Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Khabarnya kerajaan pusat akan mewujudkan Kota Buku sebagai langkah untuk membuka ruang kepada penulis dan penerbit buku tempatan memasarkan hasil karya mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Kota Buku yang akan diwujudkan di Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini akan turut membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

mStar memetik beliau sebagai berkata, "Penubuhan pusat ini diharap akan menjadi satu nukleus yang membolehkan para usahawan, persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung.

"Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku. Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan.”

Tanpa prejudis (pernah saudara dengar ayat ini?), saya katakan bahawa jangan jadi seperti projek Kampung Buku di Langkawi. Saya pernah beberapa kali ke pulau lagenda itu, dan beberapa kali juga terasa amat gatal kaki ini untuk menjenguk ke kampung yang diertikan penuh dengan buku-buku.

Tetapi ‘kegatalan’ kaki saya tidak berjaya memujuk tubuh ke sana. Mengapa? Kerana saya dengar cerita kampung buku itu hanya tinggal nama dan puin-puin sahaja. Tidak seindah nama yang diberi. Papan tanda ke Kampung Buku itu juga kelihatannya malu-malu untuk menunjukkan muka, aduhai.

Minta tolong kepada kerajaan. Dengan bajet sebanyak RM20 juta, saya sangat berharap semoga ianya berbaloi. Walaupun, mungkin, yang akan mendapat habuan lumayan ialah kontraktor-kontraktor buku dari UMNO/BN.

Minta tolong, jadikan Kota Buku di Kuala Lumpur itu nanti seindah dan semurni namanya. Semoga semarak ilmu akan lebih gemilang. Di kota metropolitan yang penuh noda ini, diharapkan Kota Buku menjadi salah satu arena murni untuk pencinta buku dan ilmu.

Berkaitan:
Kota metropolitan – bingit dan menyesakkan segala rongga

5 comments:

Unknown said...

Sama-sama kita berdoa dan membantu penubuhan kota ilmu tersebut.

akimsensei said...

betul abgweb, so lepas ni, klibf dah boleh buat kat situ. xlah bersesak macam dekat pwtc selalu tu. hm..

Faizah Roslaini said...

I am still cynical. It looks like an effort to quieten PPSMI protesters, especially National Laureates.

Web Sutera said...

Sdr Faizah,

Tidak dinafikan saya juga agak skeptikal. Tetapi saya suka memandang dari sudut yang positif, insyaAllah, paling kurang pun dalam hal ini.

Tetapi jika dilihat apa yang terjadi ke atas isu PPSMI (dan kes politik di Perak), ya, semakin tebal naluri prejudis saya.

kak lia said...

walaupun nampak skeptikal, tapi mungkin ia dapat direalisasikan, lokasi kota buku amat penting.

Kg buku di langkawi tinggal tempat perkelahan sahaja dan tempat bermain takraw petang-petang..


Photobucket
top