Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Semasa saya di bangku sekolah rendah, menengah dan era remaja, saya sangat menggemari buku-buku bercorak penyiasatan, sama ada dalam bahasa Melayu mahu pun bahasa Inggeris. Minat ini diteruskan apabila memasuki universiti dan meniti alam dewasa. Tetapi novel penyiasatan dewasa pula menjadi koleksi, merangkumi kategori thriller, misteri, thriller berkaitan teknologi, penyiasatan yang berkaitan geo-politik, dan novel sejarah.

Namun begitu, siri penyiasatan Detektif Indigo garapan idea saudara Faisal Tehrani menampakkan kelainan yang ketara berbanding siri penyiasatan era 80-an dan 90-an. Walaupun Detektif Indigo dikategorikan sebagai novel remaja, saya turut teruja untuk membeli dan membacanya. Setakat ini sudah dua buah diterbitkan; Detektif Indigo (terbitan pertama tahun 2005) dan Detektif Indigo: Ikan Fugu, Lukisan & Jimson (terbitan pertama tahun 2007).


Kisah yang berasaskan kepada sekumpulan remaja indigo (remaja yang memiliki IQ yang sangat tinggi, serta kebolehan luar biasa) yang membantu polis dan pihak berkuasa dalam menyelesaikan kes-kes rumit amat menarik untuk diteliti. Bukan itu sahaja, penekanan Faisal, seperti biasa, dalam ruang lingkup Islam.


Di sini remaja-remaja Indigo itu ialah remaja Islam yang mempunyai sahsiah tinggi dalam pergaulan mereka. Mereka menerima ilmu-ilmu bantu di sekolah atau maktab khusus yang ditubuhkan oleh dunia Islam. Di sana juga kebolehan luar biasa mereka disuburkan sebaik mungkin dengan nilai-nilai Islam.


Kedua-dua novel ini diserikan dengan watak-watak lucu (juga dialog lucu), di samping keupayaan luar biasa mereka. Untuk mengetahui apakah bentuk keupayaan luar biasa remaja Indigo ini, sila baca Detektif Indigo dan Detektif Indigo: Ikan Fugu, Lukisan & Jimson.


Saya syorkan kepada pembaca remaja dan dewasa.
(Nota: Jika anda perlukan perkhidmatan katering, sila hubungi saya)

4 comments:

Suhaimi said...

dah sambar ker Blind Spot n From Beirut to Jerusalem... blind spot tu mcm besstt jer.. :)

Web Sutera said...

Sumi,

Belum ada kesempatan ke Nufair Street lagi. Nanti gua ke sana...

sabiah said...

kat mana nak dpt buku2 ni?any idea?macam best je..
dah lama xbaca siri2 penyiasatan.

Web Sutera said...

Sdr Sabiah,

Ada banyak di kedai2 buku. Haa! Sekarang ini, bermula semalam (21 Jan) Utusan adakan jualan gudang di premis mereka yang terletak di Tmn. Shamelin (berhampiran Pandan Perdana).

Potongan menarik diberikan. Utk terbitan 2007, 25%.

top