Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Selain novel sai-fi Saga Horizon dan buku The Great War For Civilisation: The Conquest of The Middle East, saya juga sedang membaca buku berbentuk booklet bertajuk Makan Untuk Hidup: Jaga Makan Sihat Badan. Ok, noktah.

Seterusnya, sahabat-sahabat pengunjung bebas membuat penilaian sendiri. Saya sebagai orang yang suka ‘mencari fasal dengan buku’ (pinjam kata-kata sahabat Mohd Rozlan Mohamed Nor, editor Utusan Publications & Distributors), berhak meluahkan pandangan saya. Lagi pun, keahlian mana-mana rangkaian kedai buku bukan percuma. Baca seterusnya.

Di suatu ketika di ruang siber ini, saya membaca satu surat pilihan yang diterbitkan di laman UNIKA. Surat tersebut seperti di bawah:

Minggu lepas (Surat ini sudah agak lama, jadi saya lupa bila tarikhnya – Web Sutera) saya beli buku LEFTTENAN ADNAN: WIRA BANGSA di MPH Alamanda, Putrajaya. Kenapa buku tersebut tidak diberi harga diskaun? Atau memang MPH tidak beri diskaun? Saya berpendapat, buku-buku PTS wajar diberikan diskaun, sekurang-kurangnya potongan 10 peratus. Sebab ada buku-buku penerbit lain, memberi harga diskaun antara 10 – 20 peratus.


Namun begitu, ketika pesta buku tempohari, sewaktu membeli buku-buku PTS, memang saya peroleh potongan diskaun. Malah hingga 30 peratus. Tapi itu PTS jual terus kepada pembeli. Tidak melalui pembekal. Mungkin juga sempena jualan Pesta Buku.


Perhatian puan terhadap emel ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

ZAINAL ABDUL KADIR
Peminat Beli Buku
, Seri Kembangan, Selangor.

Ini jawapan saya kepada salah satu pandangan susulan emel ini di laman UNIKA:

Saudara Zainal,

MPH memang terkenal sebagai kedai buku yang paling kedekut, hatta kepada pemegang kad keahlian mereka sekalipun. Saya pernah menjadi ahli kedai buku MPH selama dua tahun. Tetapi saya tamatkan pada akhir tahun ke-2 lantaran tiada benefit yang saya hajati.

Berlainan dengan keahlian rangkaian kedai Popular. Banyak benefit kepada penggemar buku. Saya sudah 5 tahun menjadi ahli.

Satu lagi jawapan saya kepada pandangan lain:

Saya setuju dengan pandangan saudara MBA. Adakan kad keahlian PTS. Banyak kategori pun tidak mengapa. Sedangkan kedai Saba Media yang kecil pun boleh adakan kad keahlian, mengapa PTS tidak boleh?

Pengalaman saya semasa di Pesta Buku Selangor tempoh hari. Gerai PTS hanya menawarkan diskaun 10% kepada pembeli. Mengapa begitu kedekut? Sedangkan gerai-gerai penerbit lain boleh memberikan saya potongan 20%, seperti Ameenbooks, Alaf21 dan Buku Prima, mengapa PTS terlalu berkira dalam hal ini. Saya pernah bangkitkan isu jualan di pesta buku ini di blog ini.

Pada mulanya memang saya berhasrat untuk ‘borong’ buku-buku PTS di gerai PTS semasa Pesta Buku Selangor 2008, tetapi hasrat saya mati lantaran sikap PTS sebegini.

Lebih baik saya beli buku-buku, termasuk yang diterbitkan oleh PTS di Popular. Rangkaian kedai Popular pandai dalam usaha menarik pembeli mereka. Memang buku PTS ada mutu, namun begitu faktor harga juga memainkan peranan. Faktor harga pula dikaitkan dengan promosi yang dilaksanakan, termasuk diskaun di waktu-waktu tertentu.

Sekadar pandangan satu sen saya. Jangan marah, Sifu.

Saudara Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad memberi pandangan susulan kepada pendapat saya:

Tuan Web Sutera,

Saya sentiasa mendapat 5% rebat dalam bentuk baucar belian dari MPH. Ada ketikanya pula ditambah dengan kupon RM5.00. Dalam tangan saya masih ada 4 keping kupon bernilai RM20.00 yang belum digunakan lagi. Hairan juga apabila saudara tidak menikmati apa-apa kelebihan sebagai ahli.

Jawapan saya begini:

Saudara Tengku Asmadi,

Saya mahu tanya saudara. Berapa ratus ringgit saudara belanjakan baru dapat baucer 5%? Tidak cukup. Saya rasa masih amat tidak berbaloi. Setakat dapat poin dan selepas RM300 - RM400 saudara belanjakan, baru dapat 5% diskaun? Tidak patut.


Kedai buku Mukmin dan Minerva pun boleh tawarkan diskaun yang lebih menarik dari MPH.

