Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Showing posts sorted by relevance for query Faisal. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Faisal. Sort by date Show all posts
Saya ada beberapa rakan novelis dan para penggemar sastera Melayu yang selalu saya jumpa. Antara isu yang kami bualkan ialah personaliti dan aliran sastera masa kini; termasuk antaranya ialah saudara Faisal Tehrani. Saya mengenali karya sastera beliau semasa saya rapat dengan salah satu penerbit yang menerbitkan karya-karya beliau, iaitu novel Perempuan Politikus Melayu dan Rahsia Ummi.

Bermula dengan Perempuan Politikus Melayu saya terus mengikuti perkembangan penulis ini dan sentiasa menunggu hasil beliau di persada sastera tanah air. Lantaran itu saya mengumpul dan membaca Cinta Hari-Hari Rusuhan, 1515, 1511H (Kombat), Advencer Si Peniup Ney, Detektif Endigo, dan terkini ialah Surat-Surat Perempuan Johor. (Saya tahu ada beberapa novel Faisal yang masih belum saya miliki).

Melalui novel-novel ini saya mengenali pendekatan beliau dalam mengenengahkan pandangan dan alirannya, terutama dalam memperkatakan konsep dan isu berkaitan Islam kontemporari. Saya memang sangat menyukai dan senang dengan cara beliau berdakwah lewat karya-karyanya.

Paling terkini saya dapati beliau sangat menentang fahaman Wahabi yang menjadi mazhab keluarga pemerintah Arab Saudi dan sekaligus menjadi aliran utama Islam di kalangan rakyat negara tersebut.

Ada rakan saya berkata bahawa Faisal terlalu menentang Wahabi sehinggakan penjelasan beliau dalam blognya panjang lebar dan menjadi sedikit tidak signifikan kerana ramai yang tidak faham. Entahlah, saya memang kurang arif.

Satu lagi isu Faisal yang menjadi bahan perbualan ialah pegangan beliau dalam mempertahankan karya kreatif yang dihasilkan. Menurut rakan penggemar sastera, beliau tidak membenarkan karyanya disunting oleh mana-mana penerbit. Beliau lebih rela karyanya diterbitkan sendiri atau langsung tidak diterbitkan oleh penerbit-penerbit besar jika mereka berhasrat mengubah, walaupun sedikit dari ayat-ayat yang Faisal karang.

Kata rakan saya, Faisal sombong dan ego dalam mempertahankan isi karya beliau. “Faisal lebih mementingkan prinsip dari memenuhi minat khalayak sastera masa kini. Sebab itu novel dia tidak laku.”

Kata rakan saya lagi, “Novel-novel dia hanya laku kepada orang-orang seperti kau.” Saya tersenyum.

Lantaran itu, saya tidak hairan mengapa novel Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu tidak diterbitkan oleh DBP, walaupun meraih tempat pertama bagi Hadiah Sastera Jubli Emas DBP 2007 bagi kategori novel dewasa dan remaja.

Kita boleh berbeza pandangan, namun pada hemat saya, Faisal mempunyai pendirian yang harus dihormati. Saya tetap meminati karya beliau kerana ianya lain dari yang lain; walaupun tidak popular sepopular novel cinta yang boleh dijual 100,000 naskhah dalam setahun.

Saya tidak memilih novel popular, tetapi isi, pandangan dan aliran murni dalam novel-novel Faisal, walaupun novel cinta.

* Blood of heroes, they never die.

Saya sudah membaca novel Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani beberapa bulan lalu. Masih malas mahu membuat ulasan.

Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah chef Lusiana Catering (isteri saya) juga telah membaca novel ini.
Tunggu Teduh Dulu dibaca bersama enam buku lain sepanjang bulan April 2009.

Faisal, isteri saya berpesan, “Abang, tolong sampaikan kepada Faisal.
Dari muka surat pertama prolog, saya sudah jatuh cinta dengan novel ini.” Ok, Faisal, saya sudah sampaikan pesan itu.

Satu perkara lagi, apa sudah jadi dengan Rahsia Ummi dan Perempuan Politikus Melayu? Saya lihat buku ini masih berlonggok-longgok, saya ulang BERLONGGOK di pejabat Zebra Editions Sdn. Bhd. Elok sangat saudara Faisal pergi dan berbincang dengan penerbit itu. Saya kira dua novel tersebut masih boleh dijual dan laku. Tidak kelihatan di pesta buku Kuala Lumpur baru-baru ini.


Berkaitan:
Apa terjadi di Pesta Buku Selangor?
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.” Inilah ayat yang diulang-ulang pada setiap bab - dari bab 1 hingga bab 20 (juga epilog) – oleh Faisal Tehrani dalam novel Tuhan Manusia.

Novel ini tidak memuatkan banyak watak, tetapi sarat dengan idea falsafah dan diskusi antara konsep Islam liberal (yang sesat) dengan Islam lurus yang berlandaskan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad. Memang benar, Faisal menggunakan teknik khutbah dalam novel ini. Sebahagian besar perbualan, diskusi, perbicaraan dan penghujahan ibarat ceramah yang penuh ilmu.

Satu saranan berani dan ampuh dari Faisal dalam membentangkan pendekatan bagi meluruskan kembali masyarakat yang pincang oleh serangan Barat melalui isu kesamaan agama. Penulis juga meletakkan asas melalui ‘khutbah-khutbah’ yang disampaikan oleh watak-watak supaya anasir jahat Islam liberal ditentang; bukannya menerusi kekerasan tetapi melalui dialog peradaban.

