tolong ambilkan nenek seketul,” kata nenek sambil menyuruh seorang cucu perempuannya ke gerai menjual nasi campur tersebut.

Saya tanpa lengah terus menyuap nasi ke mulut berlaukkan ikan patin masak tempoyak tadi. Memang berselera saya makan sambil diperhatikan nenek.
“Sedapkah, Hizam?”, soal nenek sambil tersenyum menoleh ke arah saya.
“Bolehlah,” gumam saya.
Tidak sampai dua minit, ikan patin yang dipesan nenek sudah di atas meja. Nenek terus mencubit ikan patin yang terletak dalam piring.
“Eh, kenapa ada darah dan berbau hanyir?”, soal nenek disuapan yang kedua sambil menoleh ke arah saya. Mimik muka nenek kecewa.

Saya lantas bercerita kepada nenek dan cucu-cucunya yang seramai lima orang di meja yang sama berkenaan masakan ikan patin (foto kiri - ikan patin masak tempoyak, ihsan Fried Chillies). Ikan sungai ini memang agak sukar untuk disiang, apatah lagi dimasak. Jika tidak pandai menyiangnya, ada kemungkinan sesetengah bahagian ikan itu berbau kurang enak. Bila memasak pula, jangan sekadar sambil lewa. Akibatnya ialah daging ikan kurang masak. Pastinya berbau hanyir dan masih berdarah. Ini yang terjadi kepada masakan di gerai nasi campur di hentian rehat Sungai Perak tersebut. Saya berasa sedikit malu kerana warga Singapura yang ingin merasa masakan ikan patin tidak berdaya untuk menelannya lantaran masakan yang tidak sempurna.

Sebagai info tambahan berkenaan lokasi gerai menyediakan ikan patin, saya syorkan satu tempat. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan menggunakan jalan lama dari Jerantut ke Maran atau Kuantan di Pahang, boleh singgah di satu lokasi yang terdapat satu deretan gerai makan. Lokasi tersebut terletak di sebelah kiri jalan sebelum tiba pekan Maran. Saya dan rakan-rakan kerap berhenti di situ semasa bertugas di MIMOS/JARING dalam perjalanan ulang-alik dari atau ke Kuantan dan Terengganu. InsyaAllah berbaloi dengan harga. Kuah tempoyaknya pekat dan ikan dimasak sebaiknya.
Entri ini bukan fasal buku, tetapi berkenaan makanan pencuci mulut. Ketika masih tinggal bersama aruah emak dan mak teh (emak saudara saya) di Terengganu dan Pahang, saya sering merasa keenakan bubur kacang hijau yang dimasak. Apabila berjauhan merantau belajar dan seterusnya menetap di Kuala Lumpur, sukar untuk saya merasa bubur kacang yang dimasak oleh mereka berdua.

Setelah berkeluarga, isteri pula yang saya minta supaya memasak bubur kacang kegemaran saya.
Pada permulaan, masakan isteri tidak seenak masakan ibu sendiri. Itu perkara biasa. Saya meminta supaya isteri belajar dari aruah emak. Hasilnya memang memuaskan!

Menyediakan bubur kacang hijau yang enak, cukup lemak secukup rasa tidak semudah yang kita jangka.
Kadang-kadang kacang hijau tidak berapa empuk hasilnya. Jika tidak cukup sukatan santan dan gula merah (atau gula melaka) pula, maka akan hilang rasa lemaknya. Kalau tersilap adunan, cepat basi. Mahu lebih enak, campur dengan durian.

Salah satu menu pencuci mulut yang sering saya cadangkan kepada klien Lusiana Catering ialah bubur kacang campur dengan durian. Sudah agak kerap kali chef menyediakan masakan ini. Semua klien memuji keenakan bubur kacang hijau yang dihidangkan. Jika masih berbaki, tetamu-tetamu yang hadir akan bungkus untuk dibawa balik atau dimakan lagi kemudian nanti.


Pernah untuk beberapa majlis perkahwinan, Lusiana Catering menyediakan bubur kacang hijau ini sebagai salah satu menu sampingan. Saudara bayangkan berapa banyak bahan-bahan yang digunakan untuk memasak bubur bagi 1,000 orang tetamu? Saya sendiri pun tidak pandai menyukatnya. Tanya chef.


