Sudah lebih dua minggu aku selesai membaca dan meladeni novel sains fiksyen (sai-fi) Saga Horizon oleh saudara Fadli Al-Akiti. Malah aku sudah siapkan ulasan novel tersebut yang akan diterbitkan di blog ini. Masanya masih belum diputuskan lagi.
Aku juga sudah khatam novel sai-fi thriller Transgenesis: Bisikan Rimba oleh saudara Amir Husaini. Masih belum dibikin ulasannya. Secara ringkas, novel ini ada kelemahan yang ketara, dan dalam masa yang sama ada kekuatan tersendiri.
Novel Islami Ayat-Ayat Cinta sedang aku geluti sekarang. Edisi yang aku miliki ini ialah cetakan kesebelas, September 2008 oleh penerbit Al-Hidayah Publishers. Aku memang ada memiliki novel ini beberapa tahun lalu (mungkin cetakan terawal versi
Sementara itu buku The Great War For Civilisation: The Conquest of The Middle East masih di peringkat permulaan, baru bab pertama. Entah bila akan aku habiskan pembacaannya, hanya Allah yang Maha Tahu. Ketebalannya ialah 1,283 halaman. Ingin aku nyatakan bahawa buku ini merupakan satu-satunya buku, setakat ini, yang paling mahal aku beli. Harganya ialah RM149.90 sebelum diskaun 25 peratus.
Oh ya, aku teringat berkenaan Ayat-Ayat Cinta. Di sepanjang Ramadhan lepas, ada satu laman web yang sering kali aku kunjungi. Salah satu tarikan utama laman web tersebut ialah radio internetnya, yang dikelolakan oleh seorang sahabat. Di sana aku berkenalan dengan ramai sahabat dari seluruh pelusuk negara. Di antara frasa yang selalu aku gunakan dalam ruangan borak ialah ‘Ayat-Ayat Cinta’.
Apa maksud aku dengan ‘Ayat-Ayat Cinta’? Maksudnya ialah al-Quran. Aku istilahkan membaca Quran ialah membaca Ayat-Ayat Cinta. Alhamdulillah, saban malam aku meladeni Ayat-Ayat Cinta hingga khatam dalam bulan Ramadhan lalu. Dalam masa yang sama, aku dan sahabat-sahabat di laman web itu berjanji sama-sama menelaah Ayat-Ayat Cinta. Kami saling berlawanan siapa khatam dulu. Alhamdulillah, ukhuwah dijalin di
Kini, di sebelah kiriku, rehal yang menjadi alas Ayat-Ayat Cinta seumpama menggamit upaya dan naluriku untuk bersamanya lagi. Tatkala cinta berhimbau kelampauan, lidahnya berzikir, urat nadinya sarat pujian, hatinya teriwayat Ayat-Ayat Cinta. Subhanallah, ALLAHHUAKHBAR!
Saudara suka membaca novel cinta? Ada satu berita menarik untuk peminat Bagi pembaca, peminat dan penggemar novel, rebutlah peluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan untuk saudara.
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
1 comments:
bosan
Post a Comment