Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Berkaitan dengan buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain yang masih dikuarantin oleh Kastam Malaysia, mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata dalam blognya bahawa beliau tidak memerlukan sebarang perlindungan daripada kerajaan dengan berbuat demikian.

Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini.


Dalam masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri (Datuk Seri Najib) agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.


Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku tersebut


Selain itu, Dr Mahathir juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, Wain dan Malaysiakini jika tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut didapati tidak benar oleh suruhanjaya diraja tersebut.


Bersetuju dengan gesaan Lim, mantan perdana menteri berkata penubuhan suruhanjaya itu lambang kesungguhan Datuk Seri Najib Razak "membanteras rasuah" di negara ini.


Dr Mahathir bagaimanapun meletakkan beberapa syarat, antaranya suruhanjaya itu nanti harus turut menyiasat penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dituduhnya menyebabkan kerugian akibat pembatalan beberapa projek yang dimulakannya.


Beliau juga mencadangkan anggota-anggota suruhanjaya itu disertai oleh tokoh-tokoh berwibawa dari luar negara, termasuk pemimpin NGO anti-rasuah terkenal Transparency International, selain pegawai lantikan kerajaan.


Berkaitan:
Mahathir membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan?

0 comments:


Photobucket
top