Kata Faisal di halaman awal novel, “Ini ialah novel saya yang paling ambitious setelah 1515”, saya menyetujuinya. Ini adalah kerana novel Tuhan Manusia “menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik (Ali Taqi bin Mohamad) yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencabar hakikat ketuhanan.”

Isu utama novel ini adalah murtadnya manusia Islam disebabkan gagasan sesat Islam liberal. Liberalisme merupakan satu jarum Yahudi bagi merosakkan kepercayaan tauhid umat Islam terhadap keesaan Tuhan. Faisal Tehrani menerusi Tuhan Manusia memberikan idea, mencadangkan cara, membina kaedah dan seterusnya menubuhkan organisasi bagi menghancurkan gerakan jahat yang halus ini.

Novel ini membuka minda saya mengenai Islam liberal dan konsep pluralisme yang menitikkan agenda liberalisme ke dalam masyarakat. Pihak Barat cukup menyedari bahawa Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan peperangan. Serangan pemikiran melalui agenda liberalisme menyusup masuk ke dalam Islam, menjadikan ia senjata mutakhir anasir Zionis sebagai kesinambungan usaha bagi menghancurkan agama suci ini.

Namun Tuhan memperingatkan, “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya Tuhan yang dipuja lagi ditaati. Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?” (Al-Quran, surah al-Furqan, ayat 43)

Saya ingin mengambil perhatian rakan-rakan terhadap satu kenyataan salah seorang intelektual Islam abad 20, Said Nursi Badi’uzzaman. Beliau berkata bahawa “Merelakan kejahilan adalah sama dengan kejahilan; merelakan kejahatan, kejahilan dan kekejaman adalah kejahatan, kejahilan dan kekejaman (juga).”

Saya menutup ulasan ini dengan kata-kata Tuhan: “Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-ilmuNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?.... (Al-Quran, surah al-Jathiyah, ayat 23)

Dengan itu saya menyokong saranan dan khutbah saudara Faisal Tehrani menerusi novel Tuhan Manusia, bahawa “Tiada paksaan dalam agama bukannya bermakna semua agama ada kesamaan. Sudah jelas antara yang hak dan batil.”

Judul: Tuhan Manusia
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, 2007 (http://www.ameenbooks.com.my/)
ISBN: 978-983-3991-37-2
Muka surat: 345 halaman
Harga: RM21.90 (Malaysia), S$15.90 (Singapura & Brunei)
Sebaik sahaja aku tahu berkenaan penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aku kaget. Alasan tangkapan kerana menjadi guru tidak bertauliah di majlis ilmu membuatkan aku terkilan dan hairan.

JAIS berada di bawah portfolio Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali, Exco Selangor. Aku hairan kerana di bawah pentadbiran UMNO/BN dahulu, PAS bertanya bahawa ‘hendak mengajar agama pun kena dapat tauliah”?. Tetapi kini ianya terjadi tatkala Selangor ditadbir oleh PAS/PR.

Justeru itu, benarlah sangkaan pengarang buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda ini bahawa ada tangan ghaib di belakang isu ini. Siapa? Hanya Allah yang Maha Tahu.

Namun dalam masa yang sama, telahan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali, yang mengatakan “ada unsur sabotaj kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor” tidak boleh dikesampingkan.

"Cara penangkapan itu memang mengaibkan dan menjatuhkan maruah beliau. Saya difahamkan antara 50 ke 100 orang polis ada bersama-sama pegawai-pegawai JAIS untuk menangkap seorang ulama. Saya rasa sangat kesal," kata Dr. Lo’ Lo’.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan wujudnya unsur sabotaj pihak tertentu kepada kerajaan PR Selangor kerana penangkapan itu dilihat sangat bertentangan dengan sikap kerajaan negeri yang sangat terbuka dalam menyalurkan ilmu kepada masyarakat.

"Saya bimbang ada unsur sabotaj kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebab saya lihat penangkapan ini sangat bertentangan dengan kehendak kerajaan Selangor yang sangat terbuka terhadap ilmu. Tiba-tiba seorang yang berpontensi seperti Dr. Asri ditangkap dan dimalukan begitu sekali," katanya.

Dalam pada itu, ramai antara kita mengetahui pertentangan idea dan pendapat antara Faisal Tehrani dan Dr. Asri. Walaupun begitu, kata Faisal “saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr. Asri hari ini.”

“Saya ingin menegaskan, saya membantah sebarang usaha mengharamkan satu-satu aliran yang tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah. Baik ia wahabi, salafi, syiah ataupun tarekat yang benar. Setiap aliran tersebut adalah gagasan. Ia adalah teori.

“Setiap sekolah pemikiran tidak boleh diharamkan dan dihalang sedemikian rupa. Ia hanya boleh dilawan dan dibantah dengan teori dan gagasan lain pula. Ia mesti diperdebatkan secara akademia. Jika ia (aliran tersebut) ditakdirkan 'kalah' maka ia akan mati dan luput begitu sahaja seperti yang telah menimpa sekolah pemikiran Muktazilah, Jabariyyah, Qadiriyyah dan Ibadi.

“Jadi, saya ingin mengatakan saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr Asri hari ini. Ia adalah petanda buruk untuk perbahasan ilmu yang sihat.” (Petikan komen sdr. Faisal Tehrani di blognya)

Berkaitan:
GEMPAR: Dr Maza ditangkap JAIS, apa hal?
Tangan ghaib siapa di sebaliknya? - Dr Asri


Buku Faisal: Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!


Photobucket Image Hosting
Penulis Faisal Tehrani berkata, “Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?

Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.

Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi?” Artikel penuh Faisal Tehrani, baca di sini:

Ada sahabat blogger lain menyatakan begini:

“Di mana Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan tulisan Jawi di papan nama sebuah jalan di ibu kota? Kejadian beserta gambar yang saya sertakan ini membuktikan betapa murah dan hinanya bahasa Jawi pada pandangan bangsa lain. Malang sungguh nasibmu bahasa Jawi. Tidak ada seorang pun di kalangan Melayu/Islam membela nasib mu." Sila klik di sini:

Pandangan saya, elok dikekalkan tulisan Jawi di label jalan-jalan yang sudah sedia ada, ataupun ditambah lagi. Dan dalam masa yang sama, masukkan sekali tulisan Cina pula. Langkah ini, saya kira, sangat elok bagi industri pelancongan kita.

Tindakan YB Terasa Kok (DAP Seputih), kalau benar, saya rasa keterlaluan. Jangan pula tulisan Jawi menjadi mangsa. Saya minta Pakatan Rakyat pandai dan berhemah dalam hal ini. Benar kata saudara Faisal Tehrani, “Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.”

Faisal berkata lagi, “Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.”

Saya berharap sangat supaya PAS meneliti sehalusnya perihal ini.
Ingat perjuangan Harakah terhadap tulisan Jawi. Saya bukan tidak bersetuju dengan tindakan DBKL yang menurut kehendak YB Terasa Kok, jika benar, cuma ambil kaedah yang tidak keterlaluan, iaitu kekalkan tulisan Jawi dan tambah tulisan Cina.

YB Iskandar Samad, Exco Selangor juga menyatakan dalam blognya bahawa “Walaupun ianya melibatkan kawasan YB itu, kawasan majoriti Cina, tetapi jarang sekali DBKL begitu pantas memenuhi permintaan parti-parti pembankang. Menukar papan-papan tanda jalan bukan satu perkara yang kecil. Jadi adakah ianya bertujuan untuk mendapatkan undi-undi untuk BN atau terdapat agenda politik lain? Sudah tentu penukaran itu akan menjadikan YB Teresa “heroine” kepada pengundi-pengundi Seputih dan tidak akan menguntungkan BN. Jadi kenapa dilakukan?

Kata Iskandar lagi, “Saya berpendapat impak yang diharapkan bukanlah di Seputih tetapi di seluruh negara. Bukan kepada orang Cina atau masyarakat bukan Islam yang lain tetapi impak yang diharapkan adalah di kalangan orang Melayu, orang Islam.”
Sila baca komentar penuh di sini.

Saya sebenarnya malas untuk mengulas perihal ini, tetapi jangan pula Islam dan PAS hanya menjadi bagai menukut di tepi gantang. Saya memang amat tidak setuju dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail, dan dalam masa yang sama tindakan Terasa Kok juga tidak patut.
Saya sudah lama membaca novel ini, seawal cetakan pertama lagi. Gaya penceritaan saudara Faisal Tehrani menarik dan indah, kadang-kadang bersahaja. Gaya hidup sarat hiburan terlarang sesungguhnya sekian lama melatari komuniti bandar kita.

Kerajaan pimpinan UMNO/BN terus menerus membiarkan gaya hedonis ini mekar subur. Malah selalunya menyediakan segala prasarana bagi ianya terus bercambah meracuni budaya.


Secara tidak langsung Faisal mengambil contoh program realiti TV Akademi Fantasia. Beliau menyinggung dengan ilmu. Tatkala program itu sedang hangat dan mekar sarat dengan budaya hedonis, novel ini muncul dalam pasaran. Indah dan asyik isinya. Pedas masakannya. Namun curahan idea ibarat air sejuk mangalir mencucur nurani.


Sinopsis
Advencer Si Peniup Ney

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, berm
ewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi.


Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati. Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.


Karya ini secara sinis menempelak
gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.


Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan.


Judul: Advencer Si Peniup Ney

Pengarang: Faisal Tehrani

Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Cetakan Pertama: 2005

Mukasurat : 243 halaman

ISBN :9676117625

Berkaitan:
Majalah Mangga. Adakah ini yang saudara suka?
Wajah memang cun, tetapi amalkan budaya hedonis!!

Akademi Fantasia atau FANTASIAL?
Aku ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 pada hari kedua (Sabtu, 18 April 2009). Gerai yang pertama aku kunjungi ialah Alaf21 Sdn. Bhd kerana ada geng Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) yang mempromosi kelab. Berjumpa novelis Ramlee dan rakan-rakan dari RAMFC serta melihat peminat membeli novel beliau, autograf dan bergambar, membuat aku teruja. Memang Ramlee seorang penulis yang bertaraf selebriti, tetapi sangat merendah diri. (Foto kiri: Aku bersama Ustaz Riduan)

Seterusnya aku ke gerai Karangkraf, Nufair Street, Anbakri Publika, Jundi Resources, Utusan, Amen Boo
ks dan PTS. Lain-lain gerai jualan hanya setakat pandang sambil lalu sahaja. Aku ke gerai PTS sebanyak empat kali dan keempat-empat kali pengunjung penuh sesak. Apabila berjalan mesti berlanggar bahu, langsung tidak boleh masuk. PTS memang ramai peminat.

Kali keempat aku ke gerai PTS, sempat berbual-bual dengan saudara Faris Abdullah, salah seorang editornya. Kata Faris, “Tahun lepas tidak seramai ini.” Alhamdulillah, buku-buku terbitan PTS sudah mendapat tempat di hati pencari ilmu. Dan aku juga membuat kunjung hormat kepada Puan Ainon Mohamad, bos PTS. Sudah aku jangka, mesti kena beduk! Alhamdulillah, memang aku ada ‘hutang’ kepada Puan Ainon yang masih belum dilunaskan, aduhai! Nasihatnya kepada aku mengalir lancar ibarat seorang ibu menasihati anaknya. Terima kasih, Sifu.


