Dalam bab 5 di bawah tajuk “Why Not Quote the Quran”, Syed Akbar Ali menulis:, "The words hijab, purdah and tudung or head covers are really secondary issues. The primary issue is why are they necessary? Hence we come to the word AURAT or nakedness."
Dalam perihal yang besar ini, penulis mengambil salah satu ayat Quran.
Selain dari itu, semuanya tergolong dalam kategori bukan muhrim yang aurat wanita kesemuanya wajib ditutup.
Isu yang ingin saya ketengahkan ialah Syed Akbar Ali mengatakan rambut bukan sebahagian dari aurat wanita. Justeru itu ianya tidak wajib ditutup dalam semua keadaan. Dalam ayat di atas jelas bahawa hendaklah wanita melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya. Kain tudung atau hijab dalam bahasa Arab mesti dipakai dan dilabuhkan hingga ke paras dada atau dalam kata lain menutup bentuk dada (susu) wanita supaya tidak kelihatan.
Jelas bahawa rambut dan dada wanita adalah aurat yang wajib ditutup. Namun rambut boleh tidak ditutup jika bersama muhrim. Ajaran Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) seperti mana dalam Surah an-Nur ayat 31 menegaskan pemakaian tudung sehingga menutupi dada, juga tidak terkecuali rambut.
Lanjutan dari ini, wanita Muslim juga mesti memakai pakaian yang longgar. Ini bermakna pakaian tersebut tidak menampakkan bentuk tubuh badan, terutamanya di bahagian dada dan pinggul.
Penulis mengatakan , "But if a woman hair is also considered part of her aurat or nakedness then from this verse it should follow that a mother cannot show her hair (or her neck, ears, arms and/or ankles) even to her children. "
Saudara Syed Akbar Ali perlu merujuk tafsir Quran dan melengkapkannya dengan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) berkenaan hal ini. Aurat untuk golongan muhrim dan bukan muhrim berlainan.
Jika merujuk perbandingan antara ajaran Kristian, Yahudi dan Islam (Quran) dalam hal rambut ini, maka dapat dilihat bahawa peraturannya sama, tetapi dengan alasan berbeza. Ada golongan manusia (termasuk saudara Syed Akbar Ali) tidak bersetuju dengan Islam yang memerlukan wanita memakai tudung atau dalam bahasa Arab digunakan istilah hijab.
Jika saudara membaca Bible bahagian Corinthians, bab 11 ayat 3 – 10, ia mengatakan “when a woman prays, she must either cover her hair or shave it.” Juga peraturan agama Yahudi tradisional (Rabbinical law) menyatakan bahawa “modesty and nobility required covering the hair.”
Keperluan memakai tudung atau penutup kepala dalam Islam dan Yahudi berkongsi tujuan, iaitu untuk menjaga kehormatan dan kesucian kaum wanita. Dalam pada itu, peraturan berkenaan rambut dalam tiga agama ini mungkin saling bertindih, tetapi kewajaran dan alasan berbeza. Ini mungkin menerangkan mengapa dunia Barat menuduh hijab sebagai elemen atau simbol penindasan.
Apa kata Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) tentang pakaian wanita? Baca ini:
InsyaAllah, akan bersambung untuk isu lain pula yang dibangkitkan saudara Syed Akbar Ali dalam buku Things in Common.
Bahagian 1: Apa maksud saudara Syed Akbar Ali dengan “it’s not in the Quran”?
Dalam perihal yang besar ini, penulis mengambil salah satu ayat Quran.
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)Terjemahan lain untuk “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” ialah “Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya.”
“And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex; and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss.” (Surah an-Nur, verse 31)Aurat wanita dikategorikan dalam dua kumpulan penting. Pertama aurat bagi muhrim dan yang kedua aurat bagi yang bukan muhrim. Golongan muhrim ialah seperti mana disebutkan dalam kata-kata Allah di atas; iaitu suami, bapa, bapa mertua, anak-anak, anak-anak tiri, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.
Selain dari itu, semuanya tergolong dalam kategori bukan muhrim yang aurat wanita kesemuanya wajib ditutup.
Isu yang ingin saya ketengahkan ialah Syed Akbar Ali mengatakan rambut bukan sebahagian dari aurat wanita. Justeru itu ianya tidak wajib ditutup dalam semua keadaan. Dalam ayat di atas jelas bahawa hendaklah wanita melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya. Kain tudung atau hijab dalam bahasa Arab mesti dipakai dan dilabuhkan hingga ke paras dada atau dalam kata lain menutup bentuk dada (susu) wanita supaya tidak kelihatan.
Jelas bahawa rambut dan dada wanita adalah aurat yang wajib ditutup. Namun rambut boleh tidak ditutup jika bersama muhrim. Ajaran Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) seperti mana dalam Surah an-Nur ayat 31 menegaskan pemakaian tudung sehingga menutupi dada, juga tidak terkecuali rambut.
