Pada hari Jumaat, 1 Ogos, saya ada tiga sesi katering di satu premis NGO di Kelana Jaya, Selangor. Katering tersebut melibatkan makan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Sebaik selesai sekitar jam 5.00 lebih, saya bergegas ke suatu lokasi. Ke mana lagi kalau tidak ke Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam.
Saya berpusing-pusing mencari Kompleks PKNS sebaik sahaja masuk ke Bandar Shah Alam. Selajur kereta diparkir di satu lokasi, saya tertinjau-tinjau, mana bunting pesta buku? Melilau, lantas saya tanya pakcik pengawal keselamatan, “Assalamualaikum, mana Kompleks PKNS tempat pameran buku?” Lantas pakcik itu menunjukkan arah ke sana
Saya memandu ke arah yang ditunjukkan. Saya parkir kereta berhampiran bangunan Maybank. Cari lagi Kompleks PKNS, terus menuju ke suatu bangunan yang ada van Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor. Melilau lagi melihat bunting. Tiada pun ruang masuk ke pesta buku. Saya bertanya kepada seorang wanita, “Cik, mana Kompleks PKNS”?
Rupa-rupanya kompleks itu agak jauh lagi dari bangunan Maybank tersebut. Terus pandu kereta ke Kompleks PKNS yang sebenar, hehehehe! Akhirnya berjumpa dengan kompleks tersebut. Puas hati! Saya mengitari gerai demi gerai yang menjual buku. Belek sana, belek sini. Senyum sana, senyum sini. Akhirnya lima buah buku saya beli, seperti berikut:

Enigma oleh Nasron Sira Rahim (Buku Prima)Tiga hari sebelum itu, saya beli dua buah novel di kedai buku Popular, Ampang Point:
Bujang Senang – Lagenda Sebuah Cinta oleh Dr. Idris Boi (Buku Prima)
Memeluk Gerhana oleh Isa Kamari (Ameen Books)
Tawassul oleh Isa Kamari (Ameen Books)
Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani (Ameen Books)
Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar (PTS Millennia)
Syahadat Cinta oleh Taufiqurrahman Al-Azizy (PTS Litera Utama)
5 comments:
'Ketagih' yang menguntungkan diri sendiri. Berguna untuk semua.
tempat kerja saya 5 minit dari kompleks PKNS. Rumah saya seberang jalan sahaja dari kompleks PKNS :)
Akan tetapi saya terlepas pesta buku tersebut kerana kesibukan menjaga 'anak-anak' saya di makmal.
Sdr Epelijau & Abg Long,
Terima kasih atas jejak.
Mana buku "Memulakan Bisnes Katering"?
Sifu PTS yang saya hormati,
Maaf buku tersebut masih dalam pembikinan. Entah bila akan siap. :-)
Post a Comment