Okey. Satu lagi yang ingin disorot ialah produk atau servis terbaharu Lusiana Catering, iaitu menyediakan kuih talam suji, talam cendol, seri muka dan talam keladi. Kuih-kuih ini juga dikenali sebagai kuih nyonya. Lusiana Catering telah menyajikan jenis kuih ini di beberapa sesi katering pada bulan Mac lalu. Sambutan mengalakkan, alhamdulillah.


Photobucket
Kuih nyonya ini boleh dipesan secara individu dengan tertakluk kepada syarat seperti kuantiti dan lokasi. Kuih-kuih ini sesuai bagi sajian makan pagi, makan tengah hari (sebagai pencuci mulut), minum petang (hi-tea) dan makan malam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Lusiana Catering di nombor telefon yang disediakan atau melalui emel
Sebagai panduan dari pengalaman saya, jangan gunakan semua modal untuk membeli peralatan katering. Saudara harus ada modal pusingan yang mencukupi bagi mendapatkan bahan-bahan mentah dalam pemprosesan penyediaan makanan nanti.

Sudah memestinya tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan bahan-bahan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran ialah pasar basah, pasar borong atau hipermarket.

Saya tidak mensyorkan bahan-bahan mentah ini dibeli dari kedai runcit kerana faktor harga. Hendak diakui atau tidak, kedai runcit menawarkan harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pasar basah atau pasar borong. Tambahan pula saudara sebagai katerer perlukan bahan mentah dalam jumlah yang agak banyak.

Walaupun demikian, saudara harus berbuat baik dengan kedai runcit yang menjual bahan-bahan mentah (basah atau kering) kerana ada kalanya saudara tidak ada kesempatan untuk mengunjungi pasar borong lantaran faktor masa, terutamanya bagi mendapatkannya dalam jumlah yang sedikit.

Photobucket
(Dato' Abdul Wahab, CEO MIMOS Bhd (paling kanan))
Ada sesetengah kedai runcit menyediakan perkhidmatan penghantaran sekiranya lokasi rumah dan kedai berdekatan. Kalau boleh janganlah berhutang. Jika terpaksa juga berhutang, katakan kepada tokey kedai supaya memberi kemudahan kredit, misalnya untuk tempoh seminggu. Jangan lama sangat seperti satu bulan kerana ia akan membebankan saudara.

Jika saudara memiliki modal lebih, sila dapatkan satu peti sejuk beku bagi menyimpan stok bahan mentah seperti ayam, ikan, daging lembu, daging kambing serta lain-lain bahan segera yang boleh disimpan dan tahan lama. Namun harus diingat, jangan terlalu lama terperok dalam peti sejuk beku, kerana ianya bahan makanan, lambat laun akan rosak juga. Ini penting kerana kualiti masakan makanan harus dijaga. Lagi pun, sekiranya kita sendiri tidak menyukai ikan atau daging yang sudah berbau, begitu juga klien saudara.

Photobucket
(Makan malam klien Afrika di Bukit Antarabangsa, Selangor)
(Gambar: Beberapa sesi katering yang saya usahakan. Jom ke sini untuk blog katering saya)
Lusiana Catering menyajikan menu untuk satu majlis doa selamat dan kesyukuran bagi seorang klien persorangan di BK6, Bandar Kinrara, Selangor pada satu hari di minggu terakhir Oktober 2009. Majlis tersebut disajikan dengan sajian makan tengah hari dan makan malam.

Dengan jumlah pesanan sebanyak 180 pax, menu makan malam merangkumi set nasi beryiani bersama kari kambing.
Tuan rumah memuji kari kambing yang disajikan. “Try mutton curry, it’s excellent!,” tuan rumah berkata kepada salah seorang tetamu yang baru menyenduk nasi beryiani.

Cerita kedua pula semasa di majlis makan yang berlangsung di tingkat 75, menara kedua Petronas (KLCC) setahun lepas. Ianya merupakan majlis meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali untuk staf dan expatriate syarikat berkenaan. Ia berlangsung dalam suasana santai.


Hidangan termasuk masakan rendang kambing dan lemang yang mendapat pujian dari staf India dan staf warga asing yang bertugas di syarikat berkenaan.
Kata mereka, “The best mutton curry I have ever eaten.” Saya kata kepada staf berkenaan ini bukan kari kambing tetapi rendang kambing.

Seorang lagi staf Melayu yang lengkap berpakaian baju Melayu memuji hidangan yang saya sediakan. Kata beliau, “Terima kasih kerana menghidangkan masakan yang menyelerakan. Lemang ini cukup enak rasanya. Awak ada kedai kah?” Saya jawab tidak ada, lantas menyuakan kad bisnes kepada beliau. Selepas itu saya sendiri melihat beliau bercakap-cakap dengan rakan-rakan sambil menyarankan supaya mencuba lemang dan rendang kambing.


