Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya pernah menulis begini: Sejak kebelakangan ini saudara Annual Bakri Haron (yang kini menjadi perhatian akhbar, khususnya akhbar milik UMNO) melalui penerbit Anbakri Publika Sdn Bhd mengorak langkah mengolah semula siri kuliah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ke dalam bentuk buku.

Alhamdulillah, bahawa perlunya isi kuliah yang terdapat dalam terlalu banyak kaset dan CD oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dibukukan. Kuliah yang disampaikan, kebanyakkannya dalam bahasa dialek Kelantan, mesti dibukukan supaya umat Islam terbanyak, juga generasi mendatang, dapat menel
aah ilmu yang dicurahkan oleh tok guru ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu terkenal dengan wataknya yang santai dan berkarektor seni. Beliau juga turut aktif sebagai penulis buku yang kini banyak menghasilkan karya terutamanya mengenai pe
mikiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buku terbitan Kemilau mutakhir yang saya baca ialah Asmaul Husna: Dengan NamaMu Aku Hidup. Penulis tanpa jemu menyuluh segala sudut dari segala ruang kemungkinan yang termampu dari segala sudut kesamaran sifat Tuhan yang mungkin boleh berlaku. Pada kali ini seolah-olah TG Nik Abdul Aziz mahu memberi yang terbaik tanpa syarat; apa jua yang bertakung dalam dasar kantung keilmuan. Ia zahir daripa
da iltizam dan kesungguhan. Ia hadiah mewah buat ummah, insyaAllah. Saya menyukainya. Penulis mengaitkan kupasan nama-nama Tuhan dengan segenap sudut kehidupan.

Dalam perkembangan terkini, novel cinta Islami semakin mendapat perhatian di kalangan penerbit tempatan. Selain
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd, kini Kemilau Publika Sdn. Bhd (dulu Anbakri Publika) juga sedang mengalu-alukan karya dari penulis.

(Dua penerbit ini paling aktif mener
bitkan novel cinta Islami. Mungkin juga ada beberapa penerbit lain yang turut memeriahkan novel Islami ini yang saya tidak perasan. Mungkin KarnaDya juga.)

Kemilau Publika merupakan syarikat penerbitan yang dipunyai oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu.
Kelihatannya penulis novel Islami PTS, saudara A. Ubaidillah Alias, sudah masuk ke rumah Kemilau dengan tajuk Sakinah. (Gambar kanan: Sebahagian buku terbitan Kemilau)

Kemilau Publika Sdn Bhd sedang mencari karya yang berkualiti dan ampuh isinya. Sekiranya saudara mempunyai karya berkaita
n;

1. Novel Cinta Islami
2. Kehidupan di alam barzakh (cerita saat/selepas kematian)
3. Kisah/Biografi tokoh (haraki) pejuang Islam sedunia
4. Islam di Negeri China (Tokoh Islam berbangsa Cina)
5. Perkahwinan/pendidikan anak menurut Islam

Sila majukan kepada:

Kemilau Publika Sdn Bhd
34-A, Jalan Pekaka 8/3

Seksyen 8, Kota Damansara

47810 Petaling Jaya,
Selangor.
(Emelkan kepada: editorial@kemilau.com.my)

Kata Kemilau Publika:

“Bermula dari bincang-bincang yang agak keterbatasan modal. Semangat dan harapan, idea kreatif dan penghargaan jiwa kami inginkan, ilmu ulama juga politikus mahir didokumenkan. Itu fundementalnya. Maka tercetuslah sebuah semangat untuk menghimpun karya-karya ulama' kita. Tersematlah sebuah idea dan gagasan menubuhkan sebuah penerbitan buku Islam.

“Pembungkahan idea pun dilakukan maka berdirilah Kemilau Publika Sdn. Bhd. Dengan staf hanya beberapa saja, dan bermodal semangat dan sedikit pengalaman, Annual Bakri Haron dan Masri Abu Soed bersama mengelola usaha ini.


“Dengan tema ‘MILIKI ILMU YANG TERTINGGAL’ maka perlu bagi umat merebut semua yang dilempar oleh ulama’ tersohor tanahair kita.


“Untuk visi ini Kemilau Publika lahir.
Untuk mengupaya membantu manusia sentiasa berada di landasan semangat ibadahnya dengan berilmu. Diasaskan semangat untuk mendidik masyarakat, Kemilau Publika mempersembahkan buku-buku Islami, mulai dari akidah, fikah, sirah, tafsir, akhlak dan politik.

“Alhamdulillah, kami telah bermula dari tahun 2007 hingga kini. Sokongan untuk kami begitu kuat, membuat kami teruja membikin lebih banyak untuk anda.”
Berkaitan: Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang

Annual Bakri suka menulis ucapan saya - TG Nik Abd. Aziz


Kuseru Namamu Kekasih: Empat wajah menuju cinta Allah

Novelis Islami dan penerbit harus keluar dari kepompong

Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu – novel Islami

Salju Sakinah, biasa-biasa sahaja


3 comments:

dr.irwan said...

Kemilau Publika Sdn. Bhd (dulu Anbakri Publika):
Nampaknya sdr keliru antara Kemilau Publika (KP) dengan Anbakri Publika (ABP). Kedua-duanya adalah dua entiti yang berbeza walaupun kedua-dua syarikat itu dimiliki dua orang yang sama (Anbakri dan Masri) secara kongsi 50-50. Kini perkongsian mereka telah pecah kerana Masri mengambil tindakan sendiri-sendiri menubuhkan syarikat ketiga Rejal Media. Saya difahami bahawa Anual Bakhri kini mengambil alih Anbakri Publika sepenuhnya dan melepaskan semua kepentingannya dalam Kemilau. Para penulis/pembaca perlu memahami hal ini.

Web Sutera said...

Assalamualaikum Dr. Irwan. Terima kasih atas info. Begitukah ceritanya? Memang saya tidak mengetahuinya. Seingat saya Anbakri Publika sudah dimansuhkan dan kini dikenali sebagai Kemilau Publika. Rupanya dua buah entiti yang berbeza. Jadi siapa yang sebenarnya berhak menerbitkan buku-buku TG Nik Abd. Aziz?

Web Sutera said...

Jawapan dari Kemilau Publika dalam Fecebook:

"Bismillahir Rahmanir rahim. Salam alaykum tuan, Kemilau Publika dan Anbakri Publika adalah dua jenama yang berbeza setelah sepakat, ada keyakinan berdiri sendiri. Semua selesai dan bergerak memandaikan ummah. Rijal Media adalah cabang penerbitan Kemilau publika untuk remaja. Ia wujud setelah persepakatan bergerak sendiri dibuat. Wallahu'allam - admin Kemilau Publika Sdn Bhd"


Photobucket
top