Aku sempat juga berbual-bual dengan editor Majalah PC, saudara Jalaluddin; kartu
nis Gayour; Pengurus Besar Alaf 21, Encik Norden Mohamad; bos Jundi Resources, Ustaz Riduan Mohd Nor, penulis novel Bidadari Dari Timur, Ili Sarah Annual Bakri; dan Faisal Tehrani (foto kanan).

Untuk kunjungan kali pertama ini, aku sempat membeli buku-buku berikut:

Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani

Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron


Bidadari Dari Timur oleh Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri


Gaza Menangis oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor
Berkaitan: Laporan Faisal Tehrani dan Laporan Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid
Beberapa minggu lalu, usai membaca novel Sebongkah Batu di Kuala Berang oleh penulis yang saya hormati, Tuan Faisal Tehrani.

Pada hemat saya yang daif ini, tiada apa yang salah atau karut. Wacana kedatangan Islam ke Nusantara secara narasi khutbah tidak pula memesongkan akidah saya. Sebutan nama Ali bin Abi Talib dan kaum keluarga Rasulullah tidak pula menunjukkan elemen Syiah melampau.


Tidak pula penulis mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Wacana untuk difikirkan dan ditelaah. Salahkah?


Pesan saya untuk diri sendiri dan teman-teman pembaca budiman, fikirkan sebuah wawasan kecil dan olah menjadi resepi. Kemudian hirup sup itu saban waktu bagi menjana sebuah pemikiran serta membentuk wawasan besar untuk kebaikan bersama.
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).” (Surah al-Muddaththir, ayat 1 – 2)


Berkaitan: Budaya hedonis dicemuh dalam Advencer Si Peniup Ney
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

Semasa saya di bangku sekolah rendah, menengah dan era remaja, saya sangat menggemari buku-buku bercorak penyiasatan, sama ada dalam bahasa Melayu mahu pun bahasa Inggeris. Minat ini diteruskan apabila memasuki universiti dan meniti alam dewasa. Tetapi novel penyiasatan dewasa pula menjadi koleksi, merangkumi kategori thriller, misteri, thriller berkaitan teknologi, penyiasatan yang berkaitan geo-politik, dan novel sejarah.

Namun begitu, siri penyiasatan Detektif Indigo garapan idea saudara Faisal Tehrani menampakkan kelainan yang ketara berbanding siri penyiasatan era 80-an dan 90-an. Walaupun Detektif Indigo dikategorikan sebagai novel remaja, saya turut teruja untuk membeli dan membacanya. Setakat ini sudah dua buah diterbitkan; Detektif Indigo (terbitan pertama tahun 2005) dan Detektif Indigo: Ikan Fugu, Lukisan & Jimson (terbitan pertama tahun 2007).


Kisah yang berasaskan kepada sekumpulan remaja indigo (remaja yang memiliki IQ yang sangat tinggi, serta kebolehan luar biasa) yang membantu polis dan pihak berkuasa dalam menyelesaikan kes-kes rumit amat menarik untuk diteliti. Bukan itu sahaja, penekanan Faisal, seperti biasa, dalam ruang lingkup Islam.


Di sini remaja-remaja Indigo itu ialah remaja Islam yang mempunyai sahsiah tinggi dalam pergaulan mereka. Mereka menerima ilmu-ilmu bantu di sekolah atau maktab khusus yang ditubuhkan oleh dunia Islam. Di sana juga kebolehan luar biasa mereka disuburkan sebaik mungkin dengan nilai-nilai Islam.


Kedua-dua novel ini diserikan dengan watak-watak lucu (juga dialog lucu), di samping keupayaan luar biasa mereka. Untuk mengetahui apakah bentuk keupayaan luar biasa remaja Indigo ini, sila baca Detektif Indigo dan Detektif Indigo: Ikan Fugu, Lukisan & Jimson.


Saya syorkan kepada pembaca remaja dan dewasa.
(Nota: Jika anda perlukan perkhidmatan katering, sila hubungi saya)
Nampaknya kes tangkapan dan pendakwaan ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terus menjadi polemik komuniti Islam negara ini.

Dalam berita terkini, Malaysiakini melaporkan bahawa tujuh ilmuan Islam yang tidak diberikan tauliah oleh JAIS beberapa bulan lalu dipercayai kerana mereka disyaki membawa aliran Wahabi dan dekat dengan Dr. Maza.

Penolakan terhadap permohonan ketujuh-tujuh mereka, selepas diwawancara sebelum bulan Ramadhan lalu, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan. Malaysiakini difahamkan soalan-soalan tiga pegawai Jais yang menemuduga mereka menjurus kepada usaha menyelidik sikap mereka terhadap beberapa isu fekah dan akidah yang boleh dikaitkan dengan aliran Wahabi.

Soalan-soalan itu, antaranya, isu lafaz niat sembahyang, marhaban dibolehkan atau tidak, aliran teologi Ash-Shaari dan perdebatan isu 13 sifat-sifat Allah yang menjadi pengetahuan umum penganut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Lama dahulu semasa masih belajar di universiti yang terletak di Pulau Pinang, saya bertuah kerana dapat melihat dan mendengar secara langsung ceramah Ustaz Ahmed Deedat (foto kiri). Tatkala itu dewan canselor padat diisi oleh pelajar-pelajar Islam, Kristian dan lain-lain penganut yang berminat untuk mendengar hujah beliau dalam persoalan Islam dan Kristian, khususnya berkaitan dengan Quran dan Bible.