Hidangan istimewa lain yang saya sediakan hari itu ialah cendol dan nasi beriani (bersama beberapa hidangan lagi bersesuaian dengan tujuan majlis diadakan). Cendol yang dihidangkan bersama santan, gula merah dan ketulan ais habis dihirup oleh tetamu.


Segala pujian dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
24 Syawal 1430H: Setelah kembali dari berhari raya di Besut dan Kelantan, saya dan Chef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi menerima panggilan dari klien, menjawab emel, menghantar sebut harga, menghubungi rakan bisnes serta menyediakan barang-barang keperluan.

Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari Raya Aidilfitri ialah novelis Ramlee Awang Murshid. Novelis thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh seawal pertengahan Ramadhan 1430H lagi. Klik di sini untuk melihat kemeriahan rumah terbuka Aidilfitri novelis Ramlee Awang Murshid.


Tahukah saudara, apakah makanan yang sangat digemari oleh saudara Ramlee? Di penghujung majlis semasa bertugas di rumahnya, pembantu saya menggoreng mee yang berlebihan. Anak beliau, adik Aizuddin, berkata kepada saya, “Abah memang suka makan mee goreng.” Tatkala bersantai di luar rumah menjelang Isyak, Ramlee makan (belasah!?) dua pinggan mee goreng! Memang sah bahawa Ramlee suka masakan itu.


Justeru hari raya jugalah, maka saya masih terkial-kial dalam meneruskan pembacaan novel sejarah Bidadari Paderi oleh saudara Saiful A.Imam. Tugas mengulas buku juga tergendala sebentar. Ulasan novel thriller Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks yang usai dibaca di penghujung Ramadhan 1430 Hijrah juga masih belum dimulakan.


Jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sesak dengan kenderaan lantaran rumah terbuka Aidilfitri. Di dua hujung minggu, saya terperangkap dalam kesesakan jalanraya dalam perjalanan ulang-alik ke premis klien bagi urusan katering.


Di hujung minggu lepas (9, 10 & 11 Okt), Chef Hana kepenatan memasak untuk tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri untuk dua hari berturut-turut. Sebaik sampai di rumah pada malam Ahad, dia terus pengsan (tidur dengan nyenyaknya!)
18 Syawal 1430H: Beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadhan yang didamba Mukmin, Allah menurunkan rezeki kepada saya dalam bentuk beberapa sesi katering. Di sini saya menyorot 3 daripadanya; 31 Julai di Kampung Kemensah, Ulu Klang; 1 Ogos di Mont Kiara; dan klien korporat Foresight Industries Sdn. Bhd. di Bandar Puncak Alam pada 19 Ogos. (Gambar kiri: Ayam BBQ dan makaroni goreng di sesi BBQ di Mont Kiara, KL)

Iklan: Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis. Menu pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, Cina, India dan Barat. InsyaAllah, semua dijamin halal mengikut syariat Islam.

(Buku apa saya sedang baca? (1) Asmaul Husna: Dengan NamaMu Aku Hidup oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, (2) Novel sejarah - Bidadari Paderi oleh Saiful A. Imam)


Photobucket
Photobucket
(Doa selamat di Kampung Kemensah, Ulu Klang, Selangor, 31 Julai 2009)

Photobucket
(BBQ di Mont Kiara, Kuala Lumpur, 1 Ogos 2009)

Photobucket
(Foresight Industries Sdn. Bhd. di Bandar Puncak Alam, Selangor, 19 Ogos 2009)
Beberapa tahun yang lalu, bisnes pertama yang saya laksanakan semasa masih lagi bekerja makan gaji ialah membuka kedai langsir dan menjual busana wanita di suatu lokasi di Kuala Lumpur. Modal bukannya sedikit, namun takdir menentukan segala, bisnes itu gagal.

Seterusnya tatkala ada perancangan untuk berhenti kerja dari JARING Communications Sdn Bhd, saya sudah memulakan bisnes menjual nasi lemak. Pada permulaannya saya menjual nasi lemak dan kuih-muih di satu lokasi.
Tidak berapa lama kemudian saya membuka gerai di tiga lokasi berlainan secara serentak.

