Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya merupakan salah seorang pembaca kisah Natrah yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat 1989. Semua keempat-empat edisi saya miliki dan membacanya semasa masih menjadi pelajar jurusan sains komputer di Universiti Sains Malaysia. Sayangnya, naskhah Dewan Masyarakat tersebut sudah tiada dalam simpanan saya, maklumlah mungkin kerana sudah lama. Juga tidak terfikir di kala itu untuk menyimpannya.

Tahniah atas terbitnya buku
Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Datin Seri Fatini Yaacob untuk tatapan umat Islam dan anak bangsa Melayu serta rakyat seluruhnya. Ia diterbitkan oleh Penerbit UKM. InsyaAllah, saya akan membelinya.


Saya juga memiliki buku The Nadra Tragedy: The Maria Hertogh Controversy oleh saudara Haja Maideen terbitan Pelanduk Publications, terbitan tahun 2000. Saya sedang baca buku ini bersama tiga buku lain.


Natrah adalah kisah cinta dua insan suci yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya (Islam) hingga mencetus rusuhan yang tragik di Singapura pada tahun 1950.


Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma'aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda. Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah binti Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.


Dengar khabar jika segalanya berjalan lancar, karya naskhah Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata akan difilemkan pada tahun hadapan. Menurut penulisnya, beliau sendiri akan menulis skrip bagi filem berkenaan selepas menemui penerbit yang bersetuju berkolaborasi menerbitkan karya bersejarah itu.


"Insya-Allah tahun depan saya lihat sesuai untuk saya serius dalam usaha menerbitk
an filem ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2010.

Dalam blognya, penulis Datin Seri Fatini Yaacob berkata:


Saya telah menulis tentang kisah Natrah semasa saya bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Semasa itu saya bertugas sebagai wartawan Dewan Masyarakat terbitan DBP. Tulisan berasaskan penyelidikan di perpustakaan dan arkib dan di lapangan itu terbit dalam majalah tersebut pada bulan Februari, Mac, April, dan Mei 1989. Kini saya rasa terpanggil untuk merakamkan kembali kisah Natrah ini dalam bentuk buku dengan gaya penulisan kewartawanan kreatif.


Photobucket
Saya cuba menggarap bahan sejarah yang berat ini dengan hati-hati dan kreatif untuk memudahkan pembaca memahami persoalan undang-undang, susur galur cerita dan permulaan derita hati Natrah yang bersatu dengan denyut rasa hati masyarakat semasa itu. Saya harap saya telah dapat menyampaikannya dengan baik dan dapat memberikan empat kesan ini pada semua pembaca:
  • Pertama: Untuk melengkapkan kisah hidup atau biografi Natrah setelah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009.
  • Kedua: Untuk memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang baru mengikuti kisah Natrah.
  • Ketiga: Untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang membela agama dan menentang penjajah, di sebalik kisah cinta Natrah - Mansor.
  • Keempat: Untuk membangkitkan rasa cinta kepada agama dan tanah air.
Pelancaran buku ini berjaya melakar riak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata “meminta umat Melayu-Islam di negara bersatu dengan mengambil contoh tragedi Natrah.”

Sebaliknya Utusan Malaysia (seperti biasa) dengan memetik kenyataan Muhyiddin cuba memutar belit sejarah kononnya semua parti termasuk UMNO mendukung perjuangan terhadap Natrah.


Kenyataan Muhyiddin Yassin dibuat pada pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, kononnya UMNO bersama-sama Hizbul Muslimin dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersatu mempertahankan kesucian Islam Natrah.

Ekoran dari laporan ini, bekas ketua pengarang Utusan Melayu sebelum diambil alih UMNO, Said Zahari (foto kanan) dipetik TV Selangor berkata, “UMNO tidak mengambil peduli isu berkenaan sebaliknya membiarkan tokoh pembangkang lain memainkan peranan.”


Walaupun mengajak semua pihak bersatu dengan mengambil tragedi Natrah sebagai contoh, pimpinan UMNO sebenarnya lepas tangan dalam memperjuangkan akidah gadis Belanda itu, lapor TV Selangor.

"Umno sebagai parti tidak terlibat. Kecuali adalah beberapa orang pemimpin kelahiran Singapura antaranya (Tun) Saadon Zubir," katanya kepada TV Selangor semalam. Beliau mengakui perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman terlibat dalam perjuangan berkenaan tetapi Presiden UMNO kedua itu pada masa berkenaan, belum menyertai UMNO.
Bagi rakyat yang tidak ‘dibutakan’ sejarah yang dicanang UMNO, kita ketahui bahawa gerakan memperjuangkan akidah Natrah bukan gerakan bersepadu parti politik sebaliknya didominasi tokoh parti pembangkang termasuk bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmy.

Fakta sejarah juga termaktub bahawa UMNO tidak membuat apa-apa sebagai sebuah parti malah mengambil sikap berkecuali berikutan hubungan baiknya dengan penjajah Inggeris yang ketika itu terikat dengan Perjanjian Inggeris-Belanda.


Malah, Presiden UMNO ketika itu, Datuk Onn Jaafar dipetik sebagai berkata beliau “enggan campur tangan kerana ia bukan isu politik, sosial mahupun keagamaan.” Sehingga kini, tragedi yang menimpa Natrah dipadamkan dari lipatan sejarah tanah air lantaran ia tidak terkandung dalam skema pembelajaran sejak dulu lagi.


P/s: Mengikuti kisah Natrah ini membuatkan jiwa saya merintih pilu! Terus terang saya nyatakan bahawa perasaan tidak hormat saya terhadap UMNO kian menokok! Apa pejuangan UMNO bagi umat Melayu, apa lagi untuk Islam?

Berkaitan:
Tragedi Natrah (Maria Hertogh) yang berdarah
MANEK URAI: Tragedi Natrah antara bukti Umno tidak serius bela Islam

3 comments:

Anonymous said...

Natrah...kisah yg bkl dkenang buat umat Islam seluruhnya...

sedih...

masih terbayang2 tgk teater natrah hari tu..

huwaaaaaaaaaaa















assalamualaikum abg web
sihat?

Anonymous said...

Aku orang Kemaman, dan kisah Natrah ini aku dengar sejak kecil lagi. Namun hanya setelah membaca kisah beliau di Dewan masyarakat edisi 1989 itulah yang benar-benar merobek perasaan dan jantung hatiku,seperti sebuah kekecewaan yang maha besar tidak terungkapkan tatkala meneliti kisah Natrah ini.

Dan sekali lagi apabila Natrah diberitakan meninggal dunia, aku terbaca lagi kisah-kisahnya dan kali ini aku menangis sehingga bengkak kelopak mataku, aku tidak dapat tidur dan meratapi beliau selama tiga hari! Dengarlah amanat terakhir beliau untuk kita semua di youtube..ketika beliau menyatakan "I love you" khas untuk orang Melayu di tiga negara; Singapura, Indonesia dan malaysia, aku bagaikan ingin meraung...Natrah kau adalah mangsa, kau insan malang!

Web Sutera said...

Alaikumsalam warahmatullah Jane yang pemalu :-). Awok sihat ke wehh? Gone skang?

Sdr Anon, terima kasih atas curahan perasan di entri ini. Memang itulah kita orang Melayu, sayangkan Natrah. Malah yang lebih disayangi lagi ialah keislaman aruah itu.

Dalam laman web PAS, saya salin yang ini:

Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu PEMURTADAN NATRAH, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.


Photobucket
top