Kini beliau sudah tiada, tetapi buku-buku dan kaset ilmunya tersebar ke seantero dunia, diterjemah ke pelbagai bahasa. Saya memiliki dan sudah membaca dua buah buku beliau, iaitu The Choice: Islam and Christianity Volume 1 dan The Choice: Islam and Christianity Volume 2 dalam versi bahasa Inggeris.
Kedua-dua naskhah ini juga sudah diterjemah ke bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.

Kedua-dua naskhah tersebut merupakan koleksi beberapa buku kecil yang diterbitkan terlebih dahulu.
Dijilid secara hard cover, sangat kemas. Justeru kerana The Choice saya memiliki dua naskhah Bible untuk rujukan.
(On May 3, 1996, Sheikh Ahmed Deedat suffered a stroke which left him paralyzed from the neck down because of a Cerebral Vascular Accident affecting the Brain Stem, and which also meant that he could no longer speak or swallow. He was flown to King Faisal Specialist Hospital in Riyadh, where he was reported to be fully alert and hence taught to communicate through a series of eye-movements via a chart whereby he would form words by acknowledging individual alphabets read out to him; this way he would form complete sentences.

He spent the last nine years of his life in a bed in his home in Verulam, South Africa, encouraging people to engage in Da'wah (Islam propagation). He was looked after by his wife, Hawa Deedat, and was reported to have no bed-sores at all. He continued to receive hundreds of letters of support from around the world, but was a target to many missionaries who tried to convert him to Christianity, to which he replied -via head and eye movements- with verses from the Bible.


In October 2002 Deedat was visited by Reverend Naidoo who requested Deedat to let him read a verse of the Bible in order to inspire him and pray for his healing. Deedat in turn, through his eye-movements—the sole method of communication he had been taught at King Faisal Specialist Hospital after being paralyzed—asked him to read out and explain the moral of the event described in Genesis 19:30. For this the Reverend had no answer and thereafter left the place.


A similar later attempt at converting Deedat was made by a young Christian gym owner named Ringo who claimed he could heal Deedat through a miracle by saying "Jesus heal him! Rise up!", however Deedat quoted Matthew 7:21 and then asked him "Why would Jesus tell you this when you came to do such a noble job?


On August 8, 2005, Ahmed Deedat died at his home on Trevennen Road in Verulam in the province of KwaZulu-Natal. He is buried at the Verulam cemetery) (Source: Wikipedia)
Dalam pada itu saya sudah membaca novel bergambar keluaran PTS Millennia Sdn Bhd, anak syarikat PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, berjudul “Sekudus Nur Ilahi”. Pada mulanya saya hadiahkan buku ini kepada anak sulung saya dalam tahun 4 sekolah rendah (tahun 2007), tapi saya pun turut teruja hendak membacanya. Jadi saya bawa novel ini ke hulu ke hilir, walaupun semasa perjumpaan dengan klien katering saya atau semasa membeli bahan mentah di pasar.

Photobucket

Sekilas pandang, novel ini mengemukakan satu persoalan berat. Persoalan cinta dan pegangan agama, antara Kristian dan Islam. Konflik antara dua insan, masing-masing mencari kebenaran dalam beragama.


Walaupun novel ini ditujukan kepada remaja, namun saya kira ianya juga sesuai untuk dibaca oleh golongan dewasa.
Amaran saya, mungkin ada yang kurang faham dengan persoalan isu ketuhanan yang dipaparkan. Namun elok dibaca, paling kurangpun dapat memahami serba sedikit mengenai fahaman Kristian terhadap Nabi Isa (Jesus Christ).

Ok, seterusnya saya menjumpai video berkaitan seorang bekas penganut Kristian yang memeluk Islam kerana terpesona dan kagum dengan kandungan Quran dan bagaimana isinya tetap sama walaupun beribu tahun. Saya sertakan video ini untuk tatapan, renungan dan pemahaman kita, insyaAllah. (Berkaitan: Teruskan membaca al-Quran, Nga Kor Ming)


Photobucket

Pada hari Jumaat, 1 Ogos, saya ada tiga sesi katering di satu premis NGO di Kelana Jaya, Selangor. Katering tersebut melibatkan makan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Sebaik selesai sekitar jam 5.00 lebih, saya bergegas ke suatu lokasi. Ke mana lagi kalau tidak ke Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Saya berpusing-pusing mencari Kompleks PKNS sebaik sahaja masuk ke Bandar Shah Alam. Selajur kereta diparkir di satu lokasi, saya tertinjau-tinjau, mana bunting pesta buku? Melilau, lantas saya tanya pakcik pengawal keselamatan, “Assalamualaikum, mana Kompleks PKNS tempat pameran buku?” Lantas pakcik itu menunjukkan arah ke sana

Saya memandu ke arah yang ditunjukkan. Saya parkir kereta berhampiran bangunan Maybank. Cari lagi Kompleks PKNS, terus menuju ke suatu bangunan yang ada van Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor. Melilau lagi melihat bunting. Tiada pun ruang masuk ke pesta buku. Saya bertanya kepada seorang wanita, “Cik, mana Kompleks PKNS”?