Lanjutan dari ini, wanita Muslim juga mesti memakai pakaian yang longgar. Ini bermakna pakaian tersebut tidak menampakkan bentuk tubuh badan, terutamanya di bahagian dada dan pinggul.
Penulis mengatakan
Saudara Syed Akbar Ali perlu merujuk tafsir Quran dan melengkapkannya dengan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) berkenaan hal ini. Aurat untuk golongan muhrim dan bukan muhrim berlainan.
Jika merujuk perbandingan antara ajaran Kristian, Yahudi dan Islam (Quran) dalam hal rambut ini, maka dapat dilihat bahawa peraturannya sama, tetapi dengan alasan berbeza. Ada golongan manusia (termasuk saudara Syed Akbar Ali) tidak bersetuju dengan Islam yang memerlukan wanita memakai tudung atau dalam bahasa Arab digunakan istilah hijab.
Jika saudara membaca Bible bahagian Corinthians, bab 11 ayat 3 – 10, ia mengatakan “when a woman prays, she must either cover her hair or shave it.” Juga peraturan agama Yahudi tradisional (Rabbinical law) menyatakan bahawa “modesty and nobility required covering the hair.”
Keperluan memakai tudung atau penutup kepala dalam Islam dan Yahudi berkongsi tujuan, iaitu untuk menjaga kehormatan dan kesucian kaum wanita. Dalam pada itu, peraturan berkenaan rambut dalam tiga agama ini mungkin saling bertindih, tetapi kewajaran dan alasan berbeza. Ini mungkin menerangkan mengapa dunia Barat menuduh hijab sebagai elemen atau simbol penindasan.
Apa kata Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) tentang pakaian wanita? Baca ini:
Asma' binti U'mais berkata, beliau melaporkan bahawa Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri Rasulullah), dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah), Asma' binti Abu Bakar.Mahu lagi? Ini dia:
Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian Arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain). Apabila Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) melihat keadaan Asma' sedemikian, lantas Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) bangun dan keluar dengan cepat.
Apabila Aisyah melihat Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) keluar dengan cepat, maka dia berkata kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah) : ”Beredarlah, sesungguhnya Rasulullah telah melihat perkara yang tidak disenanginya."
Setelah Asma' beredar, maka Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah. Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda bangun dan terus keluar? Maka jawab baginda, “Adakah kau tidak melihat keadaannya (iaitu jeadaan Asma’ berpakaian)? Sesungguhnya seorang perempuan Muslimah itu tidak boleh menampakkan sesuatu dari tubuh badannya melainkan ini dan ini (Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) menunjukkan pergelangan tangannya dan menggengamnya, dan juga Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) menekapkan kedua tangannya ke pipinya untuk menunjukkan muka sahaja). (Hadis direkodkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi)
Abu Hurairah melaporkan Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) berkata, “Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka, iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedah dan dihias (bagaikan goh-goh unta). Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu bauannya dan bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan. (Hadis direkodkan oleh Muslim)
Dilaporkan bahawa Rasululullah (Sallallahhu’alaiwasallam) pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya, "Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya".(Hadis direkodkan oleh al-Baihaqi)Dalam keadaan atau persekitaran tertentu pula, pada hemat saya, lebih baik pakai purdah (seperti foto wanita di sini). Namun jika tidak mampu, maka cukup tudung kepala. Tetapi jangan dikutuk pula Muslimah yang lebih selesa memakai purdah dari hijab, kerana itu pegangan mereka.
InsyaAllah, akan bersambung untuk isu lain pula yang dibangkitkan saudara Syed Akbar Ali dalam buku Things in Common.
Bahagian 1: Apa maksud saudara Syed Akbar Ali dengan “it’s not in the Quran”?
3 comments:
Sungguh terkejut dengan kata-kata Syed Akbar Ali..di dalam al-Quran dan hadis telah banyak diterangkan berkaitan aurat-aurat wanita. Tetapi kenapa ini terjadi?
Aurah means to hide. In Islam, a woman shall hide every part of her body except the face and hands which are needed for the communication.
In Islam, a woman is allowed to be easy (she can remain without covering her head hair) in front of children, brother, sister, Grand parents, parents and of course husband.
In Islam, a woman is allowed to be with her husband the way both consider its eligibility. (via Facebook)
Jika benar sdr Syed Akbar Ali mengamalkan setiap ajaran dalam Quran (seperti yang didakwanya), maka fahami kata ALLAH ini dan ikutlah tanpa membelit kata-kata dan memintal lidah!
For you, brother Syed Akbar Ali (if you don't understand bahasa Melayu).
"O Prophet! tell thy wives and daughters, and the believing women, that they should cast their outer garments over their persons (when abroad): that is most convenient, that they should be known (as such) and not molested. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful." (Surah al-Ahzab, verse 59
Other translations is:
"Oh Prophet (Muhammad), tell your wives, your daughters, and the wives of the believers that they shall lengthen their garments. Thus, they will be recognized (as righteous women) and avoid being insulted. Alloh is Forgiver, Most Merciful".
Brother, don't argue, just follow! That's ALLAH'S word.
Post a Comment