Beberapa kali saya mengubah lokasi bagi mencari tapak yang strategik, iaitu lokasi yang mempunyai potensi pelanggan y
ang tinggi. Akhirnya tiga tapak tetap saya pilih. Tiap-tiap pagi saya keluar dari rumah di antara jam 6.15 – 6.30 pagi bagi menghantar makanan dan staf yang menjaga gerai-gerai tersebut. Gerai ‘pacak’ yang didirikan menggunakan payung dan dua meja setiap satu.

Hasilnya mengikut hari. Ada hari yang lumayan, ada pula yang agak perlahan. Namun syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana sepanjang bisnes nasi lemak tersebut, saya tidak dihalau oleh mana-mana pihak. Ramai pelanggan tetap yang hampir setiap hari tanpa jemu berkunjung untuk mendapatkan menu nasi lemak yang disediakan oleh chef saya. Mereka berpuas hati dengan rasa masakan dan harga yang saya
tetapkan.

Alhamdulillah, dengan wang gaji yang saya kumpulkan beserta hasil dari penjualan nasi lemak, saya membeli peralatan utama katering; pinggan mangkuk, sudu dan garfu, gelas, bekas air sejuk dan panas, cawan, perkakas keluli untuk mengisi makanan dan alas meja.


Bisnes katering saya terus berjalan bersama-sama dengan penjualan nasi lemak.
Kadang-kadang lantaran ada pesanan katering, saya terpaksa menutup dua gerai serentak pada suatu masa. Natijahnya, ramai pelanggan merungut kerana saya menutup gerai, dan selalu bertanya mengapa saya tidak membuka gerai nasi lemak semalam atau dua hari lepas.

Masa terus berlalu, dan bisnes katering saya menunjukkan kemajuan. Semakin banyak pertanyaan dan semakin kerap pesanan diterima dari klien. Akhirnya saya dan chef memutuskan sudah sampai masanya gerai-gerai nasi lemak itu ditutup bagi memberi tumpuan kepada katering. Saya menetapkan fokus bisnes.


(Gambar: Sesi katering di JPA Putrajaya pada 17 Jun 2009 dan di Kolej PTPL Shah Alam pada 22 Jun.)
Pada satu ketika di suatu lokasi di Cyberjaya. “Kau sekarang ini senanglah sejak Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor,” kata seorang sahabat sambil menghembus asap rokok menghala ke dahan pokok kelapa sawit yang terjuntai hampir ke bumbung bangunan.

“Mengapa kau kata begitu,” soal saya sambil memandang tepat ke mukanya.


“Yalah, senang kau dapat bisnes,” balasnya tersengih-sengih.


“Shah, aku memang menyokong PAS dan mana-mana pihak yang berkawan dengan PAS. Aku gembira sejak PR memang di Selangor. Namun aku tetap macam dulu sejak aku memulakan bisnes katering ini.


“Aku masih melakukan tugas-tugas pemasaran dan jualan seperti biasa, tiada berubah. Kau hendak aku melutut kepada wakil rakyat kawasan aku atau mana-mana Exco Selangor? Kirim salam!”


Pokok persoalan di sini ialah apa yang sering kita sebutkan sebagai aktivit melobi. Sokongan saya terhadap PR bukan bertujuan bisnes atau mana-mana kepentingan peribadi yang lain. Apa yang saya inginkan ialah sebuah negara Malaysia yang lebih baik untuk rakyat dan generasi mendatang.


Saudara Iskandar Abdul Samad memenangi kerusi ADUN Chempaka di pilihanraya ke-12 lalu. ADUN kawasan saya ini dilantik sebagai Exco Selangor pula. Saya mengenali beliau dan beliau pula pernah beberapa kali berkunjung ke rumah saya. Adakah saya menelefon beliau sejak menjadi Exco bagi mendapatkan projek? Demi ALLAH, tidak pernah!


Tetapi sekiranya kerajaan PR Selangor dan jabatan-jabatan kerajaan negeri meminta saya menyediakan sebut harga bagi perkhidmatan katering, saya tidak akan menolak. Begitu juga sebarang permintaan atau pesanan yang diterima dari jabatan atau kementerian kerajaan persekutuan, pasti saya terima dengan rasa senang hati.


Pegangan saya tetap jitu; usaha, doa dan tawakkal. Rezeki dari Allah, saya hanya menguruskannya.


(Gambar: Salah satu persediaan meja pengantin untuk katering perkahwinan)
Photobucket
Saya dan chef berkampung di Melaka selama empat hari, mulai 16 hingga 19 Ogos 2008. Selama di sana, kami mengalami antara hari-hari yang paling sibuk dalam menguruskan bisnes katering. Sila baca blog katering di bawah tajuk “Malaysia Prihatin – Empat hari di Melaka” untuk mengetahui kisah seterusnya.