Rupa-rupanya kompleks itu agak jauh lagi dari bangunan Maybank tersebut. Terus pandu kereta ke Kompleks PKNS yang sebenar, hehehehe! Akhirnya berjumpa dengan kompleks tersebut. Puas hati! Saya mengitari gerai demi gerai yang menjual buku. Belek sana, belek sini. Senyum sana, senyum sini. Akhirnya lima buah buku saya beli, seperti berikut:
Enigma oleh Nasron Sira Rahim (Buku Prima)
Bujang Senang – Lagenda Sebuah Cinta oleh Dr. Idris Boi (Buku Prima)
Memeluk Gerhana oleh Isa Kamari (Ameen Books)
Tawassul oleh Isa Kamari (Ameen Books)
Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani (Ameen Books)
Tiga hari sebelum itu, saya beli dua buah novel di kedai buku Popular, Ampang Point:

Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar (PTS Millennia)
Syahadat Cinta oleh Taufiqurrahman Al-Azizy (PTS Litera Utama)
Newly appointed General Manager of Perbadanan Kota Buku, Encik Razin Abdul Rahman (photo), insists that the function of Kota Buku is to facilitate the growth of private publishers in Malaysia and to not compete with them.

Kota Buku’s aim is to oversee and support the growth of the entire book industry in the country regardless of language. Towards this end, and as its first project, Kota Buku will organise a monthly three-day-long, Pekan Sari Buku, the first one beginning on 23 March 2012, at Lanai Tuanku Abdul Rahman.

All publishers (traditional, fringe or self), be it in Bahasa (Melayu), English, Mandarin or Tamil, are welcomed to participate. (The Kota Buku website is still under construction; so those interested in more information should contact the Kota Buku office, Tel: 603-83217011, or e-mail razinabdrahman@yahoo.com

Razin says, Kota Buku is looking at several other projects to support the publishing industry including the development of children’s literature, R&D of e-books for use in schools, digitisation of contemporary and classical Malaysian literature with print-on-demand (POD) and digital download possibilities, and others. Towards this end, Razin is willing to listen to all ideas and suggestions.

The idea for the Kota Buku has been up in the air for a while, and it has finally materialised as Perbadanan Kota Buku (Kota Buku) in July 2011. Its chairman is Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah (formerly DG of the Ministry of Education) and on 3 Jan 2012, Razin Abd Rahman (formerly with ITNM) was appointed as its GM. (He could be appointed the CEO, soon.)

Kota Buku will work with publishers, writers, graphic designers, illustrators and distributors to promote book-related activities.

A six-storey building on Jalan Raja Laut will become its headquarters in two to three years. The building is planned as a place for activities and research. But Razin also sees many activities happening at public venues and not necessarily inside buildings. The Kota Buku is a nationwide endeavour.

Currently, the Kota Buku office is in Cyberjaya, but will move to the Dewan Bahasa dan Pustaka premises in Kuala Lumpur. Razin is currently seeking to employ multi-racial staff for his budding organisation. (E-mail above)

Razin’s sincerity is not in question but, as he admits, as much as he would like to be politically agnostic, he cannot ignore the minefields. It would be interesting to see how he negotiates them, what with Faisal Tehrani’s latest book being banned by JAKIM, and Pak Samad (SN A. Samad Said) becoming a poster boy for certain politically incorrect causes (as some would see it).

--- Originally posted by SilverfishWriters at
Silverfish books.

Berkaitan: Moga Kota Buku tidak jadi seperti Kampung Buku di Langkawi
Hari ini, Ahad tanggal 9 Disember 2007, sekali lagi saya menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan secara percuma oleh penerbit PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Kali ini bengkel difokuskan kepada proses menterjemah kitab-kitab agama yang pernah dikarang oleh ilmuan Islam terdahulu.

Sudah agak lama saya tidak ke bengkel penulisan lantaran sibuk dengan katering. Saya gembira kerana dapat mendengar, sekali lagi, ajaran dan celoteh berguna dari Puan Pengerusi PTS. Beberapa rakan baru ditemui dan kami berbual mesra. Ada cerita yang dikongsi, ada idea yang dibincang.

Semangat untuk menulis membara kembali, walaupun diketuk oleh Puan Sifu PTS!


Jika anda perlukan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis dan acara di mana sahaja, sila hubungi saya. Sudi-sudilah melawat blog katering saya di
http://www.themakan.com/


Buku yang sedang dibaca sekarang ialah novel Mamasan (bahasa Inggeris) oleh Khoo Kheng-Hor dan Tuhan Manusia oleh Faisal Tehrani (pemenang Anugerah Seni Negara).
'Bengkok jarum pedoman cita-cita. Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir, bukan di dada. Bahasa Melayu diejek. Budaya diganti tamadun lucah.' (Arena Wati: Busa Hati, Penerbit UKM, Halaman 349).

Suasana di pusara, semua yang ada di situ sebak mendengar kata-kata balu Allahyarham sambil menabur kuntuman bunga, 'Ini sajalah pemberianku untuk kasih sayangmu, tidurlah lena dan nantikan aku di sini sampai kedatanganku.' (Di petik dari blog Faisal Tehrani)

Anwar Ibrahim terbitkan entri di blognya berkenaan kembalinya gemulah ke tempat menunggu sebelum dibangkitkan kembali itu.
“Dunia sastera Malaysia suram tatkala saya dikhabarkan dengan berita pemergian Sasterawan Negara, Arenawati ke Rahmatullah awal pagi kelmarin.

"Allahyarham Arenawati, atau nama sebenarnya Muhammad Dahlan bin Abd Biang adalah antara penggiat sastera yang sangat terkenal dengan karya yang kritis, kreatif serta imaginatif.

