Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.” Inilah ayat yang diulang-ulang pada setiap bab - dari bab 1 hingga bab 20 (juga epilog) – oleh Faisal Tehrani dalam novel Tuhan Manusia.

Novel ini tidak memuatkan banyak watak, tetapi sarat dengan idea falsafah dan diskusi antara konsep Islam liberal (yang sesat) dengan Islam lurus yang berlandaskan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad. Memang benar, Faisal menggunakan teknik khutbah dalam novel ini. Sebahagian besar perbualan, diskusi, perbicaraan dan penghujahan ibarat ceramah yang penuh ilmu.

Satu saranan berani dan ampuh dari Faisal dalam membentangkan pendekatan bagi meluruskan kembali masyarakat yang pincang oleh serangan Barat melalui isu kesamaan agama. Penulis juga meletakkan asas melalui ‘khutbah-khutbah’ yang disampaikan oleh watak-watak supaya anasir jahat Islam liberal ditentang; bukannya menerusi kekerasan tetapi melalui dialog peradaban.

Kata Faisal di halaman awal novel, “Ini ialah novel saya yang paling ambitious setelah 1515”, saya menyetujuinya. Ini adalah kerana novel Tuhan Manusia “menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik (Ali Taqi bin Mohamad) yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencabar hakikat ketuhanan.”

Isu utama novel ini adalah murtadnya manusia Islam disebabkan gagasan sesat Islam liberal. Liberalisme merupakan satu jarum Yahudi bagi merosakkan kepercayaan tauhid umat Islam terhadap keesaan Tuhan. Faisal Tehrani menerusi Tuhan Manusia memberikan idea, mencadangkan cara, membina kaedah dan seterusnya menubuhkan organisasi bagi menghancurkan gerakan jahat yang halus ini.

Novel ini membuka minda saya mengenai Islam liberal dan konsep pluralisme yang menitikkan agenda liberalisme ke dalam masyarakat. Pihak Barat cukup menyedari bahawa Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan peperangan. Serangan pemikiran melalui agenda liberalisme menyusup masuk ke dalam Islam, menjadikan ia senjata mutakhir anasir Zionis sebagai kesinambungan usaha bagi menghancurkan agama suci ini.

Namun Tuhan memperingatkan, “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya Tuhan yang dipuja lagi ditaati. Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?” (Al-Quran, surah al-Furqan, ayat 43)

Saya ingin mengambil perhatian rakan-rakan terhadap satu kenyataan salah seorang intelektual Islam abad 20, Said Nursi Badi’uzzaman. Beliau berkata bahawa “Merelakan kejahilan adalah sama dengan kejahilan; merelakan kejahatan, kejahilan dan kekejaman adalah kejahatan, kejahilan dan kekejaman (juga).”

Saya menutup ulasan ini dengan kata-kata Tuhan: “Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-ilmuNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?.... (Al-Quran, surah al-Jathiyah, ayat 23)

Dengan itu saya menyokong saranan dan khutbah saudara Faisal Tehrani menerusi novel Tuhan Manusia, bahawa “Tiada paksaan dalam agama bukannya bermakna semua agama ada kesamaan. Sudah jelas antara yang hak dan batil.”

Judul: Tuhan Manusia
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, 2007 (http://www.ameenbooks.com.my/)
ISBN: 978-983-3991-37-2
Muka surat: 345 halaman
Harga: RM21.90 (Malaysia), S$15.90 (Singapura & Brunei)

4 comments:

sabiah said...

jgdvsuuhdah baca buku ni.agak menarik,first time baca buku mcm tu.mula2 mcm blur jgak,xberapa paham tapi alhamdulillah dpt jgak habiskan.

Wb Sutera said...

Sdr Sabiah,

Mengapa blur? Mungkin persoalan berat dikemukakan oleh Faisal? Saya memang menyukai novel seumpama ini.

Anonymous said...

Apa komen anda tentang hal ini?

http://gapuradiri.blogspot.com/2007/09/seusai-menguliti-tuhan-manusia.html

The author of the novel Tuhan Manusia, Faisal Tehrani (FT), is growing the seed of hatred to a particular group.

In his recent novel, read page 28-28 or 148-49, FT is attacking “an Aris”.

We don’t know this fictional character unless/until we check the real life.

Aris is described as:

(1) “seorang tokoh yang sering saya baca tulisan pojoknya di akhbar”,

(2) “memiliki sebuah laman web yang agak kerap dikemaskinikan” (maybe a blog?)

(3) “… ramai anak muda yang menjadi pengekor Aris Iskandar. Mereka mabuk dengan nama-nama dan istilah-istilah serta bermacam-macam falsafah”

(4) “… seorang pemikir daripada kelompok liberalis yang pernah bergayut di bawah dagu seorang ahli politik yang disingkirkan daripada kerajaan.”

(5) “… memimpin sebuah majalah atau jurnal yang mempertahankan idea Islam liberal dan sekularisme, … juga seorang peguam.”

So, my guess is, FT is referring to some personalities and a particular group in our society.

“Aris” is perhaps Haris Ibrahim (a lawyer), Dr Farish A. Noor (a distinguished academic) or Fathi Aris Omar (a long-time columnist, freelance writer, journalist and activist) or … all of them!

But among the three, only Fathi has been associated (at least, for some years — if not now) with “kelompok liberalis yang pernah bergayut di bawah dagu seorang ahli politik yang disingkirkan daripada kerajaan” (i.e DS Anwar Ibrahim).

