Tiga buah novel kategori remaja telah dimasyhurkan memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2008 malam tadi (19 Jun ’09). Yang paling menarik minda sedar saya ialah Kasih Nan Agung oleh Sri Rahayu Mohd Yusop.
Boleh juga membaca ulasan novel Odisi Tanah Kencana oleh penulis Sri Rahayu Mohd Yusop.
Kata Rozlan Mohamed Noor dalam blog Celik Hurufnya, “Pemasyhuran tiga karya novel sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 dilihat memenuhi aspirasi remaja generasi baharu. Novel-novel tersebut ialah Kasih Nan Agung karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Jendela Menghadap Jalan oleh Ruhaini Matdarin dan Meniti Jalan Hadapan karya Norziati Mohd Rosman.
“Isu-isu yang diangkat lewat karya pemenang ialah yang menyentuh hakikat kejadian manusia dan perkaitan ilmu sains dengan keagungan Islam; perihal integriti dan gejala rasuah; dan pertembungan warisan tradisi dengan moden.”
Saya paparkan sinopsis Kasih Nan Agung untuk penilaian saudara dan sahabat. Satu pertanyaan, “Adakah desain kulit depan sesuai dengan jalan cerita? Bincang-bincangkan, insyaAllah.
Kasih Nan Agung
Naskhah Kasih Nan Agung menampilkan watak wira unggul Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di UniversitiCalifornia , Berkeley . Watak ini dibina dengan ketajaman fikiran dan kefasihan lisan yang perkasa menentang segolongan ahli akademik di universiti itu yang mendukung teori evolusi Charles Darwin.
Penyuguhan falsafah metarialisme yangcuba diindoktrinkan oleh warga akademik itu cuba dicabar oleh Jaka Sulaiman sehingga dirinya sendiri terjerat dan diheret ke kancah konflik yang berlarutan. Tindakan kontradik Jaka Sulaiman menyebabkan dirinya ditembak oleh Maximilian Blake yang merupakan salah seorang pendukung Darwinisme.
Melalui kaedah wacana argumentatif dan keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia telah berjaya meruntuhkan teori evolusiDarwin secara ilmiah dengan pendekatan ilmu Islam.
Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.
Novel yang memenangi tempat pertama HSKU ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembacaan yang menyeronokkan malah mampu membuka luas horizon keilmuan. Kalangan remaja yang menjadi sasaran pembaca utama novel ini dapat meneroka suatu ruang baharu, sekali gus menjadikan mereka sentiasa bersikap terbuka dengan kehadiran ilmu yang bermanfaat.
(P/s: Saudara Rozlan kata saya suka ‘cari pasal dengan buku’.)
Kata Rozlan Mohamed Noor dalam blog Celik Hurufnya, “Pemasyhuran tiga karya novel sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 dilihat memenuhi aspirasi remaja generasi baharu. Novel-novel tersebut ialah Kasih Nan Agung karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Jendela Menghadap Jalan oleh Ruhaini Matdarin dan Meniti Jalan Hadapan karya Norziati Mohd Rosman.
“Isu-isu yang diangkat lewat karya pemenang ialah yang menyentuh hakikat kejadian manusia dan perkaitan ilmu sains dengan keagungan Islam; perihal integriti dan gejala rasuah; dan pertembungan warisan tradisi dengan moden.”
Saya paparkan sinopsis Kasih Nan Agung untuk penilaian saudara dan sahabat. Satu pertanyaan, “Adakah desain kulit depan sesuai dengan jalan cerita? Bincang-bincangkan, insyaAllah.
Kasih Nan Agung
Naskhah Kasih Nan Agung menampilkan watak wira unggul Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di Universiti
Penyuguhan falsafah metarialisme yang
Melalui kaedah wacana argumentatif dan keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia telah berjaya meruntuhkan teori evolusi
Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.
Novel yang memenangi tempat pertama HSKU ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembacaan yang menyeronokkan malah mampu membuka luas horizon keilmuan. Kalangan remaja yang menjadi sasaran pembaca utama novel ini dapat meneroka suatu ruang baharu, sekali gus menjadikan mereka sentiasa bersikap terbuka dengan kehadiran ilmu yang bermanfaat.
(P/s: Saudara Rozlan kata saya suka ‘cari pasal dengan buku’.)
6 comments:
camne yer nak timbulkan minat utk baca novel?
Sdr Ummumishkah,
Minat membaca harus ditanam sejak kecil. Jika sudah ada anak-anak, selalu belikan bahan bacaan yang sesuai untuk mereka.
Minat membaca semestinya tidak setakat novel, malah elok merangkumi lain-lain jenis buku.
Masa untuk membaca boleh dicari & diaturkan. Setiap dari kita hanya ada 24-jam sehari. Yang menjadi penentu ialah aturan masa, insyaAllah.
Bila saya membaca? Baca di sini: http://pasalbuku.blogspot.com/2009/03/bilakah-saya-membaca-buku.html
cover buku cantik gilos papaweb.. ada pasal ke nk diketengahkan sbg isu tentang cover ni? den xdpt tgkp lg..
Web Sutera,
Saya pun rasa isu desain kulit depan novel perlu dibincangkan. Kadang-kadang saya pinjam/beli buku kerana apa yang saya faham dari melihat kulit depan, tapi bila baca tak ada kena mengena. Atau kulit depannya terlalu abstrak sampai tak membantu dalam memberi gambaran cerita yang di dalamnya (walaupun blurb ada, tapi blurb tak ada impak visual).
Dan kalau boleh jangan mirip-mirip saja desainnnya. Macam yang telah ditulis dalam entri "Desain kulit depan novel Islami." Pada pendapat saya, pereka kulit buku Malaysia harus lebih berani, jangan takut untuk berkreatif. Saya percaya mereka boleh, insya-Allah. Wallahua'lam.
Sahabat Akim,
Baca sinopsis novel ini dan padankan dengan desain cover. Teliti dan fahamkan. Lihat keberkaitan antara kedua-duanya. Bincang.
Sdr Rol. Ya, itulah maksud saya. Saudara memang cukup teliti. :-)
salam 1 malaysia......sya sedang membuat kajian bagaimana 'sorotan buku' apa yg dikenali sebagai sorotan buku........mntk pndpta kwn2 jika ada yg thu brkenaan dgn ini........
Post a Comment