Sepanjang di sana, dari lokasi penginapan dan memasak di Teluk Mas dan Seluk Gaung, saya ‘menjelajah’ ke bandar Melaka, Melaka Sentral, Cheng, Bukit Cina dan bandar Klebang.


Tim saya menginap di dua lokasi yang berdekatan. Kaum perempuan di rumah keluarga biras saya di Teluk Mas, sementara saya dan dua lagi pembantu menginap di rumah seorang sahabat yang baik budi di Seluk Gaung. Sila rujuk di sini untuk mengetahui sahabat tersebut.


Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada hari Selasa (malam), 19 Ogos, sempat lagi saya, chef, tiga pembantu dan seorang sahabat menjamu selera di salah sebuah medan ikan bakar. Kami sampai di Kuala Lumpur pada jam 2.30 pagi, 20 Ogos.


Lantaran katering di Melaka ini, saya terlepas jemputan untuk menghadiri sesi pelancaran novel Hijab Sang Pencinta pada 20 Ogos 2008 di Petaling Jaya. Memang novel trilogi yang didahului dengan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini saya tunggu-tunggu. Namun apakan daya, aduhai. Saya memohon maaf kepada pihak Alaf21 Sdn Bhd dan ucapan terima kasih atas jemputan secara peribadi ke majlis tersebut.


Kesibukan katering di waktu cuti sekolah satu minggu ini juga turut membantutkan pembacaan Takluk Jagat: Bisikan Ariasha dan Talfiq: Beramal Dengan Pelbagai Mazhab. Insyaallah saya akan cuba habiskan pembacaan kedua-dua buku ini sebelum puasa. (Gambar atas & bawah: Katering di Melaka)


Photobucket
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
Photobucket
(Makan tengah hari pada 15 April 2008)

Photobucket
Photobucket
(Garlic bread)

Photobucket

Mahu membuat pesanan katering? Sila hubungi saya.
Hari Khamis, 13 Desember 2007, aku mengunjungi Times Square, Kuala Lumpur dengan tujuan yang sudah terpahat dalam hati sejak beberapa hari lalu untuk ke gedung buku Borders. Sudah agak lama aku tidak keluar menghabiskan masa terluang di toko buku lantaran kesibukan dengan bisnes katering. Hari ini aku menjelajah rak-rak buku; dari fiksyen bahasa Inggeris ke buku umum ke bahagian agama, hinggalah perhentian terakhir ke sudut buku-buku bahasa Melayu.
Memang ada beberapa tawaran menarik di Borders, namun semuanya untuk buku berbahasa Inggeris. Tiada langsung tawaran bagi buku bahasa Melayu bagi memujuk pembaca, tambahan pula sudut pameran adalah sekadar satu sudut, yang kurang menggamit pengunjung untuk ke situ. Secara peribadi, aku kecewa dengan Borders kerana kelihatannya menganaktirikan buku berbahasa Melayu.
Aku keluar sebentar dari bangunan itu untuk membasahkan tekak yang kering di satu kedai mamak, dengan niat untuk kembali ke Borders. Persekitaran yang bingit dan sesak di bawah bangunan Times Square menghambat mood aku untuk terus berada di situ. Aku semakin benci dengan pencemaran bunyi di kota metropolitan ini.
Kecewa dengan suasana toko buku Borders dan persekitaran yang tidak kondusif, aku menahan teksi untuk ke Ampang Point. Di sana terdapat kedai buku Popular yang sudah diubah suai. Walaupun sudah beberapa kali aku ke sana sejak pengubahsuaian selesai, perasaan jemu malu-malu untuk bertandang. Lagi pun Popular sedang mengadakan jualan buku-buku dengan potongan harga yang menarik, terutamanya untuk pemegang kad keahlian rangkaiannya.
Sepanjang masa di sana, masa berlalu dengan pantas kerana tahu-tahu sahaja ada suara keluar dari corong bunyi, lebih kurang begini, “Terima kasih kerana mengunjungi Popular. Kedai kami akan ditutup dalam masa 15 minit lagi.”
Kalau ikut hati, aku masih mahu berada di situ. Belum puas rasanya. Lantas dua buah buku fiksyen bahasa Melayu dalam genggaman terus aku bawa ke kaunter bayaran. Buku apa? Rahsia!

Photobucket
top