Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Beberapa minggu lalu, usai membaca novel Sebongkah Batu di Kuala Berang oleh penulis yang saya hormati, Tuan Faisal Tehrani.

Pada hemat saya yang daif ini, tiada apa yang salah atau karut. Wacana kedatangan Islam ke Nusantara secara narasi khutbah tidak pula memesongkan akidah saya. Sebutan nama Ali bin Abi Talib dan kaum keluarga Rasulullah tidak pula menunjukkan elemen Syiah melampau.


Tidak pula penulis mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Wacana untuk difikirkan dan ditelaah. Salahkah?


Pesan saya untuk diri sendiri dan teman-teman pembaca budiman, fikirkan sebuah wawasan kecil dan olah menjadi resepi. Kemudian hirup sup itu saban waktu bagi menjana sebuah pemikiran serta membentuk wawasan besar untuk kebaikan bersama.
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).” (Surah al-Muddaththir, ayat 1 – 2)


Berkaitan: Budaya hedonis dicemuh dalam Advencer Si Peniup Ney
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

2 comments:

Ishak Yusuf said...

Rajin membaca dapat ilmu, payah nak membaca sukar hendak maju.

Suzana Mohdshah said...

Betul. Sokong pendapat awak saudara Ishak Yusof. Tanpa membaca kita menjadi orang yang gagal kerana kita kekurangan ilmu .membacakan jambatan ilmu .....

top