Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) tamat semalam. Selama berlangsung pesta, aku bekesempatan dua kali pergi ke sana; Rabu 24 Mac dan Ahad 28 Mac 2010.

Pada hari Rabu itu aku sudah senaraikan buku-buku yang hendak dibeli. Sengaja aku pilih hari bekerja selepas cuti sekolah bagi mengelak kesesakan melampau di lorong-lorong gerai jualan buku. Di pesta buku tahun lepas aku sudah terkena, jadi tahun ini aku rancang baik-baik dengan satu tujuan – belanja sakan untuk buku!

Untuk hari terakhir pada Ahad 28 Mac (semalam) aku ke sana lagi dengan satu tujuan utama, iaitu memeriahkan majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi karya saudara Ramlee Awang Murshid. Ramai rakan-rakan Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) hadir. Justeru itu masa yang lama di sana menjadi pendek kerana aktiviti-aktiviti yang kami raikan. Pastinya aku tidak lepaskan peluang mendapatkan buku lain yang belum sempat disambar pada hari Rabu sebelumnya.

Ini senarai buku yang aku beli di PBAKL 2010. Karya saudara Abdul Latip Talib terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd:
  • Uthman Affan: Pengumpul al-Quran
  • Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
  • Ikrimah: Penentang Jadi Pembela
  • Bilal bin Rabah: Pengumandang Seruan Langit
  • Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
  • Salahuddin Ayubi: Penakluk Jerusalem
  • Abu Bakar: Sahabat Sejati
  • Dol Said: Pahlawan Naning
  • Khalid: Memburu Syahid
  • Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
  • Setelah Roboh Kota Melaka
Novel sains-fiksyen/fantasi terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd:
  • Pahlawan Adamus oleh saudara Silsoh Khairol
  • Pengembaraan Hang Jebat: Pencarian Merentas Masa oleh saudara Ashadi Zain dan Moh Dat Molok
  • Penakluk Kota Unggu oleh saudara Kusyi Hirdan
  • Misi Purnama Biru oleh saudara Hasbullah Abu Bakar
Pastinya aku tidak ketinggalan memiliki buku sejarah berjudul Alexander Adalah Zulqarnain oleh penulis Indonesia saudara Muhammad Alexander. Sebuah novel Islami, Syahadah Gadis Ateis oleh saudara Imran Haaz, dan novel metropolitan Syok berjudul Kita Hanya Di Seberang Jalan oleh saudara Bahruddin Bekri juga tidak berjaya terlepas dari jaringku.

Justeru sangat tertarik dengan desain dan gambar-gambar yang disertakan, aku juga membeli lima buah buku resepi pilihan oleh Chef Hanieliza, juga terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Di gerai Kemilau Publika Sdn. Bhd, aku mendapatkan tiga buah buku karya saudara Hepi Andi Bastoni iaitu Belajar Dari Perang Badar - Strategi Menghadapi Kemenangan; Belajar Dari Perang Uhud – Strategi Menghadapi Kekalahan; dan Belajar Dari Perang Khandaq – Strategi Mempertahankan Diri.

Di lokasi yang menempatkan rangkaian penerbit Karangkraf Sdn. Bhd, Alaf 21 Sdn. Bhd, Buku Prima Sdn. Bhd. dan Sinar Harian, aku membeli novel bahasa Inggeris Forsaken, sebuah buku masak, dan pastinya tidak ketinggalan novel thriller Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid.

Sebagai penggemar fiksyen bahasa Inggeris saudara Khoo Kheng-Hor, aku tidak melepaskan peluang membeli karya terkini beliau, SIFU, dengan pujukan kepada pegawai di gerai Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd supaya diberi diskaun lebih. Hasilnya aku dapat diskaun melebihi 20 peratus untuk SIFU ini. Ini karya kelima oleh Khoo Kheng-Hor yang aku miliki (empat fiksyen dan satu bukan-fiksyen). Baca sini dan sini untuk resensi dua fiksyen beliau.

Satu sorotan yang aku ingin nyatakan di entri pertama berkenaan PBAKL 2010 ini. Di majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi, ada seorang pembaca tegar karya sdr Ramlee, seorang gadis berpurdah. Beliau bertanya satu soalan kepada sdr Ramlee mengenai watak Laksamana Sunan (Saifudin) dan Haryani. Sila lihat foto (atas) yang disertakan. Aku secara peribadi kagum dengan gadis Muslimah ini. Subhanallah!

