Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

'Bengkok jarum pedoman cita-cita. Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir, bukan di dada. Bahasa Melayu diejek. Budaya diganti tamadun lucah.' (Arena Wati: Busa Hati, Penerbit UKM, Halaman 349).

Suasana di pusara, semua yang ada di situ sebak mendengar kata-kata balu Allahyarham sambil menabur kuntuman bunga, 'Ini sajalah pemberianku untuk kasih sayangmu, tidurlah lena dan nantikan aku di sini sampai kedatanganku.' (Di petik dari blog Faisal Tehrani)

Anwar Ibrahim terbitkan entri di blognya berkenaan kembalinya gemulah ke tempat menunggu sebelum dibangkitkan kembali itu.
“Dunia sastera Malaysia suram tatkala saya dikhabarkan dengan berita pemergian Sasterawan Negara, Arenawati ke Rahmatullah awal pagi kelmarin.

"Allahyarham Arenawati, atau nama sebenarnya Muhammad Dahlan bin Abd Biang adalah antara penggiat sastera yang sangat terkenal dengan karya yang kritis, kreatif serta imaginatif.

"Takkan dilupa betapa tingginya darjat Melayu diangkat oleh Allahyarham lewat karyanya Sukma Angin. Juga sanggahan kritis Allahyarham melalui Trilogi Tiga Genre yang menukil plot drama Kepala Bapak Itu berkisar polemik kepimpinan Soeharto di Indonesia dan cerpen Samira yang mengangkat martabat wanita dalam partisipasi massa.

"Sumbangan Allahyarham ternyata tiada tertanding dalam landskap kesusasteraan negara. Saya, Azizah dan seluruh kepimpinan dan akar umbi KeADILan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Ilahi.”
Belasungkawa khas: Al-Fatihah: Sasterawan Negara Arenawati dalam kenangan

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:


Photobucket
top