Fathi is known to have worked with Khalid Jaafar of IKD and Telawi group of students & youths. This Telawi group is quite prominent in promoting philosophy, literature, progressive Islam, art, democracy and political liberalism. They are also active in writing & publishing.

See their website http://www.jalantelawi.com and their book ‘Islam dan Pluralisme’

The issue is: Why does FT hate the Aris in his novel so much?

Is FT for Islam or for personal vendetta?

Addendum: FT’s literary friend of the same ideological background is S. M. Zakir, another talented short story writer & essayist (about the same age).

Zakir once condemned this Telawi group in his blog “Mata Kaca” (see: article ‘Mazhab Frankfurt dan Sosialis Baru’ or in English ‘Frankfurt School and Socialist Baru’, 9 Jun 2006) as such:

Di Malaysia selepas pasca-krisis Mahathir-Anwar, muncul beberapa kelompok golongan muda yang mula menaja ideal-ideal tentang kebebasan, liberalisasi, dan rasionalisasi. Mereka menuntut ruang kebebasan yang mengatasi bukan sahaja campurtangan politik tetapi juga campurtangan budaya dan agama. Nilai dan norma yang sedia ada tidak terkecuali tradisi dilihat sebagai kota purba yang mengekang kehidupan pascamoden yang bebas daripada sebarang batas dan sempadan. Hubungan Negara yang diikat dengan nilai dan keperibadian Melayu dilihat sebagai bentuk ‘authoritarian personality’ yang menjadi regim budaya-politik lama. Sementara kepercayaan dan agama dianggap sebagai milik peribadi yang hanya wujud sebagai ritual dan bukan sebagai pengawas tingkah masyarakat. Perjuangan emansipasi melalui gerakan feminisme, hak asasi, individualiti, etnik minoriti, dan sebagainya dianggap sebagai misi suci masyarakat pascamoden. Selain daripada itu mereka juga mencari ruang ekspresi di dalam dunia jaring teknologi maklumat, penulisan, muzik, teater dan filem. Mereka menuntut ruang dialog dan tafsiran semula bukan sahaja terhadap nilai, norma dan peraturan di dalam masyarakat tetapi juga di dalam kepercayaan dan agama.

Frankfurt School refers to Fathi’s interest in Habermas’s “public sphere” and Marcuse’s “authoritarian personality”.

And coincidently (what a coincidence!!!), Fathi once criticised Zakir & FT in his article ‘Merobek-robek citra Cak Nun’ (see Fathi’s book Patah Balek, pg 140).

Is this the real reason for writing “Tuhan Manusia”?

5:23 AM
Anonymous said…
Thursday, October 30, 2003
Artikel di bawah adalah hasil ihsan saudara Fathi Aris Omar

Merobek-robek citra Cak Nun

Budayawan dan seniman kita dihantu bayang-bayang estetik luahan seniman dari negara jiran tetapi tidak sanggup memikul peranan kepolitikan yang turut mengangkat darjat mereka di republik itu.

“Seperti yang disebut oleh (sasterawan muda berbakat dan terkenal) Faisal Tehrani … kita tidak boleh menggunakan situasi di Indonesia untuk mewajarkan ruang idealisme di Malaysia,” tulis SM Zakir, juga pengerusi forum ‘Seni dan Politik’ awal tahun ini.

“Dan bagi saya pula, sehebat mana pun Goenawan Mohamad, WS Rendra dan Pramoedya di mata Fathi (Aris Omar), mereka tidak menyumbang apa-apa kepada pembentukan ruang awam di Malaysia,” tambah penulis muda ini, dalam polemik ringkas kami tentang keperluan ruang awam untuk kelangsungan seni budaya.

Pada minggu lepas, di DBP, saya tidak fikir kumpulan seniman dan budayawan yang mengikuti bicara Emha itu dapat menerima kebulatan ideanya. Cak Nun akan disaring dan dirobek-robekkan.

Penyaringan itu pula sejajar dengan kehendak “meta-wacana” yang dipopularkan oleh pihak berkuasa negara ini – penyahpolitikan seni dan budaya. Kerana terlalu biasa, mungkin seniman, sasterawan dan cendekiawan kita tidak sedar mereka sering menapis.

Saya kira, usaha merobek- imej Pramoedya, Rendra, Goenawan atau Emha di sini, datang daripada kebaculan, kejahilan serta kemalasan seniman dan budayawan kita. Seniman dan budayawan yang terlalu lama dibelai oleh subsidi dan kebergantungan kepada kerajaan.

Seniman dan budayawan kita, khususnya yang tua-tua, tidak mungkin berjaya mencerahkan minda kita, apatah lagi menganjak peradaban bangsa. Mereka enggan melihat pertembungan budaya, dalam konteks ini, hubungan Malaysia-Indonesia, sebagai langkah menyiasat kelemahan diri dan akur pada kebenaran yang lebih tinggi.

Dalam bahasa lebih ilmiah, “wacana antarabudaya”, kata Bonnie Marranca. Mereka enggan mencari kebenaran yang lebih dalam dan tuntas, seperti telah disuarakan oleh wakil muda mereka, Faisal Tehrani dan SM Zakir.

http://habri.blogspot.com/2003_10_01_archive.html

Web Sutera said...

Sdr Anonymous,

Many thanks for the comment. Keep visit this blog.

top