
Pada suatu hari, saya baca novel ini di kedai mamak semasa menunggu kedatangan kawan. Sebaik sahaja dia sampai, dia tanya: “Oii baca buku agama?”
“Bukan buku agama, ini novel berbentuk komik,” jawab saya tanpa menoleh.
Sekilas pandang, novel ini mengemukakan satu persoalan berat. Persoalan cinta dan pegangan agama, antara Kristian dan Islam. Konflik antara dua insan, masing-masing mencari kebenaran dalam beragama. Terus saya teringat pada buku Ahmed Deedat, “The Choice”, versi asal dalam Bahasa Inggeris. Saya sudah khatam buku arwah Ahmed Deedat. Justeru kerana buku “The Choice”, saya ada dua kitab Bible dalam rak buku saya.
Walaupun novel ini ditujukan kepada remaja, namun saya kira ianya juga sesuai untuk dibaca oleh golongan dewasa. Amaran saya, mungkin ada yang kurang faham dengan persoalan isu ketuhanan yang dipaparkan. Namun elok dibaca, paling kurangpun dapat memahami serba sedikit mengenai fahaman Kristian terhadap Nabi Isa (Jesus Christ)
Sinopsis dari penerbit
Cinta terlalu murah. Sepanjang waktu dia
Natalya bukanlah seperti gadis kebanyakan yang pernah ditemuinya. Dia dibesarkan dalam keluarga yang kuat beragama Kristian dan berpegang utuh pada ajaran Bible. Saat Zakry meluahkan perasaan cintanya kepada Natalya, malangnya dia bertepuk sebelah tangan. Malah Natalya bertindak memperlekehkan dirinya selaku seorang Muslim yang langsung tidak memahami agama anutan sendiri. Peristiwa itu menyebabkan Zakry kecewa dan berazam untuk berubah.
Didorong oleh rasa ingin membela agama dan perasaan ingin memenangi hati Natalya. Dia berusaha mendalami agama sendiri dalam tempoh yang singkat. Malah dia juga mendalami Bible dan permasalahan yang timbul di dalamnya. Dia
Justeru, untuk mencapai matlamat itu Zakry telah melalui proses yang panjang. Mungkinkah dia berjaya mencapai matlamat itu atau tidak? Pastikan anda mengetahui penghujung kisah ini.
Tajuk: Sekudus Nur Ilahi
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd, 2006
ISBN: 983-3603-34-3
Harga: RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
Muka
0 comments:
Post a Comment