Jawapan Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad pula:

Tuan Web Sutera,
Saya hanya memperbetulkan kenyataan tuan tentang ‘tiada benefit’. Tetapi kalau mahu dibuat perbandingan dengan kedai-kedai buku yang lain memanglah tidak seberapa jumlah 5% itu. Sebagai ahli kedai buku Popular pun kita terus boleh membuat pembelian dengan potongan harga 10%.

Jadi jawapan penutup saya seperti berikut:

Saudara Tengku,

Memang tiada benefit! Sedangkan kedai buku Minerva dan Pustaka Mukmin pun dapat potongan paling kurang 7-10% dan sehingga 20% tanpa perlu menjadi ahli. Memang kedai MPH paling kedekut!

9 comments:

Anonymous said...

Saya ada pendapat yang berbeza sikit mengenai buku terbitan PTS. Memang bukunya banyak di pasaran tetapi kualitinya boleh dipertikaikan. Kualiti kulit dan promosi memang top tapi kandungannya banyak yang menyedihkan. Saya sudah beli beberapa buah dan setelah membacanya , kesimpulan di atas dapat saya buat. Harganya juga secara relatifnya lebih tinggi dari penerbit2 lain. Saya dengar , royalti yang dibayar kepada penulis juga rendah. So, PTS kena buat something supaya pembeli lebih dapat manafaat dan yang sama pentingnya adalah penulispun tak rasa rugi menghantar manuskrip mereka kepada PTS.

Sabiah said...

setuju dgn cadangan anon.

tapi utk pengetahuan,pts juga ada sediakan pembelian dgn potongan diskaun jika beli terus melalui online.sila lihat http://bookcafe.com.my/

tentang MPH tu,memang kedekut pun...

Cik Awan Butirstar said...

saya juga nak buat aduan :

sekarang saya tinggali kuala terengganu, amat susah untuk mendapatkan buku tulisan faisal tehrani. banyak kedai buku yang tealh saya kunjungi sekitar KT ni termasuklah pustaka seri intan, kedai buku banggol dan popular di kota bharu.

minta cadangan tuan, di manakah saya boleh mendapatkan buku-buku tulisan faisal tehrani tersebut?

Anonymous said...

Sdr Cik Awan,

Terima kasih atas pertanyaan. Saya kira memang sukar untuk dapatkan buku-buku Faisal Tehrani di Terengganu & Kelantan.

Ok, apa kata sdr cari di internet, di kedai buku online spt berikut:

http://shop.ameenbooks.com.my/
http://www.ujanailmu.com.my/
http://www.e-kedai.net/

Selamat mencuba & mencari, sahabat. Payahkan utk mencari ilmu, hehhee?

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

tuan, nampak tambah satu lagi koleksi kedai online, apa kata jenguk2 juga kedai di www.mybooks.com.my

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya tertarik membaca komen ini. Saya, Fauzul Na'im Ishak, Pengurus Besar (Editorial) Kumpulan PTS.

Saya ingin tahu juga buku manakah yang dikatakan tidak berkualiti itu? Royalti yang dinyatakan itu dibandingkan dengan syarikat mana? Buku yang manakah dikatakan tinggi.

Pada pandangan saya tuduhan ini serius dan seharusnya disertakan dengan bukti. Saya bertanggungjawab sepenuhnya jika benar-benar apa yang dikatakan di atas berlaku.

Pihak Kumpulan PTS amat mementingkan kualiti pengisiannya. Mana-mana buku yang didapati tidak memenuhi standard penerbitan PTS tidak layak diterbitkan di PTS.

Jumlah royalti yang diberikan juga adalah standard. Ada yang mengatakan ia lebih tinggi berbanding dengan beberapa penerbit yang lain.

Jadi saya amat berbesar hati jika tukang komen ini dapat memberikan bahan bukti jelas bagi menyokong hujahnya.

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Fauzul Na'im Ishak
Pengurus Besar (Editorial)
Kumpulan PTS
fauzuln@pts.com.my

akimsensei said...

wah, abg web.. en fauzul pun dh terjah ke sini.. ;) setuju bangat, kedai MPH paling kedekut nk bg diskaun, tp best gak lepak2 kat mph midvalley tu, besar gedabak. miahahahah.

Khar said...

Oh begitu ceritanya ... emmm, saya baru lagi jadi ahli MPH. Boleh juga tgk2 mcmna kalo jadi ahli Popular kan?

Anonymous said...

salam abg web...

sab setuju yang MPH agak kedekut dari segi diskaun2 nie.. memang dah beli beratus-ratus pun baru ler dapat rebat RM5. sabar je laa..

tapi kebanyakan masa Sab akan ke Popular Bookstores dan Borders.

Popular : Confirm kasi discount & yang lebih penting ada members card rebate utk certain2 books..

Borders : ada certain2 buku boleh beli secara bundle buy 3 get 1 free.. dan buku2 tu jarang didapati di kedai2 buku biasa!

neway.. nice blog!

salam mesra,
sab88
ramfc


Photobucket
top