"Takkan dilupa betapa tingginya darjat Melayu diangkat oleh Allahyarham lewat karyanya Sukma Angin. Juga sanggahan kritis Allahyarham melalui Trilogi Tiga Genre yang menukil plot drama Kepala Bapak Itu berkisar polemik kepimpinan Soeharto di Indonesia dan cerpen Samira yang mengangkat martabat wanita dalam partisipasi massa.

"Sumbangan Allahyarham ternyata tiada tertanding dalam landskap kesusasteraan negara. Saya, Azizah dan seluruh kepimpinan dan akar umbi KeADILan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Ilahi.”
Belasungkawa khas: Al-Fatihah: Sasterawan Negara Arenawati dalam kenangan

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
Salju Sakinah biasa-biasa sahaja. Tidak menampakkan sebuah novel Islami yang cukup baik seperti mana pujian yang diberikan oleh pembaca-pembaca siri novel ini ketika ia disiarkan dalam akhbar Utusan Online.

Terus terang saya katakan bahawa ada ketika saya melangkau dalam pembacaan novel ini. Di separuh jalan pembacaan, saya cuba menyingkirkan rasa bosan, tetapi ia tetap mengejar nubari. Jangkaan saya tersasar dalam menilai isi kandungan Salju Sakinah.


Tarikan utama saya ialah desain kulit depan. Itu sebab awal mengapa saya membelinya. Ternyata juga penerbit PTS amat berjaya mempromosi novel ini sehinggakan kelemahan tidak muncul. Apabila mula membacanya, baru timbul banyak hal-hal yang kurang menarik. Khabarnya terlalu indah, namun rupanya tidak sama padan.


Mungkin saya lelaki, justeru itu pujian melangit oleh pembaca wanita tidak dapat saya benarkan. Memang isi dan isu novel ini biasa-biasa sahaja.


Maaf saudara Zaid Akhtar, saya terpaksa membandingkannya dengan novel Islami lain seperti Ayat-Ayat Cinta, Tunggu Teduh Dulu dan Kuseru Namamu Kekasih. Bandingan Salju Sakinah dengan Ayat-Ayat Cinta, jauh berbeza. Pastinya Ayat-Ayat Cinta jauh terkedepan.


Ciri-ciri wanita sabar, tabah dan tawakal yang dibawa oleh Sumayyah tidak sebanding dengan wanita tabah serta kental dalam Tunggu Teduh Dulu (karya Faisal Tehrani) yang dibawa watak Salsabila Fahim. Plot dan gaya penceritaan Salju Sakinah rapuh, malah ada kalanya bosan.


Pengorbanan Rayyan kerana Allah dan agama Islam, cinta Rayyan kepada Kekasih nan satu diceritakan dengan begitu baik oleh penulis Maya Iris lewat Kuseru Namamu Kekasih. Namun tidak dalam Salju Sakinah. Biasa-biasa sahaja.


Novel remaja Zaid Akhtar, Justeru Impian di Jaring, lebih menarik. Ianya merupakan sebuah kisah motivasi. Semangat yang hampir patah dapat dilentur kembali dengan tujuan murni. Demi agama dan negara watak utama mengenepikan segala tohmahan, rintangan dan kegagalan dahulu demi mengejar sebuah kejayaan.


Akhirnya jika dibandingkan dengan novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin, maka Salju Sakinah selangkah ke hadapan.


Salju Sakinah, alahai! Biasa-biasa sahaja.
Jika ingin diberikan bintang, dari 5 saya hanya berikan 2 setengah sahaja. Seorang wanita yang sangat rapat dengan saya juga mengatakan Salju Sakinah tidak seindah kulit depannya.

Untuk penerbit
PTS, di mana laungan perjuangan saudara memartabatkan bahasa Melayu tinggi? Masih banyak kedapatan penggunaan bahasa peringkat rendah di sana-sini, seawal dari halaman tiga! Ianya serupa seperti komen saya untuk novel sains-fiksyen Transgenesis. Andai penerbit lain, saya tidak berapa kisah sangat. Tetapi Salju Sakinah diterbitkan oleh PTS. Justeru kesalahan ini merupakan satu dosa terhadap mazhab perjuangan sendiri.

Salah satu komen pengunjung blog buku saya mengenai buku-buku PTS ialah "Kualiti kulit dan promosi memang top tapi kandungannya banyak yang menyedihkan." Siapa yang bersetuju atau tidak, sila beri pandangan.
Novel ini tidak memuatkan banyak watak, tetapi sarat dengan idea falsafah dan diskusi antara konsep Islam liberal (yang sesat) dengan Islam lurus yang berlandaskan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwasallam). Memang benar, Faisal Tehrani menggunakan teknik khutbah dalam novel ini. Sebahagian besar perbualan, diskusi, perbicaraan dan penghujahan ibarat ceramah yang penuh ilmu.

Baca seterusnya.....


“Sebelum saya memeluk Islam, saya ada beritahu abang sulung. Saya agak terkejut kerana abang saya yang merupakan seorang penganut Buddha yang taat dan pengamal vegetarian hampir 15 tahun, langsung tidak menentang.


“Malah dia menasihatkan saya agar menjadi seorang Muslim yang sejati bukan atas dasar suka-suka ataupun berkepentingan lain,” kata Muhammad Chan yang sentiasa murah dengan senyuman.


Baca seterusnya…..

Semasa percutian di Kelantan, Besut dan Kuala Terengganu pada hujung tahun lepas, saya membawa dua buah novel untuk dibaca; Rahsia Perindu oleh Ramlee Awang Murshid dan Tunggu Teduh Dahulu oleh Faisal Tehrani.