Dalam pada itu, aku kecewa kerana
buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata tidak kedapatan di PBAKL 2010. Aku bertanya rakan-rakan, mereka pun tidak nampak kelibat buku ini. Mengapa?

11 comments:

ogy said...

ROZIYAH MAHAMAD : Memang hebat perasmian Karya RAM...saya juga teruja dengan gadis berpurdah itu.

Saya ada membeli buku NATRAH di pesta buku. mulanya mahu beli di ITNM, lepas tu seorang rakan tarik saya ke MAPIM. disana juga ada. tapi belum beli lagi. Berjalan2 dulu. kemudian berjalan di seberang sungai. Satu booth memberi saya diskaun yang tak boleh saya tolak. Apa lagi. Saya terus sambar NATRAH yang telah lama saya idamkan. :)

Web Sutera said...

Sdr Ogy, buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata ada rupanya di gerai MAPIM. Alahai! Masa lalu di sana, tidak pula saya teringin masuk ke gerai MAPIM.

Di gerai ITNM pun ada jugakah buku tersebut? Mengapa saya tak nampak? Malang sekali, hihihi. Tak mengapa, saya akan cari di kedai buku selepas ini.

Untuk majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa & Cinta Sufi, tahniah kepada pengarah projek (Papaibad a.k.a Zonan) & AJK yang terlibat. Itu satu aktiviti sukses khas bagi RAMFC.

Benar kata sdr Ramlee, geng RAMFC tidak memperoleh habuan wang ringgit, tetapi kita menyemarakkan dunia penulisan thriller, khususnya karya penulis kesayangan kita ini. Alhamdulillah!

Zonan said...

Assalamualaikum..

Pesta Buku ini adalah pengalaman yang pertama untuk saya.

Yang pertama juga dalam penyelia projek daripada luar Johor.

Yang pertama juga memborong sakan bersama tuan punya blog.. Teruja sangat...

Majlis pelancaran itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama Ajk RAMFC yang lain. Ini PASTI.

Pengalaman yang didapati tidak ternilai dengan wang ringgit.

Assalamualaikum

Web Sutera said...

Alaikumsalam warahmatullah, sdr Zonan. Kerana teruja dengan buku-buku PTS, saya menjadi promoter dan jurujual tidak rasmi PTS. Di hari terakhir PBAKL 2010, saya rekemen dan 'menjual' buku PTS kepada gerembolan ahli RAMFC.

Anonymous said...

abg web..kite bli 6 buku...

ah syahdah gadis ateis tu dah baca
best!

huhu

tggu cinta sufi dr abg web..
hadiah besday sy abg web tk nk kasi ke?

ngiahahhahahha

wassalam;)

Zonan said...

Assakamualaikum

Saya salah seorang didalam grombolan tu...

Faris b Hasbullah said...

Assalamu'alaikum.

Tuan Web Sutera, terima kasih atas sokongan tuan kepada PTS. Terima kasih juga atas kritikan tuan yang banyak membina kami. Jangan berhenti mengkritik.. terima kasih.

Web Sutera said...

Alaikumsalam warahmatullah, tuan Faris. Apa khabar, tuan? Masih keletihan? Terima kasih atas kunjungan dan komen. Saya akan terus memerhati PTS.

Tuan Zonan, tahniah kerana membuka mata terhadap buku dan karya sastera yang bermutu. InsyaAllah, kita sama-sama menyemarakkan dunia perbukuan negara.

Hasbullah abu bakar said...

Tuan Web Sutera,
Terima kasih kerana sudi membeli karya sulung saya.

Harap tuan menyukainya.

sue onn said...

salam Abg Web..
Nanti minta komen sedikit buku yang berjudul Kita Hanya Di Seberang Jalan. Pelaburan Hitam masih belum lagi dibaca.

Apa perkembangan kembang tak jadi Abg Web? masih menanti..

Web Sutera said...

Tuan Hasbullah, terima kasih atas kunjungan. Saya memang penggemar sai-fai, sama ada berbahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Tahniah untuk tuan kerana memeriahkan dunia sai-fi bahasa Melayu. InsyaAllah, saya akan baca dan komen.

Sdr Sue, kedua-dua novel tersebut saya belum baca lagi. Andai sudah dibaca, saya akan berikan komentar ringkas.

Kembang Tidak Jadi? errrr... :-)


Photobucket
top