Assalamualaikum sahabat, rakan dan pejuang Islam. Salam Jumaat. Penulis Faisal Tehrani menulis dalam blognya:
“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
“Ya, untuk pendokong parti Islam seperti PAS jika tidak membaca buku fikrah karya Presidennya – Dato’ Abdul Hadi Awang, berjudul Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah, terbitan Dewan Pustaka Fajar, tentu tidak lengkap. Malah saya kira ia merupakan satu 'jenayah'. Di dalam buku ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjelaskan wujudnya kepimpinan atau walayat syaitan yang menggunakan tokoh-tokoh jahiliah seperti Firaun, Namrud, Haman dan Qarun sebagai rujukan."Saya sudah baca buku ini lama dahulu. Betulkah kata Presiden PAS bahawa ahli dan penyokong parti Islam ini kurang membaca? Baca di sini komentar saya pula.
“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
0 comments:
Post a Comment