Novel Rahsia Perindu berjaya saya habiskan semasa berada di Besut. Novel ini sudah saya beli pada tahun 2005, terbitan pertama, namun baru dibaca. Ok, ceritanya memang mengelirukan, ada kisah dalam cerita dan ada cerita di sebalik kisah.
Bersimpang siur dengan watak-watak yang saling bertukar, dunia realiti dan fantasi saling bertemu dan terpisah. Benar kata penulis, hati-hati dengan realiti, kemungkinan ia sekadar fantasi.

Seperti biasa saudara Ramlee cerdik memainkan dan memberi warna kepada watak dan persekitaran. Ada ketika bila saya rasa itu realiti, tetapi ternyata fantasi atau persekitaran dalam dunia halusinasi, dan sebaliknya. Watak utama Maria dan Amylia yang memiliki dua dunia, menjadi tunjang kisah di sebalik cerita. Penulis amat berjaya mencorakkan ‘dunia’ dalam Rahsia Perindu.

Sinopsis begini:
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan proses psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia bernama Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Adakah kisah di atas realiti atau sekadar cerita di dunia halusinasi? Ternyata bahawa ia adalah dunia di dalam minda bawah sedar watak utama. Jadi apakah cerita sebenarnya? Saudara harus baca untuk mengetahui kisah di sebalik cerita.

Ramlee bermain psikologi, bermain dengan dunia di bawah minda sedar, juga menyelongkar sutera cinta dan kasih sayang. Rahsia Perindu menyingkap rindu, menelusuri dendam dan hasad dengki serta menyentuh isu ketuhanan.

Saya selesai membaca Rahsia Perindu saat-saat hujan mencurah-curah di perkampungan di mana saya dilahirkan. Kampung terpencil di Besut itulah tempat saya bermain di baruh, bersilat bersama pacat dan lintah, berselut bersama kerbau. Di kampung itulah saya bersekolah di sekolah rendah sehingga darjah 3 dan besekolah menengah sehingga selesai Sijil Rendah Pelajaran (SRP), sebelum bermastautin di Jerantut, Pahang. Di sini juga saya mengenal cinta dan kasih.

Di baruh ini kupetik memori
di tengah-tengah lambaian padi menguning
meliuk lintuk ditiup angin
di sini aku mengenal cinta;

di bawah sang mentari kering
dan batas-batas berumput kuning
mengajar aku erti rindu;

bersama sang kerbau setia
mengheret waluku tajam
menghiris tanah basah
di sini aku mengumpul kasih;

di sudut ain dan hati
air mata melimpah lagi.

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
Assalamualaikum sahabat, rakan dan pejuang Islam. Salam Jumaat. Penulis Faisal Tehrani menulis dalam blognya:
“Ya, untuk pendokong parti Islam seperti PAS jika tidak membaca buku fikrah karya Presidennya – Dato’ Abdul Hadi Awang, berjudul Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah, terbitan Dewan Pustaka Fajar, tentu tidak lengkap. Malah saya kira ia merupakan satu 'jenayah'. Di dalam buku ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjelaskan wujudnya kepimpinan atau walayat syaitan yang menggunakan tokoh-tokoh jahiliah seperti Firaun, Namrud, Haman dan Qarun sebagai rujukan."
Saya sudah baca buku ini lama dahulu. Betulkah kata Presiden PAS bahawa ahli dan penyokong parti Islam ini kurang membaca? Baca di sini komentar saya pula.

“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua, bukan berniat membangga diri, sekadar sedikit ilmu yang saya kira elok diberitahu. Semasa bekerja makan gaji selama lebih 14 tahun dan menguruskan bisnes katering sekarang ini, selain solat dan membaca al-Quran, membaca buku fiksyen sama ada berbahasa Inggeris atau Melayu boleh menenangkan minda. Itu yang saya dapat rasai.

Kerehatan yang paling besar semasa bekerja ialah ketika solat, berhubung dan bercakap dengan Allah. Seterusnya, biasakan membaca ayat-ayat suci Quran dan menelaah terjemahannya di waktu senggang. Minda dan tubuh badan juga dapat direhatkan ketika saya membaca novel yang baik.


Semasa bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn Bhd selama hampir 12 tahun, antara tugas yang diamanahkan ialah menulis, sama ada laporan tahunan, surat berita ataupun artikel surat khabar dan majalah. Itu tugas rasmi.


Di samping itu saya mengambil kesempatan menghantar rencana berkaitan teknologi, internet dan ICT kepada beberapa majalah bahasa Melayu. Ini tugas tidak rasmi yang mendatangkan duit tambahan. Justeru tidak hairan jika saya memiliki banyak koleksi buku-buku bahasa Inggeris yang mencakupi bidang-bidang yang disebutkan.


Minat membaca yang ditanam sejak di bangku sekolah lagi dibuktikan dengan koleksi fiksyen bahasa Inggeris dan Melayu dalam rak buku saya. Itu belum termasuk buku-buku yang tersimpan di rumah emak di Pahang dan di rumah emak saudara di Terengganu.


Minda menjadi tenang bila membaca bahan-bahan bacaan yang baik, ingat itu.


Buku terkini yang sedang saya baca ialah Amazon.com, Get Big Fast oleh Robert Spector dan Detektif Indigo: Ikan fugu, lukisan & jimson oleh Faisal Tehrani. Buku pertama berkenaan sejarah kejayaan yang dicapai oleh Jeff Bezos, tuan punya Amazon.com. Manakala buku kedua ialah fiksyen penyiasatan remaja indigo terhadap kes-kes rumit. Detektif Indigo: Ikan fugu, lukisan & jimson ialah buku kedua dalam siri Detektif Indigo.

Photobucket
top