Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Mungkin ramai yang tahu, dan mungkin juga ramai yang tidak kisah mengenai siapakah pengasas pejuang Hamas di Palestin. Saya kira elok saya nyatakan di sini.

Bersama para aktivis Islam Palestin, Sheikh Ahmad Yasin mengasaskan ‘Harakah al-Muqawamah al-Islamiyah” (Hamas) di Semenanjung Gaza pada tahun 1987. Siapa Sheikh Ahmad Yasin yang kini sudah syahid di jalan Allah itu? Buku “Syeikh Ahmad Yasin – Perjuangan Memburu Syahid” karangan Muhammad Umar Ghazali, terbitan Smarlife Resources (tahun 2005) menceritakan latar belakang beliau, perjuangan beliau dan seterusnya perjuangan lain-lain Mujahid di jalan Allah di Palestin.


Dan seperti hasrat beliau menginginkan syahid di jalan Allah, maka pada tanggal 22 Mac 2004 yang lalu, beliau telah dikurniakan Allah kematian yang paling didambakan oleh seorang mukmin sejati.


Pembunuhan kejam pangasas kumpulan Hamas ini memang mengejutkan umat Islam seluruh dunia. Pemimpin yang hampir lumpuh seluruh tubuh serta rabun penglihatan itu, diserang oleh Israel, bukan dengan satu peluru berpandu, malah tiga secara berturut-turut. Lebih indah lagi ialah beliau syahid sejurus selepas solat subuh di masjid, Maha Suci Allah.


Satu lagi buku berkaitan ialah yang diterbitkan oleh Alaf21 Sdn Bhd, bertajuk “Syeikh Ahmad Yasin”. Sinopsis buku tersebut seperti berikut:


Anda mengenali tokoh perjuangan Palestin Syeikh Ahmad Yassin? Beliau sebaris dengan tokoh-tokoh perjuangan yang lain seperti Osama Laden, Yasser Arafat, Hassan al-Banna, Sayyid Qutub dan ramai tokoh lagi yang amat masyhur di kalangan kita. Syeikh Ahmad Yassin merupakan bapa Intifadah yang menentang kekejaman rejim Zionis yang telah merampas tanah air mereka secara zalim. Beliau membangkitkan semangat anak muda untuk menentang Israel secara bersemuka.


Oleh sebab itu, beliau diburu oleh rejim Israel dan ingin membunuhnya. Akhirnya, beliau terkorban ketika selepas menunaikan solat Subuh. Lihatlah betapa kejamnya mereka membedil Ahmad Yassin yang lumpuh, mata yang kabur, dan pendengaran yang tidak begitu jelas.

1) Tajuk: Syeikh Ahmad Yasin – Perjuangan Memburu Syahid
Penulis: Muhammad Umar Ghazali
Penerbit: Smartlife Resource, Shah Alam, tahun 2005

185 muka surat, RM15

2) Tajuk: Syeikh Ahmad Yasin
Penulis:
Ustaz Maszlee Malik
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd, Shah Alam, tahun 2005

128 muka surat, RM6

0 comments:


Photobucket
top