Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Buku The Hunt For Bin Laden sarat dengan propaganda jahat Amerika Syarikat (AS). Walaupun memuatkan kisah benar berkenaan War On Terror yang dipalu gendang perang oleh bekas presiden AS George W. Bush selepas serangan 11 September 2001, tetapi kedapatan komentar atau fakta yang dibesarkan.

Kandungan buku ini terlalu mengagungkan anjing-anjing perang George W. Bush dalam usaha menghancurkan Taliban dan rangkaian al-Qaeda Osama Bin Laden. Fakta-fakta serta keberanian pasukan khas yang dikenali sebagai Special Forces terlalu diangkat tinggi demi maruah ketua pengganas dunia George W. Bush.
Terdapat juga pernyataan yang menghina Islam seperti “Mungkin Allah sudah kehabisan bidadari di syurga” dengan terbunuhnya askar-askar Taliban dan al-Qaeda.

Kerajaan Taliban di Afganistan yang sementara itu mungkin sedikit sebanyak tidak menggambarkan pemerintahan Islam yang sebenar. Juga beberapa tindakan al-Qaeda mungkin tidak tepat dalam pelaksanaannya memerangi kepentingan dan tali barut Israel dan Amerika Syarikat. Bak kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, “Taliban merupakan pemuda-pemuda nakal dalam Islam”, justeru itu ada tindakan mereka tidak menepati kehendak Islam.


Walaupun begitu, gendang perang yang dipalu oleh George W. Bush ternyata amat salah. Ini justeru kerana bekas presiden
Amerika Syarikat itu terlalu dirasuk dan taksub dengan dendam kesumat terhadap dunia Islam. Bagi Bush, Islam itu terroris dan terroris itu Islam. Padahal dia mabuk kuasa dan gila dengan wacananya. George W. Bush ialah bapa terroris yang maha gila dan penegak kezaliman Israel. Itulah fakta yang maha benar.

Walaupun demikian, jangan pula buku ini diharamkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Jihad pada pandangan pejuang untuk
Chechnya dan Bosnia


Jihad merangkumi pengertian yang luas. Bagi sesetengah golongan yang tidak faham, terutamanya kumpulan anti-Islam, jihad dirujuk kepada ‘kebenaran Islam bagi membunuh penganut yang bukan-Islam.” Ternyata bahawa pemahaman ini amat salah.

Jihad dibenarkan, malah menjadi wajib di ketika dan suasana yang berbeza. Dalam buku My Jihad, diceritakan saudara Aukai Collins memeluk Islam atas kesedaran sendiri. Justeru menyahut tuntutan jihad di kala itu, dia pergi ke Chechnya dan Bosnia bagi melaksanakan seruan suci ini membantu umat Islam di sana yang disembelih oleh terroris.

My Jihad
merupakan kisah benar pelaksanaan jihad di zaman moden ini. Ianya diceritakan oleh seorang pejuang yang bersifat apa-dikata-akan-dikota, mengharungi sendiri peperangan suci dan masih hidup untuk diperikan kepada kita.

Saya telah membaca buku ini lebih kurang tiga tahun lepas. Buku ini berjaya memberi gambaran sebenar terhadap salah satu cabang jihad. Ia menyediakan penerangan terperinci kepada peperangan secara berdepan yang diharungi oleh Auka Collins semasa diancam bahaya. Walaupun kakinya putus sebelah, beliau terus berperang di kedua-dua negara itu dengan menggunakan kaki bantuan. Subhanallah!


Tidak keterlaluan saya katakan bahawa buku ini harus dibaca oleh orang-orang Islam dan bukan Islam bagi memahami apa dia pengertian sebenar jihad, bukan setakat membunuh orang secara sembarangan.


Buku My Jihad sangat mengujakan dan mudah dibaca oleh semua, walaupun pada mulanya seseorang itu tidak memahami apa itu seruan jihad dalam Islam.


Namun kadang-kadang kedua-dua buku ini terlalu perlahan justeru kerana banyak karekter, pasukan dan nama tempat yang terlibat.


Berkaitan:
George Bush lagi!
Who’s the “real” George Herbert Walker Bush?

A conversation with Aukai Collins

P/s: Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris


*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

3 comments:

Isma Ae Mohamad said...

Aukai Collin, saya dapat maklumat dia sudah ditahan di Mexico. Dan ada dakwaan kata dia itu sebenarnya agen CIA.Betulkah?

Anonymous said...

Sdr Isma Aem

Saya tidak pasti berkenaan penahanan beliau di Mexico. Saya akan cari info tersebut.

Ya, dia pernah dijadikan agen CIA untuk memburu Osama Bin Laden sebelum berjihad buat kali kedua. Tetapi maklumat yang dia berikan kepada Amerika Syarikat tidak diendahkan oleh anjing-anjing AS justeru mungkin saudara kita ini adalah Muslim yang bercakap benar.

Memang Auka Collins tidak berapa bersetuju dengan beberapa cara al-Qaeda membunuh musuh-musuh Islam. Namun saya kira dia seorang pejuang Islam yang benar & berani untuk syahid.

lanterajiwa said...

salam... tuan tulis... tumpang promo tee-shirt ya... =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html


Photobucket
top